Thursday, December 31, 2009

Tabahkan hati menghadapinya..

Masa saya taip entry ni lagi lebih kurang 3 jam lebih je nak new year. Dah 2010.Gile punye cepat ek masa berlalu. Seploh taun lepas kau kat mana? cube putar balik. Ohoh! seploh taun yang lepas saya tengah excited menjalani hidup baru nak bebas dari family dan belajar berdikari iaitu terdampar jauh nuuuuuun di Ampangan, Seremban.

I wish I could turn back time. Many things need to be corrected. Huhuhuh terus feeling2 mengembara ke masa silam. Eh saya nampak kamu..kamu..kamu.. dan kamu wahai sahabat2 saya di Kolej Negeri.

Sok dah taun 2010. Serius, saya tak excited menyambut tahun baru. Rasa tak seronok. I mean, perasaan susah hati dan bimbang lak saya nak menghadapi tahun baru. Takut nak menghadapi berita2 buruk, sedih dan perit. Walaupun ironinya, benda tu kemungkinan kita akan hadapi setiap hari. Tak payah tunggu taun baru pun. Aduhai, macam2 perasaan.

Mungkin sahabat sekalian tengah sibuk dengan azam baru.Saya? huhuhu sedih untuk menyatakan saya belum dpt memikirkan apa2 azam untuk tahun baru. Sebab saya seorang yang tak perlu ada tahun baru untuk buat azam baru. Anytime kesedaran itu datang, maka saya akan berazam.

Apapun tahun 2010 maka umur saya akan meningkat lah ke 28 taun.**mak aiii!!! veteren dh aku ni..akhir 20-an dah tsk! tsk!** Lagi 2 taun insyaAllah kalau umo panjang akan mencecah 30 taun. Wisau!, saya belum memilih nak pakai krim anti penuaan mana yang bagus **huhuhu! siot..itu yang ko wisaukan** hahahahah! tak sangka saya dah sepatutnya try mana krim anti-wrinkle untuk muka saya.

Tahun 2010 juga belum ada perancangan mahu mendirikan rumah tangga. Hak!hak!hak!, buat masa ni tiang2 je ade..rumah and tangga blum ready. Mungkin 2,3 taun lagi.Or maybe 4 taun lagi. or maybe lagi tak sempat merasa mendirikan rumah tangga ** yelaaaa..kut2 umur tak panjang.Muda bukan tiket untuk hidup lama** apapun semua tu ketentuan Tuhan. Kalau ada jodoh..umur yang panjang..rezeki yang mencurah2..insyaAllah dapat la korang suma kad kawin saya.

Selamat Tahun Baru 2010 buat semua sahabat2 handai saya juga sahabat2 di alam maya ni.


Cheers,
Amysue

Wednesday, December 30, 2009

Wo! wo!..carik lain.

huhuhuhu..adeiii, saya harus mengambil penyelesaian yang pantas, effisien lagi selamat untuk menyelesaikan permasalahan.Yang...., ko nak wat karangan bahasa Melayu ke ape ayat punye skema cenggitu.

Teeheee...takde la. Saya rasa saya perlu wujudkan satu lagi blog untuk item2 perniagaan saya. Bukan nak carik bf baru ye. Tak koserrr.Buat blog lain untuk aksesori2 kristal tu and sedikit pasal kek and cuppies. Walaupun skang ni kecil2an je.

Mak saya punye excited nak tulung promote bisness saya yang juga dalam masa yang sama nak suh banyakkan traffic kat blog supaya tabung nuffnang saya makin berisi, maka mak saya telah menyuruh kengkawan beliau di opis termasuk anak2 mereka untuk lawat blog saya. Omak!!! den bukan tak bagi dorang masuk poie tengok blog den..tapi den sogan bila kengkawan mak baco cito den. So memang harusss saya separatekan citer caca marba saya dengan bisness. Kalau kengkawan yang baya2..sezaman2 ni tak kisah sangat.

Eh tu owkey lagi..blom lagi pakcik2 and makcik2 saya yang nak nengok sampel gelang kat blog.Aaaaaaa sogan den! Berbelog dari dahulu sampai la dah berpindah ke blogpot ni, tak pernah tepikir pakcik makcik dan kengkawan mak baca skali. Paling2 koman pun sepupu sepapat i.Tu pun sepupu yang sama level kesengalannya dengan saya...

Jadi, maybe dalam taun baru ni nak wat satu lagi blog. Senang..takde saya wisau. Dah tebayang2 mak and kengkawan mak kat opis berkumpul ramai2 kat depan pc/lappy dan beramai2 juga amik peluang baca citer saya yang ntah apa2 tu. Pastu gelak ramai2.aaaaaa.....segannnn


Cheers,
Amysue

Sunday, December 27, 2009

Lagi update pasal gelang kristal

Nak update skit pasal gelang.

-


-


-

Pic 1


Ni gelang kristal design berbeza skit ngan design gelang sebelum ni. Bezanya letak kristal kecik di antara batu2 kristal tersebut. Yang dalam gambar tu campo ngan pearl air tawar.
Range harga RM 12 - RM 17 (depends pada saiz)


Pic 2

Yang gelang kat atas ni sesuai di pakai oleh golongan kanak-kanak ke remaja koz ala2 comel dan halus gitu. Gelang kaler putih tu adalah pearl air masin (saiz kecik) dan yang kaler itam tu adalah kristal. Range harga juga RM 12 - RM 17 (depend pada saiz)


Pic 3

Ni lak sama cam gelang kaler itam dan putih tu. Tapi versi kristal yang pelbagai warna. Adoiii! yang close up dh terdelete masa taip entry ni.Malas nak upload balik ngan line tenet cam siput sedut ni. Tapi apa kata korang click pic to enlarge image.Ha...sebesar2 alam ko nampak tu.

Woh ye! kali ni saya tak letak kod. Kalau nak tempah juz refer kat pic no berapa and kaler tu uols decide sendiri nak kaler ape k.


Pic 4

Ha! yang ni saya panggil gelang lipan. Koz bentuk cam lipan. Banyak kristal woh nak pakai wat gelang jenis ni. Sume pakai kristal saiz paling kecik. Harga RM 30.

Cara nak order:

1) Pilih item yang anda nak..amik code keronsang tersebut.

2) Email saya amysueraya@hotmail.com dan sertakan butiran seperti:

- Nama dan alamat

- No telefon

- Nyatakan item yang anda nak beserta kuantitinya

3) Tunggu confirmation email dari saya.

4) Buat pembayaran (acc. no akan saya nyatakan dalam confirmation email)

5) Tunggu barang sampai!

Kalo macam malas nak leceh2 oder pakai email..bley la sms saya..sms saje..takyah susah2 call..0198302058

Okey, selamat menjamu mata.

Cheers,

Amysue

Saturday, December 26, 2009

Cerita Aku dan Dia - Episode 2

Hurm..rasa nak menyambung cerita cinta saya yang geli geleman itu. Saja nak wat2 blog saya ni konon2 meriah ngan entry and and berharap orang akan cakap 'mantap siot minah ni..banyak tol idea" okey, shut up u Amy. Stop dreaming. Huuuu padahal dah mula la takde idea nak membelog.Tu yang jaja cerita cinta yang ntah dapat capai ke jinjang pelamin ke tak **tapi harap2 dapat la..kalau idak meraung saya 48 taun**

Okey, sambung citer. Masa tu tunang saya takdelah sentap menyentap yang teramat sangat dengan perangai saya yang suka chatting ni. Koz..yela, kire dah memahami la konon.Weh! kata dah nak dekat 4 taun becinta,mau tak kenal perang buruks memasing.

Maka pada 26 Julai 2007, iaitu bersamaan hari terakhir paper exam saya untuk short sem tahun tu, saya rasa boleh la kalu nak jumpa pon. Tempat sekeliling pon dah kenal. Alah bukan nak pi jejauh. Makan kat pantai (belakang giant mall kelana jaya) je.

Janji kul 8.00 malam.Jumpa kat depan giant kecik area SS5. Huhuhu kul 7.00 saya dah start besiap. Vengong! ntah nape nebes sangat. Kul 7.30 dah siap, tunggu dia kol.Tapi dalam masa tu rasa dah lapan ploh pat kali belek muka kat cermin. Oles blusher nak dekat pat lima kali. Tak kire lagi keje menempek concealer kat parut2 jerawat yang bermaharajalela. Pastu try2 senyom depan cemin dengan pelbagai bentuk senyuman. Tengok mana yang nampak cam cumel.Huahuahua! sengal jek rase time tu.

Then kite pon jumpe la.Saya pakai baju pink and dia baju itam time tu. Ko!..mase makan tu punyelah mamat tu asek senyommmmm aje. becaka senyom..makan senyom..minum senyom. yang penting senyom manjang..dan saya merasa kepelikan melalui situasi itu. Saya? opkos kontrol ayu. kaki pon tak angkat atas kerusi. Saya kan seorang yang kalau duduk kat mana2, kaki mesti nak bersila.Walaupon atas kerusi. Tu tak masok lagi saya bersimpuh.Huhuhu

Okeyla...not bad rupa paras mamat tu. Ensem secukup rase la.Huhuhuhu.

Sebelum balik, dia ajak kuar lagi ari ahad iaitu 29 July..koz katanya dia besday time tu. Reaksi saya time tu "erkkk...ajak kuar?..er..tgk ar camne.Ape2hal nanti saya inform awak" Giler ko!.. mane leh kuar ngan owang lein ari ahad. Sabtu dan ahad adalah hari deting saya bersama tunang.

Owh! dia ajak kuar lagi!!!!..mengikut pengalaman zaman muada mudi dulu, kalau 1st time jumpe and si dia ajak jumpe lagi untuk kali yang seterusnya, maka dia berminat untuk berkawan ngan kita. Ngeeee kira muka saya yang di belek lapan ploh pat kali sebelum jumpa beliau telah menepati piawaian mata seorang lelaki seperti beliau. Pernah terasa seronok tak kalo ader lelaki yang suka kat kita padahal dah tau ko dah ader steady bf..tapi perasaan tu cuma rasa best je koz rupe2nye ko ader market lagi walaupun dah lama tak try carik lain.

Okey..beliau yang saya maksudkan itu opkos la kekaseh ati saya sekarang ni. Ya, we met thru chatting. Ngeee! jiwa cyber wa cakap lu.Huhuuu

Sambung lagi next time.

Cheers,

Amysue

Thursday, December 24, 2009

Esok masih ada

Nasik Lemak Antarabangsa Kampung Baru @ Suria Sabah

Merry Christmas!

Wohoh! esok krismes.Besok juga nak ajak family makan kat Restoran Nasik Lemak Antarabangsa (cawangan sabah yang terletak di Suria Sabah). Well actually sangat teruja bila terjumpa branch nasik lemak antarabangsa Kampung Baru ada di sini. Yey! boleh hapuskan situasi mengidam nasik lemak kerang. Aummm!

Alhamdulillah! dapat tempahan lagi untuk cupcakes.Teeheeee! walaupun saya cuma suka2 je amik tempahan but ya of course bayar la kan dear..tapi tempahan boleh tahan la. Sometimes macam Ya ampunnn sakitnya pinggang haku ni nak wat sampai 300-400 cuppies, tapi yela kan..benda yang kita minat walau camna pon perit n penat tapi seronok! i like!
Actually most of my cuppies adalah yang plain saja.Ada la beberapa kali wat yang decorated punya. Tapi customer yang order untuk kenduri kawen la..kenduri cukur jambul la..bla.bla..suma order yang plain coz senang nak serve kat orang. Untuk order semalam saya wat cuppies kek marble **tell u what, yang ni paling dapat sambutan hangat** dan cuppies kek asam manis. Saya try je wat kek asam manis ni.Huuuuu...alhamdulillah they like it! Baru je tepon tadi bagitau kek i sedap**huhuh dorang ek yang cakap bukan i** lega saya...takut tak sedap and tak memenuhi selera mereka.
Esok gak nak membeli bahan2 nak wat gelang/keronsang kristal. Dapat banyak tempahan dari Terengganu. Thanks Niny koz memanjang2kan lagi promosi aksesori haku.Luv u! Next week aku pos kat ko ek.
Cheers,
Amysue

Wednesday, December 23, 2009

Aktiviti-aktiviti minggu lepas




Huhuhu! dah seminggu blog tak terhapdet. Kebizian melanda plus kekaseh hati lak datang sini. Harusss di layan sebaik mungkin **suke la kamu yer sayang**.

Dah la bizi..bila time2 saya nak online..mengupload pics atau nak mengepost new entry, brotben saya ini amatlah ya ampun lembab macam siput patah pinggang! Beremosi2 saya depan lappy ni.

Kekaseh hati saya datang sabah ari tu pada 17/12..kire sampai umah dah 18hb. Gigih saya menanti dia sampai ke umah kul satu lebih pagi **adik saya yang jemput dia kat epot**. Pastu pulun deting selama 3 ari.Takde la gi tempat2 menarik.Just an ordinary date routine. Layan karok misti ade.Wajib! kata nak belatih tuk nyanyi masa majlis perkahwinan kami nanti. Muahahahah! sile gelak ramai2. Har! har! har! har!


..dan juga aktiviti amik gambar plus posing ala2 ko perasan ko model di khalayak ramai juga wajib!..Ada 2 situasi ter'over di sini iaitu orang yang posing dan juga orang yang amik gambar. Yang posing tu kompem2 la terover ngengade ngan pose pandang lain la..pose merenung masa depan la..bla..bla..Manakala yang tukang amik gambar juga boleh terover apabila amik gambar siap baring2..tak cukup baring ko meniarap. Tak pun mencangkung sambil orang sekeliling pandang macam blurr tgk aksi photographer dan model yang langsung tak kelihatan macam pro dan dilihat sebagai "apa kena ngan budak 2 orang tu? terencat ke ape?"


Okey..apa pun hampir suma sesi 'photoshoot' berjaya..walauponnnnn!
Setelah kekaseh hati balik ke shah alam..saya mula bz ngan tempahan cupcakes untuk krismas. but ya..done already!. Sekarang fokus pada tempahan gelang n keronsang. Berusaha amy!
Cheers,
Amysue

Tuesday, December 15, 2009

Saya pangkah tarikh itu!

Hoh!..luse kekaseh hati saya dah nak datang melawat saya yang amat di sayangi beliau..hua!hua!..sayang le sangat ek!..

Huuu..tak sangka cepat je masa berlalu.Selalu saya duk mengira2 la sambil memangkah kalender bila beliau akan datang ke sini. Kali ni tak sempat pon adegan pangkah memangkah haku-pangkah-engkau-pangkah-haku-balik kat kalender beliau dah nak datang. Hoyee!!!! saya amat soookaa!

Adoiiyaaaii, 2..3 ari ni sepi je blog tanpa ada entri baru. Di samping sibuk ngan kenduri sedara mara..daku juga masih berada dalam keadaan yang tidak berapa sihat.Lepas satu, satu penyakit yang datang. Skang demam dah ok, kene lak saket gigi. Nanesssss!

Harap2 2,3 ari ni saya dah sihat sepenuhnya. Maka dengan itu dapatla saya ngepos citer untuk dikongsi walaaaupoonnnn citer yang haku-tak-paham-hape-engkau-cakap. At least ado la jugaks.


Tadi sempat gi beli Innershine pati prune. Bajet kalo minum leh jadi santek macam Camelia. Kamu sayang kompom jatuh cinta kali yang 48 dekat saya..kerana seseungguhnya kecantikan saya datang dari dalam..Muahahahah! gediks sungguh kalo cakap cenggini ngan kekaseh hati saya. Misti ngan muke konpius dia berkata " sayang ni kenapa? dah buang tebiat ke hape??" huuuuu. Tade perasaan kamuu..



Cheers,
Amysue

Wednesday, December 9, 2009

Saya tidak berdaya..Tsk! Tsk!

Lagi entry tidak bergambar untuk hari ini..

Saya sangat tak sihat sejak semalam.Kene demam-yang-baru-nak-jadi..sib beik tak demam sepenuhnye.Starting ngan sakit tekak yang kalu nak telan airliur pon sakit.Tu tak masuk lagi nak bercakap,lagilah macam perit rasanya. Pagi semalam sempat telan Fabricol 2 bijik..n alhamdulillah macam dah tak demam. Macam je laaaa.

So malam semalam mase nak tition rase macam dah ok, maka saya pon malas nak makan Fabricol tu lagi.Haaaa! haaammmeekk ko!..bangun pagi tadi Ya Allah punyela saya rasa tak berdaya langsung. Kepala berdenyut2, tekak..em tekak dah ok pulak, pastu badan saya panas..ketiak saya sakit (huahuahua! tetibe kan ketiak sakit..siyess sakit..ntah le lenguh ke ape ke..jerawat nak tumbuh ke..jerawat kat ketiak???huahuahuhahua skali lagi!)

Sangat2 tak berdaya..nak turun bawah pun macam tak larat jek.Saya harus sarapan dulu then baru leh mam ubat. Rase cam nak merangkak..mengesot jek turun ke dapur.

Nasib baik kat dapur ada nasik lemak.Tak payah la saya berusaha mengupas bawang dan seterusnya tumbuk bawang2 tersebut beserta ciliapi untuk masak nasik goreng. Mau menjejeh2 airmata saya kerana terlalu sedih dan dah la sakit pastu kena masak sarapan sendiri. Pas telan Fabricol 2 bijik..baring sambil layan TV.

Alhamdulillah tak sampai setengah jam pas tuh rasa dah ok sikit. Risau gak koz kul 1.30ptg tu saya kene datang sekolah pulak koz bertugas.

Harap2 esok saya dah sihat.Kalau tak memang macam merayap, merangkak atau mengesot la nak bakar cupcakes yang 300 bijik tu.


Cheers (walaupun demam!)
Amysue

Monday, December 7, 2009

Cerita Aku da Dia - Episode 1

Haaaa!dah mari dah.Dah mari dah.Ketiadaan idea untuk membelog sudah mari.Jadi sila maklum sekiranya idea untuk membelog sudah tiada, maka bersedialah untuk menghadapi kisah cinta lama haku seperti yang saya janjikan suatu mase dahulu.Siot! ayat cam lirik lagu..geliks!

Kalau saya nak mulakan kisah dengan kekaseh hati saya sekarang kena start ngan kisah saya di ambang putus tunaang..Huuuu sesungguhnya kisah nye amat berkait rapat antara satu sama lain.

Bulan 6 tahun 2007, saya adalah telah transfer ke Kampus Induk Unitar di Kelana Jaya. Mase tu saya ada lagi 4 sem untuk habis..short sem 2007, 2nd sem 2007, 1st sem 2008 (teaching practicum) and short sem 2008..jadi saya tamat study pada 20 July 2008..dan saya mula bekerja pada 29 July 2008..OOpps! okey, bukan nak citer pasal saya dapat keje dengan begitu cepat ye.

Reason untuk berpindah??? main reason sebenarnye nak duduk dekat ngn U (nama sebenar..huhhu merangkap tunang saya ketika itu)..dah asik duk jauh.Meroyan haku! Wohye mase ni baru beberapa bulan tunang.Saya tunang pada bulan 12 2006..tapi reason bagi kat makpak saya kunun2 nak cepat habis..muahahahah! ntah mane kaitannya dengan semua itu..

Hokeh, sangat berbunga2 hatiku ketika mula2 dapat duk dekat..best ah! Ko hengat tak best? dapat deting selalu..Hari2 saya paksa dia yang duduk kat Jalan Ipoh untuk datang ke Kelana Jaya.

Baru seminggu duk Kelana Jaya, satu hari tu saya ngan member gi online le.Macam biasa masuk YM.Dahulu saya adalah seorang yang sangat kaki chating.Ngah sibuk2 chat..salah seorang kawan chat saya yang memang dah lama kenal pun online.Saya wat dunno jek nampak dia online.Koz secara jujur saya bagitau, saya teramatla tidak suka layan dia chatting sebenarnye.Sangat boring chatting ngan beliau. Saya kenal dia dah lama dalam taun 2005 cenggitu laa..Baru nak warming up ngan 4,5 line dah nak offline.Pe kejadahnye chatting cenggitu.Tak rock langsung!

Tapi nak tak nak layan gak ah koz dah asik buzz aje.Dia tanya me katne.Saya bagitau la yang saya baru beberapa ari dah transfer ke Kelana Jaya. Dia sedikit terkejut di situ koz saya tak inform dia..Uittttt! kamoooo sapa nak saya inform segala???? saya cakap dalam ati je la..Pastu dia ajak jumpa.Huuuuu memang harus ke untuk seorang yang baru kenal tempat baru ni nak gi jumpe2 stranger? Oh! sangat tidak harus. Saya bagitau dia yang mebi next time la bila saya dah familiar ngan tempat baru saya sekarang ni.Mase tu ko kencing aku camne pon haku dah tau.Walaupun kamu kata sekarang kita dah kat area Shah Alam..padahal kamu cuma bawak saya pusing2 kat SS3..saya tau kamu tipu!

Okey2..pastu apa ntah kejadian yang wat kami nak tukar2 no tepon.Actually, kitowang dah tukar2 no tepon dah lama.Siap penah mein msg2 lagi.Tapi saya pun tak ingat saya ada save ke tak no phone beliau.Yela untuk sesuatu yang tak berapa meninggalkan kesan dalam hidup saya memang mintak ampun la saya nak ingat kan? kan? Dahla dia msg2 saya pun sama bosan macam dia chat ngan saya.Sumer ayat bosan.

"Hai..awk pe kabar?"

"Dah makan?"

"wat pe je?"

"Em okay la saya dah ngantok..lain kali kita msg lagi"

motip bersms?? tak tau.

Sapa chatter yang saya maksudkan tu?? pe reaksi tunang saya? ngeee...next episode kite citer lagi k!



Cheers,
Amysue

Sunday, December 6, 2009

Deting untuk kali ke 4 untuk taun 2009

Baru2 ni kan saya n kekaseh hati baru menjalani sesi deting untuk kali yang ke-4 sejak memegang status long distance relationship.Baru pat kali ko..Sedey! tahula kamu2 semua dah 18 juta ratus kali gi deting.Tapi sesungguhnya saya baru pat kali..Pat kali..huh! xleh terima kenyataan tul.

Takdela special mane deting untuk kali ke 4 ni.Bese2 je.Jumpe pun ala2 macam saya masih duk Kelana Jaya dan dia duk Shah Alam..Takdela excited like “ahhh! Tak sabarnye nak jumpe abg..rase cam nak pelok2 je” uishh! Takde hokey..suci bersih aje niat saya berjumpa dengannya..

Cuma mahu “assalamualaikum abg..abg ape kabar? Sihat? Dah lama tunggu? Jom la kita pegi makan..sayang lapar..apa? nak tengok wayang.??takpelah abang..takut bersesak2 kat dalam tu terpegang lak tangan abang” uwekkkkkk!!!!!!! Okey saya tipu sekiranya dialog tersebut dituturkan oleh saya. Takdenya saya nak bersopan santun seperti itu. Kadang2 kalo dah bersesak2 tu saya terlebih dahulu handle diri saya..dia? sapa suh tak reti nyelit2..tinggal la ko kat belakang..Alolololol!! sian dia..

Gi KL ari tu amatla padat aktiviti..Raye aji saya kat umah abang saya…setakat tengahari jek kat umah abang saya..pastu saya dah melalak suh abang saya antar ke komuter…pe lagi gi deting la.Kekaseh ati saya pon degil takmo balik kampong.Saya dah suruh ye..dia aje yang ngengade takmo balik..koz katanya saya ada di kl..tak sanggup nak biar saya keseorangan di kl..huuu ok saya tipu lagi yang itu.Saya reka aje…




Aktiviti yang sempat kami wat time deting beberapa ari tu cumalah layan movies,melalak kat Redbox, shopping…dan merajuk2 manje.Ngee itu adalah merujuk kepada saya ye.







Huuu sowie, saya takde idea nak citer..err sesi deting untuk kali ke 5 adalah pada 17hb Dec ni..tak tau lagi nak ajak dia pi mana pulak..blurrr
Cheers,
Amysue






Hoh! KLIA Transit ke LCCT??

Sejak2 dah memilih Airasia untuk penerbangan rasmi saya dan family (huuuu..macam kerap sangat la kunun ko travel..caitt) maknenye dah takdo la kitowang nak pi ke KLIA tu.Asik ke LCCT je ler. Jadi memang takdela kitowang nak naik KLIA Express tu. Ye le dah takde laluan ke LCCT.

Hoh! tapi sejak 2,3 ari ni naik iklan KLIA Transit kat blog2 baru saya tau rupenye ader la juga ERL ke LCCT.Hip! Hip! Hooreyy! Sebelum ni saya asik bermonolog sendirian **ayat tak bley blah!** "ntah bile la boleh naik ERL yang laju tapi smooth nih"

Walaupun bukan naik KLIA Express..tapi kena naik KLIA Transit.Kire adik badik KLIA Express juga la..Laju dan smooth sama macam KLIA EXpress.Cuma KLIA Transit akan stop di beberapa stesen seperti Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya dan Salak Tinggi.

Iye..iye..saya tahu saya kuno skit.Baru tau ari nih..ngeeee..ape pon saya excited hokey! kire adela juga alternative lain ke LCCT selain naik skybus dan beberapa lagi bas yang lain. Saya Sooooka!!

Hoye! boleh la saya menggedik lagi naik train nih.Rase tak feel nak gedik kat lam bus..huahuahuha! Sebelum2 ni saya tau la juga ader stop kat salak tinggi tu sumer tapi tak tau lak dah ader ke LCCT. Juga ke Putrajaya! Patot le member2 sabah saya masa konvo kat PICC dulu sibuk2 tanya pasal train nih.Mane la saya tau yang oiii. Cetek pengetahuan.Sorry guys takleh tolong nak explain time tuh.Sebab tak tahu!

Tambang ke/dari LCCT - KL Central pun cuma RM 12.50 sehala..takde la mahal sangat untuk perkhidmatan yang tangkas dan effisien. Saya nak suh la kekaseh hati saya try koz dier pun nak datang Sabah 17hb ni..Huuu tapi dier ni bukannye boleh kalau saya takde skali nak try..kene gak saya ada. Ngengade tau kamu sayang.Awww! kamu mesti cuba jugak!! tak kire..


Cheers,
Amysue

Friday, December 4, 2009

Saya nak bomohkan dia???

Baru2 ni kan saya turun KL..n meet someone yang baru sahaja tau pasal kisah tragis saya putus tunang. So bila dia baru tahu, maknanya dia masih lagi beriya2 turut merasai 'kesedihan+kepedihan' yang saya rasa lebih setahun yang lepas. Bagi saya dah takde apa2 dah..yelerrr..dah lama dik oiii.Tak koser hokey aku nak mengingat sumer tu. Cukup2 la mase yang saya dedicated untuk menangisi n mengingati sumer tu.

Pung..pang..pung..pang dia meluah segala rasa kesal di dada..saya yang pada mulanya buat slumber tiba2 menangis..Huahuahua! ntah ler..memang la dah takde kesan di ati peristiwa lama tu.Tapi bila di ungkit semula..di gali balik kisah2 lama tu, maka teringat la kembali sagala2nya. Wa berkasih selama 4 taun ko..tapi tunangnye setaun je.pastu yelek!

Ada masa nanti tingin gak mencoretkan kisah saya itu di blog ni..n bermulanya kisah saya dengan kekaseh hati skang.Tapi nanti la ek..bile2 saya rasa ada masa n ada mood..Ngee manatau dah kering tahap gaban idea nak membelog..maka saya akan buatlah entri pasal itu.

Hokey sambung cerita,dalam beliau pung pang pang meluah..tiba2 beliau suggest idea yang saya rasa macam nak terbisu seumur idop.Hahahaha! speechless hokey ngan idea beliau itu.

Amik gambar x-tunang saya itu dan saya 'buat' sesuatu kat gambar tu supaya dia mahu kembali pada saya. What? What? What?...

Sesungguhnya idea itu amatlah lucu!...giler lawak!..saya nak bomohkan dia????? NO way!! kalau di takdirkan dia mahu kembali kepada saya secara sukarela pon saya dah tak mahu.

Sampai sekarang masih terngiang2 "saya nak bomohkan dia?" euwwww...Tak mungkin.


p/s: kan saya pernah berkata pada ex-tunang saya itu..waaalau apa pun terjadi, saya hanya mahu kahwin dengan dia..dan bila saya bersanding hanya dia yang saya mahu berada di sebelah saya..Tapi!!! dia buat2 lupa apa yang saya pernah janjikan untuk dia.So okey as u wish!..sorry there'll be no third chance.


Cheers,
Amysue

Wednesday, December 2, 2009

Tips saya kekal kurus

Saya adalah tergolong dalam golongan yang bermetabolisme yang super duper tinggi.Huuu ko melantakla haape pon..takyah isau..tak naik nye berat badan saya nih..Paling2 koman pun yang macam ala2 terpaksa, dia naik 1 kg je. Kalo macam nak tingin sangat penimbang berat badan naik dengan meriahnye...saya akan timbang pas beberapa minit makan..huuuu seronoks! naik sampai 3 kg..huuu bulehla nak merasa berat badan ni naik..Kehkehkeh! tapi beberapa jam pas tu dia turun la ke berat asal..jenis berat badan saya ni adalah hanya-berat-selepas-makan-sahaje huhuhu..

Ramai gak yang suruh naikkan berat badan,tapii bila saya kata nak naikkan berat badan ramai pulak yang kata tak payah..sebab kalau dah berjaya naik berat badan di tambah pula dengan terlebih sukses menaikkan berat..mau pening saya bepikir camno lak nak turunkan berat..

Tapi saya rasa, saya happy aje ngan saiz saya sekarang..at least saya merasa gak pakai size xs/s. dan pakai suar saiz 25/26..Huuu ko ade?!..ngeee saya keji di situ.

Setelah saya perhatikan dan membuat sedikit kajian.Ngeee..Bile mase ntah wat kajian. Tapi kalau di ikut rutin makan saya setiap hari, ia menyumbang gak sedikit sebanyak kementenan saya untuk bersaiz xs/s..Jom layan:

1) Saya tak makan daging which is kalau saya baca mana2 tips untuk gemuk, kena banyakkan makan daging. Saya cuma makan daging ayam sahaja. Tak pandai makan daging.Errr tapi dabel cis beger wa layan! huhuh

2) Saya tidak berapa suka makan nasik/mee yang bergoreng. Perut saya mudah rasa semacam..Rasa macam diisi dengan 1 liter minyak masak..eww yuck!

3) Saya tetap makan nasik 3 kali sehari. Tapi saya mengamalkan amalan tiada nasik tambah. Bukan sebab saya amalkan sangat bende tu.Tapi selera saya dah tak sama bila makan nasik baru yang di tambah ke pinggan.Dah lain rasenye.Dah tak best.Sebab tu saya tak suka tambah nasik.Walau camne pun selera saya macam nak tambah lagi.Saya prefer to stop.

4) Tak berapa suka minuman berkarbonat dan makan aiskrim.

5) Menu saya setiap hari hanyalah makanan yang light2 sahaja seperti tauhu emmm masak pe ntah..tapi yang macam masak ngn sos tiram tu, pastu tomyam, cendawan..bla..bla..Kalo menu ayam, saya tak gemar ayam di masak seketul2..saya prefer masak ayam yang di potong kecik2..ala macam nak wat paprik.

5) Tak gemar makan makanan yang complicated seperti rendang, masak lemak, kari, masak merah,bla..bla..**huhuhu bagi saya makanan tersebut sudah cukup complicated** saya cepat muak. Saya juga tidak berapa suka meratah lauk.Kene ada nasik gak.

6) Saya makan bila perlu. Saya bukanla seorang yang mempunyai selera makan yang meriah seperti makan time tgk tv ke..makan time study..makan time bersedih ke..saya makan bila saya rasa saya betul2 nak makan.Kalau makan sesaje tu memang bukan saya.**kalo la saya ada selera makan yang membolehkan saya makan setiap masa kan baguss**

7) Saya TAK AKAN continue makan kalau makanan yang saya order/masak tu tak sedap atau tak menepati selera saya.Saya pasti tolak ke tepi. Takde main pakse2 makan.Mangsa? bf saya akan jadi seperti MBPJ tukang bagi habis.huhuhuhu

8) Kalo dah kul 1 pagi ke atas.. tetibe saya lapar yang teramat sangat time ngah online ke..wat keje ke..takpun dah tido ke time tu..Saya tak akan bangun semata2 nak godek peti ais atau almari carik roti atau paling teruk gi kupas bawang n memulakan sesi menumbuk bawang semata2 nak goreng nasik untuk isi perut yang lapar itu. Huuu! never ever!..tapi adik saya memang wa salute laaa!!! kul 3 pagi ko menumbuk bawang dan siap tumis ngn belacan lagi untuk wat nasik goreng belacan.Perghh! mantap.Haku??? tak koserrrr

9) Saya tak amalkan makan ape2 pil diet atau amalkan apa2 diet. Just go with the flow..sesuatu yang patut saya syukuri..diet tiada dalam kamus idop saya.

10) Woh ya! saya seorang yang sangat suka/gila makan fast food! sekali lagi saya patut bersyukur koz saya boleh melantak apa sahaja jenis fast food tanpa perlu pikir "abisss la pasni nak kene turunkan berat badan". dan saya boleh layan KFC atau McD pada pukul 12 tgh malam dan sejurus selepas melantak, saya boleh terus tido! **tapi risikonye adalah perut boroiiiiii**di mana kengkawan saya kena tggu sehingga 2 jam sebelom boleh tido untuk mengelakkan berat bertambah.


Itula sedikit sebanyak rutin makan saya yang menyumbang ke arah saiz xs/s saya.
Dan baru2 ni saya berkata kat bf saya "ah! biarla muka sayang banyak jerawat janji, badan sayang tetap kuwus and tak boroi..." **dialog lebih kurang laa** dan kekaseh hati saya sangat-sangat setuju!!! hip! hip Hooreyyy! sayang kamu!

Psst kamu nak tau ape impian kekaseh hati saya???? impian dia adalah..saya dah beranak 4 pon body masih menten slim dan solid..Huahuahua! saye pon tak tau boleh capai ke tak.Tapi saya amik itu sebagai cabaran dan peringatan untuk saya tetap menjaga kelangsingan badan walau selepas kawin dan beranak pinak...InsyaAllah..untuk suami apa salahnya.Awww! haku sooookaaa!

Omakkk! kawinkan haku!

Sayang!! copek2 la masuk minang!



Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...