Saturday, December 26, 2009

Cerita Aku dan Dia - Episode 2

Hurm..rasa nak menyambung cerita cinta saya yang geli geleman itu. Saja nak wat2 blog saya ni konon2 meriah ngan entry and and berharap orang akan cakap 'mantap siot minah ni..banyak tol idea" okey, shut up u Amy. Stop dreaming. Huuuu padahal dah mula la takde idea nak membelog.Tu yang jaja cerita cinta yang ntah dapat capai ke jinjang pelamin ke tak **tapi harap2 dapat la..kalau idak meraung saya 48 taun**

Okey, sambung citer. Masa tu tunang saya takdelah sentap menyentap yang teramat sangat dengan perangai saya yang suka chatting ni. Koz..yela, kire dah memahami la konon.Weh! kata dah nak dekat 4 taun becinta,mau tak kenal perang buruks memasing.

Maka pada 26 Julai 2007, iaitu bersamaan hari terakhir paper exam saya untuk short sem tahun tu, saya rasa boleh la kalu nak jumpa pon. Tempat sekeliling pon dah kenal. Alah bukan nak pi jejauh. Makan kat pantai (belakang giant mall kelana jaya) je.

Janji kul 8.00 malam.Jumpa kat depan giant kecik area SS5. Huhuhu kul 7.00 saya dah start besiap. Vengong! ntah nape nebes sangat. Kul 7.30 dah siap, tunggu dia kol.Tapi dalam masa tu rasa dah lapan ploh pat kali belek muka kat cermin. Oles blusher nak dekat pat lima kali. Tak kire lagi keje menempek concealer kat parut2 jerawat yang bermaharajalela. Pastu try2 senyom depan cemin dengan pelbagai bentuk senyuman. Tengok mana yang nampak cam cumel.Huahuahua! sengal jek rase time tu.

Then kite pon jumpe la.Saya pakai baju pink and dia baju itam time tu. Ko!..mase makan tu punyelah mamat tu asek senyommmmm aje. becaka senyom..makan senyom..minum senyom. yang penting senyom manjang..dan saya merasa kepelikan melalui situasi itu. Saya? opkos kontrol ayu. kaki pon tak angkat atas kerusi. Saya kan seorang yang kalau duduk kat mana2, kaki mesti nak bersila.Walaupon atas kerusi. Tu tak masok lagi saya bersimpuh.Huhuhu

Okeyla...not bad rupa paras mamat tu. Ensem secukup rase la.Huhuhuhu.

Sebelum balik, dia ajak kuar lagi ari ahad iaitu 29 July..koz katanya dia besday time tu. Reaksi saya time tu "erkkk...ajak kuar?..er..tgk ar camne.Ape2hal nanti saya inform awak" Giler ko!.. mane leh kuar ngan owang lein ari ahad. Sabtu dan ahad adalah hari deting saya bersama tunang.

Owh! dia ajak kuar lagi!!!!..mengikut pengalaman zaman muada mudi dulu, kalau 1st time jumpe and si dia ajak jumpe lagi untuk kali yang seterusnya, maka dia berminat untuk berkawan ngan kita. Ngeeee kira muka saya yang di belek lapan ploh pat kali sebelum jumpa beliau telah menepati piawaian mata seorang lelaki seperti beliau. Pernah terasa seronok tak kalo ader lelaki yang suka kat kita padahal dah tau ko dah ader steady bf..tapi perasaan tu cuma rasa best je koz rupe2nye ko ader market lagi walaupun dah lama tak try carik lain.

Okey..beliau yang saya maksudkan itu opkos la kekaseh ati saya sekarang ni. Ya, we met thru chatting. Ngeee! jiwa cyber wa cakap lu.Huhuuu

Sambung lagi next time.

Cheers,

Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...