Saturday, January 30, 2010

Aku penat, kau penat tak?

Letihnye rasa hari ni. Walaupun hari ni hari Jumaat dan habis kerja pukul 11.30 pagi, sepatutnye balik rumah boleh sambung tidur pagi tadi yang terganggu koz kena bangun awal. Tapi tak boleh nak sambung tidur, cuma rehat selama satu jam setengah dan kemudian ready untuk membuat kek cawan@cupcake lagi. ye, diulangi..LAGI!

Semalam dah buat trip yang pertama.Buat choc moist cup cakes. Gigih start lepas maghrib, dan habis pukul 10.15 mlm.Lepas selesai buat cup cakes, bedesup pegi makan dan iron baju. Alamak! dah pukul 11mlm. Cepat2 iron baju dan cepat2 tidur! Tiap2 hari mesti tidur around 10.30-11.30..kalau lewat daripada itu maka esok pagi bangun akan terasa seperti nak menangis koz mata tak larat nak buka dan macam nak merayap pegi bilik air untuk mandi.Terus terasa diri hopeless.Hahaha!

Teringat masa saya darjah satu dan saya masih teringat lagi apa yang terlintas di fikiran saya ketika itu. Pagi2 mak kejutkan untuk pergi sekolah. Betul2 rasa mahu menangis dan tidak berdaya untuk bangun. Sambil merungut2 saya cakap cenggini "kenapa la nak kena suruh budak kecik umur seperti saya nak bangun pagi2 buta macam ni. Ni dah macam penderaan ke atas kanak2" wah! kau tengok ayat yang keluar dari mulut budak yang berumur 7 tahun tu. Terus feeling2 mangsa dera koz kena buat or paksa buat sesuatu yang betul2 di luar kemampuan (hahah!padahal kene suruh bangun je pun)

Eh, okay..terasa macam dah menyimpang lak cerita pasal kena paksa bangun segala. Sebenarnya nak cerita kenapa tak berdaya hari ni. Iya, saya tak berdaya koz after balik dari sekolah kena sambung lagi buat cupcakes. Kali ni cuma butter cake. Jadi lepas selesai, mak akan hantar dekat customer choc moist dan butter cake sempena kenduri kawin anak customer esok.

Selesai buat cupcakes, mata gila2 mengantuk. Masa tengah tunggu oven tadi pun sempat terlentok. Ok sempat tidur sejam lebih lepas buat cupcakes. Pastu kena bangun, prepare everything..get ready.. pukul 8 mlm ada tuisyen lagi. Buat tuisyen sampai pukul 10. Lepas tu baru dapat rest2 depan tv.

Badan letih. Hemm, mak selalu pesan untuk amik vitamin B complex kalau taknak cepat letih. Hehehe!actually kan...kau beli la berbotol2 vitamin b complex tu, memang saya liat sangat nak makan. Tapi kalau mak amik free kat hospital kerajaan, memang saya tiba2 jadi seorang yang berdisiplin makan vitamin tu. B complex tu sangat kecik2 dan mudah gile nak telan. Jadi berdisiplin koz teruja gila dengan keajaibannya untuk tiba2 hilang dalam mulut. Dia punya kecik sampai tak perasan bila masa ntah kau telan tiba2 dah tak ada. hehe. Sebab tu kalau mak bising2 suruh beli B complex saya saja lambat2kan sampai mak tak tahan dan tolong amikkan dekat hospital sahaj. Best! best!

Ok dah penat membebel. Selamat Malam!


Cheers,
Amysue

Wednesday, January 27, 2010

Nak jadi apa macam ni?

Hehhehe..ada baca kan cerita amarah saya dalam entry baru-baru ni. Kau nak tahu? hahah! okeh, kita kepoh sikit kali ni. Saya yang bajet2 kepoh.Korang tak..

Entry semalam saya panas dan bengang ngan kelas y ni.Ngeeee, we denote the class as 'y', dan kelas y ini dihuni oleh pelajar yang bernama Frank tu la. Pastu hari ni ada kelas lagi ngan dorang. Masa nak masuk kelas, bertembung dengan guru untuk masa sebelum saya. Uit! terkejut tengok cikgu ni mata dia merah2..idung pun merah2..muka merah.. pastu airmata ngalir2. Dia tunduk je. Tak sempat nak tegur. Lagipun tak berapa nak biasa lagi dengan dia koz dia guru baru.

Aha! tak tahu!..saya masuk jek bagi sign mata kat students. huhuhu sumer wat muka cuak. Kecuali Frank yang ntah haku pun tak tahu mana lesapnya dia.

Saya try tanya budak2, kenapa cikgu tu nangis.Dorang kata geng2 frank tu yang wat dia nanges. Kesnya..sama macam saya semalam. Kau penat2 ngajar kat depan dia buat kau macam takde je. Cikgu tu tak kenal lagi Frank tu macamana. Saya, tahun lepas pun tekanan2 mengajar dorang, tahun ni pun jumpa lagi muka yang sama. Saya sendiri tensen tahap gaban apatah lagi cikgu tu.

Masa tengah ngajar dorang bising juga cam semalam. Actually pelajar lain ok je, Frank tu je bawak 'barah' kat kawan2 yang lain. Dia pegi goyang2kan green board..dia pegi suka2 tampar kawan dia yang tengah khusyuk wat keje..Kawan2 dia yang nak blajar pun tiba2 nak gaduh2 ngan Frank.Kelas pun gamat la.

"kelas, senyap boleh ka? kamu mau jadi apa ni???"

"woi..woi..diam bah!..nanti cikgu Army pula nangis" kata si Frank ni. Pastu wat muka sinis yang macam kau nak siku bertubi2 je.

"Ahhh! buang masa nangis pasal kamu. Membazir airmata cikgu ja.Uwekk!!" hehehhe..koser haku nak nangis.

Saya pun tak tahu la kenapa dia sangat2 bermasalah. Padahal minggu lepas baru je lalui program kaunseling selama 4 hari. Kadang2 kesian betul tengok dia yang datang sekolah dengan sia2.Buang duit, masa..padahal family bukanlah senang pun.Hari2 dia spent about RM10 untuk tambang sekolah sahaja.Belum duit makan dia lagi.Masuk toilet lagi.Sekali masuk toilet seposen. Dia masuk toilet sehari nak dekat seploh kali.**geleng-geleng kepala**

Dulu elok2 duduk asrama dia wat kes bila tendang jari kawan dia sampai patah. Tu pun ntah kesalahan yang ke berapa ratus punya.Skang dah terpaksa duduk rumah yang jauhnya dari sekolah adalah 26km. Kul 5.30 dia dah keluar rumah pegi sekolah. Balik rumah pun kadang2 sampai nak escape masa terakhir semata2 takut ketinggalan bas. Aduhaiiii..sangat tidak berbaloi wahai Frank.


Cheers,
Amysue

Tuesday, January 26, 2010

Amarah

Ahhhhh!..airr...airr.. sampai2 je kat bilik guru terus teguk air macam yang dah lapan taon tak jumpa air.huuu sorga..

Gile kering dah menyengat2 tekak haku nih. Argggh!! rasa cam nak menangis okeh bila lapan puloh minit berjalan dan lebih separuh daripada masa tersebut saya asyik kena jerit je dekat budak2 dalam kelas. Sumpah gile babeng punye degil bin degul punya students. Saya bercakap dalam kelas kan dorang macam pandang saya ni cam papan hijau/papan putih je.Tak pun dorang anggap saya ni cam dinding je.

Sakit hati tahu bila bagi arahan tak pun tengah menerangkan sesuatu dekat mereka, mereka sibuk lapik meja la, main kejar kat belakang la..main panjat2. Ya Allah kuatkan la hati...ringan betul mulut nak maki satu2. Huh, sabar jela. Tu tak masuk lagi yang kau kena kejar dorang dari kelas ke hujung bangunan dan heret satu2 masuk ke kelas dan kemudian mereka buat lagi sebanyak 13 kali berturut2. So di dalam lesson plan boleh la letak reflection: sibuk mengejar pelajar jadi tidak sempat laksanakan P&P **naness**

Frank, ya that is the name of student yang ya ampuuunnnnnnnnn degil dan nakal. Kalau degil dan nakal yang nampak macam comel2 loteh tu takpela. Ni kau tengok pun rasa macam nak bagi smack down peringkat 8 kat dia.

Kau cakap sepatah, dia balas 48 patah yang menyakitkan hati.Kau marah pun dia still nak bercakap.Haku cubit sekali dia masih ngengngengengeng menjawab, cubit lagi kali kedua sepuas hati sampai terasa taknak berenti selagi isi kulit dia tercabut pun masih ngengngengeng... Aduihai..las2t tangan saya yang sakit. huuuu..mereka bukannya budak sekolah rendah lagii..dah form 2..tak comel dah pun kalau kau main lari2 keliling kelas.


Cheers,
Amysue

Sunday, January 24, 2010

Kenangan Terindah + Terpahit

Heee...ujung2 minggu cenggini mule la macam nak feeling2 kembali ke zaman silam. Bukan pe, oleh kerana weekend saya sekarang ni amatlah bosan.Hanya duduk di rumah sepanjang masa, jadi sudah tentu saya macam nak rindu2 ngan kengkawan lama saya dulu. Almaklum le, itew zaman2 saya gile meronggeng. Mereka, kengkawan saya masa study d Kolej Negeri, Seremban dulu.

Rindu giler ngan dorang sumer. Kengkawan dari Astel Mambau, rumah sewa kat Jalan Jelebu hingga la kengkawan kat Central Park Apartment.

Banyak gile kenangan pahit manis mase duk mengharung hidup yang baru nak dewasa kat seremban. kalau nak citer satu persatu macam berzaman baru abis kut. Hehehe.

Heheheh..muka2 zaman doulu kala.

Baju grad yang kaler merah mase konvo kat Royal Adelphi..and jubah kaler itam tu kat UTM Skudai.

Terus tetiba teringat kisah sedih dan tragik pada malam sebelum konvo di UTM Skudai. Saya suh ex-bf saya c lolipop tu pegi tulung ambilkan jubah koz kebetulan dia mmg study kat utm time tuh.Saya lak kan kat sabah, jadi macam susah nk amik.Tu yang mintak tulung dia amikkan.

Masa hantar jubah tu kat lobi hotel boleh2 dia bawa aweks baru dier kan?Siap salam2 lagi okeh ngan aweks dia. Homaigod! rasa macam ditusuk2 bertubi2 84 kali hati saya ngan pisau rembo. Cover muka yang dah senget2 menahan tangis. Pastu masa airmata macam dah tak boleh di tampung, time tu lak lif dah terbuka. So kire boleh la by the time airmata i nak jatuh, cepat2 masuk lif, dan lif tertutup..jadi dia tak akan tahu saya nangis.

heheheh, ok plan dah baik punya. Saya pun cakap " okey, la thanks tulung ambilkan jubah..bla..bla..saya naik dulu" terus berpaling dan kunun2 terus nak masuk lif. Masa berpaling tu airmata dah jatuh. Hahahah! sangat siut okeh bila dah nak dekat ngan lif, lif dah tertutup and bye! bye!.. tak sempat masok lif!.

Alamak! terus berusaha nak bagi airmata yang gile2 mengalir laju tu stop!..tapi taknak stop. Dalam ati sempat menyumpah ngan lif tu. Jadi i hide kat belakang tiang besar yang berdekatan. Kekekek dengan harapan c lolipop itu tak pasan saya belom masuk lif. Ngah layan tangis tiba2 dengar suara dari belakang " Amy ok ke? " Ah! siut..dia tahu haku belom naik..dan yang paling tak best dia tahu saya nangis. Maluuu!..malu sebab saya menangis hanya kerana dia ada aweks lain. hehehe..tp memang takleh terima kenyataan pun..untuk selama lebih kurang 5 taon gitu. Ye camtu laaa.Hokeh..stop2.Takmo citer tu lagi.

Teringat lagi masa tahun 2007 dulu. Dek kerana terlalu rindukan kenangan silam, saya ajak tunag saya ketika tu bawa saya ronda2 kat seremban 2. Banyak dah berubah. Senang cakap macam totally dah berubah. Restoran Siang Malam yang selalu tempat kitowang lepak dah jadi Jusco. Lalu kat Central Park Apartment boleh2 haku menangis. Uuuuuu..sedih hokey melihat apartment tempat tinggal dulu. Bannnnnyak sgt peristiwa manis dan sedih berlaku. Terus teringat pada Lolipop. Ssssssedih. Haip!!!..haku kata sudah.jangan diingat lagi.

Tapi tula, bila belek2 album gambar, asik gambar2 itu je la. Baru saya perasan..tak berapa nak banyak gambar yang saya amik time tu. yele..masa tu kan mane la ade lagi henset kamera. Kamera digital pon baru2 je nak muncul. Nak camwhore pon tak dapat.

Saya enjoy dan hidup bersama ngan kengkawan saya..Miss them so much!


Cheers,
Amysue

Friday, January 22, 2010

Bazar 1Malaysia

Iye rakan-rakan sekalian. Bazar 1 Malaysia. Uwaaaa!!! saya nak ke sana. Tapi apakan daya koordinat saya dengan Bazar 1Malaysia tersebut amatlah jauh.

Huhuhuh..nasib baik saya kat Sabah sekarang ni. Kalau duduk kat KJ lagi ni memang saya hentak2 kaki mintak kekaseh saya bawa saya pegi ke Bazar tersebut.

Kenapa nak sangat ke Bazar tu? Jap tadi saya gi baca Harian Metro hari ni. Terbaca tentang bazar 1Malaysia yang baru dilancarkan semalam. Bertempat di Jalan Ipoh (tak tau la saya specific tempatnye kat mana), bazar tu berkonsepkan 1 Malaysia dan juga semua barang2 yangdijual gak dijual dengan harga serendah RM1! singgit..singgit..meleleh!. Wah! haku kalau bab2 sopping menyopping perabih duit ni memang kegemaran haku. Aossstaghfirullaaaahhhhh Amy, membaziaq na..

Rakan-rakan sekalian yang duduk berdekatan tulung la pegi ye...bagi pihak saya. hahahah!..korang pegilah pastu citer balik kat saya best ke tak bazar tu. heheheh saya bukanye apa, bila dapat tahu pakaian, aksesori, kasut dan keperluan lain dijual dengan harga serendah singgit tu. Itu yang menggoda hati tu. Harap2 betul la yer ade benda yang di jual dengan harga singgit.

Korang pegi ek!


Cheers,
Amysue

Thursday, January 21, 2010

Memaafkan bukan bererti melupakan..



Ungu – Dilema Cinta

Seberapa salahkah diriku

Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
Inikah caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan yang mampu membuatku begitu terluka
Namun ku terlanjur mencintai dirimu

Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Telah ku coba segala cara
‘Tuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku ’tuk di sisimu

Tak pernah kurasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Jangan ko tanya kenapa haku post lagu ni. Huuuu..mood tengah feeling2 ni. Apapun lagu dan lirik ni kutujukan untuk si dia..untuk segala apa yang telah terjadi pada kita sepanjang 2 tahun ini.


Cheers,
Amysue

Tekanan ada di mana-mana

Kalau saya bersabar, pasti Allah balas dengan kemanisan. Saya yakin itu..

Huuuu.. Agak tertekan dua tiga menjak ni.

Tekanan di sekolah..

Tekanan di rumah...

Tekanan di luar rumah..

mane2 je tekanan..


heuwwwww


Amysue

Tuesday, January 19, 2010

Happy Anniversary to Amy ~ Mil

2 Tahun yang lepas..

" Kiranya buat masa ni awak la yang di tangga yang teratas dalam hati saya".. si dia berkata

"owh..kira buat masa ni la? akan datang pandai turun jadik nombor lain? gitu?" gua tanya direct

...bla..bla..huhuh tak ingat lagi dah apa yang kitowang pok pek kan. yang penting itulah ayat pertama yang kuar dari mulut dia masa nak wat confession yang dia suka kat saya. Hahaha! nak tergelak.Ade ker buat masa tu. Abis masa2 lain? Haiyaaaa..apa pun itu crita 2 tahun yang lepas. Bersaksikan kemegahan menara KLCC tersingkaplah apa yang terbuku di hati selama ni. Cewah! punye jiwang masa tuh. Pastu guling2 bahagia dengar lagu 'Tercipta Untukku-Ungu"

Setahun yang lepas...

errr... kata2 yang tertera di atas gambar itu adalah diedit pada tahun lepas. Maka tidak hairan la ye agak berjiwang2 di situ.

Tahun lepas kitowang celebrate our very 1st anniversary kat genting. Takde special sangat pun..juz lepak2..makan2..saya wish dia..dia wish saya..

Tahun ni....

Ya..hanya gambar cupcakes. I made it for us..but i eat it alone..Hhheheh! ngap!...ku menyambut hari ulang tahun yang kedua kami berseorangan..

Happy anniversary to us..
Happy anniversary to us..

Happy anniversary to ussssss...
Happy annivrsary to us.
.
**nyanyi dengan nada happy birthday**

Tepuk tangan sorang2..Mata bergenang2..ciom pipi sendiri.**Eh! gile moncong mulut aku leh ciom pipi sendiri hahha**

Zzzzzzz..terus tido dengan pasrah.Huuuuu

**sesungguhnya ini adalah scheduled entry..koser nak berjaga sampai kul 12. Perlu tidur awal supaya tak menangis aku nak bangun pagi sok**

Cheers,
Amysue

Monday, January 18, 2010

Bila cikgu mula bercerita..

Saya juga ditugaskan untuk mengajar pendidikan moral tingkatan 1. hahaha! okey tahu, ko masuk2 je terus macam in the middle of ceramah kat masjid kan? takde ujung pangkal tetibe ckp ngajar pendidikan moral. Ah terima sahaja diriku yang over bersemangat hari ini.

Pas abis ngajar pendidikan moral tingkatan satu saya tersengih sorang2. Gua rasa macam penglipurlara la hari ini. Sepanjang 80 minit berjalan, takde sorang pun students saya terlentok atau buat keje lain. mereka sungguh khusyuk dengan P&P. Semua duk nganga mendengar saya bercerita tentang story yang bermoral untuk mereka. **haku punye bersemangat siap wat sound effect lagi..muahah!**

Iyela..saya tak reti sangat camna la nak ngajar moral ni. Dorang lak kalo saya pok pek pok pek tentang nilai2 murni satu persatu saya tengok tumbang di medan peperangan. Tapi bila saya duk bercerita tentang 2012, dinasour..hubungan remaja lelaki dan perempuan, kisah sang kancil ngan buaya atau kera..tolong aku kancill..aku dah tiga hari tak makan...huhuh kemain bersemangat mendengar.

Iyela macam mase saya sekolah la dulu. Paling suka bila cikgu ngajar pastu menyimpang bercerita pasal benda lain. Dalam hati "biarlah cikgu ni bercerita sampai masa tamat" hahah. Pastu kecewa bila cikgu kata "ok kelas berbalik kepada perbincangan kita tadi.."

Saya lak kalo dah start wat sesi penglipurlara tu memang dah syok sendiri dah. kekeke! tapi saya selalu selitkan nilai2 la dalam cerita saya tu. Kira pendekatan yang saya guna untuk ajar moral ni adalah dengan bercerita untuk menyampaikan nilai2 murni tu. Heh! terkekeh2 mereka ketawa ye. Suke kamu ek.

Terus tiba2 bila suh wat biodata diri, orang yang paling di sayangi adalah cikgu Army. Muahahah! gelak guling2 haku kat bilik guru.Adoiyyaiii


Cheers,
Amysue

Sunday, January 17, 2010

Kejayaan yang dinanti..ngeh! ngeh!

Hoyeee! saya mencipta kejayaan yang unggul di hari ahad ni. Hahahah! setelah berhempas pulas melawan perasaan malas sejak berminggu-minggu lamanya, maka hari ni saya dah berjaya mengemas bilik saya. Tepuk tangan!!..iye..tepuk..tepuk..

Gigih ko haku bangun pagi ni dengan semangat berkobar2. Cumenye belom ade mood nak membasuh baju. Mak saya pun bz2 basuh baju. Ari ni cuaca elok la sikit berbanding semalam. So ampaian penuh ngan baju2 mak. Malas la nak nyelit2 gak basuh baju.

Mase landing atas katil pon rase syok je. Nyamannye..kekekek, harap2 berpanjangan la keadaan bilik ku yang damai ni. Selalu dapat bertahan sehari jek. Sok lusa mula la buku2 brterabur..selalu buku2 la yang buat bilik saya berterabur. pas balik dari mengajar haku main letaaak je mana yang tercapai segala mak nenek buku haku tu. Pastu esok masa nak gi ngajar semula mengagau mencarik buku2 nak bawak gi sekolah.

Kalau dah kawen ni mau kene talak seploh untuk 48 kali berturut2. Hahah!

Owh weekend.. weekend... rindunye pada weekend masa saya duduk kat kelana jaya dulu. Huhuh bukan ape, rindu nak gi deting jek. Dah nak meroyan dah ni bila lama tak kuar dating.

Dulu..weekend adalah hari yang di tunggu. pastu spent masa dua hari deeeeting je. kalau tak dapat deting rasa lemau je. Penat nak menunggu weekend yang sterusnya. masa tu saya mmang perlukan masa untuk keluar dengan Incik jamil. Nak release kepala hotak yang terbeban slama 5 hari setengah bekerja. Saya suka kerja kat tempat lama saya..tapi saya tak enjoy ngan keje tu. Huhuhuhu camne??

Adoooiii la..lambatnye lagi nak bulan 3. Tak sabar dah nak jumpa c dia. Nak gi jenjalan. ni yang saya dah start wat adegan pangkah memangkah tarikh kat kalender.

Sayang!, kite kena pegi juga restoran Pak Hailam tu. Dah termimpi2 dah mee hoon tomyam kat sana...perghh! meleleh siot.


Cheers,
Amysue

Saturday, January 16, 2010

Berlari dalam hujan

Huhuhu, sungguh terserlah ye kerajinan saya mengepos entry untuk hari ni. Daripada saya bermalas2an atas katil sambil diiringi dengan hujan yang tak brhenti2 sejak semalam jadi adalah molek ye kalau saya terus2an mengupdate blog.

Semalam, sekolah saya telah melaksanakan program larian KPM. Kalau saya jadik student smalam tentu seronok. Gile tak seronok merentas desa dalam hujan. Nak-nak lagi laluan kita lari sama ngan student lelaki sekolah sebelah. Hahahah! mase tu la ko nak gedik sambil berlari.

Tugas saya semalam jaga checkpoint A untuk student pompuan. Dibantu dengan 3 orang pelajar sains sukan. Hihihi! budak2 tu je yang tukang bagi kupon. Saya just berdiri sambil berpayung dan memerhati mereka. Best giler berlari dalam hujan. Tengok saya ulang sekali lagi betapa best kalo dapat lari semalam.

Masa zaman sekolah dulu kalau kitorang lari rentas desa merasa la ko lari daki-daki bukit..pastu lalu kandang2 babi. Kadang-kadang lari sambil ditemani anak babi yang kaler2 pink. Huuuu sumpah masa tulah first time dapat tengok makhluk tu secara live. Dulu sekolah saya terletak dekat area yang berbukit2. Tu yang kene mendaki bagai tu. Pastu belakang sekolah saya lak perkampungan non-muslim yang mana babi tu adalah sebahagian daripada binatang ternakan mereka.

Heeee..tak penah menang pon. Masa mula2 lari jek bersemangat. Pastu takdenye. Lenggang-lenggang kangkung je berjalan. Jumpa kedai runcit singgah jap beli jajan.

Pelajar lelaki sebelum dilepaskan. Hehehe..apsal kecik2 jek saya tengok mereka ni?

Mereka berdua antara studnt pompuan yang terawal sampai. Dua-dua ni student saya. Bangga..saya bangga. Ko tengok habis lenjun baju mereka.

Credit to blog smkmp untuk gambar2 yang saya amik ni.

Cheers,
Amysue

Janji saya pada mereka durjana

Entry ini maybe sebagai JANJI saya untuk direfer di masa hadapan sekiranya ianya berlaku. Mohon padaNYA agar kedua orang tua saya sentiasa dirahmati dan diberi kesihatan yang baik.

Apa sahaja perkara yang tidak baik berlaku kepada kedua orang tua saya..percaya la saya tidak akan pernah sama sekali MEMAAFKAN meraka. Percaya la dendam itu akan terus menyala walau mereka itu darah daging saya sendiri. Walau mereka itu ADIK BERADIK saya sendiri. dan walau mereka itu saudara dekat saya sekalipun. Saya berdiam diri tapi dendam itu sudah semakin memakan diri. Awas kamu..jangan sampai saya hilang pertimbangan.


Amysue

Resipi cupcake marble

Marble Mini Cupcakes

Hehhehehe..tiba-tiba terasa mood nak share resipi cupcake Marble yang selalu orang tempah dekat saya. Tanpa decoration pun mampu mendapat tempahan hebat semasa cuti sekolah dan sehingga sekarang. Hahahha! saja taip ayat cenggitu. Terasa macam baru lepas minum pati ayam brand pula bila menaip perkataan 'hebat'..ya..aku la juara..

Okey, mari kita lihat apa bahan2nya

1 1/2 cawan Butter
1 1/2 cawan gula caster **kalau taknak manis, sila kurangkan ye.Adalah lebih digalakkan**
3 cawan tepung gandum
5 biji telur
1/2 sudu makan ovalet/emulsifier **optional..takyah letak pon jadik gak.Kira kalau nak bagi empuk..pakai la**
1 sudu teh esn vanila
1 sudu teh baking powder

Bahan lain:
Paper cup
Almond Nib (bakar terlebih dahulu)
Serbuk Coklat/pewarna
Piping beg

Cara membuatnya:
1) Pukul butter bersama gula sehingga sebati
2) Masukkan telur sebijik demi sebijik. Pukul lagi sehingga kembang
3) Masukkan ovalet. Then pukul lagi
4) Masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla
5) Benti pukul ngan mixer. Sekarang gaul adunan guna spatula..xpun pakai sudu besar ke hape ke..gaul secara manual. Nak elak butter+gula+telur daripada terpinggir kat bawah dan tak teradun sebati ngan tepung. Kalau ini terjadi, maka kek kowang akan berminyak nanti.
6) Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian korang letak serbuk coklat sedikit. Dalam satu sudu makan.Kalau nak senang bubuh pewarna coklat jek. Tapi saya siap letak browning dan serbuk coklat. Supaya ada rasa skit.
7) Adunan yang satu lagi biarkan brperisa dan kaler yang asal.

Masukkan adunan mengikut kaler ke dalam piping beg.Pump adunan perisa coklat tu kat dalam paper cup.pump sebelah jek. Kasik simpan sikit space untuk adunan vanilla.


Ini la bentuk mukabumi adunan coklat dan vanilla yang telah siap di pump ke dalam paper cup.

Pastu pegi amik pencungkil gigi. ..amik yang bersih hokey. Jangan pulak korang main kutip je kat memana. Hahaha! ok..sambung. Menggunakan pencungkil gigi tu korang wat la swirl..bagi pusing2 supaya 2 kaler tersebut bercampur dengan lebih cantik dan teratur gitu.

Hokey dah siap main pusing2..pastu kalau nak sedap korang benamkan la beberapa bijik choc chip. Tapi kalau kosong pon sodap jugak. Saya selalu tabur Almond Nib.

Hokey, dah ready nak masuk oven. Em suhu....suhu standard la nak bakar kek. Hahahha! tak reti saya bab suhu menyuhu ni. Koz oven saya tu dah agak season yang sampai label2 suhu pun dah terpadam. Selalu saya bakar dalam 15 minit jek. Cupcake cepat masak. Tak pun ko cek la dengan pakai pencungkil gigi. Kalau ko cucuk n tgk ada lagi adunan melekat, kire tak masak lagi la tu.

Okey selamat mencuba. Saya pun dalam minggu depan kena buat untuk tempahan kenduri kawin customer.

Satu adunan ni leh dapat dalam lebih kurang 155 biji la and saya jual lak dalam 50 sen sebijik. Lau banyak dalam 400++ bijik amik 40 sen. Saket pinggang dowh wat mende kecik2 ni. Tapi..berbaloi2!


Cheers,
Amysue

Wednesday, January 13, 2010

Tolak ansur? Perlu kah?

..hubungan yang BERMULA dengan tolak ansur ianya tidak akan kukuh..

huhuh..okey tahu, bunyik ayat macam tak berapa nak tersusun di situ. Tapi ya, cenggitu la nak cakap.Cuma tak tau nak tulis dalam bahasa yang lebih puitis macamana. Saya cilok ayat dari citer Hindustan la ni. Duk melayan cerita kat channel Zee**lately ayah saya suka benor layan citer kat Zee ni**, tetibe nampak ayat kat subtitle ni cam best jek. Tu yang tunggang langgang bahasa.

Betul ke tak kukuh ngan tolak ansur? Bukannye tolak ansur ke kunci sesebuah hubungan. Hahah! amik ko. Rasa macam dato Fadhillah Kamsah lak cakap cenggitu.

Well, saya rasa saya tahu kenapa cerita tu kata macam tu. Saya tahu kenapa!..

renung-renungkan..dan selamat berfikir.


Cheers,
Amysue

Monday, January 11, 2010

Kembali Pulang..



....ye kembali pulang.. Alhamdulillah, cik lappy saya dan encik Jamil telah selamat kembali pulang ke pangkal jalan. Muahahah!..ntahpape.

Takdelah, setelah menderita selama 3 hari bila cik lappy tiada di sisi, Encik Jamil pula turut berada di luar daerah selama 4 ari dan tidak menelefon atau sms saya selama tempoh itu kerana tidak dibenarkan langsung! bawa handphone semasa kursus berlangsung. Ayoo! jiwa gua menderita, gua merana. Makanya semalam Encik Jamil dah balik semula ke Shah Alam. Iye, walaupun dah balik shah alam..dan realitinye dia kemana pun kami tetap berjauhan.Hahah! macam la ari2 ko duduk dekat pastu nak komplen merana sbb dia ke luar daerah.Padahal kalau dia stay kat shah alam pun tetap gak berjauhan**Kenapakah aku nak explain 2,3 kali nih???!**

Huhuh pastu bengang sorang2 bila kita excited nak borak ngan dia pastu dia macam tak interested je nak becakap. Dahla tu kene marah lagi koz pat ratos kali tanya kenapa tak leh on tepon **Hahaha! fadan muka ko amy**

Bila dengar balik lagu nih, automatik teringat cerita di mana sebelum (sekitar tahun 2006-2008) ni saya sibuk menjejaki seseorang. Gigih giler bertahun2 cuba menjejaki beliau. Bila Allah tunjukkan jejak2 beliau di internet pada saya dan saya berjaya mengikuti perkembangan beliau..errrr saya rasa saya telah membuat keputusan yang salah untuk mencari beliau. Perghhh! tersiat hati gua. Semoga kau berbahagia di sana. ceeeewah!!! ayat tak bleh blah.

Kembali Pulang - Kangen Band

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali

Wajahmu mengingatku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkan
Dengan masa laluku

Reff:
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa lalu ku



huhuhuh..semua cerita tak sama langsung pun dengan kisah lagu ni. Asal je ada benda yang datang balik kat saya maka kire bolehla nak teringat dan feeling2 ngan lagu ni.Hahahah! boleh??


Cheers,

Amysue

Saturday, January 9, 2010

Jangan masuk kalau tak suka.

Macamana ek nak cakap..

Huhuhu tiba-tiba je kan terus nak bagi explanation. Hahahah! sangat kelam kabut. Ni la.. pasal readers yang berkunjung ke belog saya ini. Honestly, from the bottom of my heart, saya tidak pernah memaksa anda untuk melayan cerita2 peribadi saya di sini apatah lagi memaksa anda untuk follow saya.

Kau tengok la tajuk belog saya saja dah 'tentang hidup me'. So apa yang kau expect? nak dapat cerita sejarah malaysia? nak dapat fakta tentang perang dunia kedua? ayoooo tentulah cerita kisah duka gumbira saya dan segala yang berkaitan dengan saya.

Lagipun ini belog saya dear, bukan belog mu.Hahahahah! soka hati saya la kan nak post apa. Kalau kau tak suka..kalau kau nak termuntah darah..kalau kau nak berdarah idong bila baca cerita saya, kau keluar la. Tuuuuuuu haaaaa! sila klik tanda pangkah. Hape susah???? heheheh tapi tengkiula..kau tulung naikkan traffic blog saya.

Kau buatla macam saya buat.Hanya baca/follow belog yang saya betul2 suka sahaja. simple! kan??? so tunggu pe lagi. Buat la.


Cheers,
Amysue

Wednesday, January 6, 2010

Dulu itam, sekarang putih..MJ ke ape?

Bila turun sekolah..

"cikgu!..cikgu army!.." then salam2. Huuu feeling2 artis jap

"Eiii cikgu sombong, saya sms cikgu time cuti cikgu tak balas pon" then wat muke diva yang malas nak layan peminat time cuti. Hahahah!

"cikgu..cikgu makin putih laaa..makin cantik" senyum lebar terus jawab style diva.

"aiii biase laaaa..cikgu kan asik mandi spa..bla..bla..lulur..bla..bla"

huh! okey fine! saya itam dulu sebelum cuti sekolah. Iye cikgu kamu dulu asik main pondok2..gi tangkap ikan tengahari2 buta pastu kutip tin sadin, curik mancis kat umah and masak ikan yang ditangkap sebagai lauk tengahari. Ya iyaaaa la sayang sekalian, dah coti sebulan lebih..asik duk umah..tak berjemur..takde sukan sana sukan sini..takde kawad2 bagai tu sumer tentulah cikgu putih SEDIKIT dari sebelum ni.

Adoiiiyyaaiii nampak sangat dulu saya gelap.Kalo gelap semulajadi tu bestla juga. Lagi lawa.Nampak exotic gitu.I like! ..Ini tak..kene panas cuma lima menet..itamnye pulak beriye2..bile jumpe owang je:

"Eh! dayang ke ni? asal dah gelap.tu yang tak kenal"
"eh asal ko legam sangat" fine! itu menyakitkan ati.
"dulu putih melepak cam anak cina.skang dah gelap.kenapa????"

Abang!, i gelap ke? jawapan standard " ntah..biase je" huhuhu tak membantu langsung kamu!

Eh! ntah2 ni kesan saya minum Innershine pati prune.Har! har! har!..gile, jap lagi leh jadik camelia laaaaa.pergh! best!

Cheers,
Amysue

Tuesday, January 5, 2010

Kamu buat hal ek!

Huhuhuhu..cik lappy saya buat hal. Takleh nak on langsung..i mean, br on je dah sibuk2 nak restart balik. Ko semput ke ape cik lappy?? baru je antar serbis ari tuh.

Tangan gatal jek tepon kekaseh hati.Tanya nak wat camne ngan lappy ni.Pok pek pok pek si dia menerangkan suh wat apa yang patot.Uwaa!!!! tak reti. Saya dah cuba..tapi malangnya cara yang di sarankan itu tidak berhasil.

Makanya, adalah patut saya menghantar beliau lagi ke kedai untuk repair.Haiiishhhhh! sabar je la. Wat masa ni terpaksa la saya berebut2 and wat muka taiko untuk amik turn main internet kat ruang tamu. Iye, berebut2 ngan adik badik saya. Tak leh mein tenet secara privacy kat dalam bilik buat sementara waktu.


Cheers,
Amysue

Friday, January 1, 2010

Airmata Tahun Baru

Malam tahun baru saya dipenuhi dengan aktiviti bergayut dengan kekaseh hati. Niat hati nak mencurah segala rasa kebimbangan dan ketakutan nak menghadapi tahun baru. Daripada mencurah secara biasa2 sampailah airmata saya pun turut mencurah2. Huhuhuh! tahun baru semalam penuh dengan airmata. Ternoda E71 saya dengan hingus dan airmata.Yuck! kamu selekeh Amy.

Airmata kebimbangan, airmata kekesalan, airmata kesedihan dan bla..bla..bla..Part paling saya menangis gile **ntah nape ntah emosi bebenor semalam** bila saya dan kekaseh hati review perhubungan kami sepanjang 2009. Pergh!!! mencurah2 airmata. Gua banyak simpan dalam ati.Heheheh eleh! sama jek. Masing2 main simpan dalam ati. Tu yang semalam dah jadi macam sesi pengakuan secara terbuka.

Kalau buat drama macam best jek. Sebab nanges2 berbackgroundkan dentuman bunga api. Heheheh tajuk drama 'airmata cinta tahun baru' pun boley kan? eiiii! cam geli pulak.

Apapun, selepas dah menggila saya menangis semalam, akhirnya hati saya lapang.Fikiran lebih tenang. Malah saya mula bersemangat untuk mengharungi tahun baru. Moga2 ada sinar kebahagiaan dan kejayaan untuk saya di tahun baru ini. InsyaAllah..

By the way, bergayut selama 2 jam semalam,sesen pun kedit tepon saya tak kurang.Huahuahua! konfius, tapi suka! Ngeee apesal ek tak kurang???? :p


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...