Friday, January 1, 2010

Airmata Tahun Baru

Malam tahun baru saya dipenuhi dengan aktiviti bergayut dengan kekaseh hati. Niat hati nak mencurah segala rasa kebimbangan dan ketakutan nak menghadapi tahun baru. Daripada mencurah secara biasa2 sampailah airmata saya pun turut mencurah2. Huhuhuh! tahun baru semalam penuh dengan airmata. Ternoda E71 saya dengan hingus dan airmata.Yuck! kamu selekeh Amy.

Airmata kebimbangan, airmata kekesalan, airmata kesedihan dan bla..bla..bla..Part paling saya menangis gile **ntah nape ntah emosi bebenor semalam** bila saya dan kekaseh hati review perhubungan kami sepanjang 2009. Pergh!!! mencurah2 airmata. Gua banyak simpan dalam ati.Heheheh eleh! sama jek. Masing2 main simpan dalam ati. Tu yang semalam dah jadi macam sesi pengakuan secara terbuka.

Kalau buat drama macam best jek. Sebab nanges2 berbackgroundkan dentuman bunga api. Heheheh tajuk drama 'airmata cinta tahun baru' pun boley kan? eiiii! cam geli pulak.

Apapun, selepas dah menggila saya menangis semalam, akhirnya hati saya lapang.Fikiran lebih tenang. Malah saya mula bersemangat untuk mengharungi tahun baru. Moga2 ada sinar kebahagiaan dan kejayaan untuk saya di tahun baru ini. InsyaAllah..

By the way, bergayut selama 2 jam semalam,sesen pun kedit tepon saya tak kurang.Huahuahua! konfius, tapi suka! Ngeee apesal ek tak kurang???? :p


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...