Saturday, January 30, 2010

Aku penat, kau penat tak?

Letihnye rasa hari ni. Walaupun hari ni hari Jumaat dan habis kerja pukul 11.30 pagi, sepatutnye balik rumah boleh sambung tidur pagi tadi yang terganggu koz kena bangun awal. Tapi tak boleh nak sambung tidur, cuma rehat selama satu jam setengah dan kemudian ready untuk membuat kek cawan@cupcake lagi. ye, diulangi..LAGI!

Semalam dah buat trip yang pertama.Buat choc moist cup cakes. Gigih start lepas maghrib, dan habis pukul 10.15 mlm.Lepas selesai buat cup cakes, bedesup pegi makan dan iron baju. Alamak! dah pukul 11mlm. Cepat2 iron baju dan cepat2 tidur! Tiap2 hari mesti tidur around 10.30-11.30..kalau lewat daripada itu maka esok pagi bangun akan terasa seperti nak menangis koz mata tak larat nak buka dan macam nak merayap pegi bilik air untuk mandi.Terus terasa diri hopeless.Hahaha!

Teringat masa saya darjah satu dan saya masih teringat lagi apa yang terlintas di fikiran saya ketika itu. Pagi2 mak kejutkan untuk pergi sekolah. Betul2 rasa mahu menangis dan tidak berdaya untuk bangun. Sambil merungut2 saya cakap cenggini "kenapa la nak kena suruh budak kecik umur seperti saya nak bangun pagi2 buta macam ni. Ni dah macam penderaan ke atas kanak2" wah! kau tengok ayat yang keluar dari mulut budak yang berumur 7 tahun tu. Terus feeling2 mangsa dera koz kena buat or paksa buat sesuatu yang betul2 di luar kemampuan (hahah!padahal kene suruh bangun je pun)

Eh, okay..terasa macam dah menyimpang lak cerita pasal kena paksa bangun segala. Sebenarnya nak cerita kenapa tak berdaya hari ni. Iya, saya tak berdaya koz after balik dari sekolah kena sambung lagi buat cupcakes. Kali ni cuma butter cake. Jadi lepas selesai, mak akan hantar dekat customer choc moist dan butter cake sempena kenduri kawin anak customer esok.

Selesai buat cupcakes, mata gila2 mengantuk. Masa tengah tunggu oven tadi pun sempat terlentok. Ok sempat tidur sejam lebih lepas buat cupcakes. Pastu kena bangun, prepare everything..get ready.. pukul 8 mlm ada tuisyen lagi. Buat tuisyen sampai pukul 10. Lepas tu baru dapat rest2 depan tv.

Badan letih. Hemm, mak selalu pesan untuk amik vitamin B complex kalau taknak cepat letih. Hehehe!actually kan...kau beli la berbotol2 vitamin b complex tu, memang saya liat sangat nak makan. Tapi kalau mak amik free kat hospital kerajaan, memang saya tiba2 jadi seorang yang berdisiplin makan vitamin tu. B complex tu sangat kecik2 dan mudah gile nak telan. Jadi berdisiplin koz teruja gila dengan keajaibannya untuk tiba2 hilang dalam mulut. Dia punya kecik sampai tak perasan bila masa ntah kau telan tiba2 dah tak ada. hehe. Sebab tu kalau mak bising2 suruh beli B complex saya saja lambat2kan sampai mak tak tahan dan tolong amikkan dekat hospital sahaj. Best! best!

Ok dah penat membebel. Selamat Malam!


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...