Saturday, January 16, 2010

Berlari dalam hujan

Huhuhu, sungguh terserlah ye kerajinan saya mengepos entry untuk hari ni. Daripada saya bermalas2an atas katil sambil diiringi dengan hujan yang tak brhenti2 sejak semalam jadi adalah molek ye kalau saya terus2an mengupdate blog.

Semalam, sekolah saya telah melaksanakan program larian KPM. Kalau saya jadik student smalam tentu seronok. Gile tak seronok merentas desa dalam hujan. Nak-nak lagi laluan kita lari sama ngan student lelaki sekolah sebelah. Hahahah! mase tu la ko nak gedik sambil berlari.

Tugas saya semalam jaga checkpoint A untuk student pompuan. Dibantu dengan 3 orang pelajar sains sukan. Hihihi! budak2 tu je yang tukang bagi kupon. Saya just berdiri sambil berpayung dan memerhati mereka. Best giler berlari dalam hujan. Tengok saya ulang sekali lagi betapa best kalo dapat lari semalam.

Masa zaman sekolah dulu kalau kitorang lari rentas desa merasa la ko lari daki-daki bukit..pastu lalu kandang2 babi. Kadang-kadang lari sambil ditemani anak babi yang kaler2 pink. Huuuu sumpah masa tulah first time dapat tengok makhluk tu secara live. Dulu sekolah saya terletak dekat area yang berbukit2. Tu yang kene mendaki bagai tu. Pastu belakang sekolah saya lak perkampungan non-muslim yang mana babi tu adalah sebahagian daripada binatang ternakan mereka.

Heeee..tak penah menang pon. Masa mula2 lari jek bersemangat. Pastu takdenye. Lenggang-lenggang kangkung je berjalan. Jumpa kedai runcit singgah jap beli jajan.

Pelajar lelaki sebelum dilepaskan. Hehehe..apsal kecik2 jek saya tengok mereka ni?

Mereka berdua antara studnt pompuan yang terawal sampai. Dua-dua ni student saya. Bangga..saya bangga. Ko tengok habis lenjun baju mereka.

Credit to blog smkmp untuk gambar2 yang saya amik ni.

Cheers,
Amysue

2 comments:

Maia said...

hmmmmm dah lama tak berlari camnih.. rindu plak masa sekolah

dk-mie said...

hee..apa kata ko wat la rentas desa sekeliling umah.huhuh! lepas gian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...