Wednesday, January 27, 2010

Nak jadi apa macam ni?

Hehhehe..ada baca kan cerita amarah saya dalam entry baru-baru ni. Kau nak tahu? hahah! okeh, kita kepoh sikit kali ni. Saya yang bajet2 kepoh.Korang tak..

Entry semalam saya panas dan bengang ngan kelas y ni.Ngeeee, we denote the class as 'y', dan kelas y ini dihuni oleh pelajar yang bernama Frank tu la. Pastu hari ni ada kelas lagi ngan dorang. Masa nak masuk kelas, bertembung dengan guru untuk masa sebelum saya. Uit! terkejut tengok cikgu ni mata dia merah2..idung pun merah2..muka merah.. pastu airmata ngalir2. Dia tunduk je. Tak sempat nak tegur. Lagipun tak berapa nak biasa lagi dengan dia koz dia guru baru.

Aha! tak tahu!..saya masuk jek bagi sign mata kat students. huhuhu sumer wat muka cuak. Kecuali Frank yang ntah haku pun tak tahu mana lesapnya dia.

Saya try tanya budak2, kenapa cikgu tu nangis.Dorang kata geng2 frank tu yang wat dia nanges. Kesnya..sama macam saya semalam. Kau penat2 ngajar kat depan dia buat kau macam takde je. Cikgu tu tak kenal lagi Frank tu macamana. Saya, tahun lepas pun tekanan2 mengajar dorang, tahun ni pun jumpa lagi muka yang sama. Saya sendiri tensen tahap gaban apatah lagi cikgu tu.

Masa tengah ngajar dorang bising juga cam semalam. Actually pelajar lain ok je, Frank tu je bawak 'barah' kat kawan2 yang lain. Dia pegi goyang2kan green board..dia pegi suka2 tampar kawan dia yang tengah khusyuk wat keje..Kawan2 dia yang nak blajar pun tiba2 nak gaduh2 ngan Frank.Kelas pun gamat la.

"kelas, senyap boleh ka? kamu mau jadi apa ni???"

"woi..woi..diam bah!..nanti cikgu Army pula nangis" kata si Frank ni. Pastu wat muka sinis yang macam kau nak siku bertubi2 je.

"Ahhh! buang masa nangis pasal kamu. Membazir airmata cikgu ja.Uwekk!!" hehehhe..koser haku nak nangis.

Saya pun tak tahu la kenapa dia sangat2 bermasalah. Padahal minggu lepas baru je lalui program kaunseling selama 4 hari. Kadang2 kesian betul tengok dia yang datang sekolah dengan sia2.Buang duit, masa..padahal family bukanlah senang pun.Hari2 dia spent about RM10 untuk tambang sekolah sahaja.Belum duit makan dia lagi.Masuk toilet lagi.Sekali masuk toilet seposen. Dia masuk toilet sehari nak dekat seploh kali.**geleng-geleng kepala**

Dulu elok2 duduk asrama dia wat kes bila tendang jari kawan dia sampai patah. Tu pun ntah kesalahan yang ke berapa ratus punya.Skang dah terpaksa duduk rumah yang jauhnya dari sekolah adalah 26km. Kul 5.30 dia dah keluar rumah pegi sekolah. Balik rumah pun kadang2 sampai nak escape masa terakhir semata2 takut ketinggalan bas. Aduhaiiii..sangat tidak berbaloi wahai Frank.


Cheers,
Amysue

1 comment:

Maia said...

hmm..kesian kt mak bapak dia kan.. berharap anak pg belajar, tp anak buat hal.. geram jugak kalau ada student yg tak paham bahasa nih.. kannnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...