Sunday, February 28, 2010

Kami bertemu lagi

Lepas keletihan berhoki selama 2 hari.Esoknya pas balik dari sekolah, bergegas pulak buat cup cakes sebanyak 300 bijik. Pukul 8 malam baru selesai semuanya. erghhh! penat gila.Badan pon sakit. Hari Jumaat pagi bergegas pulak balik kampung koz sepupu saya si An tu de kenduri belah lelaki. Hari tu dah belah pompuan.

Seperti biasa la majlis-majlis kahwin yang ada di sabah, malam sebelum acara sanding-menyanding tu adalah acara 'bebadak'.Atau dalam majlis kaum bajau di panggil 'malam bedak'. Bebadak atau malam bedak tu adalah malam di mana akan ada acara renjis merenjis, marhaban, berzanji, khatam quran dan selepas acara semua tu, pengantin akan diinai dan seluruh badan akan dilumur ngan bedak (huhuh tak sure la bedak apa. Tapi mak saya buat dulu pakai tepung beras bla..bla..bla..). Kira macam kau pakai bedak sejuk satu badan ar..


Ahli-ahli marhaban belah lelaki

Ahli-ahli marhaban belah pompuan

Masa dorang tengah bermarhaban dan acara renjis merenjis, kitorang just duduk luar kat khemah. Omakaiiiihhh, panas gila woh di dalam tu ngan ramai orang lagi. Aduihh cair mekap. hahah.

Masa duk lepak jek kat luar sambil mendengar kegamatan susana di dalam melalu speaker yang di sediakan, tetiba dengar orang kat dalam mintak sesuatu dari orang di luar

"aaa... sediakan panjar. Bawa dulu panjar ke dalam"

Pastu sibuk orang-orang diluar ulang dua tiga kali lagi

"uiii panjar. mana panjarnya? "

saya pandang sepupu saya

"panjar tu hapa?"

"ntah! kak, panjar tu apa?"

beliau pulak tanya kat sepupu saya yang sorang lagi. Hahaha! hampeh! semua kami tak tahu panjar tu apa. Kami tanya pulak kat makcik kitorang. Muahahah! ingatkan dia tahu. Dia pon tak tahu.

Last-last tanya paksik kitowang. Lerrrrr panjar tu rupanya minuman yang harus di beri selepas seseorang membuat sesuatu. Kira dalam kes semalam, minuman harus diberi pada orang-orang yang dah penat bermarhaban tu la. Mana la nak tahu bahasa-bahasa klasik Brunei nih. Kira belajar bahasa baru la semalam. huhuhu terasa macam boleh dibuang keturunan pulak bila tak tahu bahasa-bahasa klasik Brunei.

Oleh kerana majlis kahwin dah buat dekat belah pompuan, so kira time ni dua-dua pengantin ada. Tu yang naik pelamin berdua. Selalunya, kalau majlis belah laki dan pompuan berlaku serentak kat umah masing-masing, masa malam bebadak ni memang pengantin sorang-sorang je kat atas pelamin tu. Esoknya masa bersanding baru berdua.

Masa makcik-makcik dan pakcik-pakcik ni tengah menari, jam dah pukul 12 lebih. Lambat betol dorang nak panas. Walhal gambus dah main dekat 2 jam. Orang yang nyanyi tu pun dah macam nak tido dah. Huhuhu! kitorang sepupu-sepupu yang ada tak berapa aktif pulak malam tu. hahahah! ape taknya kitorang telah awal-awal diberi tugas untuk membasuh pinggan. Hehehe nasib baik i sempat men'escape'kan diri. Tapi kene potong sayur gak. Rasa macam nak tersembam je kat atas sayur-sayur tu koz mata dah ngantuk gila.
Pukul 2 kut baru tido. Tu pun tak dapat tido. Bising orang berkaraoke.

Makan time! masa hari kenduri. Kazen yang lain masih sibuk bertouch up!

Ini bukan pinggan haku!..heheheh saya tumpang snap pinggan kazen ku. Huhuhu tak boleh nak mention nama sepupu-sepupu saya la kat sini. Sebab kan, sepupu-sepupu saya semua pun di panggil dayang. Kalau kami berkumpul kan, pastu kau try panggil 'dayang' kompem semua nak menoleh. Koz memang semua pon nama panggilan kat umah 'dayang'.

Banyak kali dah terjadi. Bila panggil dayang, semua nak menoleh. hahahah! pastu terpaksa differentiate dengan tempat tinggal kita ataupun bapa kita. Contoh:
1) dayang sipitang
2) dayang papar
3)dayang kuala
4) dayang kak timah
5) dayang ngian tangah

So bila semua ada nama dayang, secara tidak langsung memang nak panggil dayang. Tu yang kitowang jarang nak ambil tahu nama penuh masing-masing. Asik la dayang-dayang je sampai bila-bila. Huhuh
Sementara menunggu majlis sanding, makcik-makcik ni main la kulintangan.Masyarakat sabah memang agak fofulerr dengan instrument nih.

Ya..ini la the dayangs!..Semua pun dayang. Daku bersama sepupu-sepupu dan anak buah. wohya, bila ada keramaian macam ni ku akan bertemu laa dengan segala anak buah dan cucu yang ada. hahahah! jangan tak tau, kitorang ni dah mencapai tahap nenda dah ni. heheheh saja je nak mention nenda. Tak mau di gelar nenek. Sounds too old!. Nenda agak best sedikit di dengar. Nenda yang vogue. Muahahah!

Haa!!! masa entry yang lepas, saya kan tak tahu nama sebenar sepupu ku itu. Asik la di panggil An. Rupanya nama dia ialah Awangku Mohd Arahan. Huhuhu, ku cuba carik kad jemputan dia untuk melihat nama penuh beliau.

Kami the Pengiran's Family.

Dayangku Army, Dayang Norbazura, Dayangku Intan Saleha dan Dayangku Siti Alimah

Selepas acara bersanding, kami apa lagi terus menyerbu ke port karaoke. Huhuh! nak balas dendam berkaraoke koz malam bebadak tu tak dapat nak karok. Asik gambus n dak lelaki jek konker.

Pasni, ntah kat majlis kahwin sapa lagi kitowang dapat berkumpul. Huuhuh masing-masing la cakap cenggitu. Pastu semua nak pandang saya kan?? nak aim saya pula kahwin pasni. Hahahah! saya cakap la tahun ni tak mungkin.

" ah! kakak ni, tahun lepas cakap mau kawin tahun ni. Skang cakap taun depan lagi"

"taun lepas kata tahun ni, tahun ni kata tahun depan laaaaa"

muahahahah! gua balas balik.


Cheers,
Amysue

Thursday, February 25, 2010

Bermain hoki

Wah! tajuk macam saya je yang bermain hoki. hahaha! padahal saya jadik guru pengiring sahaja. Saya ni kira baru sangat jadik salah seorang guru penasihat kelab hoki.Tak sampai sebulan gitu. Tahun lepas saya jadik guru penasihat kelab ping pong. biskut cap ping pong. Eh! apa pulak tetiba keluar biskut kat sini. hehehe! sebab bila sebut ping pong je terus teringat biskut cap ping pong yang kalau rendam ngan milo penas menghasilkan perasaan yang sukar digambarkan. Sedap gila.

Okey, okey kembali ke pangkal jalan. Hari selasa and rabu hari baru-baru ni, telah ditugaskan untuk mengiring team hoki sekolah ke pertandingan hoki peringkat daerah. Dalam ramai-ramai guru penasihat kelab ni, hanya saya seorang sahaja available untuk meneman budak-budak ni.Yang lain sibuk dengan preparation untuk sukan olaharaga minggu depan. So oleh kerana saya masih baru ngan sukan hoki ni, maka 2 lagi kengkawan saya pun turut ditugaskan sama.Pheww! lega kalau tak, mati kutu haku nak mengurus sorang-sorang.

Haha! tapi actually member saya yang dua orang tu pun sama 2x5 ngan saya. Buta hoki! haa! elok bebenor la tu tiga-tiga cikgu yang mengiring ni buta hoki. Nak coach dorang tak boleh. Heheh kau coach la diri kau sendiri ye. Huhuh

Goal keeper untuk team perempuan. First time saya tengok secara dekat segala mak nenek yang melekat kat badan tu. Dah macam transformers dah saya tengok. Ni kalau la saya yang pakai kompem la tenggelam. Jadik bentuk empat segi tepat je macam peti ais. Hahah!

Team perempuan yang ya ampun nak suruh dorang tukar jersey dan buat streching punye laaaaaaa liat. Dahla kita ni bukan coach, tak reti haku nak mengarah dorang. Saya tengok coach sekolah lain beriya-iya la jerit sana, jerit sini melatih pasukan masing-masing. heheh kami bertiga rilek je.
Team lelaki tengah beraksi. hahah! masa game ni lah dorang kene belasah 6-0. hah! ambek kau! macamana tak di belasah sampai 6-0, main berterabur. Takde strategi. Bila dapat bola je kelam kabut nak pass.Langsung tak tengok kat sapa kau pass bola tu. Hantaran bola lemah. Eceh! kau tengok, haku mengulas permainan dorang kemain lagi. Cuba kau letak aku kat atas padang tu, kompem aku blur statik je tak tau nak buat apa. huhhuh!

Diriku dan puan nisa

Kami sekali lagi. Huhuhu masa ni dah mengantuk tahap gaban tunggu game yang seterusnya. Dah la panas tak ingat. Duduk saje kat stage pon boleh mengundang kehitaman kulit.

Aha!!!.. masa padang kene pancut dengan air ni saya memang suka sangat. Rasa macam nak turun padang dan ikut membasahkan diri. panasss woo
Gedik okeh dorang ni sorang-sorang. Main hoki asik nak kontrol ayu jek. Camno nak kejar bola kalau lari pun kau katup-katup langkah kau tu, adoiyaiii sayang-sayangku. kalau kau nak lari, kau belasah jek lari berterabur, janji dapat bola.

Heheheh..masa hari kedua tu, gigih kami bertiga membawa segala fail meja untuk disiapkan koz esoknya dah kena hantar. Cikgu sekolah lain sibuk coach bebudak dorang, kami sibuk membelek-belek fail. Tu kau tak tengok lagi member aku c Rino tu sempat lagi menyiapkan lesson plan. Muahahah! gila punya berdedikasi wo.

Daku, nisa and rino (cikgu-cikgu bidan terjun dalam hoki).Hahah!

Selama dua hari perlawan berlangsung asik baliklewat petang jek. Mau tak letih. Dah la team kene belasah teruk. Tapi tu yang 1st day punya. Nasib baik yang 2nd day team perempuan main ok. Siap menang lagi. Huh! berbaloi la jugek menunggu.

masa 2nd day, team sekolah kitorang main dah yang last game. Bebudak sekolah lain kemain lagi menyokong macam la yang beraksi tu sekolah dorang. hahaha! tapi okeyla jugak. At least bersemangat. Tu yang terus menang tu.

Paling tak boleh blah bila dorang bersorak bila dapat gol...cenggini:

"satuu tak cukup, duaaa tak cukup, tigaaa tak cukup, kasi dia cukup-cukup! woooooooo"

dan bersorak cenggini kalau ada pemain yang main kasar..

"Jaaaaangan emosi, jangan emosiii. wooooo!"

mak aihhhh! macam vangang je haku rase. Bukan pe, dah bunyik cam gedik okeh. Overrrrrr sangat. players lelaki takdelah macam kecoh sangat. Tapi cuba kau tengok yang pompuan2 ni..gediknye ya ampunnn.

Tapi yelah..budak-budak sekolah, bila jumpa ngan budak sekolah lain memang cenggitu le. hahaah! time-time saya sekolah dulu pun cenggitu gak. Cuma, dulu sedikit bersopan mungkin berbanding sekarang. hehehe

Apapun..sangat penat dan letih selama dua hari tu. Heheheh! bukan ketih apa pun. Letih menunggu, letih menguap, letih duduk saje dan letih tengok dorang main.


Cheers,
Amysue

Wednesday, February 24, 2010

Masa...cepatlah berlalu

Owh cepatlaaaa minggu ni berlalu..
Minggu yang sibuk yang amat dan minggu yang memenatkan kerana..

1) Mengiring budak main hoki 2 hari. Penat gila.Pastu team sekolah kena belasah cukup-cukup pulak tu.

2) Kena siapkan Fail meja. Esok kena hantar! gigih okeh update fail kat stage padang hoki.

3) Lesson plan hantar esok!

4) 300 bijik kek cawan kena buat esok. Jumaat nak bawak ke kenduri sepupu.

5) Balik kampungJumaat pagi untuk wedding sepupu. Hari sabtu petang balik.

6) Prepare soalan ujian untuk 4 paper. Erk! mamposss

Ahhhh..cepatlah masa berlalu. Next week masa agak heaven sedikit. Koz maybe upper form and lower form akan cuti bergilir. Sekolah saya jadik tuan rumah Olahraga peringkat MSSD. So pakai jadual khas. heheheh P&P tarak!

After next week..minggu ujian pulak. Selepas ujian adalah minggu Cuti. Hahahah! daku soka! soka! soka!



Cheers,
Amysue

Sunday, February 21, 2010

Bila diri asik terperap di rumah

Aduh! pening woh..sakit kepala. Asal cuti jek mesti banyak tidur. Layan tidur sampai lebam. pastu bangun-bangun jek terus sakit kepala. Pastu buat muka menyesal bila tengok jam dah nak dekat maghrib.

"wah! aku sia-siakan masa dengan tidur jek??? T_T sok dah keje balik"

Punye bosan weekend saya. Saya ni sejak-sejak dah balik kampung memang lah terus jadik passive. Jarang nau nak keluar rumah. Malas betul rasanya. Asiklah terperap je kat lam umah. Kalau dah cuti-cuti tu memang aktiviti just main tenet, berfoya-foya di chatroom, pastu bosan gi dapur buatlah apa-apa yang patut.Bila bosan lagi terus layan tidur sampai lebam.TV memang i jarang layan.

Mak haku dah bising suh aku pegi kuar jalan-jalan. Tahap sampai nak halau-halau aku bila aku taknak. Har!har!har! gila ah. Bila ada hari yang memang saya kena kuar, mak saya mesti buat muka heaven dan terharu gila. Muka terharu macam "alhamdulillah..anak aku dah sembuh" hahahahhaah lawak jek.


Cheers,
Amysue

Friday, February 19, 2010

19 haribulan

Ye..19 haribulan lagi. Ari ni dah masuk 2 tahun sebulan kitowang bercintan cintun


Ah! serius.. gua rindu gila dengan saat-saat masa awal-awal bercinta dulu. Sekarang? memang betul-betul 'jauh' dah kitorang. Dengan koordinat pun masing-masing jauh..dengan komunikasi pun dah semakin kurang.

Masa mula-mula rasa ' jauh' saya agak memberontak juga. Bising-bising, tak puas hati, beriya-iya nak bagi dekat balik. Hehehehe, lama-lama gua dah tak larat beb. Ku pasrah saja. Dah tak hirau sangat keadaan jauh tu. Ku buat diriku tak tension memikirkan semua tu. so sekarang gua rilek saja.

Kadang-kadang saya betul2 merindui si dia. Mahu juga beramah mesra, bergurau senda..tapi untuk masa ni macam ada rasa kekok di situ. Kalau kami bercalling calling bunyik masa dealing bisnes je. hahahah

"aa? berapa? err ok..deal 8 juta..ok..ok sok kite citer lagi..bye"

Ah Tuhan..kau panjangkan lah jodoh kami..kembalikan lah saat-saat romantik kami dulu..

Heheheh..walau ku paksa macam tak berapa nak sedih di sini tapi mata gua bergenang-genang ni beb!

Ku cuma mahu kami mesra seperti dulu. Gila kau dah berapa bulan ni tak bergelak sakan atau bermanja atau beromentik2.


Cheers,
Amysue

Thursday, February 18, 2010

Jiwa gua masih muda

Salah satu teknik yang saya guna untuk mendekati para pelajar saya ialah sentiasa 'lepak' ngan dorang di luar waktu kelas. Suka borak-borak dan bergelak ketawa ngan mereka-mereka ni.

Malah saya lebih suka berkomunikasi dengan mereka mengikut cara mereka.I mean guna dorang punya lingo (err..tak sure macamana nak spell.heheh). Tak suka terlalu formal bila borak-borak ngan dorang. Hehehe pastu bila aku pulak yang terlebih berbahasa seperti remaja sekarang, dorang macam kagum gila kerana tak menyangka guru dorang berjiwa remaja. eceh!

Kadang-kadang terpamer muka terkejut kerana saya tahu sesetengah maksud perkataan yang biasa diguna oleh remaja. Hahahah! apa kau hengat cekgu korang ni dah season sangat ke?

Pastu kengkadang borak ngan saya aktiviti-aktiviti yang kengkonon cool ah.Pastu bangga gila. Eleh setakat main CS..main Dota, cikgu tak heran la beb! Hahahah! bila haku sebut je Dota, CS semua macam

" cikgu tau meh CS tu ape?"

"Wah! cikgu pun main Dota"

Eceh! padahal haku main sebut je tu. Bukan reti main pun. hahaha!

Tu belum bab-bab lagu baru lagi tu. Bila saya sebut je satu-satu lagu baru yang menjadi kegilaan dorang mula la buat muka macam laaaa aku ni dah season tahap yang melampau-lampau. Gila ah.


Cheers,
Amysue

Tuesday, February 16, 2010

Misi cheese cake

Ergghh! marvellesss! sedap gila. Heheheh! sangat bangga terhadap diri sendiri bila berjaya membuat blueberry cheese cake petang tadi. mantap!!! rasa yang seperti ku bayang-bayangkan. Malah tak sangka sedap betul. Ok Army, dah cukup dah kau membayangkan betapa sedapnya cheese cake yang kau buat tadi.

Inilah dia blueberry cheese cake tu..

Actually dari semalam lagi plan nak buat cheese cake ni.. Malah dah lama sebenarnya nak buat Tapi asik tergendala. Maka bangun pagi tadi terus bersemangat nak pegi ke kedai beli bahan-bahan nak buat benda tu. Gigih dan bersemangat betul haku.

Tak sampai empat jam letak peti ais, saya dah gatal tangan nak potong. Betul-betul tak sabar. Apapun daku sangat berpuas hati. Lain kali boleh buat lagi! Kalau nak resepi sila klik sini ye.


Eh sayang, sama sedap tau ngan cheese cake secret resepi. Pasti tak perlu rengek-rengek nak mam cheese cake. I dah pandai buat!


Cheers,
Amysue

Monday, February 15, 2010

kalkulator vs tanpa kalkulator

Seperti biasa, setiap hujung minggu memang saya akan buat kelas tuisyen maths. Hari ni kira macam extra kelas, koz dorang yang request nak kelas. Huhuh kalau ikut haku memang malasnyeeeee. Nak bermalas-malasan je. Tapi memandangkan ianya kan perkara yang mulia, so apa salahnya.

Aduhai, terdetik hati nak taip entry ni koz dah banyak kali mengalaminya. Baru ku benar-benar pasti bahawasanya pelajar-pelajar zaman sekarang tak berapa nak hafal sifir! tak hafal sifir kau! malah sifir dua pun boleh tak hafal. How come?? Dah tingkatan pun tak hafal sifir. Camno nak buat maths? Alaaa...kalkulator kan ada? Haaa..iyo la, makanya korang semua tak hafal sifir. Dah asik nak tekan kalkulator. 1x1 pun tekan kalkulator.Dua darab ngan apa dapat 2? jawapannya 4.Adoiii hantuk kepala kat dinding haku camni.

Hah! 3x2 berapa? err..seploh! banyak la kau punya sepuluh. Ade ke seploh. Masa tuisyen tadi saya try bagi dorang kira tanpa kalkulator.Ha, semua macam cacing kepanasan duk pandang muka masing-masing. Gatal tangan nak pakai kalkulator kat handphone.

Itulah dia kalau dah terlalu bergantung kepada teknologi. Pelajar sekarang memang semua senang.Semua pakai kalkulator. Kalau zaman dulu, lower form mane boleh pakai kalkulator.Sekarang start form 1 je dah boleh pakai kalkulator.Kalkulator saintifik pula tu. Dulu pakai kalkulator biasa je. Tu pun seingat saya yang amik add maths je.

Dulu gigihlah kau dengan buku sifir and pembaris panjang kalau nak tengok log, punca kuasa bla..bla.. Sekarang mana ada. semua pakai tekan sekali jek keluar segala-segala.Dulu ada cara nak carik log antilog, siap buat cam jadual la hapa la.Skang dah tak guna dah cara tu.

Ingat lagi last year. Ada sorang budak form 5 jawab soalan pasal soalan quadratic.Jalan semua full, tiba-tiba hilang satu jalan and terus lompat pegi jawapan. Dia tanya kenapa tak dapat full mark. Saya bagitau la yang dia termissed satu langkah. Pastu dia wat muka macam blur gila. Macam tak faham apa maksud saya. saya pun terangkanlah..bla..bla..then saya tanya

"abis tu macam mana kamu boleh dapat jawapan camni.Dah betul dah jawapan tu"
"er..hehehe cikgu, saya tekan jek kalkulator, dan dapat jawapan tu"

Mak aiii..ditaipnya semua persamaan kuadratik tu dan terus tekan '=' keluar semua jawapan untuk nilai-nilai x. Betul-betul bergantung dengan kalkulator. Haku sendiri pun tak reti nak tukar mode kalkulator untuk kira quadratic equation tu.

Well bukan tak bagus penggunaan teknologi.Memang bagus dan membantu. Tapi ntah la kenapa saya rasa kualiti pelajar agak kurang di situ. Apa taknya, ambil kelas sains tulen atau sains teknik, tapi bila tanya 4x6 dah terkocoh2 cari kalkulator. Bila tanya -2+3 pun tekan kalkulator. Bukan kah itu terlalu bergantung namanya?

Apa pun, memang sudah begitu kurikulum nya untuk zaman sekarang. So ikut sahaja la. Dah jarang kau tengok senario guru denda pelajar koz tak hafal sifir.

Teringat ayah saya dulu tiap-tiap hari balik kerja mesti nak soal sifir dekat saya dan abang. Selalu bersaing ngan abang.


Cheers,
Amysue

Kalau dah wanita..

Dapat kiriman daripada Incik Jamil. Hahah, actually sudah seminggu sampai, tapi takde masa nak check kat post box. Hahah! Lagipun macam malu gitu kalau saya cek post box mesti ada sahaja barang pos yang nak di ambil. Sehinggakan baru berada depan pintu pejabat pos, kakak kat kaunter sudah bersedia dengan barang kiriman untuk diserahkan pada saya. Hem efisien!..belum sempat pun bukak mulut. Hehe


Sejak-sejak addicted dengan online shopping, ada je benda yang nak dibeli. Tapi kiriman yang saya dapat daripada Incik Jamil tadi bukanlah barang yang dibeli secara online. Ianya 5.25” External Enclosure.

Eh..bukan..bukan..dia bukan kirim bendelah tu pada saya. Tu hanya kotaknya sahaja. Hehehe! Dia kirim ni...

Azie Cosmetics. Sekarang sudah memakai Azie Cosmetics setelah lebih 3 tahun tiada produk specific untuk muka ini. Kat KK takde jual Azie Cosmetics. Dahulu pernah la pakai Reena’s Cosmetics. Uiiiiiii, haku pernah masuk majalah kau sebab menang peraduan yang dianjurkan oleh Reena's cosmetics. Terus ada testimoni dari saya. Huhu macam kelakau baca ayat testi dari saya, cam desperate nak menang je.Muahahah!


Kau tengok muka sebelum dan selepas saya tu? Gila ngeri kan??uiiii sedih siut masa mengalami fasa tu. Semua pandang kita macam nak kutuk je “uiii kau tengok jerawat dia besar gile, banyak pulak tu euwww” Huh! Sekali gua sudah pakai Reena’s Cosmetics terus bajet-bajet baru kenal la, ingat junior kolej la, mintak-mintak nombor phone la. Cheh! Baru kau tahu sebenarnya aku ni lawa.MUahahahha! riak! riak!..Aossstaghfirullah..insaf sekarang..

Eh! Tapi bukan nak cerita pasal Reena’s Cosmetics.Hehehe tapi kena cerita gak la sikit. Sebab berenti Reena’s Cosmetics ni bukan sebab tak bagus, tapi sebab bagi saya benda tu mahal la.Dah la tu susah nak dapat. Dulu masa pakai tu sebab mak saya merupakan salah salah seorang or paling tepat wakil tunggal yang mengedar (bila taip perkataan mengedar je terus rasa mengedar dadah pula.haha) Reenas’ di Sabah. Sekarang mak sudah buat bisnes lain, jadi tak jual lagi Reenas. Bila tak jual Reenas maka tak dapat harga diskaun, bila tak dapat harga diskaun maka harganya terlalu mahal..jadi tak mampu. Heeee panjang gila explanation.

Setelah puas mencari produk sesuai dan harga yang tidak terlalu mahal untuk packaging yang cenoet, maka akhirnya berjumpa dengan Azie Cosmetics. Uiiiii! Ni yang seronok nak cerita. Nak tahu sapa kenalkan Azie Cosmetics kat saya? Nuuuuu haaaa..sapa lagi Incik Jamil la. Gigih kau mencari produk untuk cinta hatinya yang tersayang ni. Heheheh, kalau setakat perkenalkan sahaja tak berapa nak seronok lagi tu. Paling seronok, satu set produk Azie Cosmetics ni yang mengandungi 9 jenis item telah dibelikan oleh beliau pada ulangbulan yang ke setahun 11 bulan dan diberikan secara FREE!..ya diulangi FREE ya!. Bergenang kau airmata haku menerima hadiah kosmetik yang bernilai 200++ hengget ni. Walaupun bukan beribu-ribu. Tapi happy gilerrr..tak penah dapat lagi sebelum nih dari bekas-bekas boyfriends i.

Tak sangka lak nak kasik free. Memang saya mintak dia tolong dia tanyakan kawan-kawan perempuan dia pasal produk yang bagus, merengek2 tetiap malam mengadu pasal muka itam la, banyak jerawat tumbuhla..bla..bla..tapi takku sangka dia bagi haku free cenggitu. Hahahah!terus nak bagi 16 kali sayang.

Pasni tak yah nak jeles kat Ezlyn bila Awal hadiahkan Syura kat dia.Huhuh dulu bila tengok iklan ni je mesti macam nak jeles.

Hehehe, tapi bila dah nak beli kali kedua memang haruslah kan kau tanggung segala perbelanjaan. Pokai Incik Jamil kalau terus-terusan mengepaw dia belikan Azie Cosmetics tu. Kalau dah beli kali kedua maknanya sesuai la dengan saya. Tu yang turun sekolah je hari tu sibuk-sibuk students nak puji kan. Awww! Malu haku.Huhuhuh. Tapi taknak bubuh gambar close up sekarang. Tak berapa nak perfect lagi ni. Lagipun kata nak kasik kejutan dekat si Jamil tu bulan 3 nanti. Hehehe berdebar-debar tak sayang??? Muahahahah!!! **gelak syaitonn**


p/s: Untuk pengetahuan, pada saya kedua-dua produk iaitu Reena's Cosmetics dan Azie Cosmetics memang bagus. Maknanya sesuai la dengan kulit saya yang over sensitive ni. Terpulang la pada anda nak cuba yang mana satu. Tak kisah la mahal ke..kalau dah sangat-sangat sesuai dengan kamu apa salahnya. kata nak cantik kan???? hehehe


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...