Monday, February 8, 2010

Bila berumah di alam maya

Hemm..kenapa saya membelog ya? Well actually, entry macam ni memang selalu ada di blog2 yang lain especially bagi mereka yang menyambut setahun berbelog. Hahah! haku blogging kat sini tak sampai pun setahun, tapi rasa nak jugak buat entry ni.

Kenapa ek saya membelog? Sebenarnya sebelum ni pun sudah membelog. Masa tu kat blog friendster. Masa tu gaya membelog saya betul2 macam kau tulis diari yang kalau kau marah ke apa ke main belaaaasah jek. Ayat dan cara mengeja pun macam ntah hapa2. Ia lebih bersifat peribadi la kiranya.

Kalau sekarang, saya membelog memang bukan untuk diri sendiri sahaja tapi untuk yang sudi mengunjung. Heheheh, bagi yang mengikuti belog saya dari awal, memang akan perasan cara saya mengeja perkataan. Sudah kurang kan perkataan yang ditaip secara ringkas? hehehe ini tips untuk menjadi blogger yang best yang dikutip daripada blog2 yang memang confirm famous di arena blogging ni.Cuma untuk perkataan berganda tu macam malas pulak nak taip dua kali. Takpe nanti saya cuba belajar untuk eja secara penuh ya.

sekarang kan, apabila rasa sedih je terus macam nak on laptop dan singgah blog sendiri. Asal marah je nak lepak blog lama2, asal gembira pun nak masuk blog. Hahahah! pendek kata, apa sahaja perasaan yang macam kau nak share dengan seseorang tapi tiada siapa di sisi untuk di share, maka akan lepak di blog lama2.Pastu terus macam lega.Hahahah! Padahal tak adapun buat entry terbaru.

Dulu agak gila dengan facebook, tapi sejak akhir tahun lepas sudah semakin tidak aktif dengan facebook. Saya lebih teruja lepak di blog. hahahah! walaupun lepak sorang2. Tapi ku happy dengan blogwalking dan selain meninjau2 keadaan nuffnangku. Ya, sangat seronok dengan pendapatan pasif ni. Takdelah mengharap sangat dengan Nuffnang tu, tapi seronok juga tengok tabung nuffnang tu makin berisi. Heheheheh

Sekarang memang kena kontrol masa di depan lappy dan ketika blogging. Boleh terbabas siut.

Eh berbalik pada kenapa saya membelog? senang kengkawan lama yang dekat mahupun yang jauh mengupdate diri mereka tentang saya. walau ku tak paksa mereka untuk mengambil tahu pasal saya. Tapi saya tahu ada kengkawan lama yang menjadi silent readers saya walau bukan menjadi followers.

Selain itu senang bf saya nak update diri beliau tentang saya. Jimat kos, tanpa telefon dan sms pun dia tahu saya happy, atau sentap, atau sedih di sini.Malah saya sihat atau sakit pun dia boleh dapat tahu melalui blog ni.Haku? ada haku tahu kau kat sana macam mana???? Haaa?? eh! teremosi pulak.

Hahahah! vangang.Maka kamu sila mula membelog.Sekarang!!! Hehehe jadi bila mak ayah saya tanya pasal kamu "eh apa khabar Jamil sekarang ek" maka akan terus online, sorong laptop depan mereka dan "Nah, mak baca la sendiri, semua ada di situ" Hahah! Senang bukan?

Apapun, saya membelog hanya untuk suka2.Legakan hati dan perasaan. Kalau ada yang suka mengikuti alhamdulillah. Rezeki tu.Huhuhu, tapi idak la saya memaksa kamu..kamu..kamu..dan kamu yang menyorok belakang kerusi tu untuk baca belog saya.Jangan risau kalau saya follow kamu tak bermakna kamu kena follow saya juga. Tak suka ngan rules tu.


Cheers,
Amysue

3 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

ya la kan mie..memblog itu mmg suda dr azali..dr zaman diary dan kini suda UPD8 pegi blog..bestnya kalu guna blogspot, masuk ja suda terpampang update kawan-kawan pastu yg bestnya ble pilih wall paper sndr nda mcm setengah2 'blog'..na ketara suma jenis blog d cuba hu hu hu..so far i like it here..new hommie :)

Dayangku Army said...

Hahah, emma actuallynya kita memang lama membelog. Cumanya doulu2 di diari..sekarang suda advance.

Heheheh, besa la tu kalau mau berumah di tempat baru harus dilihat samada serasi atau x. Tu yang abis di cuba suma blog.Hahah!

Baca blog orang boleh ilang tensen..koz macam2 cerita.Samada ko kenal atau tidak. Tu yang agak addicted sikit ngan blog.huhuh

Nurul Aima Hj Kaim said...

yup kalu best pasti d follow esp kawan-kawan..like u said..dngn membaca blog we wont lost track of them kan?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...