Saturday, February 6, 2010

Cerita gotong royong

:: Gotong royong Sekolah::

Semalam, tak dapat tidur sampai lebam. Pukul 7.30 dah gerak ke sekolah koz ada gotong royong sekolah bersama ibubapa dan agensi kerajaan. Haku bajet gotong royong tu cam ala kadar je kan, so kira boleh la balik awal dalam kul 8.30 cenggitu ke. Pakaian yang saya pakai pun semalam macam yang nak gi jenjalan.Haha! memang bukan pakaian gotong royong betul.

Hemm..boleh balik awal la sangat!..pukul seploh setengah baru abis. Memang gile2 la gotong royong.Siap tebas-menebas, cangkul mencangkul, panjat bumbung bagai. Wah! bagaimana harusku join semua itu dengan pakaian yang macam nak pegi deting. Bulu mata lentik kejung di sapu sehingga 4 lapis mascara.Harus cair bedak di muka.

Kau tengok, gigihkan cikgu2 tu mencangkul ubi yang ntah berapa ratos tahun tak pernah di gali. Hahah! memang boleh jadik fosil dah.

Gambar di atas tu gak merupakan kawasan yang saya terlibat untuk bergotong royong. Masing2 dah di beri kawasan untuk dibersihkan. Guru2 dan ibubapa di kawasan saya semangat nak menghapuskan serumpun..er bukan serumpun dah.Tapi berumpun2 pandan yang tumbuh bagai juara. Memang dah jadik sarang ular dan tikus.

Masa dorang tengah menghapuskan pandan yang membesar dengan cemerlang tu, haku dah pegi jauh2.Huhu sebagai langkah berjaga2 sebelum terserempak ngan ular. Euwww! takot haku..

Huhuhu tugas saya semalam just sapu2 daun kering je. Agak2 macam nak bagi nampak saya kerja keras dan tidak hanya duduk saja, maka saya angkat gak la batu bata barang seketul dua. Hehehe. Tapi berpeluh sakan jugak la.

Guru-guru dan ibubapa di kawasan Taman Firdausi. Pada mulanya macam nak joing gotong royong kat kawasan ni. Koz kawasannye agak redup sedikit berbanding Taman Sains & Matematik. Sesuai la dengan nama tamannya.

Huhuhu..kau tengok baju haku tu. Tak sesuweiiii.. Hehehe, mane la nak bajet dorang memang betul2 mengikut erti kata sebenar 'gotong royong' membersihkan sekolah.


Kredit untuk SMKMP untuk semua pics di atas.




Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...