Wednesday, February 3, 2010

Kerahan tenaga

Ya Allah, penatnye saya rasa hari ini. Jadual mengajar tahun ni memang yang stok nak bagi kau longlai la. Selasa, Rabu dan Khamis memang pack dengan 6 masa. Tu tak kira lagi yang direct 4 masa. Lembik terus haku rasa**huhuh apesal haku rasa macam dah jadik pantun je bunyiknye.heheh**

Tak tau la kenapa hari ni sangat2 penat. Maybe campur dengan PMSnye, dengan semua kelas yang saya masuk hari ini semua kelas yang hujung2 dan memang menuntut kerahan tenaga yang lebih sedikit. Penatnye..rasa cam nak menangis bila letih mengeluarkan suara yang terover volume umpama sedang menjerit mintak pertolongan bila terlihat ada rumah terbakar T_T kau imagine saya menjerit mintak tolong sampai anak tekak bergoyang2 selama 80 minit untuk 3 kali berturut2.Maka setelah di calculate tempoh masa harus mengajar dengan volume itu adalah 240 minit!

Dua masa yang pertama saya still bertenaga lagi pok pek pok pek..dua masa yang seterusnya sudah mula mengerutkan dahi sehingga kening bercantum menjadi samurai beger.Padahnye, semua pelajar kena berdiri sambil belajar selama 80 minit. Sakit hati betul bila tak mahu buat kerja rumah cikgu Army hanya kerana “ala..cikgu Army ok, boleh kaw team punye” banyak la kau punye kaw team. Silap hari bulan la lu dik!

Dua masa seterusnya memang gila2 punya tak larat dah.Budak2 ni lagi nak main kejar2 dalam kelas kan. Haku bagi nota.Dah siap, buat latihan pulak. Masa ada sejam lagi nak habis. Blank kepala hotak. Dorang kalau kau saja2 suruh buat latihan cenggitu je memang tak jalanlah. Dorang buat macam angin je.

“ok kelas, sapa dapat siap dan hantar sebelum loceng berbunyi, cikgu bagi merit 5”

Hah! Bersemangat semua keluarkan buku semula dan start buat latihan. Lagipun dengan budak form 1.Masih berharga nilai merit lima tu dimata mereka. Cuba kau bagi yang dah form 3 ke..form 4 ke..yang upper form la..

“ala..setakat lima cikgu, apa barang!” hmmm..sabarrr

Esok 6 masa lagi.Lagi best koz direct mengajar dr kul 7.00-9.40. Omakkk!, bitamin b kompleks yang spital punya ada lagi takkk??? Huhuh tetibe terus macam nak makan bitamin b kompleks supaya tak letih sok.

Nota kaki bangku: Another reason why I lembik semacam je koz saya baru je seminggu makan GL dan RG dari DXN. Memang fasa pengeluaran segala racun dan toksin di badan


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...