Monday, February 15, 2010

Rombongan

Huuu..seronok gila bila dapat bertemu segala sanak saudara, sepupu sepapat tadi sempena majlis perkahwinan sepupu saya semalam. Wah! Sudah kawin ya kamu An. Bagus, antara kita yang berumur 27 ni, kamulah yang 1st kawin.

Sepupu saya yang kawin tu namanya An. Usah kau tanya nama sebenarnya kerana ku tak tahu. Hahahah! Sumpah tak tahu. Asik panggil An jek dari kecik, tak tahu nama realnya apa. Nantilah majlis belah lelaki saya try tengok kad jemputannya and tengok nama sebenar dia. Yang tadi tu majlis sebelah pengantin perempuan.

Majlis tersebut telah berlangsung di..er…er..apa ek nama kampung tu tadi? Hahah! Vangang betul tak ingat. Apa yang penting kampung tu bersebelahan dengan Sulaman Central. Makanya kami-kami yang datang dari belah Papar, dari Sipitang, Kampung Pimping..bla..bla.. semuanya telah sepakat berkumpul di Masjid Bandaraya, Likas.



Sampai-sampai jek kat masjid tengok dah busy buat persiapan terakhir.Heheh masa tu la juga pasang bunga manggar, hias kereta pengantin, pengantin tukar baju, bla..bla..bla..

Hehehe..beliau di atas adalah cousin paling rapat ngan saya. Dayang Britney namanye. Heheh, oleh kerana kegilaan tahap dewa terhadap Britney, makanya nama beliau juga turut ada Britney di belakang.
Awwww..mereka lah cousins saya yang paling ya ampun tak boleh blah kalau berjumpa. Keluar segala kegedikan. Dalam ramai-ramai ni hanya diriku dan Cik Dayang Britney tu sajork yang macam dah veteren gitu. Yang lain-lain tu masih muda sekitar 19-24.

Paling diharap-harapkan adalah time makan! Sangat tak di sangka keluarga sepupu saya tu ada prepare makanan sikit untuk alas perut. Hahah! Bak kata makcik saya dibuatnya kita kene kasik makan pukul 4 petang mau pengsan memasing menahan kelaparan. Owh! Makcik ayam masak merah mu itu sangat marvellessss!! Sedap giloss!

Tepat pukul 1.30 kitorang semua pun gerak la ke kampong pengantin perempuan tu. Memang stok bukit bukau je. Rumah pengantin perempuan tu pulak turun bukit dan terus tepi sungai. Memang best ah pemandangannya. Masa sampai tu kitorang semua parking kat atas bukit. Tak boleh nak turun ke rumah pengantin koz kawasan sempit. Kang kalau semua nak turun parking ke rumah pengantin, maunya kami terus direct parking kat dalam sungai. Boleh nyanyi row, row row your boat.heheh.

Pemandangan dari atas bukit. Santek gila kan? Ala-ala tenang jiwaku. Huhuhu. Kau nampak tak bumbung rumah kaler kuning tu? Haaa..itulah dia rumah pengantin perempuan tu.

Bila dah parking atas bukit memang kau kena menapak la kan turun ke bukit yang bersudut 45 darjah itu. Pergh! Kau imagine sekarang dengan vogue mekap tebal berhigh heel pat inchi turun bukit. Seksa betul nak sampai ke bawah. Tapi turun okey lagi. Cuba nanti kau tengok gaya kami semua mendaki masa nak balik.


Pengantin An dan Sofie..macam mature betul haku tengok mereka berdua ni. Padahal si An tu baya-baya haku. Tapi dua-dua sama cantik sama padan. Seperti biasa, bila dah satu family berkumpul ada je soalan bonus untuk saya. Bila nak kawin..bila nak kawin.. bila nak kawin..aduhai tidak adakah soalan lain? kalau dah sampai seru nanti saya kawin la.

Hehehe.. boleh-boleh ayah saya pun nak join kumpulan gambus yang tengah buat persembahan. Dua lagu jugak lah ayah saya main gambus. Kalau dah jiwa gambus, mana-mana pun boleh jugak tunjuk bakat. huhu

Pas abis makan. Dah salam-salam semua, maka tiba lah masa untuk kitorang balik. Huhuh semua buat muka malas nak mendaki bukit balik ke kereta. Hahaha! pastu kami yang sepupu sengal ni gelakkan masing-masing bila semua keluarga kami yang mendaki bukit tu dah nampak macam zombi sorang-sorang. Slow motion je mendaki.

Hahaha!, sempat snap gaya zombi mak and makcik. Ni pun ntah berapa kali stop koz kepenatan. Bila dah nak sampai ke atas semua tepuk tangan ala-ala macam pelari yang dah nak sampai ke garisan penamat.
Daki jangan tak daki.Siiiikit lagi nak sampai tu. Hahahah! kejam gila.Padahal saya sendiri pun naik semput mendaki. dah la tu gigih berhigh heel mendaki.

Lagi 2 minggu majlis kat sebelah keluarga kami pulak. best!..best! Jumpa di sana pulak wahai sepupu-sepupu ku!


Cheers,
Amysue


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...