Tuesday, March 30, 2010

Kempunan..

Akuu kempunan telur tembaaaakulll.. Ewah! macam nak nyanyi tapi tak tahu melodi. Err tapi ada lagu ke pasal cerita mak dia kempunan telur tembakul tu??? kalau tak ada, kamu nyanyi aje la ikut suka hati kamu ye. Ado den kesah? Har! har! har! *lempang* huuuuuu

Saya ni haa yang kempunan. Kempunan Mee Hoon Tom Yam kat sebuah restoren. Baru-baru turun KL memang awal-awal lagi dah plan nak makan kat situ. Sebab kali pertama makan Mee Hoon Tom Yam dia masa bulan Dec taun lepas. Perghh! mantap. Baru sesuap makan terus macam dah tak sedarkan diri. Sedap gila. Hahahah! tak tahula kan di tekak orang lain macam mana. Tapi sangat-sangat memenuhi selera saya. Saya ni sangat susah nak suka satu-satu makanan. So bila dah suka memang la asik nak makan kat situ saje.

Balik je dari Langkawi, malam tu terus ajak Jamil pegi Sungei Wang. Koz restorennya terletak kat situ. Pastu dah siap-siap order, kitorang pun borak-borak la, gelak-gelak, bertepuk tampar, bersepak terajang (keji wo kalau dia sepak ai T_T) sambil menunggu makanan sampai.

Tak lama, minuman kitorang sampai. Wah! hebat, tak sampai sepuluh minit dah sampai. 2,3 minit kemudian makanan Jamil sampai. Kagum!! Borak-borak lagi sambil tengok Jamil melantak. Huuu lapar bebenau mamat tu sampai tak tunggu pon makanan haku sampai and makan sama-sama.

10 minit berlalu..15 minit...20 minit..lebih 30 minit.. huaaaa!!! mana Mee Hoon Tom Yam ku itu? Tak sampai-sampai. Jamil pun dah habis makan. Makanan yang saya order masih tak muncul-muncul.

Tersenyum sambil ambil gambar tanpa mengetahu sebentar lagi dia bakal kempunan T_T

Jamil panggil mamat yang ambil order tadi. Bla..bla..bla..macam faham la konon-konon si mamat tu sambil pergi ke kaunter tempat masak. Owh! dia tengah check tu. Pastu tengok mamat tu berlalu dan buat kerja lain. dalam hati " em mebi jap lagi, terlepas pandang kut order yang itu"

Tunggu punya tunggu. Daripada mood saya riang ria sampai la ke mood dah macam nak lempang-lempang orang, makanan saya masih tak sampai-sampai. Kali ni kami panggil lagi brader lain. Mintak tolong check samada order kami ni dah siap ke belum. Brader tu pun pegi check kat kaunter memasak.

"Er, minta maaf bang, mee hoon tom yam dah takde."

"Haaaa??? laaaa..lama tunggu. Kalau dah tak ada kenapa tak inform awal-awal. Kitorang boleh order lain" haku dah bengang gila. Terasa dunia berputar-putar. Hahahah! gila punya kecewa.

"Tak pe, saya ambil order lain. Abang nak order apa?" amboi setelah berejam-rejam ku menunggu. Pastu senang-senang je cakap takde kemudian tanpa rasa bersalah nak suruh haku order lain pulak. Bukan masalah apa, masa haku..masa haku dik oiiii! lama tu saya menunggu. Kalau lepas 5 minit saya order then dorang datang inform yang makanan yang saya order tu dah tak ada, saya tak kisah pun nak order yang lain. Ni setelah.......????? T_T

Ah! malas la nak continue makan. Dari lapar tahap dewa sampai la tak koser saya nak makan. Kenyang!. Ajak Jamil balik. Gi bayar semua takde pun dorang nak say sorry ke apa ke. Yelah, kalau dah tak ada bagitahu la. Ni kalau la kami tak sibuksibuk gi tanya memang menunggu la cam orang bengong kat sana.

Baca sendiri nama kedainya. Mungkin saya sahaja kut yang bernasib malang hari tu mendapat servis yang agak kureng. Mungkin hari-hari lain servisnya tip top. Idak le saya mengetahuinya. Apapun, untuk seseorang yang dari jauh datang mengidam menu di sini memang harus saya kecewa bila tak tercapai hasrat di hati. Yang saya minta itu bukanlah servis istimewa tapi servis biasa yang sepatutnya diamalkan oleh mereka.

Tak teruja dah nak makan kat situ :(


Cheers,
Amysue

Monday, March 29, 2010

Yang pertama..tetap di hati

Huhuhu, asik ngan tajuk entry yang stok nak menyentapkan orang di saaaana aje kan?? Harharharhar! saya suka! saya suka!

Kamu sayang jangan asik nak menyentap aje. Tak baik untuk kesihatan. Umur dah lanjut mencecah awal 30 an ni kena kurangkan sentap.No..no..no..tak baik..tak baik sayang.

Okey, alkisahnye nak bercerita tentang yang pertama la ni. Apa-apa je la yang pertama selalunya akan mendatangkan kesan di hati. Cinta pertama ke, pertemuan pertama ke, kereta pertama ke, gaji pertama..bla..bla..

Yang saya nak kongsikan di sini ialah kisah handphone. Handphone pertama saya adalah jenama Alcatel. Masa mula-mula masuk kolej dulu. Huhuhu ingat lagi, tepon I la yang agak comel, kecik dan kool. Muahahahha! Tapi bila diingat balik, shape memang comel..kaler biru..taaaaaapi tebal yang amat!tebal macam kek Apollo. Gaagagagagga! Dah la tu macam berat lak tu. Pastu ada hati kan nak gantung kat leher. Hahahahha!


Ini telefon alcatel saya.

Saya punya jakun masa memula dapat handphone, siap letak kat tepi pinggang woo. Hahahahah! Eh masa tu memang di kasik sekali aksesori yang boleh cangkuk kat pinggang seluar dan kau boleh letak handphone kat situ. Ah! Susah-susah kau bayang kan remote aircond. Kan boleh letak remote kat tepi dinding tu. Ha camtulah handphone saya terletak. Fulamak aiiihh! Masa tu berjalan cam bangga je “weh! Aku ada handphone..Kau ada?” siot jek.

Pastu masa final exam semester satu, tepon alcatel tu dicurik orang. Pastu next semesternye pakai Ericson T10. Em pastu handphone rosak. Tukar lagi ke Motorola tapi tak ingat model apa. Kemudian first time menggunakan duit biasiswa beli handphone Nokia 3310. Masa ni memang kebanyakkan student pakai model ni. Hebat wo sebab boleh main snake. Hehheheh


Ericsson T10. Ingat lagi model ni kena promote ngan Jalaludin Hassan dalam Who wants to be a millionaire.

Nokia 3310. Sangat emosi ketika bermain snake.

Then handphone 3310 tersebut hilang.Tercicir ntah mana-mana jek. Kali kedua pakai duit biasiswa beli handphone sony Ericson. Model T100. saaaangat suka dengan model tu. Lama gak pakai. Kali ni pakai sampai rosak.


Sony Ericsson T100. Best woo icon bley gerak-gerak.

Masa awal-awal study di UNITAR pun masih pakai Sony Ericson tu. Gigihla kau main hentak-hentak tepon tu nak bagi hidup. Dah tabah saya menggunakannya, akhirnya tepon tu pun tamat hayatnya. Tukar pakai tepon Nokia 6260. Tu pun pakai tepon abang. Jeles woo tengok orang pakai handphone mahal-mahal.

Nokia 6260. Bekas abang punya. heheh game snake dah upgrade!.

Kalau saya, tak dapek la nak pakai harga RM600 ke atas. Masa pakai duit biasiswa dulu pun beli yang harga sekitar RM 300 jek. Terpikir gak, banyaknya duit kengkawan aku nih beli handphone canggih-canggih.Tapi takpe, nama pun masih study pakai mana yang mampu sajorrkkk!

Sangat laaama pakai Nokia 6260. Sampai la saya tamat study, sempat kerja selama 8 bulan di sektor swasta, 3 bulan sebagai cikgu kemudian baaaarulah mampu membeli telefon idaman hati yang dah hampir setengah tahun ku usha.

Dengan gaji pertama sebagai cikgu, akhirnya tanpa rasa ragu-ragu ku beli jua telefon Nokia E71 yang ku idam-idamkan itu. Dan itulah first time saya beli dengan duit sendiri telefon yang berharga lebih seribu lebih ringgit. Selama ni duk tengok saja orang pakai tepon harga macamtu.

Mengidam setengah tahun nak beli benda nih.

Actually mak suruh beli barang kemas untuk simbolik gaji pertama sebagai cikgu. Tapi ye lah…saya ni bukanlah penggemar barang kemas. Makanya ku beli handphone. Lebih baik dari takde langsongg kan?

Baru-baru ni masa pegi KL. Round-round Low Yat. Pastu asiklah tereksiden ngan tepon Blackberry. Mana-mana ku pergi asik ternampak Blackberry je. Macam..pegi kedai tu “haii amy, saya blackberry”..pegi tepi sana “hai amy..ai blackberry”..bersepah-sepah!

Then saya main-main cakap dengan Jamil “eh abg, macam nak tukar pi BB je la. Nak jual E71 kat Mudah.Agak-agak berapa ek value tepon ai ni?” ku saja-saja je cakap cenggitu. Langsung tak terniat pun nak tukar.

Tetiba esoknye kan c Jamil tu offer diri nak beli tepon saya tu. Then ajak pi beli BB. Omakaiiiiiih! Terkasima ku sekejap. Macam nak..tapi macam juga tak nak.Caitt! gedik.Lempang kang.Huuuuu

Last-last okeyla.Ku setuju nak jual E71 kat Jamil.Jamil lak kata nak carik buyer di kalangan member-member.Dalam RM750 senang-senang je boleh jual. dan..akhirnya ku beli jua Blackberry curve 8520 yang duk goda-goda haku semalam tu.

BB yang mengoda itu

Saya mintak tempoh seminggu selepas balik dari KL untuk pos semua aksesori-aksesori tepon yang tertinggal kat Sabah. Tepon pun saya bawak balik koz nak transfer semua data-data kat dalam tu.

Pung pang pung pang. TIBA-TIBA aje kan….ku sangat sedh nak let go E71 ku ni. Sedih yang macam..em sedih laaaaa. Pastu bila ingat balik betapa dulu ku beriya-iya sangat nak beli tepon tu. Keja swasta dah 8 bulan pun still tak mampu nak beli. Lama tuuu saya bersabar nak dapatkannya. Then tetiba nak jual kat orang kan.

Pikir punya piker…dah abis pikirrr..akhirnya, ku tak jadi nak jual. Duit Jamil sudah ku pulangkan balik. Takpelah. Akan ku pakai juga tepon ni. Sayang nak jual. Biarlah ku pakai dua-dua. Walaupun simkad ku hanya satu. Tapi belum bercadang nak beli nombor lain. Heheheh! Dah veteran-veteren macam ni dah tak reti haku nak pakai banyak-banyak nombor. Dulu-dulu heaven la nak pakai banyak-banyak nombor. Boleh berpoya-poya.Huuuuu keji!

Saya cakap kat Jamil, kalau saya nak jual pun biarlah BB ni aje. Tapi bagi saya pakai puas-puas dulu.Pastu leh let go kat Jamil. Jamil terer carik buyer. Heheheh..Yang E71 ni biarlah tetap ku simpan sebagai kenangan.


Credit to En Google untuk semua gambar

Cheers,

Amysue


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...