Thursday, March 25, 2010

..dan mereka pun menjerit

Kalau idak kerana mood membelog sudah membuak-buak, memang takdelah saya usik template yang tergendala itu. Nasib baik gian saya nak membelog sudah datang, maka terpaksa lah gigih juga saya membetulkan template blog nih.

Ku download sahaja template blog yang bersepah-sepah di web ni. Macam-macam ada. Dari dua column saaaampailah bercolumn-column. Akhirnya ku pilih juga kaler pink memandangkan banyak jugak barang-barang saya kaler pink. Tepon pink, laptop pink, makeup case pink, sampai la ke sabun dan losyen-losyen ku pilih pink. Nasib baiklah yang kaler-kaler pink memang wangi.

Selasa dan Rabu lepas sekolah kitorang ade yang kene histeria. Mujurlah tak ramai dan tak berjangkit-jangkit. 4 orang pelajar yang kena. Dan yang kena ni pulak mase cuti tu mamang ada ikut camping. So maybe kena time tu la kut benda tu duk follow je.

Ayu okeh kalo histeria cam kat atas nih. Huhuhuh

Kelam kabut gak lah keadaan kat sekolah. Tapi bagi saya tu tak kelam kabut lagi. Masa zaman sekolah saya dulu laaaaaaaaaaagi la hebat. Satu sekolah kena sampuk. heheheh takdelah semua pelajar histeria. Tapi berpuluh-puluh gak lah pelajar di sampuk sampai terganggu sesi pembelajaran selama seminggu.

Masa tu saya form 2. Rasanya time tu la histeria agak 'besar-besaran'. Kejap-kejap ada pelajar menjerit-jerit. Kalau sorang-sorang menjerit tu takpelah, ni siap bersambung-sambung. Pas sorang, sorang lagi kena. Sampailah dalam satu masa berpuluh-puluh pelajar yang kena.

Alhamdulillah sangat-sangat masa tu saya tak kena. Duk mententeramkan kawan je la. Dalam cemas-cemas gitu best gak sebab tak payah gi sekolah. Hahahah! keji wo.

Kami satu sekolah baca yassin sampai 7 kali. Dari tak hafal saaampai hafal terus. Walaupun macam rasa best sebab tak payah belajar, tapi actually seram okey keadaannye. Nak-nak lagi kalau kawan sendiri yang kena. Elok-elok kawan tu ayu dan suara kecik je terus kau nampak ganas tersepak-sepak terajang orang sekeliling. Suara pon jadi macam bapak-bapak. Perghh! ngerii.

Pas sedar je dari histeria mesti sakit-sakit badan. Maunye tak, dah meronta-ronta.Kaki dan badan terhentak-hentak. Tu belom lagi kene bantai ngan sejadah.

Yang pelajar semalam tu, oleh kerana tak dapat ditenteramkan maka dia dikurung di dalam bilik rawatan. Bergegar-gegar pintu besi bilik tu. Sekolah sibuk lah duk try menghubungi mak bapak budak ni. Tapi kesian mak bapak main pasing-pasing lak. Semua macam tak mau amik tahu. Untuk pengetahuan mak bapak budak ni dah bercerai. Tak silap budak ni duduk ngan neneknya.

Bila kol bapak, bapaknya tak nak angkat phone. Phone mak, mak taknak amik tahu. Kesian okey. Tekontang-kanting sekolah tak tau nak buat apa. Nasib baik selepas beberapa percubaan memujuk, akhirnya bapak budak ni nak datang sekolah amik anaknya.

Apapun, hopefully takde dah gangguan cam ni lagi kat sekolah. Saya bukannye boleh. Asal je dengar orang terjerit-jerit histeria, mula la cam fobia dan teringat-ingat kisah histeria besar-besaran di sekolah saya. huhuhuhu nak gi toilet pon takut. Sebab bilik rawatan sebelah toilet guru pompuan jek..huuuuuuuu


Cheers,
Amysue

2 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

mungkin salah satu sebab dia mudah kena histeria sbb dia mmg sd ada masalah emosi....1. mungkin betul la ada gangguan jin setan dan sewaktu dengannya 2. emosi nda stabil smp jd mcm tu 3.dia saja2 buat menarik perhatian..dr cerita ko mcm dia kurang perhatian hmm...

Dayangku Army said...

heheheh.. ekceli pada awalnye mmg cikgu2 ingat dia saja2 mo tarik perhatian..koz selalu ba pura2 pengsan.

Tp selepas tgk kekuatan yg luar biasa dan suara bertukar garau, huhuhu terus yg macam "owh ok..dia betul2..sila berundur semua" heheheh

aku rasa ketiga2 sebab di atas ada kena mengena antara satu ngn lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...