Monday, March 29, 2010

Dia..insan istimewa

Huhu...haip sayang..sayang jangan nak sentap dulu. Dengar dulu apa penjelasan I. Ewah! macam yo yo je la haku curang kat situ kann..

Yup, di memang seorang insan istimewa. Namo eh Fairus. Asal Noghori Sembilan. Kenapa dia istimewa? kerana dia adalah tergolong dalam golongan istimewa kerana mengalami kecacatan fizikal.

Huuiihh..dah berkurun dah gambar di atas tu. Tahun 2003. Masa tu saya sedang menjalani latihan industri di Jabatan Pendidikan, Unit Pendidikan Khas Negeri Sembilan. So bos saya suruh saya join Program Integrasi Pendidikan Khas Bahagian Kuala Pilah, Jempol & Jelebu. Program tu dorang buat kat The Cool Point Hotel, Cameron Highland.

Masa tu umur saya cam muda sangat. Baru 21 tahun (hahah! teros rasa cam skang dah berumur 35 tahun). Dalam ramai-ramai pegawai dan cikgu yang join program tu hanya saya seorang yang agak muda di situ.



Pelajar-pelajar yang join tu semua la yang istimewa-istimewa. Dari yang slow learner sampai la yang hyperactive. Begitu juga yang cacat fizikal.

Nak dijadikan cerita, haku ni asyikla di usha ngan salah seorang pelajar istimewa tersebut. Eh sebenarnya dua orang okey. hehehe. Memula agak pelik ngan kelakuan mereka.Maunye tak pelik, masa kau tengah makan tiba-tiba macam ada orang duk usha kau je kan dari jauh sampai kau nak bukak mulut besar-besar pun tak jadik.Saya lak masa tu memang agak pendiam. Yelah, semua pegawai-pegawai dan cikgu yang terlibat saya tak kenal. Mati kutu gak la kejap. tapi kejap je la.

Pastu masa tengah ada taklimat atau aktiviti tiba-tiba kau perasan ada flash kamera yang mana lepas tu kau rasa bengang sebab tak dapat carik dari mana arah datangnya flash kamera tersebut. {astu di satu sudut kau nampak ada dua pelajar lelaki duk gelak-gelak dan senyum-senyum. Hahahaha! gila ah. Dorang siap curik-urik okeh amik gambar saya. Dah la pakai kamera doulu-doule, abis la membazir filem dorang tu.

Huhuhu ntaha hapa-hapa je la pattern muka saya yang dorang amik. Actually dalam ramai-ramai pelajar yang ikut serta, hanya mereka berdua sahaja yang kira dah remaja. Umur dorang time tu dah cecah 16, 17 tahun cenggitu la.

Okey, then masa dorang duk curik-curik amik gambar dan duk usha-usha tu, saya takdelah yang macam terus perasan kan.Hahahah! lagipun drang kan macam adik-adik aje.

Ada satu petang tu aktiviti kitorang dah habis. So naik bilik la and rehat. Haku bantai tidur la. Gila best tidur dengan udara sejuk macam tu. Hahahha! sempat berangan nak honeymoon kat hotel tersebut kalau dah kawin. Tee heeee

Pas dah lebam saya tidur, maka bersiap nak turun untuk makan malam. Masa nak buka pintu terperasan ada sehelai kertas berlipat diselitkan dibawah pintu. Hehehe nak tau apa?

Gua dapat nota cinta!. Baru ku tahu nama dia Fairus. Yang sorang tu tak ingat koz dia cuma meneman si Fairus ni mengusha saya je.Hahahah!. Saya masih simpan surat tersebut sehingga tahun bila ntah. Pastu saya pun tak tau mana dah. Saya rasa still ada lagi kut kat kotak-kotak bilik saya tu.

Dalam surat tu Fairus kata nak ajak bergambar sekali. Pastu kata suka kat saya. Huhuhuhu!, walau macam susah nak baca apa yang dia tulis, tapi bila diamati betul-betul then baru dapat faham apa yang dia tulis. Maka malam tu tertunai jugalah impian dorang nak bergambar ngan saya. hahahah! feeling-feeling artis gitu.

Tapi satu perkara yang paling saya tak boleh lupa ialah bila si Fairos ni hadiahkan saya sejambak bunga.SEJAMBAK hokey. Sejambak bermaksud kau tak dapat nak kira ada berapa kuntum semua bunga yang ada dalam jambangan tu.Huhuhu siap bagi pengertian lagi di sini :p

Perghh! seronok gila. Motip berasa seronok ialah kerana sebelum ni para-para ex boyfriends saya tak pernah pon kasik bunga bapak banyak macam tu.Paling-paling nak bangga pon dapat 3 kuntum yang bermaksud I LOVE U. Awwww..geli i.

Yela masa tu kan kat Cameron, so bunga-bunganya memang murah sangat. Hahaha haku sendiri pon borong 2,3 jambak bunga. Ntah tak tahulah kenapa excited sangat nak beli bunga. Patut saya excited la nak beli stroberi ke, stoberi ke, stoberi ke, dan stoberi ke. Hahahaha sekarang baru menyesal koz tak beli stoberi banyak-banyak time tu.

So masa si Fairuz tu kasik bunga yang sejambak itu, saya malu-malu okey nak terima dan juga serba salah nak ambil ke tak. Malu-malu sebab terlebih excited, yang takut tu sebab kang apa lak cikgu-cikgu lain cakap. Mana tau dorang ingat saya yang paw budak tu suruh beli bunga. Mamposs aku kene cakap-cakap belakang. Dah la budak praktikal jek.Lagipun budak-budak istimewa yang terlibat dalam program tu bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Semua yang susah-susah. Serba salah betul bila dorang gunakan duit yang diberi oleh mak bapak dorang untuk beli bunga untuk ai. Huuuuuuu ampunnnn..Bukan ku pinta semua itu berlaku.

Rupa-rupanya kejadian dia memberi bunga pada saya telah tersebar meluas gitu di kalangan pegawai-pegawai dan cikgu-cikgu. Ah sudah! haku dah cuak dah time. Takuuuut. Ceh! tapi rupanya mereka terharu ye. Sangat terharu cam " Ya Allah, tak sangka sesungguhnya mereka juga punya perasaan untuk cinta dan mencintai' hahahah! em gitu la kiranya.

Semua feeling-feeling terharu dengan perkembangan golongan itu. Wah! terus saya malu-malu hokey bila sepanjang program berjalan asik di usik saja. Nasib baik dia adik-adik. Kalau tak memang terbuai jugek laaa.MUahahah! keji!

Sebelum berpisah, dia ada mintak nombor tepon dan alamat saya. Tapi idak le saya nak membaginya. Dah saya anggap adik-adik je kan. So saya je yang kengkonon amik alamat dia. Saya simpan, tapi tak penah buat apa-apa pun dengan alamat tu sampailah akhirnya alamat tu hilang.

Sekarang pun saya tak tahu apa dah perkembangan mereka. Saya doakan mereka semua sihat-sihat sahaja dan gembira menjalani hidup mereka. Saya juga doakan mereka juga mampu untuk mencari pasangan hidup masing-masing. Saya tahu mereka juga manusia biasa. Mahu disayangi dan juga menyayangi.


Cheers,
Amysue




























No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...