Tuesday, March 30, 2010

Kempunan..

Akuu kempunan telur tembaaaakulll.. Ewah! macam nak nyanyi tapi tak tahu melodi. Err tapi ada lagu ke pasal cerita mak dia kempunan telur tembakul tu??? kalau tak ada, kamu nyanyi aje la ikut suka hati kamu ye. Ado den kesah? Har! har! har! *lempang* huuuuuu

Saya ni haa yang kempunan. Kempunan Mee Hoon Tom Yam kat sebuah restoren. Baru-baru turun KL memang awal-awal lagi dah plan nak makan kat situ. Sebab kali pertama makan Mee Hoon Tom Yam dia masa bulan Dec taun lepas. Perghh! mantap. Baru sesuap makan terus macam dah tak sedarkan diri. Sedap gila. Hahahah! tak tahula kan di tekak orang lain macam mana. Tapi sangat-sangat memenuhi selera saya. Saya ni sangat susah nak suka satu-satu makanan. So bila dah suka memang la asik nak makan kat situ saje.

Balik je dari Langkawi, malam tu terus ajak Jamil pegi Sungei Wang. Koz restorennya terletak kat situ. Pastu dah siap-siap order, kitorang pun borak-borak la, gelak-gelak, bertepuk tampar, bersepak terajang (keji wo kalau dia sepak ai T_T) sambil menunggu makanan sampai.

Tak lama, minuman kitorang sampai. Wah! hebat, tak sampai sepuluh minit dah sampai. 2,3 minit kemudian makanan Jamil sampai. Kagum!! Borak-borak lagi sambil tengok Jamil melantak. Huuu lapar bebenau mamat tu sampai tak tunggu pon makanan haku sampai and makan sama-sama.

10 minit berlalu..15 minit...20 minit..lebih 30 minit.. huaaaa!!! mana Mee Hoon Tom Yam ku itu? Tak sampai-sampai. Jamil pun dah habis makan. Makanan yang saya order masih tak muncul-muncul.

Tersenyum sambil ambil gambar tanpa mengetahu sebentar lagi dia bakal kempunan T_T

Jamil panggil mamat yang ambil order tadi. Bla..bla..bla..macam faham la konon-konon si mamat tu sambil pergi ke kaunter tempat masak. Owh! dia tengah check tu. Pastu tengok mamat tu berlalu dan buat kerja lain. dalam hati " em mebi jap lagi, terlepas pandang kut order yang itu"

Tunggu punya tunggu. Daripada mood saya riang ria sampai la ke mood dah macam nak lempang-lempang orang, makanan saya masih tak sampai-sampai. Kali ni kami panggil lagi brader lain. Mintak tolong check samada order kami ni dah siap ke belum. Brader tu pun pegi check kat kaunter memasak.

"Er, minta maaf bang, mee hoon tom yam dah takde."

"Haaaa??? laaaa..lama tunggu. Kalau dah tak ada kenapa tak inform awal-awal. Kitorang boleh order lain" haku dah bengang gila. Terasa dunia berputar-putar. Hahahah! gila punya kecewa.

"Tak pe, saya ambil order lain. Abang nak order apa?" amboi setelah berejam-rejam ku menunggu. Pastu senang-senang je cakap takde kemudian tanpa rasa bersalah nak suruh haku order lain pulak. Bukan masalah apa, masa haku..masa haku dik oiiii! lama tu saya menunggu. Kalau lepas 5 minit saya order then dorang datang inform yang makanan yang saya order tu dah tak ada, saya tak kisah pun nak order yang lain. Ni setelah.......????? T_T

Ah! malas la nak continue makan. Dari lapar tahap dewa sampai la tak koser saya nak makan. Kenyang!. Ajak Jamil balik. Gi bayar semua takde pun dorang nak say sorry ke apa ke. Yelah, kalau dah tak ada bagitahu la. Ni kalau la kami tak sibuksibuk gi tanya memang menunggu la cam orang bengong kat sana.

Baca sendiri nama kedainya. Mungkin saya sahaja kut yang bernasib malang hari tu mendapat servis yang agak kureng. Mungkin hari-hari lain servisnya tip top. Idak le saya mengetahuinya. Apapun, untuk seseorang yang dari jauh datang mengidam menu di sini memang harus saya kecewa bila tak tercapai hasrat di hati. Yang saya minta itu bukanlah servis istimewa tapi servis biasa yang sepatutnya diamalkan oleh mereka.

Tak teruja dah nak makan kat situ :(


Cheers,
Amysue

3 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

huh?..apalaaaaaaaaaa....aku pn nda suka makan d kedai yg servisnya macam..teeet..kepada mereka yang berkenaan sila baiki servis anda k..oh ada bah lagu psl telur tembakul sini aku lengkap kan..
'batu belah batu betangkup makanlah aku tangkuplah aku..aku kempunan telur tembakul'..he he he..aku mmg minat cerita batu belah batu betangkup ni..dr buku cerita ke filem itam putih tu aku suka..pelakon dia c bat latif..time tu aku geram btl ma dia sbb nangis2 minta makan telur..baaah..

Dayangku Army said...

Hahahah! bagus-bagus ko tulung lengkapkan..

Masa datang makan di nasi Lemak antarabangsa@ suria time mula-mula bukak pun servis lambat gila. Siap customer tulung angkat order sendiri yg di letak kat atas kaunter.

Huuhuh..tapi bengang terus hilang bila selepas kita bayar dorang sangat-sangat minta maaf dengan muka kesal sbb servis dorang lambat. Hati marah terus sejuk wo dan memahami yang dorang masih dalam fasa permulaan. At least kan??? dan aku masih mahu makan di situ.itu yg penting..x hilang customer..

Nurul Aima Hj Kaim said...

bikin panas kan..hmm kalu aku pula..mcm aku mo cop semua restoran makanan d 1B tu jenis pekerjanya sama ja..walhal baru pegi dua kedai makan ja hue hue hue..tp old town ngan beijing seafood [dua kedai ni bersebelahan..] staff drg 2x5 ja malas..slow..aku harap pas ni dah rajin2 but buat sementara waktu NO NO utk dua kedai tersebut..nsb g NLA@Suria aritu pekerja semua berhabis baik wiii..mungkin udh kena brainwash

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...