Wednesday, March 3, 2010

Rilek je kau bagi settle semua tu

Owh sangat berterabur perkara-perkara yang ingin dilakukan dalam tempoh terdekat nih. Rasa macam nak susun-susun semua benda tu dalam otak ni. Ha kau kat sini..yang kau lak kat sini..em kau duduk sini..kau kat sana. Hehehe.. Saya ni bukan la multi task punya orang. Saya kena buat satu-satu benda tu secara sistematik. Tak boleh buat 2 kerja dalam satu masa. Huhuhuh rugi kan jadi orang seperti saya? Eh tapi tak juga. Kalau sesuatu benda kita plan dengan bagus dan buat satu-satu secara teratur ianya lagi cepat habis. Better than daripada kau tergesa-gesa buat sesuatu sekali gus tapi mengambil masa yang lama dan hasilnya tidak la begitu memuaskan

Hahahha! Tiba-tiba kan membebel pasal sistematik segala. By the way, ingatkan minggu ni dapat relax sikit.Tapi banyak wo nak kena settle. Soalan exam tak abis lagi buat. Baru dua paper settle.Ada 3 paper lagi belom buat. Ayo! Gigihlah aku menyelesaikannya malam ni.

Em lepas tu, mak haku dah tanya-tanya dah samada saya dah tempah hotel kat Kl dan Langkawi ke belom. Ohohoh! Ibukuu…. Ku belom sempat berbuat demikian. Memang harus saya settlekan minggu ni. Next week tinggal seminggu je lagi sebelum cuti sekolah bermula. Mesti nak kena tempah dulu. Lagi-lagi yang kat Langkawi tu. Kompem full house hotel kalau tak tak tempah siap-siap

Hal-hal berkaitan merit/demerit pelajar belom lagu dapat ku hapdet. Dah la yang bulan January ari tak hantar. Hahaha!. Slumber. So memang nak kena settle bulan January dan Februari sebelum ku bercuti-cuti Malaysia.

Pastu budak-budak sibuklah tagih tugasan yang perlu dorang buat masa cuti nanti. Adoiilaaaa asik lupa je nak taip.Semangat betul budak-budak ni nak buat tugasan tu. Kalau saya la jadik student “Ah lantaklah cikgu lupa..lagi baguss” hahahah! Tak bagus okeh ikut perangai macam saya. Asik kena rotan je time sekolah dulu. No..No..No

Hopefully dapat settle satu-satu minggu ni.

Cheers,

Amysue


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...