Monday, March 8, 2010

Selamat Hari Wanita

Adakah anda wanita? atau perempuan? atau gadis? ah! apapun terma yang anda guna, yang penting selagi jantina anda adalah jantina yang berlawanan dengan LELAKI dan bukan memiliki kedua-dua sifat sekali gus maka anda lah yang saya maksudkan.

Selamat Hari Wanita Sedunia weyhh!!.. Hehehe sebelum ni saya tak pernah nak kisah pun tentang kewujudan hari wanita sedunia ni. Macam tau gak la ada hari ni. Tapi tak taupun bila.

Time on the way ke sekolah tadi baru perasan rupa-rupanya hari ni adalah Hari Wanita Sedunia melalui celoteh di HotFM.

Maka sebentar tadi ku gigih lah mengugel sejarah hari wanita sedunia ni. Nak-nak lagi hari ni memang saya free gila. Jaga exam sekali je. Huihh! bapak bosan weyhh duduk dalam bilik guru yang panassssss ni.

Sebenarnya, Malaysia sendiri pun ada hari wanita. Selalu di sambut pada 25 Ogos setiap tahun dan hari wanita kebangsaan yang pertama telah disambut pada 1962. Pemilihan tarikh tersebut telah diilhamkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj untuk menghargai sumbangan para wanita kepada negara.

Okey, setelah ku gigih mengugel sejarah Hari Wanita Sedunia, maka dapatlah saya cerita sedikit kat sini. Sikit saja ek. Koser haku nak membaca semua sejarah tu. Huhuh.

Terciptanya tarikh 8 Mac ni berikutan dengan peristiwa mogok besar-nesaran yang telah dicetuskan oleh buruh-buruh wanita di sebuah kilang pakaian di New York.

Mogok tersebut dicetuskan kerana menetang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji amat rendah, masa kerja panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperikemanusiaan.

Huhuhuh saya yang kerja sharp 8 jam atau kirang daripada itu pun asik merungut. hahahah! ni yang nak cetuskan lagi mogok agar wujud lagi hari wanita sedunia edisi ke 2.Huuhuh.Haiiipp! tak baik army, tak baik..tolong behave skit.

Saya kan wanita. So harus letak muka saya kat sini.

Okey sambung lagi. Yang tak tahan tu, dah 50 tahun mogok tu terjadi, pada tahun 1910 barulah wujudnya hari wanita . Tapi memang berdasarkan peristiwa mogok tu la. Dan hanya pada tahun 1975, PBB mula meraikan hari tersebut. Gila punya dah berkurun dorang buat mogok, barulah diingati dengan wujudnya hari sepesel ni.

Woh ya, hari Sabtu ni bersamaan 13 Mac 2010, ada sambutan Hari Wanita bersama 3R. Sambutan diadakan di Central Park, Bandar Utama. Acara bermula pada pukul 12 tengahari sehingga 8 malam. Ada konsert gak malam tu.Huhuhu time tu saya dah ada kat KL. Hopefully dapat pegi. Maklumat lanjut pasal ni sila ke laman web 3R nih Lagipun memang nak pegi area Bandar Utama.Macam-macam tempat nak pegi like One Utama, Ikea, The Curve..bla..bla..harap-harap masa mencukupi untuk pegi semua tempat.


Em okeylah, maka dengan itu hargailah setiap wanita yang berada dalam hidup anda termasuk diri anda sendiri kecuali kamu yang baca ni bukan wanita. Haippp! kamu sayang, jangan pura-pura macam tak baca blog saya hari ni. Kalau sampai pukul 12 malam ni kamu tak wish saya hari wanita, awas kamu. Muahahah! paksa nih.


Cheers,
Amysue

2 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

sabar ja la ni perempuan bah..enjoy ur trip

Dayangku Army said...

Hahaha! menjadi perempuan perlu sabar. La~la~la~la.heheh ya mo enjoy la ni. habis2an!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...