Sunday, March 7, 2010

Tak ada apa sangat lah..

Alhamdulillah, hampir semua perkara yang duk berterabur di dalam kepala hotak saya minggu ni sudah di settlekan. So minggu ni cuma kena sediakan skema jawapan sahaja. Minggu ni minggu ujian terancang. Kepala ringan skit. Nak buat RPH pun senang. Aku main tampal saja jadual menjaga exam. Siap!.Takdelah cam minggu-minggu lain di mana kena karang RPH macam nak buat karangan berpandu. Refleksi skang ni mana boleh buat "P&P berjalan lancar" atau "P&P ok". Pengetua nak juga kami buat refleksi macam zaman-zaman LM dulu.Huhuh

Woh ye, hari ni saya keluar bersama family. heheh duduk kampung ni jarang lah kau dengar saya keluar dengan kawan-kawan.Kekasih hati apatah lagi. Keluar dengan family saja. Pas hantar ayah saya pegi meeting persatuan, kami (mak and adik) berjimba-jimba la kat KK.Hahahhah! takdelah, teman mak gi beli stok kristal. Gila mak haku yang solehah tu nak berjimba.Huuhu! Pastu gi Suria.

Hari tu ada kakak kat sekolah cerita kat saya bahawa view di food court Suria sangat cantik di mana food court tersebut menghadap laut atau lebih tepat lagi Pulau Gaya. So, apa lagi..hari ni ajak mak la gi makan kat situ.

Secara real, sangat la cantik okeh pemandangannya. Dah la cuaca cerah, so air laut memang nampak biru je. Ah! tenang gila. Heheh! terus nak ajak Incik Jamil makan kat sini masa dia datang bulan April nanti.

Kat food court ni tak banyak lagi gerai yang bukak. Tapi so far makanan yang saya makan tadi okeyla. Sama je la macam mana-mana food court. Tapi tadi nampak ada satu dessert ni perghhh! gila-gila mengoda aku. Huhuhu tp time tu dah full. Takpelah, nanti-nanti boleh cuba.

Pastu gi shopping kat Reject Shop. Adik saya je pon yang beli baju. Kat Suria ni still banyak kedai yang tak bukak. Tapi much better dari masa mula-mula saya datang sini.

After dari Suria, terus ke Survey Putatan. Pick up ayah saya kat sana. Dah membeli-belah semua, kitowang pun balik!

Hahahha! bosan okey entri kali ni. Takde idea la nak taip apa. Bz memanjang. Jadi tak de lah perkara menarik terjadik. Apapun, tak sabar sungguh nak fly ke KL hari sabtu ni. Then fly to Langkawi 15/3 ni. Suka! suka!...will meet my sayang also.


Cheers,
Amysue

3 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

ada suda tambang murah kan..hu hu hu saya suka saya suka..TAPI aku blum g book flight :(

Nurul Aima Hj Kaim said...

ps/ shawl kita sama la..warna pun sama juga..ha ha ha

Dayangku Army said...

hahah eksiden la tu. apa bulih buat. Iya, sila lah booking ya. boleh bercuti2 malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...