Wednesday, April 28, 2010

Untuk ko!

Eeee..saya bengang betul lah dengan seorang kawan saya ni. Yes! i am seriously BENGANG!!!!!!. Selama ni saya try untuk buat-buat macam tak bengang dengan dia. But makin lama makin annoying tau tak.

Seriously seeeegaaaalaaa apa yang saya share dalam blog ni langsung tidak pernah ditujukan atau bercerita pasal dia. Jangan kan kata cerita pasal dia, sindir-sindir dia dalam post pun saya tak terhingin nak letak kat blog ni.

Tapi tak tahulah kenapa dia sangat-sangat sensitip dan perasan tentang certain entries saya yang kengkonon saya tujukan untuk dia. ????????? tak paham haku kenapa dia nak terasa-terasa.

Memula tu tak perasan pun yang dia macam terasa hati dengan saya. Sampailah bila saya perasan makin banyak entries kat dalam blog dia yang macam nak balas balik apa yang pernah saya sentuh kat blog saya?

Eh helloooo????????? haku memula macam lambat pick up sikit. Tapi kalau dah makin lama macam makin obvious dia nak 'balas' balik dengan entries dia yang ala-ala menyindir tu. Saya pun macam "errr..ko sebenarnya ada masalah dengan aku ke apa??" so sori dear aku lambat pick up. Hahahah! sian ko kan??

Saya yakin bila dia baca entry ni dia tahu saya tujukan untuk dia. Dia kan super duper sensitif?? Orang sekeliling mungkin tak nampak perang dingin antara kami. Cuma saya dan dia sahaja yang tahu.

Maaf la, entry ni sebenarnya haku dah publish lama dah. Masa tu haku memang marah dan bengang habis kat dia. Tapi saya malas nak panas-panas kan? So skang kene ngan mood saya yang tak berapa bagus, lepas tu haku terbaca lagi entri dia yang macam nak sindir-sindir. So skang haku bukan marah kat ko. Aku BENGANG kat ko. Ko mesti dapat beza antara marah dengan bengang kan??


Apa cheers-cheers?!! tadak masa nak cheers!
Amysue

Tuesday, April 27, 2010

Shuffle

T_T..sabar je lah haku dengan sepupu sepapat beserta anak-anak buah ku yang berderet dekat facebook nih. Adakah haku yang dah veteren serta ayu lagi sopan (Gagagaga!) ini dijadikan admin bagi pertandingan (errr..pertandingan ke pertunjukan ke saya pon tak sure) shuffle. SHUFFLE okey?!!..kalau pertandingan zapin ke inang ke okey gak. Hahahha!

Omaik aiiih.. tak reti haku bab sapel mapel nih. Tapi saya suka gak tengok bebudak ni bersapel. Suka tengok aje. Idak le sampai saya nak jadik admin ke hape ke.

Teringat masa saya mula-mula perasan tentang kehadiran tarian sapel ni. Tahun 2008 mase nunggu LRT kat Taman Bahagia. Pelik betul tengok budak-budak remaja ni duk terseret-seret kaki ke belakang. Gagagag! dalam pikiran saya just " eee, pe kene ngan budak-budak ni. Cam cacat je" hahahah! biaselah tak tahu kan??

Pastu masa praktikal kat SMK Bandar Utama, poooonnn terlihat senario pelajar duk terseret-seret kaki kat court bola keranjang, kat belakang kelas, kat koridor.. di mana-mana sahaja! masa tu baru tahu tentang kehadiran shuffle nih. Haaha! rasa macam nak hempuk je bebudak ni yang tak reti nak duduk diam dalam kelas. Time mengajar pon sempat lagi nak bersapel-sapel. Sabar je lah.

Apa yang saya tahu tarian ini berasal dari Melbourne dan ianya dipanggil Melbourne Shuffle di luar negara. But di Malaysia orang just panggil shuffle je. Basically, ianya adalah salah satu cabang seni tarian dan juga merupakan satu senaman yang kalau kau buat memang berpeluh tak ingat lah. Hahaha! macam pernah try je kan? apapun ianya menyihat kan tubuh badan. Gila tak berpeluh kalau dah hampir semua tubuh badan bergerak. Kalau haku buat kompem tak cukup napas.

Tapi ada segelintir masyarakat melabel shuffle sebagai salah satu masalah sosial. Heheheh! kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bukan semua remaja yang bersapel ni menimbulkan atau terlibat dengan masalah sosial.

Selagi dorang ni bersapel just untuk beriadah or untuk menghiburkan diri, takde kene mengene pun dengan masalah sosial. Bagi saya its better kau bersapel-sapel daripada kau duk buat benda yang terang-terangan tak elok.

Cuma yang tak best bila berlawan-lawan sapel sampai tak puas hati..pastu nak gaduh-gaduh..nak minum-minum sambil sapel yang kengkonon macam kool. Haaa..itu yang membuatkan masyarakat pandang serong.

Apapun, saya sokong ajee bab sapel-sapel ni. As long as jangan timbulkan huru-hara.Ok je. Takde masalah. Adik saya pun duk sapel-sapel juga. Tapi skang macam dah selow plak. Tuuuuuu hah melekat jadik pasif depan komputer melayan pesbuk. Huh! tak keluar peloh langsong! heheh sama cam haku..Gagagga!


Cheers,
Amysue

Monday, April 26, 2010

Aku dan Tat Nenas

Macam tajuk novel gitu. Hehehe, hari ni saya cuti. Iye, memang betul-betul cuti bukan saya yang apply nak cuti. Sekolah saya cuti peristiwa hari ni. Hohoho gila tak hepi? hepi laaaaa.

So bagaimana saya menikmati cuti yang sangat heaven ini?

Kekekeke..dengan bercamwhore sampai lebam?? oh no..no..no.. itu pic yang di ambil ntah masa bila ntah. Sesaja amik sebelum bertolak pegi sekolah. Tu mood tengah baik la tu yang tetiba pepagi buta nak camwhore. Kalau mood tak baik so sori la nak bergedik-gedik. Koserrr..

Heheheh, bangun je pagi tadi terus macam nak buat tat nenas. Eceh, ayat yang macam bukak mata je terus perasaan mengidam nak makan tat nenas tu datang ntah dari mana-mana jek. Kengkonon sangat tiba-tiba la like 'er kau buang tebiat ke apa'

Haaaaa! tipuuuu semua tu. Dari semalam dah plan. Bahan-bahan pun beli semalam. Saja-saja nak buat. Tak mengidam pun. Cuma suka-suka. Lagipun inti nenas tu dah berkurun berabad dah kat dalam peti ais.

Gagagagag! lebihan raya tahun lepas. Muahahah! gila punya season la. Nasib baik duk peti ais jek.

Owh! baby.....marveleeessssss. Sedap gila. Sikit je buat. Tak puas makan...Tapi sempat simpan 5 ketul (hahahah! 5 ketul aje ok!) untuk encik kekasih. Dia kan nak datang ari jumaat ni. Semalam masa citer kat dia yang saya nak buat tat nenas, terus dia mintak simpankan.

InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang..merasa la kamu tat nenas saya tu ye encik Jamil. Takut tak dapat menahan godaan je. Kang tetiba tetiba tengah malam karang pura-pura mengigau makan tat nenas u. I tak bersalah ok. Heheheh. I miss u la sayang. Kekeke tetibe kan?

Klik sini untuk resepi ye.




Cheers,
Amysue

Saturday, April 24, 2010

Al-Fatihah..

Al-Fatihah....


Marilah bersama-sama menyedekahkan Al Fatihah buat pelajar sekolah saya yang telah pergi menghadap Illahi kerana lemas.

Kisah beliau pergi amat menyayat hati. Sebenarnya sudah dari awal minggu ni lagi nak tulis berita sedih ni tapi selagi belum ada kepastian selagi tu saya rasa lebih baik menunggu.

Beliau hilang dan dikhuatiri lemas pada Ahad petang minggu lepas. Hilang..hilang.. dan terus di cari. Pasukan Polis dan Bomba serta pasukan gerakan mencari yang lain telah berkampung di pantai selama 3 hari. Maka hari Khamis baru-baru ni barulah mayat beliau dijumpai.

Kamu semua boleh bayangkan betapa siksa dan menyayat hati kalau kita melihat mayat yang sudah 4 hari di dalam air..uuuuu sedih. DAN!!! saya SANGAT MARAH kepada orang-orang sekeliling yang sibuk nak ambil gambar mayat tersebut macam lah kau baru nampak makhluk asing yang turun ke bumi serta pegi sibuk-sibuk nak bluetooth kat orang lain. Keji okey!. Apa kau ingat benda ni nak seronok-seronok ke ape?

Okey fine kau memang gila bluetooth kan? takpe. Tapi yang jahat dan kejinya bila kau sibuk-sibuk nak publish keadaan arwah kat Facebook serta masukkan kat internet. Tujuan??????????? tak baik buat macam tu. Arwah dah tak ada. Tak perlu kamu nak tunjuk-tunjuk keadaan arwah dijumpai kat orang lain.

Sebelum ni saya pernah post cerita pasal arwah kat blog saya. Boleh klik sini kalau nak refer. Saya cuma terasa begitu sedih sebab saya rasa beliau memang menghadapi masalah. Masalah keluarga ke, cinta ke, pelajaran ke..itu saya tak berani nak katakan.


p/s: masa orang ramai sibuk-sbuk ambil gambar tu, polis tak datang lagi kat lokasi beliau ditemui.


Cheers,
Amysue

Friday, April 23, 2010

sukarela@volunteer

Entah kenapa tiba-tiba terasa rindu pada kerja-kerja sukarela@volunteer. Bukanlah kerja-kerja volunteer yang 'baiklah, biar saya saja yang masuk kelas kamu. Kamu rehat saja la ya" atau " takpe..takpe hari ni saya akan bersihlan seluuuuuuruh rumah. Yang lain cuma duduk diam-diam dan tengok ya" eh! bukan volunteer yang itu.

Maksud saya volunteer untuk mana-mana NGO yang melancarkan program kemasyarakatan. Contohnya Malaysian Aids Council ke. Befrienders ke..atau mana-mana la shelter homes yang memerlukan volunteer.

Tak pernah pun join secara rasmi jadi volunteer ni. Tapi masa saya terlibat dengan kerja-kerja buat research yang berkaitan dengan Public Health ni maka selalu la saya di ajak dengan Puan Managing Director saya yang memang aktif dengan aktiviti-aktiviti NGO ni turut serta dalam mesyuarat atau mini conference.

Seronok tahu tengok volunteers berkumpul dari pelbagai tempat dan bertukar-tukar cerita serta berkongsi masalah. Selalu terfikit "best gile aktiviti dorang". Selama 8 bulan kerja dalam arena research sempat juga la join majlis/aktiviti oleh Malaysian Aids Council dan Pertiwi. Paling best bila dapat turut terlibat dalam Up Scaling workshop untuk Harm Reduction . Pengalaman paling berharga tu. Dapat jumpa seeeemua orang penting dari pelbagai badan kerajaan dan NGO termasuk orang-orang WHO.

So, dah lama dah tak merasai suasana berkumpul macam tu dan berkerut-kerut memikirkan masalah dunia. Hahahah! idak la ku kata masyarakat lain tak fikir, fikir juga dengan macam-macam cara. .dan menjadi volunteer adalah salah satu caranya.

Tapi, tak tahu la pulak nak jadi volunteer apa kat Sabah ni. hehehe sebab belum abis search kat intenet lagi ni. Nak jadi volunteer befrienders lak masih belum dibuka pengambilannya tahun ni. Untuk Malaysian Aids Council kena email dulu. Kalau sapa-sapa ada idea buleh la nak share ke apa ke ek?


p/s: belum kawin ni molek la kut bz-bz kan diri dengan perkara-perkara macam ni. Kalau dah kawin nanti, langkah agak terbatas. Boleh tetap boleh, tapi kena susun jadual betul-betul la. Heheh


Cheers!
amysue

Tuesday, April 20, 2010

Untuk Aku dan Dia..

Huuu.. nak menaip tapi tak ada idea. Hehehehe..dari tadi asik mencuba baju yang saya order online last week. Suka! suka!..dah sampai tadi petang.

Last week, dapat dress free wo!.. gila tak suka. Suka sampai lapan belas kali nak cuba baju yang sama. Hahahah!

Beberapa minggu lepas juga dapat free gift dari blogshop Ena. Thanx dear! sangat santek-santek shawl kamu. Roger-roger lagi eh kalau ada yang terbaru.

Hemmm..gaji tak lama lagi. Plan nak buat apa ek? Woh ye, ujung bulan ni kan nak deting. Encik Jamil nak datang. Dah mula dah adegan pangkah tarikh ni. Heheheh!

Pastu nak ajak Sang Kekasih gi carik aksesori kete. Nak beli bulu-bulu kaler pink untuk taruk kat dash board. Muahahah! kompem kiut Siti K itu berambu ramba. Gagagag!

Pastu nak beli sarung stereng kaler fink dan ada kepala hello kitty. Dekat seat belt pun letak kepala hello kitty.Heh! menangess ayah saya kalau bawak Siti K pegi mesyuarat. T_T

Pastu..pastu..pastu.. huuuu takdelah nak bersopping sakan untuk beli semua tu. Tapi yang beli bulu-bulu tu memang betul! Yang sarung stereng tu memang tak la kan??

Itu je pon. Yang lain-lain takde. Saving dear..saving..untuk masa hadapan.


P/S: Dah perasan dah ada 3 bijik kete Viva Elite kaler oren kat Papar nih termasuk Siti K saya. Sebelum ni just 2 bijik je. Ngeeee...adik dan mak saya kata nombor plat kete saya naik dekat 4D. gagagagag! sapa la yang amik nombor ekor pakai no plat keta saya tu ekk?? dah 2,3 kali pulak tu keluar no Siti K. heheh


Cheers!
Amysue

Sunday, April 18, 2010

Best..best..best..

Uuuuuuu..semalam memang best!. Lama tak keluar berjimba-jimba. Asek la terperap kat rumah. So last week, dah plan bersama kasen-kazenku yang lain nak keluar berseronok. Alih-alih, saya cuma keluar berdua dengan kazen saya yang bernama 'Dayang Britney'.hehehe!

Awal gila, cik Dyg Britney sampai ke rumah. Jam 7.12 am dia dah hantar sms bagitau yang dia dah otw. Mak Aih! awalnye.Saya masaih lagi terbongkang kat atas katil tak sedarkan diri. Dapat je sms, kelam kabut mandi dan bersiap.

So, hasilnye pukul 9.30 dah tercongok dah kat KK. Kami pergi sarapan dulu. Pok pek pok pek berborak saaampai lah pukul 11 pagi. Terus pergi ke 1 Borneo. Hajat di hati nak mencari booth Hot & Roll. Hahahah ni terpengaruh dengan entry Cik Ann la ni. Tabah men'gugel' tengok ada ke tak Hot & Roll Kat Sabah. Uuuu..suka! suka! ianya ada di 1 Borneo. Mwah! mwah! mwah! kat 1B. Eceh! tetiba.


Serious! sedap gila. Macam nak pengsan je. Saya dan sepupu order savoury Paratha Chicken & Cheese. Sampai ke hari ni haku teringat-ingat bendealah tu. Nasib baik 1B tu jauh. Kalau dekat memang dah pegi lagi sekali hari ni. Takpe..takpe..nanti-nanti nak pegi lagi. Tapi yang chicken & cheese ni memang marvelessss la.

Live depan mata..

Keluar dari 1B je dah pukul 2 lebih. Pastu terus pergi ke Harbour City koz nak tengok 'Dream Team Auto Show 2010'. Hajat nak ke sana pada awalnya cuma nak jenguk-jenguk booth member saya si Aima. Beliau juga seorang blogger. Beliau buka booth jual tudung .

Saya dan Aima


Huuu..teruja bila dapat tengok baaaaanyak kereta yang cantik-cantik, vogue dan elegant.Kereta pertama yang menangkap perhatian saya. Hehehe cumel giler..Kalau la cik Siti K saya warna pink misti comel. Tapi Saya nak just kaler pink aje lah. Taknak pulak tulisan-tulisan lain kat body kete tu.

Satu lagi kereta kaler pink. So sweet!

Hehehe, terus feeling-feeling comel bila dapat bergambar dengan kereta pink Hello Kitty ni. Suka sangat la!

Betul-betul obses pink dan Hello Kitty nih.

Hemmmm apa jadik kalau Siti K saya pintunya macam ni? Eheheh! tak sesuwei..tak sesuweii


Kereta yang elegant, mewah..wah!


Tengah layan para aksi drifters, nampak lak kete garang, hensem dan macho ni. Apa lagi menyelit la ambil gambar.

Motor pun ada. Tapi sempat ambil pic ni je. Koz pelik dan seram dan juga ngeri tengok motor ni.

Ya..inilah dia ratu racing Sabah. Err..sapo namo eh? lupa la pulak. Asal dari Sandakan. Pergh!! hot and mantap kan?? Kamu sayang, takleh tengok lelama. tengok 13 saat je. Ha dah! stop. teruskan scroll ke bawah.

So after dari tengok kete tu semua. Terus pergi Kompleks Karamunsing. Nak cari baju kurung yang dah siap dan juga nak shopping baju. Keluar dari situ dah pukul 6.30petang. Then terus balik la ke rumah.

Waaa! semalam saya telah mengalami satu pengalaman yang mencuakkan di mana dalam perjalanan kereta saya pancit. Dah la sepanjang perjalanan tu takde lampu jalan. Sunyi pula tu. Huuu takot nak berenti. Nasib baik dah nak dekat rumah. Tapi oleh kerana memang dah flat gila-gila tayar tu, terpaksa juga saya berhenti. Nasib baik juga time tu saya bersama kazen. Kalau seorang mau menjejeh-jejeh airmata tengok tayar pancit.

Tepon ayah. Gagagag! haruslah nak tepon ayah. Saya dengan sepupu memang very the first timer punya perempuan yang mengalami kereta pancit ni. Dua-dua tak tahu tukar tayar. Hahha!

Kasihan kamu Siti K. Dah la badan comot sebulan tak mandi, semalam ku redah saja masuk tempat parking tanah merah yang becak, pastu kaki kamu pulak terseliuh. Nantu-nanti saya bawa kamu pergi spa ye. Heheh

Cheers!
Amysue

Thursday, April 15, 2010

Galeria Perdana

Haaa..! dah ada dah. Hehehe..hasil dari pemaksaan yang keras terhadap diri saya, maka ada la juga entry bergambar untuk hari ini.

Cak!! hehehe, ini dia entry bergambar yang siap ada gambar aku amik gambar. Hahahah! dah macam apa ayat.

Eceh! macam poyo je amik gambar diri sendiri yang tengah mengambil gambar. Ah! abaikan aje ayat haku yang agak pelik di situ. Haaa! tau tak kat mana saya gedik-gedik ambik gambar nih?
Jeng-jeng.. tengok pula gambar di bawah..

Ya..itu gambar mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir. So kaitannya di sini ialah, saya bersama family hari tu sempat meluangkan masa pergi melawat Galeria Perdana yang terletak di Kilim, Mukim Air Hangat, Langkawi. Hehehe, tak abis lagi ni cerita pasal kat langkawi.

Banyak gila gambar yang saya ambil masa kat Galeria ni. Hehehe, tapi yang ada kat sini cuma sebahagian sahaja la ye. Tak larat saya nak upload gambar banyak-banyak dengan kelajuan siput sedut patah pinggang ni.Sebelum tu nak share sedikit info pasal Galeria Perdana ni.

Galeria ni berada pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi dan telah dibuka secara rasminya pada 3 Disember 1995 sebagai tempat untuk mempamerkan cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamed dan Yang Berbahagia Dr Siti Hasmah bt Mohd Ali daripada pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia serta masyarakat Malaysia sebagai penghargaan kepada beliau dan Negara Malaysia -(Info diambil melalui belakang tiket masuk)

So memang baaaaaaanyak gila cederamata yang diterima oleh beliau. Heheeh memang patut masuk galeria sebab kalau simpan kat rumah memang macam tak muat.

Antara cenderamata yang terdapat di sana. wohye, ukiran senibina Galeria ni sangat cantik.


Kekekekeke! yo yo je saya bergambar begitu. Seronok bergambar sambil pandang-pandang cermin ni. Terus bajet model gitu. hahahah! model la sangaaaaaatt! model biskut cap ping pong.

Dalam banyak-banyak ruang pameran tu, saya paling suka dekat bahagian prototaip kereta. Banyak jenis kereta boleh jumpa. Yang kat atas tu bukan mainan ye. Itu kereta betul. Di ambil dari pandangan atas.


selain tu jenis-jenis beca pun ada. Hehehe, itu mak dan ayah saya.

Saya lagi. Sebenarnya bukan la nak sangat ambil gambar yang nampak diri saya sendiri. Tapi nak buat macamana memang kebanyakkan cenderamata-cenderamata di situ diletakkan dalam tempat yang ada cermin. So automatik bila kita nak snap gambar, tersnap diri sendiri.



Juga salah satu cendera mata yang ada di situ. Beriya-iya betul haku mengambil gambar. Hahaha!
Adik saya yang feeling-feeling dapat aura dari atas bumbung. Kakakakaka! ntah apa-apa. Tapi cantik la rekaan dalaman galeria tu. Saya suka sangat.

Lama juga kitorang kat dalam Galeria tu. Masa mula-mula masuk, ada rasa macam bosan sikit. Yelah just tengok-tengok cenderamata. Tapi bila kita makin menjelajah masuk kat dalam, makin best pula. Area kereta-kereta tu memang syok gila.

Wohya, masuk kat dalam Galeria ni kena pakai tiket. Dewasa RM5 dan kanak-kanak di bawah 12 tahun tak silap saya RM 3 kut. heheh tak ingat, sebab kitorang takde beli tiket untuk kanak-kanak. Anak buah saya tak dikenakan tiket sebab masih baby.

Hokey, itu aje la. Takde idea nak tulis apa dah ni.

Cheers!
Amysue

Wednesday, April 14, 2010

Bila si dia psycho yang amat!

2, 3 ari ni maybe hanya entry tidak bergambar aje la ye. Masih malas nak upload gambar bagai. Tengah ku membelek-belek muka kat cermin tadi tetiba teringat kisah lama semasa saya study di Seremban dulu. Gagagaag! saya kalau dah merenung cermin memang berkhayal aje la kejenye.

Teringat pasal cerita di mana buat kali pertamanya saya kantoi bermain kayu tiga. Hahahah! cuak siot. Tapi dalam masa yang sama kalau diingat balik, rasa macam nak ketawa terbahak-bahak je.

Kesahnye..dulu saya ada seorang bf ni..dan beliau sangat psycho juga sangat kuat cemburu. Tambahan pula kitorang berjauhan. Dia di utara, saya di Seremban. Sebulan sekali je pun jumpa. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat Tuhan pisahkan kami. Sengsara dan tertekan ok jadi GF dia.

Kalau kami bertelefon, cara dia nak tahu saya memang betul-betul berada di rumah dan tidak keluar dengan orang lain ialah dia suruh saya bunyikan besi tingkap rumah saya. hahahah! dia terer wo mengenal pasti bunyi 'kreok' besi tingkap rumah saya tu.

Pastu kalau saya call dia melalui public, jangan nak cuba-cuba bohong bagitahu yang saya call guna public phone kat depan umah sewa tapi sebenarnya saya kat tempat lain. Seeeeemuuuuaaaa no public phone yang ada di area rumah sewa saya dia ada simpan nombornya. Gila psycho kan?? Jadi kalau saya call dari Terminal 1, dan pura-pura bagitau saya ada kat area rumah, memang kau kena maki la tak pasal-pasal.

Kalau time tengah dating, asal gaduh je nak main ugut-ugut bunuh diri. Ngeri ok!. Kadang-kadang time gaduh tetibe je nak pegi kat tengah jalan mintak diri dilanggar kereta. Aduiiiii..ntah apa-apa. Then, dia ni selalu bawa set pisau pengukir (dia rajin buat kerja seni yang main ukir-ukir nih). Pernah time gaduh, tetiba nak kelar pergelangan tangan dia dengan pisau. Saya panik la. Actually saya tak kesah ok kau nak bunuh-bunuh diri ni. Menjawab la kau dengan Tuhan nanti. Taaaapi, yang saya risau, saya pasti akan dijadikan saksi kejadian. Hahahah! tak nak haku menjadi orang yang terakhir bersama mangsa.

Ada satu kali tu, masa datang bertandang ke rumah family beliau, pastu malam tu ada gaduh sikit. Saya terus masuk bilik tidur sekali dengan mak dia. Dia tak puas hati, terus pegi asah pisau kat dapur. Uuuuu T_T ngeriiiiii sangat masa tu. Haku dah pikir nak kene bunuh aje. Psycho betul..dan cemburu tak tentu pasal.

Ok, cerita yang saya kantoi bermain kayu tiga tu. Penyebab saya bermain kayu 3 semua berpunca dari dia la. Korang ingat saya nak ke bertahan dengan dia tu. Sila percaya, sangat sengsara ok. Maka saya di Seremban tu ada lah pasang 2, 3 skandal. Hahahah! sengal betol. Macam la lawa sangat masa tuh sampai nak pasal skandal 2,3. Tapi adalah juga tempat saya nak meluah perasaan ke nak release tension ke..

Hari tu saya keluar dengan skandal saya tu. Sumpah saya tak bajet pun bf saya tu akan turun Seremban. Sekali saya balik umah (skandal saya hantar kat umah), hah! hambek ko, dia tengah tunggu depan pintu. Mak aiiii, haku time tu memang dah pucat lesi. Cuak gila! dunia memang macam berpusing-pusing saya rasa.Matilah haku kena bunuh kali ni.

Bf saya tu tetiba turun Seremban sebab still tak puas hati dengan pergaduhan malam sebelum tu. Ayooo!

Kau tau tak, haku punya takut sambil nak cover line tu, terus tetiba je nak mengamuk dengan dia. Saya mengamuk sakan ok. Saya marah kat dia pasal malam sebelum tu punya cerita campur dengan kedatangan dia secara tiba-tiba tu. Dah macam meroyan dah saya masa tu. Marah-marah sambil nangis-nangis. Isk! macam orang gila saya terjerit-jerit depan rumah. Hahahahaha! malu siot. Rumah sewa saya tu apartment.

Kah!kah!kah! taktik menjadi. Bila bf saya tu nampak saya dah macam orang gila menangis-nangis sambil terjerit-jerit, dia langsung tak marah. Sebab dia cuak pula tengok saya yang dah hilang kawalan tu. Dek kerana malu dengan jiran-jiran, member saya tarik kitorang masuk rumah. Bagi settle baik-baik. Skandal saya tu pula duduk kat tangga tunggu kitorang selesaikan masalah kitorang.

Haku apa lagiii..meroyan tak berenti-renti. Pedulik apa haku.Dia nak pegang-pegang saya pun saya terjerit-jerit tak bagi. Hahahah! itu ok lagi tau. Tapi tetiba bila je dia dapat tangkap saya, terus dibacanya alfatihah dan beberapa lagi ayat lazim kat telinga saya. Dalam saya tengah meronta-ronta minta dilepaskan, sempat juga saya macam nak terketawa. Dalam hati cakap " kahkahkahkah! dia ni apesal tetibe nak baca-baca kat telinga aku ni" kelakar gila time tu. Pastu makin lama makin kuat dia bacakan ayat lazim kat telinga saya. Seriusss! saya betul-betul nak tergelak. Macam..'Eh ko ni ape hal" kan???

Dia ingat saya ni tersampuk dan diserang histeria. Padahal time tengah jerit-jerit dan nagis-nangis tu saya masih warasss dan sedar lagi apa yang sedang berlaku. Cumanya, saya takut saya kene belasah je dengan mamat tu sebab main kayu tiga. So sebelum dia nak belasah-belasah aku, baik saya aje yang meroyan dulu kan? kan?. Haaa! tau cuak tengok i mengamuk.

Kalau saya tak mulakan amukan tersebut, percaya lah ntah ada ja perkara buruk yang mungkin akan terjadi kat saya. Maunye tak, masa dia nampak saya dengan lelaki lain tu, muka dia memang bengis gila Huuuu T_T takooot!

Apapun, saya berjaya akhirnya suruh dia balik ke kampung dia hari tu juga. Kau taknak balik kang haku ngamuk lagi kang..haaaa!

Skandal saya pula simpati dengan saya. heheh skandal yang baik hati ni.

Jadinya..saya rasa tempoh couple dengan bf saya tu merupakan saat yang paling ngeri dalam hidup saya. Maka tidak hairanlah jika dia jaaarang sekali hadir dalam lipatan memori saya. Saya tak suka mengingati masa-masa kami bersama dulu. kadang kala saya lupa saya pernah ada pengalaman seburuk dan sengeri ini. heheheh! bagusss..itu petanda dia memori dia semakin luput dalam ingatan saya.

So guys, ada seorang makcik pernah cakap kat saya " sepatutnya cinta itu mengembirakan kita dan bukan buat kita menangis" makcik tu kata, kalau time bercinta asik la memendam rasa dan menangis, maka sila la buat penilaian semula samada adakah sidia benar-benar pilihan yang tepat buat anda.


Cheers & Selamat Malam!
Amysue

Tuesday, April 13, 2010

Being sensitive or too sensitive??

"Errr..kamu ada masalah dalaman ke????"

Orang yang sensitif itu adalah tergolong dalam golongan yang kreatif. Itu yang pernah saya belajar masa study dulu.Terlebih sensitif??? kalau terlebih, terover sensitif ianya (samada sedar atau tidak) cume memberi akan refleksi yang bikin panas sahaja dekat orang lain. Yang ini apa yang saya nampak la.

Contoh: terover sensitif dengan bf, pastu kamu mengada-ngada perli-perli bf kamu pastu merajuk-merajuk. Eeeewww.. mengundang kemeluatan sahaja ok.

Sangat pelik. Aduhai..macam-macam aje karenah orang sekarang ni.

Entry ini tiada kena mengena dengan mana-mana orang perseorang secara specific ye. Ini cuma pendapat peribadi dan juga peringatan penting untuk saya. Takmo dah over-over sensitif ni. I bukan budak-budak lagi. I cuma nak ubah diri i. Kata dah akhir 20 an kan????? heheh
MUah luv u sayang.hahaha! tetiba.

Monday, April 12, 2010

Aku sedih..tapi tetap HAPPY!

Hehehe..saya nak juga buat entry walau tak ada idea. Haahahaha! ada je sebenarnya cerita nak post. Tapiiii.. Ya Allah kemalasan saya nak bubuh watermark kat setiap pics dan kemudian mengupload 'mereka' dengan kelajuan siput sedut, membuatkan saya terus tak bersemangat.

MOnday, ayoooo saya mulakan hari Isnin saya dengan penuh tak bersemangat. Asal Monday je tunggang langgang diriku ini menyiapkan diri nak gi sekolah. Nasib baik hari ni punch card tak merah. Heheeh aku vanggaaaa!

Saya agak terkilan dan sedih ni sebenarnya dengan berita yang baru diterima tengahari tadi. Uuuuuu T_T hampa hatiku. Walau tak terdaya nak menangis diluaran, hatiku menangis nih teresak-esak. Macam terus menyerah pada takdir.

Adduuuuiiiii! cannot my dear Army, tak boleh sebenarnya saya menyerah..Tapi setiap kali saya cuba melawan, pasti kecewa je jawapannya. Sampai bila ntah??? tak pe lah bersabar sahaja dengan kehendak mereka.

Dek kerana terlalu sedih tapi pura-pura macam tak sedih, maka ku membawa diri bershopping sakan di internet. Saya shopping baju 7 helai!!!! ha ambikkkk kau. Puas hati aku. Hahahah! a'ah pastu nangis la kau tengok amount yang di transfer dari akaun kau. Takpe..takpe, janji puas hati.

Tu pun tak boleh lama-lama. Kalau tak menjadi-jadi la barang yang saya beli online. So far saya sangat suka dan senang bershopping online. Setakat ni sudah shopping shawl, kasut, beg, mekap, produk kecantikan dan baju-baju secara online. Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengar barang yang sampai. Semua seperti yang dijangka.

Kalau baju, saya memang suka shopping di blogshop yang jual Korean Fashion punya. Koz sesuai dengan saiz saya. Walaupun tertulis 'free size' tapi memang ngam aje dengan saya. Oleh kerana setakat ni memang saya berpuas hati, maka itulah saya semakin addicted dengan online shopping. Duduk diam-diam dalam bilik tapi mampu bershopping sakan. i Like!!

Apapun, sikap berhati-hati tu memang kena ada la. Tengok term & conditions blogshop yang kita masuk tu. Kalau saya pulak, bila dah success berurus niaga dengan satu-satu blogshop tu memang pastu saya akan menjengah ajelah kat blog tu. Tengok stok baru. Senang berurusan dengan owner yang kita dah biasa.

Ok sekian entry yang konon-kononya macam tak ada idea tapi hasilnya, entry ini tetap macam panjang lebar kan???? hahahah! abaikan.

Sunday, April 11, 2010

Cerita semalam..

Semalam walaupun hari Sabtu, tapi kitorang terpaksa pergi sekolah. Yelah nak mengganti cuti yang bakal di ambil masa cuti pertengahan semester (cuti TIGA minggu tuuuuuu!!). Tapi semalam pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 beserta guru kelas sekali di minta pergi ke padang pekan Papar. Terlibat dengan Senamrobik 1 Malaysia. Dirasmikan oleh Timb. Menteri Kesihatan YB Rosnah.

Ada sebenarnya gambar-gambar yang saya sempat ambil Tapi..hehehehe kau tau je lah, saya adalah makhluk Tuhan yang paling malas nak upload pics. Kalau ada pun itu yang main paksa diri punya. Heheheh

Takpe, kalau saya rajin, karang saya selit-selitkanlah gambar-gambar senamrobik tu di entry akan datang.

Yang penting saya berpeluh sakan wooo masa senamrobik tu. Best!

So tengahari tu lepas balik dari sekolah, tidur dalam sejam (kata penat kannn lepas bersenam hehehe) then bersiap nak pegi KK jumpa kawan lama. Dia punya lama tu bukan 3, 4 tahun tak jumpa.Tapi dah 10 tahun tak jumpa. Hahaha! since abis SPM 1999.

Pergi jumpa minah ni la. Namo eh Liza. Dulu engineer, sekarang dah jadi businesswoman yang berjaya. Tujuan jumpa dia ni pasal bisnes gak. Nak support-support gitu.

Jumpa dia tak lama. Kejap jek sebab dia ada presentation pula. So after jumpa dia, saya pun windowshopping la kejap sebelum balik rumah.

Adoiiyyyaiii...dalam perjalanan balik rumah saya diserang saaaakit kepala yang amat!. Sangat-sangat sakit yang sampai terasa mual-mual gitu. Kalau dah kawin dah tentu saya terus pegi check ada baby ke tak. Hahahahah!

Sebelum balik rumah, pergi singgah ambil tempahan sate dan kek untuk majlis besday malam nanti. Sampai rumah jek, saya terus menempek atas katil. Sakit kepala betul. Sakit kepala still tak hilang sampai lah majlis besday dah nak mula.

Oleh kerana majlis besday tu adalah majlis saya bersama ayah dan anak buah, maka ku gagahi juga turun ke bawah dah join sekali.

Saya, ayah dan anak buah (hehehehe, hanya kepala dia je nampak)

Kek besday anak buah saya.

Kek besday saya dan ayah. Simple tapi sodap!


Adoiiyaiii..nampak macam dah ok je kan saya kat dalam gambar. Padahal tu tengah menahan sakit dan muntah tu. T_T. Dah pakai spek, saya kalau dah sakit kepala tak boleh nak stay lama-lama pakai kontek lens. Kang makin menjadi-jadi sakit kepala saya tu.

Budak kecik ni mengada-ngada betul. Time-time nak potong kek boleh-boleh dia gedik tak mau. Sabar je. Bersusah payah saya tangkap dia dan paksa amik gambar sambil potong kek.Huhhuhu

Hahahaah! anak buah saya yang kena paksa potong kek. Ayah tak join sekali. Huuuu bagi chance kat kami je.

Lepas je sesi potong kek bagai, saya terus mintak diri untuk naik ke bilik. Memang tak dapat tahan sakit kepala. Minta maaf la yer, nak buat macam mana. Pastu haku tidur saaaaamapai ke pagi.


Cheers,
Amysue

8.4.2010 = 28 Tahun..

Heheheh..sepatutnya entry ni 3 hari yang lepas dah post kat sini. Taaaapi almaklum lah kemalasan melampau telah menganggu hidup saya, maka itu lah sebabnya ia tertangguh.

8 April yang lepas genaplah 28 tahun umur saya. Gagagaggaga! akak-akaknye dah aku ek. tak sangka betol. Tapi saya masih rasa betapa diri ini belum matching dengan umur tersebut. hhuhuhu bajet nak mudaaaaa aje sentiasa.

Pada hari kejadian, tak ada apa sangat lah yang berlaku. Hari berjalan seperti biasa. Tapi plan nak sambut besday pada 10 April iaitu semalam. Sebab musabab nak sambut besday lewat kerana ianya hujung minggu. Maka senang ye saya nak prepare. Selain itu, nak sambut besday sekali dengan ayah saya (7 April) dan anak buah saya (4 April).

Huuuuuu cuma agak sedey kerana si dia tiada di hari besday saya. Kalau tahun-tahun lepas dia ade je. Boleh la gak nak makan-makan kat luar ke apa ke.

Tapi takpe..sebenarnya dah sambut dah masa saya gi KL bulan lepas. Hahahahaha! awal gila sambut. Siap dah kasik hadiah lagi. Tapi, dek kerana kerakusan saya, maka tak sanggup saya nak tunggu sehingga ke hari ini untuk bukak hadiah tersebut. Hari tu juga saya bukak hadiah itu. Hahahah!

Saya dan dia di OldTown White Coffee, Low Yat. Actually, masa ni Encik kekasih memang gedik dan belagak nak suruh saya paw dia gila-gila. Huuu...tapi saya kan baikkk...ajak makan kat Oldtown je. Tu pun makan-makan biasa je. Huuuu kalau ku tahu dirimu memang kayo time tu, harussss la saya nak ajak awak makan kat tempat yang grand. T_T den menyosal!

Saya dapat hadiah jam tangan Elle Studio. Best! best! saya suuuuuka.Ianya comel hokey!. Gagagagaga! maka berakhirlah kekejian saya memakai jam tangan yang di kasik dengan ex-boyfriend saya selama ni.

Hahahah! keji kan, masih memakai jam yang di kasik bekas bf. Untuk pengetahuan anda semua, saya adalah orang yang kalau dah putus dengan kekasih memang tak akan main pulang-pulang barang kat si dia. Kau dah kasik, dah la..Apa pulak nak pulang-pulang. Buruk siku wooo amik balik. Huhuhuhu..

Tapi saya tak canang-canang la kat bf baru yang saya pakai barang-barang pemberian bf lama. Haaaaaape laaa kalau cakap cenggitu. Hati bf baru juga harus di jaga. Tapi lately saya memang ada bagitau Jamil yang saya pakai jam yang diberi ex bf. Motip pemberitahuan???? HAhahahahahahha! sudah tentu nak Jamil belikan jam. huhuhuhuhuh. Saya memam bijak!

Suka sangat!!

Saya yang hepi!!

Kad dari pelajar. Besarr punya

woh ya, pada hari Khamis lepas, saya baaaaanyak dapat birthday wishes dari pelajar-pelajar. Sangat-sangat terharu. Thanks juga buat sahabat-sahabat yang wish saya. Huhuhuh rata-rata mendoakan saya cepat kawin. Amiiiiinnnnnnnn...bukan kamu sahaja yang mendoakan saya cepat kawin, malah saya sendiri pun mengharapkannya. Aiseh! sayang..dengarlah rintihan hatiku iniiii..

Akan datang saya citer pasal sambutan besday semalam k.


Cheers,
Amysue

Tuesday, April 6, 2010

First time ke Langkawi

Ni first time saya ke Langkawi. Dalam family saya yang pegi tu, hanya ayah saya seorang je yang pernah pegi Langkawi. Tu pun pada zaman 70-an dulu. Huhuhu.

Ada excited dan tak excitednya pegi Langkawi. Yang excitednya koz pegi tempat yang kita tak pernah pegi. Family members yang lain semua excited koz nak pegi ke tempat-tempat cerita Na O Mei dibuat. Hahahahh!

Yang saya tak berapa nak excited koz tempat tu saya tak pernah pegi. Jadi saya tak ada gambaran jelas dengan tempat-tempat yang harus di pegi. Huhuh tengok peta pun macam blur koz tak dapat imagine Langkawi ni macam mana luasnya.

Saya patut menyiap sediakan diri dengan aktiviti yang harus di lakukan di sana. Kalau dulu time kecik-kecik haku pedulik apa.Enjoy je. Mak ayah yang bawak, kau ikut je. Jangan nak bising-bising. Tapi dah dewasa ni, memang haruslah segala persiapan saya yang bereskan. Dari tempahan hotel sampai, tempahan tiket, kereta sewa sampai lah aktiviti-aktiviti yang harus di buat masa kat sana, semua saya yang settlekan. Tu yang susah sikit. Lagi-lagi tempat yang baru first time pegi.

Yelah takkan kau nak suruh lagi mak bapak yang buat. Sian kat dorang, jadi saya la yang uruskan semua.

Kami ke Langkawi naik FireFly. Suka hokey family saya koz bajet dapat jumpa Dania (awan Dania) kat kapal terbang atau airport. Hahahaha! terpengaruh betul dengan tv. Banyak tengok TV family ai ni. huhuh pastu berangan je lebih.


Flight kami ke Langkawi. Oleh kerana inilah first time naik kat airport Subang, haku punya perkiraan membajet masa dari KL ke Subang amatlah cemerlang. Flight jam 12.50 tengahari, pukul 9.30 saya dah membebel-bebel suruh check out dan bertolak ke airport. Hahahaha! pastu bosan tunggu kat airport lama gila. Yela, setengah jam je dah sampai airport. huhuhuhu. Manalah saya tahu. Takut jam ke apa ke.

Bosan menunggu di airport.

Bosan dan mengantuk. ayooooo bile laaa nak check in nih. So on time jugaklah kami fly hari tu. Huuuuuu sangat suka la pulak naik FireFly ni. Best sebab tak payah tunggu lama selepas landing untuk turun dari kapal. Selalu naik yang biasa, sempat duduk dan bangun 4, 5 kali barulah dapat melangkah keluar.


Huuuuu! akhirnya sampai juga kami di Langkawi.

Inilah peta Langkawi yang sempat ku belek-belek sebelum datang ke sini. Belek nam belas kali pun still tak boleh bayangkan Langkawi ni macamana bentuk mukabuminya.

Masa kami sampai kat sana, cuaca agak panas dan kering. Semua tanah cam kering kontang je. Kat Langkawi kitorang tak tinggal kat beach-beach ni. Tinggal kat pekan Kuah. Iyelah..dengan family kan...memang harus mak haku nak membeli belah saja. Bukan nak nengok laut. Kalau tengok laut, kat kampung pun ada.

So kami tinggal di Hotel Langkasuka, Kuah. Sebangunan dengan duty free shop. Sorga betul. Bosan-bosan je turun bawah memborong coklat.

Mak saya baru sampai je terus tanya-tanya Idaman Suri kat mana. Tak sabar-sabar la tuh nak mencuci mata dan memborong pinggan mangkuk bagai.

Hari pertama sampai kitorang lepak area-area hotel je. Esoknya sewa Avanza untuk round satu Langkawi. Lerrrrrrr...kocik yo Langkawi ni. Haku yo-yo la isi minyak sampai RM50, pakai sehari tak habis pun. Esoknya masa hantar kat pemiliknya, minyak de setengah lagi. Huuuuu rugi..rugi..

Second day juga saya dengan mak saya pegi Idaman Suri tu. Hahahahah! nak menitik airmata mak saya koz terlalu excited tengok barang-barang kegunaan dapur yang gila-gila murahnya. Kalau tak memikirkan tax yang akan dikenakan kalau terlalu banyak barang dibeli, memang mak saya nak memborong aje.

Suasana Idaman Suri yang hanya dipenuhi dengan kaum wanita

Heheheh..sudu ni pun mak saya ada beli. Sudu ni design memang sudu mahal la. Tapi kat sana harganya murah jek. Huhuhuhu saya meneman mak sambil merah-merah bijik mata menahan mengantuk. Tu pun dah berbelas-belas kali menguap.

Lepas dari Idaman Suri..pegi pulak Haji Ismail Group. Puuuuuun sama, mak haku macam nak meraung tengok barangan yang murah-murah tu. hahahah! sabar mak..sabar mak..sabar itu separuh daripada iman.

Hehehehe, mak saya beli sikit je pun. Tapi pedih di hati tiada siapa yang tahu. Heheheh pedih koz hajat nak memborong tak kesampaian.

Okeylah...karang next post saya cerita tempat-tempat yang kitorang dah pergi.


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...