Sunday, April 11, 2010

8.4.2010 = 28 Tahun..

Heheheh..sepatutnya entry ni 3 hari yang lepas dah post kat sini. Taaaapi almaklum lah kemalasan melampau telah menganggu hidup saya, maka itu lah sebabnya ia tertangguh.

8 April yang lepas genaplah 28 tahun umur saya. Gagagaggaga! akak-akaknye dah aku ek. tak sangka betol. Tapi saya masih rasa betapa diri ini belum matching dengan umur tersebut. hhuhuhu bajet nak mudaaaaa aje sentiasa.

Pada hari kejadian, tak ada apa sangat lah yang berlaku. Hari berjalan seperti biasa. Tapi plan nak sambut besday pada 10 April iaitu semalam. Sebab musabab nak sambut besday lewat kerana ianya hujung minggu. Maka senang ye saya nak prepare. Selain itu, nak sambut besday sekali dengan ayah saya (7 April) dan anak buah saya (4 April).

Huuuuuu cuma agak sedey kerana si dia tiada di hari besday saya. Kalau tahun-tahun lepas dia ade je. Boleh la gak nak makan-makan kat luar ke apa ke.

Tapi takpe..sebenarnya dah sambut dah masa saya gi KL bulan lepas. Hahahahaha! awal gila sambut. Siap dah kasik hadiah lagi. Tapi, dek kerana kerakusan saya, maka tak sanggup saya nak tunggu sehingga ke hari ini untuk bukak hadiah tersebut. Hari tu juga saya bukak hadiah itu. Hahahah!

Saya dan dia di OldTown White Coffee, Low Yat. Actually, masa ni Encik kekasih memang gedik dan belagak nak suruh saya paw dia gila-gila. Huuu...tapi saya kan baikkk...ajak makan kat Oldtown je. Tu pun makan-makan biasa je. Huuuu kalau ku tahu dirimu memang kayo time tu, harussss la saya nak ajak awak makan kat tempat yang grand. T_T den menyosal!

Saya dapat hadiah jam tangan Elle Studio. Best! best! saya suuuuuka.Ianya comel hokey!. Gagagagaga! maka berakhirlah kekejian saya memakai jam tangan yang di kasik dengan ex-boyfriend saya selama ni.

Hahahah! keji kan, masih memakai jam yang di kasik bekas bf. Untuk pengetahuan anda semua, saya adalah orang yang kalau dah putus dengan kekasih memang tak akan main pulang-pulang barang kat si dia. Kau dah kasik, dah la..Apa pulak nak pulang-pulang. Buruk siku wooo amik balik. Huhuhuhu..

Tapi saya tak canang-canang la kat bf baru yang saya pakai barang-barang pemberian bf lama. Haaaaaape laaa kalau cakap cenggitu. Hati bf baru juga harus di jaga. Tapi lately saya memang ada bagitau Jamil yang saya pakai jam yang diberi ex bf. Motip pemberitahuan???? HAhahahahahahha! sudah tentu nak Jamil belikan jam. huhuhuhuhuh. Saya memam bijak!

Suka sangat!!

Saya yang hepi!!

Kad dari pelajar. Besarr punya

woh ya, pada hari Khamis lepas, saya baaaaanyak dapat birthday wishes dari pelajar-pelajar. Sangat-sangat terharu. Thanks juga buat sahabat-sahabat yang wish saya. Huhuhuh rata-rata mendoakan saya cepat kawin. Amiiiiinnnnnnnn...bukan kamu sahaja yang mendoakan saya cepat kawin, malah saya sendiri pun mengharapkannya. Aiseh! sayang..dengarlah rintihan hatiku iniiii..

Akan datang saya citer pasal sambutan besday semalam k.


Cheers,
Amysue

2 comments:

Erina Asmawani said...

hahaha..motip menjadi. Tak sia2 gtau pakai jam ex bf bagi..terus dapat jam baru. Cantikkkk jam tu!! ena plak jenis bukan bagi balik barang ex bf bagi tapi tarus buang..hambik ko! kasut ke jam ke teddy bear ke slamat dah ke tong sampah..x yah ingat2 dah. senang. Heeee

Dayangku Army said...

Kah!kah!kah! suuuke gila bila motip tersebut berjaya. Hehehe

Amy ni memang kebal kut. Pakai barang2 pemberian 'mereka' tu tanpa ada perasaan nak ingat ke apa. Hahahaha! cuma menganggap ianya aksesori semata2.Tak ada perasaan. Huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...