Monday, April 5, 2010

8th Picture of the 8th Folder

Okey la.Akhirnya ku terjebak juga dengan permainan tag ni. hehehe di tag oleh Puan Maya dan Puan Aima. Layan..

The instructions:

1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!

So bebeh, setelah ku godek-godek, maka inilah hasilnya:

Huhuhu..gambar 911. Masih kah anda kenal dengan mereka? Ya mereka amat famous sekitar tahun 1997-1999..tahun 2000 dah slow sikit.

Motif wujudnya gambar 911 dalam folder saya adalah kerana hari tu tengah mengemas-ngemas di bawah katil saya. Maka ternampak lah sebuah beg yang telah usang dimamah usia (hahaha! ayat stok nak buat novel je). So bila saya buka, rupanya di dalam tu terkandung segala khazanah alam semasa saya berada di zaman sekolah menengah dulu.

Dalam beg tu semua poster-poster 911, BSB, Boyzone, Spice Girls, The Moffats..bla..bla..bla.. dan juga majalah Smash Hits, Galaxie serta majalah Max. Huhuhuhu, dek kerana terlalu dibuai perasaan merindui zaman silam, maka ku snap la beberapa poster yang ada.

Masa band band ni famous saya berada di tingkatan 3-5. haaaa..asiklah melayan lagu omputih. Pastu fanatik betul dengan mereka. Sanggup berabis beli kaset atau video mereka. Masa tu penggunaan CD belum berleluasa lagi. Jadi dengar kaset la kau. Dalam group 911 saya tergila-gilakan si Lee Brennan. Heheheh, skang ku dah tak tahu apa perkembangan mereka.

Okey, siap dengan tugasan tag tersebut. Huuuu sebenarnya saya malas nak tag orang. Kamu rajin-rajinkan lah diri ye buat tag ni.

Cheers,
Amysue

1 comment:

Nurul Aima Hj Kaim said...

sila lah buat reference psl c lee hue hue hue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...