Monday, April 12, 2010

Aku sedih..tapi tetap HAPPY!

Hehehe..saya nak juga buat entry walau tak ada idea. Haahahaha! ada je sebenarnya cerita nak post. Tapiiii.. Ya Allah kemalasan saya nak bubuh watermark kat setiap pics dan kemudian mengupload 'mereka' dengan kelajuan siput sedut, membuatkan saya terus tak bersemangat.

MOnday, ayoooo saya mulakan hari Isnin saya dengan penuh tak bersemangat. Asal Monday je tunggang langgang diriku ini menyiapkan diri nak gi sekolah. Nasib baik hari ni punch card tak merah. Heheeh aku vanggaaaa!

Saya agak terkilan dan sedih ni sebenarnya dengan berita yang baru diterima tengahari tadi. Uuuuuu T_T hampa hatiku. Walau tak terdaya nak menangis diluaran, hatiku menangis nih teresak-esak. Macam terus menyerah pada takdir.

Adduuuuiiiii! cannot my dear Army, tak boleh sebenarnya saya menyerah..Tapi setiap kali saya cuba melawan, pasti kecewa je jawapannya. Sampai bila ntah??? tak pe lah bersabar sahaja dengan kehendak mereka.

Dek kerana terlalu sedih tapi pura-pura macam tak sedih, maka ku membawa diri bershopping sakan di internet. Saya shopping baju 7 helai!!!! ha ambikkkk kau. Puas hati aku. Hahahah! a'ah pastu nangis la kau tengok amount yang di transfer dari akaun kau. Takpe..takpe, janji puas hati.

Tu pun tak boleh lama-lama. Kalau tak menjadi-jadi la barang yang saya beli online. So far saya sangat suka dan senang bershopping online. Setakat ni sudah shopping shawl, kasut, beg, mekap, produk kecantikan dan baju-baju secara online. Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengar barang yang sampai. Semua seperti yang dijangka.

Kalau baju, saya memang suka shopping di blogshop yang jual Korean Fashion punya. Koz sesuai dengan saiz saya. Walaupun tertulis 'free size' tapi memang ngam aje dengan saya. Oleh kerana setakat ni memang saya berpuas hati, maka itulah saya semakin addicted dengan online shopping. Duduk diam-diam dalam bilik tapi mampu bershopping sakan. i Like!!

Apapun, sikap berhati-hati tu memang kena ada la. Tengok term & conditions blogshop yang kita masuk tu. Kalau saya pulak, bila dah success berurus niaga dengan satu-satu blogshop tu memang pastu saya akan menjengah ajelah kat blog tu. Tengok stok baru. Senang berurusan dengan owner yang kita dah biasa.

Ok sekian entry yang konon-kononya macam tak ada idea tapi hasilnya, entry ini tetap macam panjang lebar kan???? hahahah! abaikan.

5 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

napa sedih mie...? hmm aku pun malas mo letak tu dlm gmbr..biarlah..bedoa ja aku spy jngn ada org amik gmbr aku lag T__T

Dayangku Army said...

Huuuuu..adalah tu cerita makan dalam punya, Hahahha! tapi ok2 juga ba suda aku. Sedih kejap ja. Nda bagus ni melayan sedih lama2.

Aku tinguk mood juga ba.Byk kerja..dr edit di photoscape pastu edit lagi di batch watermark. Aiyooo....

Erina Asmawani said...

amy..ena pom kemalasan nak update blog sbb sgt2 lembab blogger nih..huuu..(blogger ke internet lembab xtaula ;p)

btw, namo sedey2la eh.. pape pn yg jadik sabar tau, setiap yg jadik mesti ade hikmahnya. senyummm ;)

terbangcamar said...

amy..kalau korean fashion yg free size tu slalunya siza ape eh?
M ke?
sy pon suka tgk blog2 korean fashion ni..
dkt facebook, sibuk jadik 'become a fan' tu..hehehe...

Dayangku Army said...

Ena: HAhahah! tau takpe.Mmg lembab semacam je. Line tenet kut, Pakai streamyx kat ruang tamu ok je. Brotben ni yg lombab! Heheheh, i ok je. Tak best layan sedih lelame. Xde pekdahnye.

Camar: Selalunya dia size M la. But fits to xs-m. Tapi dependa juga. Selalu dia ada bg ukuran utk bahu. Tgk pada feshen gak.Hehehe same la minat kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...