Saturday, April 24, 2010

Al-Fatihah..

Al-Fatihah....


Marilah bersama-sama menyedekahkan Al Fatihah buat pelajar sekolah saya yang telah pergi menghadap Illahi kerana lemas.

Kisah beliau pergi amat menyayat hati. Sebenarnya sudah dari awal minggu ni lagi nak tulis berita sedih ni tapi selagi belum ada kepastian selagi tu saya rasa lebih baik menunggu.

Beliau hilang dan dikhuatiri lemas pada Ahad petang minggu lepas. Hilang..hilang.. dan terus di cari. Pasukan Polis dan Bomba serta pasukan gerakan mencari yang lain telah berkampung di pantai selama 3 hari. Maka hari Khamis baru-baru ni barulah mayat beliau dijumpai.

Kamu semua boleh bayangkan betapa siksa dan menyayat hati kalau kita melihat mayat yang sudah 4 hari di dalam air..uuuuu sedih. DAN!!! saya SANGAT MARAH kepada orang-orang sekeliling yang sibuk nak ambil gambar mayat tersebut macam lah kau baru nampak makhluk asing yang turun ke bumi serta pegi sibuk-sibuk nak bluetooth kat orang lain. Keji okey!. Apa kau ingat benda ni nak seronok-seronok ke ape?

Okey fine kau memang gila bluetooth kan? takpe. Tapi yang jahat dan kejinya bila kau sibuk-sibuk nak publish keadaan arwah kat Facebook serta masukkan kat internet. Tujuan??????????? tak baik buat macam tu. Arwah dah tak ada. Tak perlu kamu nak tunjuk-tunjuk keadaan arwah dijumpai kat orang lain.

Sebelum ni saya pernah post cerita pasal arwah kat blog saya. Boleh klik sini kalau nak refer. Saya cuma terasa begitu sedih sebab saya rasa beliau memang menghadapi masalah. Masalah keluarga ke, cinta ke, pelajaran ke..itu saya tak berani nak katakan.


p/s: masa orang ramai sibuk-sbuk ambil gambar tu, polis tak datang lagi kat lokasi beliau ditemui.


Cheers,
Amysue

4 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

al-fatihah..siaan dia T__T..ya bah aku pn nda suka tu acara menggambar org dlm kesusahan MELAMPAU ni aku rasa...

annfrendly said...

Al-fatihah..
kasihannya budak tu...
dahlah tak dipedulikan oleh ibu dan bapanya...
nenek yang jaga..
sekarang dah meninggal lemas pula..
sedih sangat baca kisahnya...
nampaknya tuhan lebih sayangkan dia..

tak patutlah dorang duk ambil2 gambar jenazah..
dahlah dalam keadaan yang menyayat hati..
takkan nak letak kat internet kot.. tak baik..
bayangkan kalau situasi tu terjadi kat dorang @ keluarga dorang.. pasti tak suka dan marah kan..

Dayangku Army said...

emma: kan? kalau iya pun memang suka mengambil gambar berpada-pada la ba. No need la mo bluetooth sama orang. Mengaibkan ba tu. Sedih ni..

Ann: Betul Ann, dari cerita yang amy dengar memang agak sedih gak la. Apapun, tak berani la nak komen lelebih kan..hanya Tuhan, dia dan keluarga dia sahaja yang tahu cerita sebenar..

Tapi memang menyakitkan ati la dorang duk publish gambar arwah tu kat facebook. Kejiiii betul. Amy yg xde kene mengene ngan arwah pon boleh marah apatah lagi ahli keluarga dan keluarga terdekat arwah. Sedih betul pengakhiran hidup dia ni..

Erina Asmawani said...

Alfatihah..sedihnya..moga dia ditempatkan di kalangan org beriman

dan tuk org2 yg keji letak gambar arwah dlm facebook..moga dia dpat balasan satu ari nanti..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...