Wednesday, April 14, 2010

Bila si dia psycho yang amat!

2, 3 ari ni maybe hanya entry tidak bergambar aje la ye. Masih malas nak upload gambar bagai. Tengah ku membelek-belek muka kat cermin tadi tetiba teringat kisah lama semasa saya study di Seremban dulu. Gagagaag! saya kalau dah merenung cermin memang berkhayal aje la kejenye.

Teringat pasal cerita di mana buat kali pertamanya saya kantoi bermain kayu tiga. Hahahah! cuak siot. Tapi dalam masa yang sama kalau diingat balik, rasa macam nak ketawa terbahak-bahak je.

Kesahnye..dulu saya ada seorang bf ni..dan beliau sangat psycho juga sangat kuat cemburu. Tambahan pula kitorang berjauhan. Dia di utara, saya di Seremban. Sebulan sekali je pun jumpa. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat Tuhan pisahkan kami. Sengsara dan tertekan ok jadi GF dia.

Kalau kami bertelefon, cara dia nak tahu saya memang betul-betul berada di rumah dan tidak keluar dengan orang lain ialah dia suruh saya bunyikan besi tingkap rumah saya. hahahah! dia terer wo mengenal pasti bunyi 'kreok' besi tingkap rumah saya tu.

Pastu kalau saya call dia melalui public, jangan nak cuba-cuba bohong bagitahu yang saya call guna public phone kat depan umah sewa tapi sebenarnya saya kat tempat lain. Seeeeemuuuuaaaa no public phone yang ada di area rumah sewa saya dia ada simpan nombornya. Gila psycho kan?? Jadi kalau saya call dari Terminal 1, dan pura-pura bagitau saya ada kat area rumah, memang kau kena maki la tak pasal-pasal.

Kalau time tengah dating, asal gaduh je nak main ugut-ugut bunuh diri. Ngeri ok!. Kadang-kadang time gaduh tetibe je nak pegi kat tengah jalan mintak diri dilanggar kereta. Aduiiiii..ntah apa-apa. Then, dia ni selalu bawa set pisau pengukir (dia rajin buat kerja seni yang main ukir-ukir nih). Pernah time gaduh, tetiba nak kelar pergelangan tangan dia dengan pisau. Saya panik la. Actually saya tak kesah ok kau nak bunuh-bunuh diri ni. Menjawab la kau dengan Tuhan nanti. Taaaapi, yang saya risau, saya pasti akan dijadikan saksi kejadian. Hahahah! tak nak haku menjadi orang yang terakhir bersama mangsa.

Ada satu kali tu, masa datang bertandang ke rumah family beliau, pastu malam tu ada gaduh sikit. Saya terus masuk bilik tidur sekali dengan mak dia. Dia tak puas hati, terus pegi asah pisau kat dapur. Uuuuu T_T ngeriiiiii sangat masa tu. Haku dah pikir nak kene bunuh aje. Psycho betul..dan cemburu tak tentu pasal.

Ok, cerita yang saya kantoi bermain kayu tiga tu. Penyebab saya bermain kayu 3 semua berpunca dari dia la. Korang ingat saya nak ke bertahan dengan dia tu. Sila percaya, sangat sengsara ok. Maka saya di Seremban tu ada lah pasang 2, 3 skandal. Hahahah! sengal betol. Macam la lawa sangat masa tuh sampai nak pasal skandal 2,3. Tapi adalah juga tempat saya nak meluah perasaan ke nak release tension ke..

Hari tu saya keluar dengan skandal saya tu. Sumpah saya tak bajet pun bf saya tu akan turun Seremban. Sekali saya balik umah (skandal saya hantar kat umah), hah! hambek ko, dia tengah tunggu depan pintu. Mak aiiii, haku time tu memang dah pucat lesi. Cuak gila! dunia memang macam berpusing-pusing saya rasa.Matilah haku kena bunuh kali ni.

Bf saya tu tetiba turun Seremban sebab still tak puas hati dengan pergaduhan malam sebelum tu. Ayooo!

Kau tau tak, haku punya takut sambil nak cover line tu, terus tetiba je nak mengamuk dengan dia. Saya mengamuk sakan ok. Saya marah kat dia pasal malam sebelum tu punya cerita campur dengan kedatangan dia secara tiba-tiba tu. Dah macam meroyan dah saya masa tu. Marah-marah sambil nangis-nangis. Isk! macam orang gila saya terjerit-jerit depan rumah. Hahahahaha! malu siot. Rumah sewa saya tu apartment.

Kah!kah!kah! taktik menjadi. Bila bf saya tu nampak saya dah macam orang gila menangis-nangis sambil terjerit-jerit, dia langsung tak marah. Sebab dia cuak pula tengok saya yang dah hilang kawalan tu. Dek kerana malu dengan jiran-jiran, member saya tarik kitorang masuk rumah. Bagi settle baik-baik. Skandal saya tu pula duduk kat tangga tunggu kitorang selesaikan masalah kitorang.

Haku apa lagiii..meroyan tak berenti-renti. Pedulik apa haku.Dia nak pegang-pegang saya pun saya terjerit-jerit tak bagi. Hahahah! itu ok lagi tau. Tapi tetiba bila je dia dapat tangkap saya, terus dibacanya alfatihah dan beberapa lagi ayat lazim kat telinga saya. Dalam saya tengah meronta-ronta minta dilepaskan, sempat juga saya macam nak terketawa. Dalam hati cakap " kahkahkahkah! dia ni apesal tetibe nak baca-baca kat telinga aku ni" kelakar gila time tu. Pastu makin lama makin kuat dia bacakan ayat lazim kat telinga saya. Seriusss! saya betul-betul nak tergelak. Macam..'Eh ko ni ape hal" kan???

Dia ingat saya ni tersampuk dan diserang histeria. Padahal time tengah jerit-jerit dan nagis-nangis tu saya masih warasss dan sedar lagi apa yang sedang berlaku. Cumanya, saya takut saya kene belasah je dengan mamat tu sebab main kayu tiga. So sebelum dia nak belasah-belasah aku, baik saya aje yang meroyan dulu kan? kan?. Haaa! tau cuak tengok i mengamuk.

Kalau saya tak mulakan amukan tersebut, percaya lah ntah ada ja perkara buruk yang mungkin akan terjadi kat saya. Maunye tak, masa dia nampak saya dengan lelaki lain tu, muka dia memang bengis gila Huuuu T_T takooot!

Apapun, saya berjaya akhirnya suruh dia balik ke kampung dia hari tu juga. Kau taknak balik kang haku ngamuk lagi kang..haaaa!

Skandal saya pula simpati dengan saya. heheh skandal yang baik hati ni.

Jadinya..saya rasa tempoh couple dengan bf saya tu merupakan saat yang paling ngeri dalam hidup saya. Maka tidak hairanlah jika dia jaaarang sekali hadir dalam lipatan memori saya. Saya tak suka mengingati masa-masa kami bersama dulu. kadang kala saya lupa saya pernah ada pengalaman seburuk dan sengeri ini. heheheh! bagusss..itu petanda dia memori dia semakin luput dalam ingatan saya.

So guys, ada seorang makcik pernah cakap kat saya " sepatutnya cinta itu mengembirakan kita dan bukan buat kita menangis" makcik tu kata, kalau time bercinta asik la memendam rasa dan menangis, maka sila la buat penilaian semula samada adakah sidia benar-benar pilihan yang tepat buat anda.


Cheers & Selamat Malam!
Amysue

5 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

dahsyat jg drama swasta ko mie

annfrendly said...

err.. memang menakotkan kalau bf yg psycho..
naseb baek la tak diapa-apakan..

Dayangku Army said...

Emma: Hahaha! tau nda apa. Tapi ingat-ingat lupa suda aku pasal kejadian tu. Lama tul ba suda.Almost 8 yrs.

Ann: Serius, memang betul-betul menakutkan. Alhamduillah Tuhan akhirnya pisahkan kami. Sangat-sangat bersyukur

Erina Asmawani said...

hoh! gila psycho mamat tu mie,terasa cam couple ngan pembunuh bersiri pun de gak.asek2 main pisau je. Huu. Syukurlah mie x bersama ngan dia lagi..haishh! Ingatkan org gini muncul dlm horror muvi je, x sgka de betul2..huu

Tapi part amy berlakon ngamuk tu mmg tergelak2 campur saspen ena bace...hahaha..mesti skandal amy pon terkejut time tu tgk amy tetibe meroyan..tp bagus gak cara tu, kang x pasal2 jadik medan berdarah pulak..ley jadik pelakon ar amy nih ;p

Dayangku Army said...

Tu la syukur sangat tak sampai kawin lg dengan dia. Masa study dulu asek memaksa nak ajak kawin. Penah kawan dia bgtau kat saya, sebenarnya dia berdendam dah ngan saya. Plan dia mahu kawin dengan saya dan kemudian akan tinggalkan saya kalau sudah beranak 1. Hoh! gila sungguh kan??

Ianya nyata bukan drama atau novel. Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...