Sunday, April 11, 2010

Cerita semalam..

Semalam walaupun hari Sabtu, tapi kitorang terpaksa pergi sekolah. Yelah nak mengganti cuti yang bakal di ambil masa cuti pertengahan semester (cuti TIGA minggu tuuuuuu!!). Tapi semalam pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 beserta guru kelas sekali di minta pergi ke padang pekan Papar. Terlibat dengan Senamrobik 1 Malaysia. Dirasmikan oleh Timb. Menteri Kesihatan YB Rosnah.

Ada sebenarnya gambar-gambar yang saya sempat ambil Tapi..hehehehe kau tau je lah, saya adalah makhluk Tuhan yang paling malas nak upload pics. Kalau ada pun itu yang main paksa diri punya. Heheheh

Takpe, kalau saya rajin, karang saya selit-selitkanlah gambar-gambar senamrobik tu di entry akan datang.

Yang penting saya berpeluh sakan wooo masa senamrobik tu. Best!

So tengahari tu lepas balik dari sekolah, tidur dalam sejam (kata penat kannn lepas bersenam hehehe) then bersiap nak pegi KK jumpa kawan lama. Dia punya lama tu bukan 3, 4 tahun tak jumpa.Tapi dah 10 tahun tak jumpa. Hahaha! since abis SPM 1999.

Pergi jumpa minah ni la. Namo eh Liza. Dulu engineer, sekarang dah jadi businesswoman yang berjaya. Tujuan jumpa dia ni pasal bisnes gak. Nak support-support gitu.

Jumpa dia tak lama. Kejap jek sebab dia ada presentation pula. So after jumpa dia, saya pun windowshopping la kejap sebelum balik rumah.

Adoiiyyyaiii...dalam perjalanan balik rumah saya diserang saaaakit kepala yang amat!. Sangat-sangat sakit yang sampai terasa mual-mual gitu. Kalau dah kawin dah tentu saya terus pegi check ada baby ke tak. Hahahahah!

Sebelum balik rumah, pergi singgah ambil tempahan sate dan kek untuk majlis besday malam nanti. Sampai rumah jek, saya terus menempek atas katil. Sakit kepala betul. Sakit kepala still tak hilang sampai lah majlis besday dah nak mula.

Oleh kerana majlis besday tu adalah majlis saya bersama ayah dan anak buah, maka ku gagahi juga turun ke bawah dah join sekali.

Saya, ayah dan anak buah (hehehehe, hanya kepala dia je nampak)

Kek besday anak buah saya.

Kek besday saya dan ayah. Simple tapi sodap!


Adoiiyaiii..nampak macam dah ok je kan saya kat dalam gambar. Padahal tu tengah menahan sakit dan muntah tu. T_T. Dah pakai spek, saya kalau dah sakit kepala tak boleh nak stay lama-lama pakai kontek lens. Kang makin menjadi-jadi sakit kepala saya tu.

Budak kecik ni mengada-ngada betul. Time-time nak potong kek boleh-boleh dia gedik tak mau. Sabar je. Bersusah payah saya tangkap dia dan paksa amik gambar sambil potong kek.Huhhuhu

Hahahaah! anak buah saya yang kena paksa potong kek. Ayah tak join sekali. Huuuu bagi chance kat kami je.

Lepas je sesi potong kek bagai, saya terus mintak diri untuk naik ke bilik. Memang tak dapat tahan sakit kepala. Minta maaf la yer, nak buat macam mana. Pastu haku tidur saaaaamapai ke pagi.


Cheers,
Amysue

5 comments:

Dayangku Army said...

test

Anonymous said...

.....

Nurul Aima Hj Kaim said...

cian ko mie..jd ko nda cek dr..takut takut ada penyakit yg nda d ketahui...o ya ramai kamu bejumpa sama c liza..?

Erina Asmawani said...

wuuu...kek tu sgt menggiurkan. Nyum2! terasa lapar lak memalam bute ni..adehh..

bestnye amy nanti cuti lame..jelessss!! ( eh, padahal diri sendiri pon tgh bercuti pnjang ni..ahaks ;p)

Neway, happy blated beday amy. Serious kali keduanya ena ckp, awak mwmangggg nampak muda.
hee. Moga bahagia n happy selalu k :)Eh, yg pasal pening2 tu, gla cek mata mie, takut power dah naik ke..tu pun salah satu sbb pening melampau tau..

p/s: Peewiitttt Cantik shawl ;)

Dayangku Army said...

Emma: Ni pasal mata ni. Power mata mo naik lagi. Heheheh. Nda ramai la. Kengkawan dia dan aku seja.

Ena: Ena lagiii best cuti paaaaanjang. Thanx for ur wishes.Heheheh, awwww malu i bila u ckp i muda. Tengkiu-tengkiu.

A'ah ni pasal mata la ni.Memang naik lagi degree mata i ni. Huhuhu.Btw, Chanteeeekkkkkk kan shawl i? taknak tanye ke i beli katne? Hahahah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...