Thursday, April 15, 2010

Galeria Perdana

Haaa..! dah ada dah. Hehehe..hasil dari pemaksaan yang keras terhadap diri saya, maka ada la juga entry bergambar untuk hari ini.

Cak!! hehehe, ini dia entry bergambar yang siap ada gambar aku amik gambar. Hahahah! dah macam apa ayat.

Eceh! macam poyo je amik gambar diri sendiri yang tengah mengambil gambar. Ah! abaikan aje ayat haku yang agak pelik di situ. Haaa! tau tak kat mana saya gedik-gedik ambik gambar nih?
Jeng-jeng.. tengok pula gambar di bawah..

Ya..itu gambar mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir. So kaitannya di sini ialah, saya bersama family hari tu sempat meluangkan masa pergi melawat Galeria Perdana yang terletak di Kilim, Mukim Air Hangat, Langkawi. Hehehe, tak abis lagi ni cerita pasal kat langkawi.

Banyak gila gambar yang saya ambil masa kat Galeria ni. Hehehe, tapi yang ada kat sini cuma sebahagian sahaja la ye. Tak larat saya nak upload gambar banyak-banyak dengan kelajuan siput sedut patah pinggang ni.Sebelum tu nak share sedikit info pasal Galeria Perdana ni.

Galeria ni berada pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi dan telah dibuka secara rasminya pada 3 Disember 1995 sebagai tempat untuk mempamerkan cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamed dan Yang Berbahagia Dr Siti Hasmah bt Mohd Ali daripada pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia serta masyarakat Malaysia sebagai penghargaan kepada beliau dan Negara Malaysia -(Info diambil melalui belakang tiket masuk)

So memang baaaaaaanyak gila cederamata yang diterima oleh beliau. Heheeh memang patut masuk galeria sebab kalau simpan kat rumah memang macam tak muat.

Antara cenderamata yang terdapat di sana. wohye, ukiran senibina Galeria ni sangat cantik.


Kekekekeke! yo yo je saya bergambar begitu. Seronok bergambar sambil pandang-pandang cermin ni. Terus bajet model gitu. hahahah! model la sangaaaaaatt! model biskut cap ping pong.

Dalam banyak-banyak ruang pameran tu, saya paling suka dekat bahagian prototaip kereta. Banyak jenis kereta boleh jumpa. Yang kat atas tu bukan mainan ye. Itu kereta betul. Di ambil dari pandangan atas.


selain tu jenis-jenis beca pun ada. Hehehe, itu mak dan ayah saya.

Saya lagi. Sebenarnya bukan la nak sangat ambil gambar yang nampak diri saya sendiri. Tapi nak buat macamana memang kebanyakkan cenderamata-cenderamata di situ diletakkan dalam tempat yang ada cermin. So automatik bila kita nak snap gambar, tersnap diri sendiri.



Juga salah satu cendera mata yang ada di situ. Beriya-iya betul haku mengambil gambar. Hahaha!
Adik saya yang feeling-feeling dapat aura dari atas bumbung. Kakakakaka! ntah apa-apa. Tapi cantik la rekaan dalaman galeria tu. Saya suka sangat.

Lama juga kitorang kat dalam Galeria tu. Masa mula-mula masuk, ada rasa macam bosan sikit. Yelah just tengok-tengok cenderamata. Tapi bila kita makin menjelajah masuk kat dalam, makin best pula. Area kereta-kereta tu memang syok gila.

Wohya, masuk kat dalam Galeria ni kena pakai tiket. Dewasa RM5 dan kanak-kanak di bawah 12 tahun tak silap saya RM 3 kut. heheh tak ingat, sebab kitorang takde beli tiket untuk kanak-kanak. Anak buah saya tak dikenakan tiket sebab masih baby.

Hokey, itu aje la. Takde idea nak tulis apa dah ni.

Cheers!
Amysue

5 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

wah camera baru ka mie..?

Dayangku Army said...

Inda ah. Kamera c Jamil ni aku pinjam kajap.

Erina Asmawani said...

wow! cam best je galeri perdana nih..ena tak penah gi lagi..semua gamba pon cantikk..gaya amy dah mcm pro photogrpher dah ;)

Dayangku Army said...

Memang best!..heheh memula je cam bosan. Lame2 cam tak nak kuar pulak dr situ. Hehehe gaye pro ek? padahal ku belasah aje. eh! mana tau kan mmg ada bakat semula jadi yang amy tak perasan. hahahah!

sekamar rindu said...

salam....singgah ukhwah,

saya tertarik dengan semua gambar2 di dlm entri ini.teruatama ukiran seni bina islam yg sangat hebat tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...