Monday, May 31, 2010

7 tahun sudah...



Sambil melayari intenet sambil dengar lagu Pergi dari Aizat. Lapan puloh kali replay lagu ni. Gila punya sayu la bila dah asik diulang-ulang. Bila dah sayu, mula la rasa sedih..bila dah sedih mula la ter'rewind' balik kisah cinta berpuluh-puluh tahun yang lepas yang tak kesampaian. Hahahha! tipu la berpuluh-puluh tahun konon. Abis time tu umur kau berapa? sebulan? Huhuhuh..

Tak ah..dalam banyak-banyak percintaan (semua jenis percintaan ek, termasuk cinta monyet, cinta ekspress..bla..bla..) yang satu ni memang ntah lah sampai bila dapat saya padamkan memorinya. T_T dia cinta pertama saya. So opkos lah sentiasa berbekas di hati kan? Terasa parut tu sangat dalam wooo. Biar berpuluh tahun berlalu pun, parut tu tetap di situ. Kalau boleh pakai clorox ke, vanish ke...huhuhu dah lama saya buat bagi hilang kesan tu. Sebab, pedihnya tetap terasa setiap kali teringat. T__T sakeetttnye. SAKITTTT.

Hemmmm..sudah 7 tahun kenangan tu berlalu. Aduiiihhh payah nauu nak membuangnya. Walau selepas berpisah dengan dia saya bercinta lagi dalam 2 kali..hhehehe siap putus tunang bagai, tapi bila cerita pasal sedih-sedih mesti selalu refer kat cinta pertama. Takde pulak haku nak ngong ngeng ngong ngeng cerita pasal putus tunang. Hahahha! sengal..

Apapun...saat ini saya sangat cinta gila babeng dengan encik Jamil. Sangat-sangat okey. Kamu sayang kalau tinggalkan saya tanpa sebab yang kukuh memang nak kene dush! dush! la ngan saya. Hahah!

Mudah-mudahan jodoh kita kuat ye incik Jamil..Lap u dear!



Cheers,
Amysue

Sunday, May 30, 2010

Aktiviti sebelum cuti

Sebelum cuti sekolah ada buat beberapa aktiviti. Best! best!..aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
1) lawatan pelajar korea ke sekolah kitorang
2) Jamuan Muhibbah dan juga sempena Hari Guru

Okey, jom lah saya review sikit. Pasal lawatan pelajar dari Korea tu actually dari tahun lepas dah dorang nak datang. Tapi kan tahun lepas wabak H1N1 agak serius, so dah dibatalkan. Tahun ni takde masalah apa, dorang pun datang. Sekolah kitorang ni cuma salah satu dari destinasi dorang. Apa pun, semangat okey warga sekolah kitorang menyambutnya. Siap ada lawan bola sepak, main catur..bla..bla..

Rombongan datang ke sekolah pada hari Rabu petang. T_T panas terik, berpeluh-peluh tunggu dorang sampai. Heeee..teruja gak tengok budak-budak korea ni. Hahahah! tapi bila tengok..ermmm macam sama je dengan chinese yang ada kat malaysia ni ;P


Okey..hari Khamisnya pulak, ada jamuan muhibbah juga sempena hari guru. Masa hari guru hari tu kan sekolah kitorang tengah busy busy buat exam. Jadi takdelah buat sambutan ke apa.

Sukenyeee dapat hadiah. Selain dapat hadiah hari guru, saya dapat gak hadiah birthday.

Muka tabah menunggu nak serbu meja makan. LAPAR woooo...dah jamuan buat pukul 1.30 ptg. Memang haruslah lapar tahap gaban. Perut pulak memang dah awal-awal kasik space banyak sikit supaya boleh melantak dengan jayanya semua makanan yang ada. Tu tak masuk lagi bawak 2 bijik bekas dengan harapan dapat tapau mana-mana makanan yang berlebih. Hahahah!


Banyak woo makanan hari tu. Jamuan berasaskan pot luck..so memang banyak gila makanan. Saya dan teman-teman kongsi bawak rendang ayam.

Em..itu je kot nak citer, Dah takde idea. Btw, credit to blog smkmp kerna ku ambil gambar-gambar ni semua. Tapi yang takde watermark tu hasil tangkapan kamera henpon saya ye.


Cheers,
Amysue

Cerita orang malas

Weeeheee!..dah start cuti. Suka tak terhingga. Btw, selamat bercuti panjang juga bagi rakyat sabah koz cutinya begitu panjang sekali ye. Dari ari jemaat saampailah hari selasa. Ari Rabu barulah orang turun keje. Silap ari bulan ada yang sambung terus rabu, khamis dan jemaat cuti lagi.

T_T dah cuti-cuti macam ni memang keje haku asik tido..tido..tido.. bila dah asik tido mula lah jadik pemalas. Hadoiii..nasib baik tak kawin lagi. Kalau tak?? kau nak jadi apa asik tido, tido kemudian malas.

Tadi baru selesai mengemas bilik. Bila bilik saya dah tahap tongkang pecah barulah terhegeh-hegeh nak mengemas. Dengan baju yang dah 2 minggu tak lipat, pastu nun di sudut sana selonggok baju keje yang dah seminggu tak basuh. Muahahahh! eh saya memang jenis seminggu sekali basuh baju semua sekali. Penah juga nak basuh baju hari-hari, pastu macam tak feel je basuh baju barang sehelai dua. So hujung minggu basoh baru best sebab banyak gila sampai tak muat ampaian. T_T

Oleh kerana keadaan bilik macam tongkang pecah, sebab tu blog pun tak terhapdet. Hahahah! macam tak de kena mengena je. Tak selesa la nak membelog dengan bilik macam ni. Lemasss..lemas...tulun! tulun!

Pastukan sampai sekarang saya masih konpius, mana peginya teddy bear, sticker Arsenal dan juga badge Arsenal yang saya beli kengkonon nak taruk kat kereta. Mana? mana? dah habis ku kemas bilik ni, tapi masih tak jumpa. Aduiiihh! saya syak misti ada duduk dalam plastik-plastik sampah bilik saya ni. Esok masa nak bakar sampah kenalah bukak satu per satu plastik-plastik tu..dah jadik keje pulak nak buka satu-satu.

Yo yo je kan hari tu kengkonon nak beli teddy bear la,,bulu-bulu kaler fink la nak letak kat dalam keta. Hasilnya, bila bersopping ngan encik Jamil, asik la barang Arsenal aje yang ku beli. Ntah hapa-hapa, padahal bukan reti main bola pun. Sampai sekarang Fabregas pun haku tak dapat nak cam macamana muka dia. Asik kena soal je ngan encik Jamil players Arsenal. Adoiiilah..ado den kesah sapa player Arsenal.




Cheers,
Amysue

Monday, May 24, 2010

Keropok Ruku

**nampak tak keropok ruku itu. Sedap, tapi alahaiiii ciput nau isinya**

Nampak tak betapa banyak dan berseleraknya jajan/cikedis itu? kopak haku membeli bendealah ni semua. Dahlah tak ambil gaji lagi walaupun dah gaji. Bapakk punya ramai daa orang kat bank.

Motip membeli jajan dengan begitu banyak? nak kasik kat students la sebagai rewards. Tadi lower form dah habis exam. So, maknanya esok, lusa dan tulat P&P berjalan seperti biasa. Haku dari setat minggu lepas lagi dah blur nak buat apa dengan budak-budak ni.

Nak pulang paper exam kat dorang paper ade segunung lagi tak tanda tu. Muahaahahah! skema pun tak buat lagi. Nak mengajar, haku dah abiskan silibus ngam-ngam je untuk exam pertengahan tahun. Kalau saya mengajar pun budak-budak ni dah mengelamun entah ke mana.

Dah la lagi 3 ari nak CUTI PANJANG. Hahahha! saya suka part cuti panjang tu. 3 minggu ye sekolah kat sabah bercuti. Ni kira sambung-sambung la dari pesta keamatan..hari gawai semua tu.

So untuk esok, lusa dan tulat saya hanya aan buat games..kuiz..dan maybe tengok movie. Tu yang kena sedia jajan-jajan tu semua. Kalau takde semua tu tak jalan la weiiii.


Cheers,
Amysue

Sunday, May 23, 2010

Hehehehe..boifren ai menang

Hoyeh! hoyeh!..ku mintak boifren ku (eceh! tetibe jadik bofren kan?? hahah!) cuma dapat naib juara AF8 aje. Tetibe dapat juara. Alhamdulillah..SOKANYA haku.

Sebelum ni saya ada cakap, walaupun saya minat kat shahir tu, tapi saya nak Adira yang jadi juara. Tapi keputusan sebaliknya pula. Takpelah..saya tetap happy. Lagipun dua-dua pun buat yang best semalam. Heheheheh another reason yang buat saya just terima kenyataan ialah..T_T aku bukan mengundi pon. Hahahah..jadi, apa sahaja keputusan, terima aje la ye.

Terus semalam shahir masuk dalam mimpi saya. hahahah sengal betol. Tapi saya pun lupa apa dah mimpi semalam tu.

Okey lah, nak tengok ulangan konsert final lagi nih. Hehehe, semalam tengok dah nak dekat round ke dua sebab tengah bagi tuisyen kat budak-budak.


Cheers,
Amysue

Thursday, May 20, 2010

Semangat yang hilang..

T_T pergi sekolah hari ni dengan keadaan yang hamat la tidak bersemangat. Dengan mata bengkak-bengkak dah serupa mata garfield dah. Iye saya menangis semalam. Ada lah masalahnya tu. Saya ni kalau ada masalah lebih rela berdiam diri dan menangis saja dalam bilik. Pastu in the middle of crying tu barulah tersedar "adeh! haku tak bley naness ni kang esok mata bengkak" tapi selalunya kesedaran tu datang sudah terlambat. Selalu sahaja tidak dapat elak mata jadi bengkak.

Dan hari ni haku selamba je pegi sekolah dengan baju tak iron. Muahahah! selebet betol . Semalam saya tidur awal. Pukul 9.45 mlm saya dah tidur. Iyelah, selain prefer untuk menangis, saya juga suka tidur kalau ada masalah. Tak bleh layan sangat pikir masalah tu. Karang masa tu la kena migrain la hapa la. Pastu dah malas nak keluar bilik untuk iron baju untuk esok. Tengok-tengok macam ada baju yang tak payah iron. Tak nampak komot pun. Ah! boleh la ni pakai.

Sekali dah selesai mekap-mekap tadi pagi terus nak pakai baju. Hadoiiiii punye la komot seribu. Tak sempat nak pegi iron. Dah kul 6.30pg time tu. Kalau saya pegi iron, kompem merah la punch card hari ni.

Ah! gamble la pegi sekolah dengan baju tak iron dan mata bengkak. Sehingga saat ni, bengkak mata sudah surut. Tapi perasaan sedu tu macam masih ada. Rasa macam baru lepas menangis. Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini.

Cheers,
Amysue

Tuesday, May 18, 2010

Tengah angau dengan lelaki lain

T_T saya tengah angau dengan mamat yang bernama Shahir. Alah Shahir AF8 laaaaa. Heheheh..tensen incik jamil asek dengar nama ni je 2,3 menjak ni. Kojap yo ni, kang AF dah abes takdelah nak sebut-sebut lagi si Shahir.

Almaklumle, cik amy ni pantang nengok mamat-mamat yang ala-ala pemalu ni, mule la cayor (amboihh dah ke arah perak dah ni..ada harapan.Hahahah!) Haku soka betul dengan mamat-mamat pemalu. Seksi je. Gagagag!

Saya terjebak jatoh centa dengan encik Jamil pun sebab sifat pemalu dia ye. Curik-curik pandang. Ah! macam ai tak tahu. Pastu buat-buat merah muka lepas ajak i pegi rumah terbuka bos (1st time deting beramai-ramai). Huhuhuhuh lap u!

Okey, 2,3 ari ni asek melayan gambar-gambar si shahir ni dan juga habis ku katam lapan puloh kali semua konsert-konsert dia beserta diari dari awal sampai sekarang. Almaklum le, masa awal-awal AF8 dulu macam tak berapa nak layan. Tengok pun main skip-skip. Tapi sejak-sejak si shahir nyanyi lagu ziana zain tu terus tetiba jadi obses dengan AF. Heheh tengok AF sebab nak tengok shahir je. Suka gila kamu nyanyi lagu Anggapanmu itu.

Tak boleh cerita lebih-lebih pasal shahir ni. Menggugat iman. Hahahah!..tapi walaupun saya minat gila dengan shahir, saya nak Adira yang juara nanti.Sebab suara dia best!. Shahir cukup la no 2 ye. Yang lain-lain tu pandai-pandai la korang bahagi-bahagi tempat . Itu saya tak campur. Yang penting shahir ngan adira aje ye.

Layan single terbaru Shahir **sedap wo lagu ni**



Lirik lagu Kebahagiaan dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Sunday, May 16, 2010

Untuk semua guru..

Yuhuuuu..SELAMAT HARI GURU semua rakan-rakan bloggers yang bergelar guru, sahabat handai saya, pakcik, makcik..dan seluruh rakyat Malaysia yang bergelar cikgu..

Tetiba rasa macam terharu kan? Heheheh, mistilah rasa terharu, kita dirai di hari yang special ni. Students yang mana hari-hari biasa nakal nauzubillah, tetiba jadi sangat sweet mengucapkan selamat hari guru time ni. Terharu T_T

Ok itu je entry untuk malam ni. hahahha! penat..nak tido dah. Esok senin, kena datang sekolah awal.Kang merah pulak punch cardnye.


Cheers,
Amysue

Gotong royong lagi

Adeh!..sakitnya pinggang..belakang..tengkuk..bla..bla.. Hahah! tetibe je kan semua nak sakit. Gigih betul saya menyiapkan tiga set soalan exam petang tadi. T_T penat!

Haaa..inilah padahnya kalau duk menangguh-nangguh keje je. Takde, sebenarnya mati-mati saya ingat exam budak-budak lower form ni 24 hb nanti. Nasssib baik saya alert pada pengumuman di white board kat bilik guru tu. Kalau tidakkkk...tak tau lah.

Semalam kan hari sabtu..pagi-pagi dalam pukul 7.30 dah bersiap-siap nak pergi sekolah. Semua guru-guru dikehendaki hadir ke sekolah untuk melaksanakan gotong royong perdana bersempena dengan Hari Guru. Iye, kami menyambut hari guru dengan bergotong royong. So sweet kan? T_T

Heheheh, sebenarnya, gotong royong semua tu arahan daripada Jabatan. Ada dikeluarkan surat. So, tak dapek nak bantah de. Kono gak buek yo.

So, saya join kat taman di mana guru-guru yang terlibat diberi batas untuk bercucuk tanam. Kira menuai hasil tanaman la kitorang semalam. Saya tak de pun bercucuk tanam, just tolong-tolong je bersihkan batas dorang, cabut rumput bla..bla..bla..

Hehehe..sungguh bersemangat hijau ye saya semalam.

Para guru-guru dan pelajar yang sangat bersemangat membersihkan kawasan tanaman dan juga sibuk menuai hasil.

Heheheheh..cikgu-cikgu yang bahagia dan gumbira menuai segala sayur-sayur yang ada.

Yo..itu aje la cerita semalam. Dalam pukul sepuluh gak la balik. Lepas balik dari bergotong royong, terus gi beli bahan-bahan nak buat tat telur. Tapi cerita pasal tat telur tu nanti-nantilah saya update ye. Percubaan pertama buat, tapi sangat sukses. Huuuu sangat hepi!!


Kredit to SMKMP atas semua pics

Cheers,
Amysue

Wednesday, May 12, 2010

Langkawi lagi???

okeh..okeh..dah cukup matang dah saya peram cerita terakhir kat Langkawi ni. Hahaha! simpan stok buat pekasam. T_T tak reti makan pekasam.

Ni last ni..cerita last dah pasal Langkawi.Takde lagi yang saya simpan buat pekasam. Heheheh. tetiba next month keluar lagi cerita Langkawi kan??? Dush! dush!. Eh mana korang tau tetiba next week saya pegi Langkawi lagi?? Haaaa..harus tu diupdate.

Kalau pegi Langkawi macam memang HARUS pegi Dataran Lang ni. Rasa kalau tak pegi macam berdosa pulak. Hahaha! eh idak le sampai macam tu. Tapi kalau ada pegi sini then ambil gambar kat sini baru lah dapat membuktikan kau pegi sini.

Tapi kalau dah kampung kat Langkawi, takdelah setiap balik kampung kau kena ambil gambar kat sini menandakan kau ada balik kampung. huhuhuh! buang tebiat kan?

Omakaiihhh..Panas betul time kami pegi sini. Terik sungguh. Terus poyo-poyo beli topi yang tengok macam kiut sekali dah pakai macam tak berapa nak kiut kan?? T_T

Okeh, harus ye bergambar kat tulisan LANGKAWI tu..

Lepas dah puas bergambar-gambar kat dataran tu dengan penuh kegigihan koz sangat panas, maka kitorang pun gerak ke Galeria Perdana. Lepas dari Galeria Perdana terusssss pegi Cable car.

Dalam perjalanan ke Cabel car tu, banyak juga tempat-tempat menarik yang kitorang skip. Kesuntukan masa, tu yang tak singgah pun. Takpe, next time pegi dah tahu mana-mana tempat yang tak pegi lagi.

Lunch kat area cable car. Hahahha! pegi sana semata-mata nak makan je. Pas makan terus blah. Huuuu tak naik pun. Macam tinggi sangat wooo.Kalau berdeting-detingan dengan sang suami memang best ah kau pegi sana. Kalau gayat boleh jerit-jerit manja. Pastu gedik-gedik nak mintak kena peluk, pastu pukul-pukul manja sebab sang suami duk nyakat. Pastu.. panggg! kene tampo laju-laju.T_T gedik wooo. Hahahahha! imajinasiiiiiiiii amboiiii.

Dah lepas makan kat area cable car, terus pegi Underwater World. T_T menangiss haku tengokkk fees nak masuk kat dalam tu. Lebih kurang macam masuk Akuaria KLCC. Takde de sehengget lime hengget.
Pandangan hadapan

Paling teruja bila nampak banyak gila penguin. Macam-macam spesies penguin. Geram woh. Rasa macam nak smack down koz terlalu kiut. Huhuhu. Saya juga begitu teruja dengan anjing laut. First time tengok dengan begitu dekat hanya dipisahkan dengan cermin. T_T baru ku tahu rupanya menatang ni berbulu..Haku ingat badan dia licin je macam dolphin. Eh jap..jap..anjing laut ke singa laut ek? saya dah konfius dah. Sama ke menatang tu?

Dengan ikan jerung..steady je landing ikan-ikan tu. Huhhu

Bersama family..
Macam cantekkk je background tu. Nampak je cantik terus nak amik gambar kat situ. T_T nasib baik tak pegi masuk dalam lagi. Kalau tak....koma haku kat situ juga. Kat dalam tu semua spesies-spesies ular ada. Huuuuuuu, taubat haku nak dekat kalau tahu kat belakang tu tempat ular-ular. Euwwwww

Obor-obor...santek kan saya amik gambar ni. Gila, saya pun tak sangka dapat ambil gambar secantik ni. Bajet pro la konon.Gagagag!. Saya pakai kamera incik Jamil ni. Tu yang cantek kut. Adik saya pakai kamera biasa,gambar gegar je. Terus jadi obor-obor cacat. Hahahahah!

Lagi...cantek kan????

Nak puji lagi... cantek kan? cantek kan? cantek kan? cannn..PANGGG! bisu terus T_T

Hehehe, lepas dari Underwater World gerak pegi ke Makam Mahsuri. Hahahah! sekali lagi cuma pegi kat luar-luar je. Tak masuk pun. Masing-masing dah buat muka tak larat. Nak balik cepat ke hotel. Tak pelah next time. tak silap masuk ke area Makam Mahsuri ni bayar RM5. Kalau saya tak silap la.


Ambil gambar kat luar Kota Mahsuri ni. Nak buat syarat. Hehehe, next time la masuk kalau ada rezeki saya datang sini lagi.

Puas dan penat pusing satu Langkawi. tak cukup sehari nak pegi semua tempat-tempat best. Serius saya nak datang sini lagi. Maybe honeymoon kat sini ke. hahahah! T_T tapi Incik Jamil kata apa? " apa baranggg nak pegi Langkawi..pegi tempat sejuk-sejuk laaaa" amboiiiii. Ah! saya nak juga pegi sini lagi. Tak kira la kalau dah honeymoon kali ke lapan belas pun.

Kat airport Langkawi.. Selamat Tinggal Langkawi. Nanti InsyaAllah saya datang lagi ya! Fuh! tamat entry pasal Langkawi..Akhirnya...



Cheers,
amysue

Monday, May 10, 2010

Kandid

Adoiiilaaa..time-time malas nak update belog, time tu la brotben ni nak laju tak hengat. Saje je nak buat entry ringkas di petang hari ni. Maka ku upload la cuma 3 gambar sajorkk. Fulamak aihhh, tak sampai semenet dah 'done'. Gila punya pantas dan tuntas! hahahah..tuntass?? kat mane ek aku dengar tagline ni??

Selalu kalau time-time dia lembab nak mampos, kau upload gambar 3 keping rasa cam nak pengsan menunggu. Huuuu tak kira la brotben ni lombab ko laju ko..eden totap nak post entry ringkas ni yo.

Layan gambar-gambar kandid ni je. Hehehehe, si Incik kesayangan telah mengkandid gambar-gambar saya semasa tengah syok mengodek kosmetik di Watson 1 Borneo. Hahahah! habis ku coba lipstick, eye shadow, bedak, blusher..hah! pakej semua. Hheheheh sebenarnye, saja nak touch up semula. Masa tu muka dah takde mekap dah. Abis cair. Nak gi toilet malas. So ku coba saja segala tester yang ado!


Semua kaunter mekap saya pegi. Lipstick tu sampai dah berlapis-lapis dengan pelbagai brand.

Serius..ku tak perasan langsung pun dia tengok syok mengkandid. Aisehman, u buat i macam artis la sayang. hahahahah! i memang tak boleh lepas dari pandangan u kan? ecececeh tetibe.

Actually antara saya dan dia, dia ni yang gemar bebenor kalau bab-bab photography ni. Saya dah kawan dengan dia ni baru la nak berjinak-jinak. Dulu suka amik-amik gambar yang biasa-biasa je.

Saya suggest kat si Jamil ni supaya dia saja la yang jadi photographer kami masa kami kawin nanti. Bahahhahahaah! dia pengantin dia juga photographer. Save bajet. Kompem asek camwhore je la gayanya. huuuuu



Cheers,
Amysue

Friday, May 7, 2010

Aku di sini menunggunya..

Lokasi: Taman Tn Fuad, Kota Kinabalu
Tarikh/masa: 1 May 2010 / 4.30 - 6.30 ptg
Agenda: Sesi potosut. Muahaha!

Yo-yo la kau Amy nak potosut bagai. Sesaja je amik gambar sambil menikmati udara segar dan mencuci mata bagi si Incik Jamil itu kerana ramai gila amoi-amoi jogging serta bermandi manda tatkala itu. Hoh! suka yo Incik Jamil. Terpaksa saya bacakan surah-surah pendek kat dia setiap kali dia pandang amoi seksi. Bahahah! takde ah. Haku cubit je bila mata dia ke arah lain. Terus insap. Tapi insap 3 menet je. Pastu?? hampeh. Alasan dia "bese la lelaki kan??" amboiiiii. Rasa macam nak kasik khutbah 8 jam je kat dia.

Okeh-okeh..terlebih panjang pulak intro. Kekkekek! saya bukannya boleh. Kalau dah start cerita pasal Incik Jamil mule la hati berbunga-bunga. Tu yang tak dapat kawal diri. Hahahah!

Owh ye, hari sabtu lepas saya ajak dia jalan-jalan sekitar KK je. Memang takde nak gi jejauh. Dah petang-petang sikit, ajak dia pegi Taman Tun Fuad. Huuuu lama gila tak pegi. Paling last masa saya sekolah menengah dulu. Sekolah saya dekat je dengan Taman Tun Fuad ni. So segala aktiviti-aktiviti riadah memang selalu buat kat taman ni. Haaa..masa merentas desa juga lalu area taman ni.

Kat atas ni ialah gambar 11 tahun lepas. Masa form 5. Bergambar di taman yang sama. Heheheh tudung sepesen je time ni. Pemes woh paten ni dulu. Gagagag! sungguh skema dah tak bleh blah betul wajahku itu (2 dari kiri..iye kamu sayang sila gelak terbahak-bahak. Kang i curik gambar u rambot belah tengah pakai baju kuning tu post kat sini baru tahu. Hahahahah!)

Dan yang di atas ini adalah tempat yang sama saya bergambar 11 tahun yang lepas. T_T terharu tak sangka masih ada pondok ni. Masa tengah jalan-jalan, tetiba nampak pondok ni terus rasa terharu rasa macam nak pelok-pelok pondok ni. Terngiang-ngiang gelak tawa kami di sini. ecececech! kengkonon la kembali ke zaman silam. So amacam sayang? nak kutuk tak pic yang ni?? bahah!

Okey..yang atas ni time tengah lepak minum atas tasik. Wuuuuu...dahaga woh. Bayangkan kitorang jalan kaki 2.0 km. Berpeluh beb! berpeluh.

Dia berlatarkan restoren Kampung Nelayan. Layan seafood je kat restoren tu.

Eheheheeh! saje je.
Kat tasik ni penuh dengan ikan yang bapak punye besar. Iye, besssaaaarr punya. Tangkap buat masak megi asam laksa kompem layannn! Kekure dia punya besar. Gemok-gemok semua.

Kat pintu depan Water world. Heheheh tak ku sangka kat sini ada water world. Sebab dulu-dulu macam tak ada. kat sini la ramai amoiiii seksi-seksi. Haippp! cocok mata kamu nanti sayang.

Puas betul berposing-posingan di taman ni. Macam-macam pose dah buat. Kekekek takpe latihan awal untuk persedian amik gambar masa kawin. Dah tahu dah angle mana yang best dan yang tak best. Heeeeeee
Heheheh! macam pandai je kan saya amik gambar. Macam cantek. Hahahhah! itu saya puji diri sendiri je.


Asal bergambar je mesti nak pegang plastik. Tak paham betul haku. Huuuu dah si Incik Jamil tu suka amik gambar tetiba. Abis takkan nak campak cenggitu je. So hasilnya, baaanyaklah gambar saya yang pegang plastik. Huuuu


Owh dear.. apa pun sangat enjoy pula rasanya berjalan keliling tasik tu. Kalau tak kerana si dia, mungkin tak jejak pun kaki ke sana dan seumur hidupla tak tahu betapa best sangat jalan-jalan sambil ambil gambar berlatarkan pemandangan yang cantik. Segar je udaranya di situ.



Cheers,
Amysue

Wednesday, May 5, 2010

Owh T_T dia datang ::30 April::

Heee,,nak sengih dulu.. Motip??

1) sebab macam dah lama tak update blog. Hahahah! malas giler.
2) sebab baru je melepasi fasa bahagia. gagagag! poyo je.

Owh hujung minggu lepas kekasih pojaan hatiku datang Sabah. Gila tak bahagia kan? memang harus saya nak bahagia-bahagiakan diri. Dia kat Sabah 30 April - 3 May. Kojap yo. Takpe..takpe janji hepi.

So lepas jemput dia kat airport terus ajak dia gi makan kat Tanjung Aru Beach. Lagipun time tu dah nak dekat-dekat senja, so boleh la ajak dia layan sunset.



Layan kepak ayam bakar. Sodap!..tapi tak abiss koz order 14 ketul. Hahahah! oder macam nak makan 5 orang. Tak pun macam 8 taun tak makan. Huhuhu

Elok je lepas makan, terus matahari pun dah ala-ala macam nak terbenam. So ajak dia pegi jalan-jalan tepi pantai. Apa lagi nak main tangkap-tangkap gambar la. Masa tu memang ramai gila photographers duk snap view kat beach tu. Haku pun tak tahu ntah dari mana mereka-mereka tu semua.

Heheheh..inilah first time dalam seumur hidup saya duk melakar nama macam ni. Selalu asik tengok orang buat. Hoh! kali ni saya pun nak buat. Gigih kau tulis pakai jari telunjuk. Takda ranting la yang.
Hahaha! spoil betul plastik merah yang ada tapau itu. Dan di dalam itu terdapat beberapa ketul kepak ayam yang tak abess tadi. Adoi la, cuba lah kau letak tepi sekejap plastik tu sayang T_T

Owh! i like this pic. Tak ingat sapa yang snap. Saya ke atau dia?? tapi cantik woh

I lap u la sayang..rindu gila dengan kamu. Sunyii woh saya kat sini. Nak pegi mana-mana pun sorang-sorang. T_T

Lepas dah layan sunset semua. Kitorang pon pergi karok. T_T huuu lama gila tak layan. Dah tahap parkinson dah bila berbulan tak karok.

Ambek! kitorang layan karok 3 jam. Mak aiiiih! nak rabak tekak memasing. Macam-macam lagu dah try. Tahap sampai si Jamil tu layan lagu rakyat negeri Sabah "Sayang Kinabalu" hahaah!. Tapi saya memang suka dengan lagu tu. Tenang jiwa. Heheheh

Masa si Jamil nyanyi lagu tu, riuh rendah suara pekerja-pekerja kat luar tu. HAhahaha sampai nak jenguk-jenguk kat bilik kitorang. Ngeeee..mesti sebelum ni jarang nau orang nak nyanyi lagu rakyat time karok. Bagus-bagus..kamu sayang kalau nak jadi orang Sabah memang kena nyanyi lagu ni selalu. Heheh

Saya lak asek bantai lagu yang tinggi-tinggi je. Adoiiii, lepas karok memang tekak dah cedera parah. Esok, lusa terus dah dua-dua senyap. Sorang pun takde buat cadangan nak pergi karok. Hahahah! nyanyi 3 jam tu boleh la buat bekal untuk sebulan ni tak karok. Next month saya turun KL buleh bantai karok lagi ye sayang. Heee


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...