Sunday, May 30, 2010

Aktiviti sebelum cuti

Sebelum cuti sekolah ada buat beberapa aktiviti. Best! best!..aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
1) lawatan pelajar korea ke sekolah kitorang
2) Jamuan Muhibbah dan juga sempena Hari Guru

Okey, jom lah saya review sikit. Pasal lawatan pelajar dari Korea tu actually dari tahun lepas dah dorang nak datang. Tapi kan tahun lepas wabak H1N1 agak serius, so dah dibatalkan. Tahun ni takde masalah apa, dorang pun datang. Sekolah kitorang ni cuma salah satu dari destinasi dorang. Apa pun, semangat okey warga sekolah kitorang menyambutnya. Siap ada lawan bola sepak, main catur..bla..bla..

Rombongan datang ke sekolah pada hari Rabu petang. T_T panas terik, berpeluh-peluh tunggu dorang sampai. Heeee..teruja gak tengok budak-budak korea ni. Hahahah! tapi bila tengok..ermmm macam sama je dengan chinese yang ada kat malaysia ni ;P


Okey..hari Khamisnya pulak, ada jamuan muhibbah juga sempena hari guru. Masa hari guru hari tu kan sekolah kitorang tengah busy busy buat exam. Jadi takdelah buat sambutan ke apa.

Sukenyeee dapat hadiah. Selain dapat hadiah hari guru, saya dapat gak hadiah birthday.

Muka tabah menunggu nak serbu meja makan. LAPAR woooo...dah jamuan buat pukul 1.30 ptg. Memang haruslah lapar tahap gaban. Perut pulak memang dah awal-awal kasik space banyak sikit supaya boleh melantak dengan jayanya semua makanan yang ada. Tu tak masuk lagi bawak 2 bijik bekas dengan harapan dapat tapau mana-mana makanan yang berlebih. Hahahah!


Banyak woo makanan hari tu. Jamuan berasaskan pot luck..so memang banyak gila makanan. Saya dan teman-teman kongsi bawak rendang ayam.

Em..itu je kot nak citer, Dah takde idea. Btw, credit to blog smkmp kerna ku ambil gambar-gambar ni semua. Tapi yang takde watermark tu hasil tangkapan kamera henpon saya ye.


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...