Friday, May 7, 2010

Aku di sini menunggunya..

Lokasi: Taman Tn Fuad, Kota Kinabalu
Tarikh/masa: 1 May 2010 / 4.30 - 6.30 ptg
Agenda: Sesi potosut. Muahaha!

Yo-yo la kau Amy nak potosut bagai. Sesaja je amik gambar sambil menikmati udara segar dan mencuci mata bagi si Incik Jamil itu kerana ramai gila amoi-amoi jogging serta bermandi manda tatkala itu. Hoh! suka yo Incik Jamil. Terpaksa saya bacakan surah-surah pendek kat dia setiap kali dia pandang amoi seksi. Bahahah! takde ah. Haku cubit je bila mata dia ke arah lain. Terus insap. Tapi insap 3 menet je. Pastu?? hampeh. Alasan dia "bese la lelaki kan??" amboiiiii. Rasa macam nak kasik khutbah 8 jam je kat dia.

Okeh-okeh..terlebih panjang pulak intro. Kekkekek! saya bukannya boleh. Kalau dah start cerita pasal Incik Jamil mule la hati berbunga-bunga. Tu yang tak dapat kawal diri. Hahahah!

Owh ye, hari sabtu lepas saya ajak dia jalan-jalan sekitar KK je. Memang takde nak gi jejauh. Dah petang-petang sikit, ajak dia pegi Taman Tun Fuad. Huuuu lama gila tak pegi. Paling last masa saya sekolah menengah dulu. Sekolah saya dekat je dengan Taman Tun Fuad ni. So segala aktiviti-aktiviti riadah memang selalu buat kat taman ni. Haaa..masa merentas desa juga lalu area taman ni.

Kat atas ni ialah gambar 11 tahun lepas. Masa form 5. Bergambar di taman yang sama. Heheheh tudung sepesen je time ni. Pemes woh paten ni dulu. Gagagag! sungguh skema dah tak bleh blah betul wajahku itu (2 dari kiri..iye kamu sayang sila gelak terbahak-bahak. Kang i curik gambar u rambot belah tengah pakai baju kuning tu post kat sini baru tahu. Hahahahah!)

Dan yang di atas ini adalah tempat yang sama saya bergambar 11 tahun yang lepas. T_T terharu tak sangka masih ada pondok ni. Masa tengah jalan-jalan, tetiba nampak pondok ni terus rasa terharu rasa macam nak pelok-pelok pondok ni. Terngiang-ngiang gelak tawa kami di sini. ecececech! kengkonon la kembali ke zaman silam. So amacam sayang? nak kutuk tak pic yang ni?? bahah!

Okey..yang atas ni time tengah lepak minum atas tasik. Wuuuuu...dahaga woh. Bayangkan kitorang jalan kaki 2.0 km. Berpeluh beb! berpeluh.

Dia berlatarkan restoren Kampung Nelayan. Layan seafood je kat restoren tu.

Eheheheeh! saje je.
Kat tasik ni penuh dengan ikan yang bapak punye besar. Iye, besssaaaarr punya. Tangkap buat masak megi asam laksa kompem layannn! Kekure dia punya besar. Gemok-gemok semua.

Kat pintu depan Water world. Heheheh tak ku sangka kat sini ada water world. Sebab dulu-dulu macam tak ada. kat sini la ramai amoiiii seksi-seksi. Haippp! cocok mata kamu nanti sayang.

Puas betul berposing-posingan di taman ni. Macam-macam pose dah buat. Kekekek takpe latihan awal untuk persedian amik gambar masa kawin. Dah tahu dah angle mana yang best dan yang tak best. Heeeeeee
Heheheh! macam pandai je kan saya amik gambar. Macam cantek. Hahahhah! itu saya puji diri sendiri je.


Asal bergambar je mesti nak pegang plastik. Tak paham betul haku. Huuuu dah si Incik Jamil tu suka amik gambar tetiba. Abis takkan nak campak cenggitu je. So hasilnya, baaanyaklah gambar saya yang pegang plastik. Huuuu


Owh dear.. apa pun sangat enjoy pula rasanya berjalan keliling tasik tu. Kalau tak kerana si dia, mungkin tak jejak pun kaki ke sana dan seumur hidupla tak tahu betapa best sangat jalan-jalan sambil ambil gambar berlatarkan pemandangan yang cantik. Segar je udaranya di situ.



Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...