Sunday, May 30, 2010

Cerita orang malas

Weeeheee!..dah start cuti. Suka tak terhingga. Btw, selamat bercuti panjang juga bagi rakyat sabah koz cutinya begitu panjang sekali ye. Dari ari jemaat saampailah hari selasa. Ari Rabu barulah orang turun keje. Silap ari bulan ada yang sambung terus rabu, khamis dan jemaat cuti lagi.

T_T dah cuti-cuti macam ni memang keje haku asik tido..tido..tido.. bila dah asik tido mula lah jadik pemalas. Hadoiii..nasib baik tak kawin lagi. Kalau tak?? kau nak jadi apa asik tido, tido kemudian malas.

Tadi baru selesai mengemas bilik. Bila bilik saya dah tahap tongkang pecah barulah terhegeh-hegeh nak mengemas. Dengan baju yang dah 2 minggu tak lipat, pastu nun di sudut sana selonggok baju keje yang dah seminggu tak basuh. Muahahahh! eh saya memang jenis seminggu sekali basuh baju semua sekali. Penah juga nak basuh baju hari-hari, pastu macam tak feel je basuh baju barang sehelai dua. So hujung minggu basoh baru best sebab banyak gila sampai tak muat ampaian. T_T

Oleh kerana keadaan bilik macam tongkang pecah, sebab tu blog pun tak terhapdet. Hahahah! macam tak de kena mengena je. Tak selesa la nak membelog dengan bilik macam ni. Lemasss..lemas...tulun! tulun!

Pastukan sampai sekarang saya masih konpius, mana peginya teddy bear, sticker Arsenal dan juga badge Arsenal yang saya beli kengkonon nak taruk kat kereta. Mana? mana? dah habis ku kemas bilik ni, tapi masih tak jumpa. Aduiiihh! saya syak misti ada duduk dalam plastik-plastik sampah bilik saya ni. Esok masa nak bakar sampah kenalah bukak satu per satu plastik-plastik tu..dah jadik keje pulak nak buka satu-satu.

Yo yo je kan hari tu kengkonon nak beli teddy bear la,,bulu-bulu kaler fink la nak letak kat dalam keta. Hasilnya, bila bersopping ngan encik Jamil, asik la barang Arsenal aje yang ku beli. Ntah hapa-hapa, padahal bukan reti main bola pun. Sampai sekarang Fabregas pun haku tak dapat nak cam macamana muka dia. Asik kena soal je ngan encik Jamil players Arsenal. Adoiiilah..ado den kesah sapa player Arsenal.




Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...