Sunday, May 16, 2010

Gotong royong lagi

Adeh!..sakitnya pinggang..belakang..tengkuk..bla..bla.. Hahah! tetibe je kan semua nak sakit. Gigih betul saya menyiapkan tiga set soalan exam petang tadi. T_T penat!

Haaa..inilah padahnya kalau duk menangguh-nangguh keje je. Takde, sebenarnya mati-mati saya ingat exam budak-budak lower form ni 24 hb nanti. Nasssib baik saya alert pada pengumuman di white board kat bilik guru tu. Kalau tidakkkk...tak tau lah.

Semalam kan hari sabtu..pagi-pagi dalam pukul 7.30 dah bersiap-siap nak pergi sekolah. Semua guru-guru dikehendaki hadir ke sekolah untuk melaksanakan gotong royong perdana bersempena dengan Hari Guru. Iye, kami menyambut hari guru dengan bergotong royong. So sweet kan? T_T

Heheheh, sebenarnya, gotong royong semua tu arahan daripada Jabatan. Ada dikeluarkan surat. So, tak dapek nak bantah de. Kono gak buek yo.

So, saya join kat taman di mana guru-guru yang terlibat diberi batas untuk bercucuk tanam. Kira menuai hasil tanaman la kitorang semalam. Saya tak de pun bercucuk tanam, just tolong-tolong je bersihkan batas dorang, cabut rumput bla..bla..bla..

Hehehe..sungguh bersemangat hijau ye saya semalam.

Para guru-guru dan pelajar yang sangat bersemangat membersihkan kawasan tanaman dan juga sibuk menuai hasil.

Heheheheh..cikgu-cikgu yang bahagia dan gumbira menuai segala sayur-sayur yang ada.

Yo..itu aje la cerita semalam. Dalam pukul sepuluh gak la balik. Lepas balik dari bergotong royong, terus gi beli bahan-bahan nak buat tat telur. Tapi cerita pasal tat telur tu nanti-nantilah saya update ye. Percubaan pertama buat, tapi sangat sukses. Huuuu sangat hepi!!


Kredit to SMKMP atas semua pics

Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...