Wednesday, May 12, 2010

Langkawi lagi???

okeh..okeh..dah cukup matang dah saya peram cerita terakhir kat Langkawi ni. Hahaha! simpan stok buat pekasam. T_T tak reti makan pekasam.

Ni last ni..cerita last dah pasal Langkawi.Takde lagi yang saya simpan buat pekasam. Heheheh. tetiba next month keluar lagi cerita Langkawi kan??? Dush! dush!. Eh mana korang tau tetiba next week saya pegi Langkawi lagi?? Haaaa..harus tu diupdate.

Kalau pegi Langkawi macam memang HARUS pegi Dataran Lang ni. Rasa kalau tak pegi macam berdosa pulak. Hahaha! eh idak le sampai macam tu. Tapi kalau ada pegi sini then ambil gambar kat sini baru lah dapat membuktikan kau pegi sini.

Tapi kalau dah kampung kat Langkawi, takdelah setiap balik kampung kau kena ambil gambar kat sini menandakan kau ada balik kampung. huhuhuh! buang tebiat kan?

Omakaiihhh..Panas betul time kami pegi sini. Terik sungguh. Terus poyo-poyo beli topi yang tengok macam kiut sekali dah pakai macam tak berapa nak kiut kan?? T_T

Okeh, harus ye bergambar kat tulisan LANGKAWI tu..

Lepas dah puas bergambar-gambar kat dataran tu dengan penuh kegigihan koz sangat panas, maka kitorang pun gerak ke Galeria Perdana. Lepas dari Galeria Perdana terusssss pegi Cable car.

Dalam perjalanan ke Cabel car tu, banyak juga tempat-tempat menarik yang kitorang skip. Kesuntukan masa, tu yang tak singgah pun. Takpe, next time pegi dah tahu mana-mana tempat yang tak pegi lagi.

Lunch kat area cable car. Hahahha! pegi sana semata-mata nak makan je. Pas makan terus blah. Huuuu tak naik pun. Macam tinggi sangat wooo.Kalau berdeting-detingan dengan sang suami memang best ah kau pegi sana. Kalau gayat boleh jerit-jerit manja. Pastu gedik-gedik nak mintak kena peluk, pastu pukul-pukul manja sebab sang suami duk nyakat. Pastu.. panggg! kene tampo laju-laju.T_T gedik wooo. Hahahahha! imajinasiiiiiiiii amboiiii.

Dah lepas makan kat area cable car, terus pegi Underwater World. T_T menangiss haku tengokkk fees nak masuk kat dalam tu. Lebih kurang macam masuk Akuaria KLCC. Takde de sehengget lime hengget.
Pandangan hadapan

Paling teruja bila nampak banyak gila penguin. Macam-macam spesies penguin. Geram woh. Rasa macam nak smack down koz terlalu kiut. Huhuhu. Saya juga begitu teruja dengan anjing laut. First time tengok dengan begitu dekat hanya dipisahkan dengan cermin. T_T baru ku tahu rupanya menatang ni berbulu..Haku ingat badan dia licin je macam dolphin. Eh jap..jap..anjing laut ke singa laut ek? saya dah konfius dah. Sama ke menatang tu?

Dengan ikan jerung..steady je landing ikan-ikan tu. Huhhu

Bersama family..
Macam cantekkk je background tu. Nampak je cantik terus nak amik gambar kat situ. T_T nasib baik tak pegi masuk dalam lagi. Kalau tak....koma haku kat situ juga. Kat dalam tu semua spesies-spesies ular ada. Huuuuuuu, taubat haku nak dekat kalau tahu kat belakang tu tempat ular-ular. Euwwwww

Obor-obor...santek kan saya amik gambar ni. Gila, saya pun tak sangka dapat ambil gambar secantik ni. Bajet pro la konon.Gagagag!. Saya pakai kamera incik Jamil ni. Tu yang cantek kut. Adik saya pakai kamera biasa,gambar gegar je. Terus jadi obor-obor cacat. Hahahahah!

Lagi...cantek kan????

Nak puji lagi... cantek kan? cantek kan? cantek kan? cannn..PANGGG! bisu terus T_T

Hehehe, lepas dari Underwater World gerak pegi ke Makam Mahsuri. Hahahah! sekali lagi cuma pegi kat luar-luar je. Tak masuk pun. Masing-masing dah buat muka tak larat. Nak balik cepat ke hotel. Tak pelah next time. tak silap masuk ke area Makam Mahsuri ni bayar RM5. Kalau saya tak silap la.


Ambil gambar kat luar Kota Mahsuri ni. Nak buat syarat. Hehehe, next time la masuk kalau ada rezeki saya datang sini lagi.

Puas dan penat pusing satu Langkawi. tak cukup sehari nak pegi semua tempat-tempat best. Serius saya nak datang sini lagi. Maybe honeymoon kat sini ke. hahahah! T_T tapi Incik Jamil kata apa? " apa baranggg nak pegi Langkawi..pegi tempat sejuk-sejuk laaaa" amboiiiii. Ah! saya nak juga pegi sini lagi. Tak kira la kalau dah honeymoon kali ke lapan belas pun.

Kat airport Langkawi.. Selamat Tinggal Langkawi. Nanti InsyaAllah saya datang lagi ya! Fuh! tamat entry pasal Langkawi..Akhirnya...



Cheers,
amysue

5 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

apapun aku suka topi tu...

Erina Asmawani said...

hahaha.lawak ar amy nih.. tergelak2 je bace entry ni..part imajinasi kat kabel car tu paling x tahan..amboi2 ;p tu yg kat gamba penguin, belah kanan bawah sekali tu pe mie? ena tenung banyak kali tapi x dapat idea ape tu..huu..cam berudu gergasi je (T_T)

Yeee..gamba obor2 tu mmg cantekkkk ;)

Dayangku Army said...

emma: Huuu T_T pastu aku blur ntah bila lagi masa sesuai mo pakai topi tu.

Ena:hahahah! bila lagi nak imajin tahap tertinggi. Gagagagga! berudu gergasi ek? itulah anjing@singa laut. Tengah ngengada meliuk lentokkan body dia. Mentang-mentang ramai duk kerumun kat tepi cermin.

Cantek kan? heheheh

annfrendly said...

1st sekali.. WOW...
cantik gambar obor-obor tu..
yang kecil2 tu anak obor2 ya?
cutenya.. macam cendawan..

comelnya pakai topi kaler biru sedondon gan baju & tudung.. panas terik.. harus pakai topi comel untuk memeriahkan suasana :)

lame tak gi langkawi....
teruja bila tengok gambar2 kat sini...
bile lah dapat gi sana lagi..
sob..sob...

Dayangku Army said...

Heheh, thanx Ann. Ntah le, tak tau anak obor ke spesies lain. Asyik sangat capture gambar sampai tak tengok pun spesies2 obor2 ni.

Ngee..motip beli topi comel itu adalah supaya saya juga akan kelihatan comel. hahah! tapi cam jadi cemeh je.huuu

Takpe..nanti2 murah rezeki..bley la Ann gi sana. Amy pon tak tau la bila lagi dapat gi sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...