Wednesday, May 5, 2010

Owh T_T dia datang ::30 April::

Heee,,nak sengih dulu.. Motip??

1) sebab macam dah lama tak update blog. Hahahah! malas giler.
2) sebab baru je melepasi fasa bahagia. gagagag! poyo je.

Owh hujung minggu lepas kekasih pojaan hatiku datang Sabah. Gila tak bahagia kan? memang harus saya nak bahagia-bahagiakan diri. Dia kat Sabah 30 April - 3 May. Kojap yo. Takpe..takpe janji hepi.

So lepas jemput dia kat airport terus ajak dia gi makan kat Tanjung Aru Beach. Lagipun time tu dah nak dekat-dekat senja, so boleh la ajak dia layan sunset.



Layan kepak ayam bakar. Sodap!..tapi tak abiss koz order 14 ketul. Hahahah! oder macam nak makan 5 orang. Tak pun macam 8 taun tak makan. Huhuhu

Elok je lepas makan, terus matahari pun dah ala-ala macam nak terbenam. So ajak dia pegi jalan-jalan tepi pantai. Apa lagi nak main tangkap-tangkap gambar la. Masa tu memang ramai gila photographers duk snap view kat beach tu. Haku pun tak tahu ntah dari mana mereka-mereka tu semua.

Heheheh..inilah first time dalam seumur hidup saya duk melakar nama macam ni. Selalu asik tengok orang buat. Hoh! kali ni saya pun nak buat. Gigih kau tulis pakai jari telunjuk. Takda ranting la yang.
Hahaha! spoil betul plastik merah yang ada tapau itu. Dan di dalam itu terdapat beberapa ketul kepak ayam yang tak abess tadi. Adoi la, cuba lah kau letak tepi sekejap plastik tu sayang T_T

Owh! i like this pic. Tak ingat sapa yang snap. Saya ke atau dia?? tapi cantik woh

I lap u la sayang..rindu gila dengan kamu. Sunyii woh saya kat sini. Nak pegi mana-mana pun sorang-sorang. T_T

Lepas dah layan sunset semua. Kitorang pon pergi karok. T_T huuu lama gila tak layan. Dah tahap parkinson dah bila berbulan tak karok.

Ambek! kitorang layan karok 3 jam. Mak aiiiih! nak rabak tekak memasing. Macam-macam lagu dah try. Tahap sampai si Jamil tu layan lagu rakyat negeri Sabah "Sayang Kinabalu" hahaah!. Tapi saya memang suka dengan lagu tu. Tenang jiwa. Heheheh

Masa si Jamil nyanyi lagu tu, riuh rendah suara pekerja-pekerja kat luar tu. HAhahaha sampai nak jenguk-jenguk kat bilik kitorang. Ngeeee..mesti sebelum ni jarang nau orang nak nyanyi lagu rakyat time karok. Bagus-bagus..kamu sayang kalau nak jadi orang Sabah memang kena nyanyi lagu ni selalu. Heheh

Saya lak asek bantai lagu yang tinggi-tinggi je. Adoiiii, lepas karok memang tekak dah cedera parah. Esok, lusa terus dah dua-dua senyap. Sorang pun takde buat cadangan nak pergi karok. Hahahah! nyanyi 3 jam tu boleh la buat bekal untuk sebulan ni tak karok. Next month saya turun KL buleh bantai karok lagi ye sayang. Heee


Cheers,
Amysue

2 comments:

Erina Asmawani said...

sukenye amy dapat jumpe abg jamil dia ;) kat sabah mmg femes ngan chicken wing kan..kat mane2 je ade..sodapp! gamba sunset tu mmg cun ar yunk..lawa gile!

Dayangku Army said...

Hahahah! harusss kesukaan bila jumpa abe' jamil.A'ah sabah memang femes dengan ciken wing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...