Thursday, May 20, 2010

Semangat yang hilang..

T_T pergi sekolah hari ni dengan keadaan yang hamat la tidak bersemangat. Dengan mata bengkak-bengkak dah serupa mata garfield dah. Iye saya menangis semalam. Ada lah masalahnya tu. Saya ni kalau ada masalah lebih rela berdiam diri dan menangis saja dalam bilik. Pastu in the middle of crying tu barulah tersedar "adeh! haku tak bley naness ni kang esok mata bengkak" tapi selalunya kesedaran tu datang sudah terlambat. Selalu sahaja tidak dapat elak mata jadi bengkak.

Dan hari ni haku selamba je pegi sekolah dengan baju tak iron. Muahahah! selebet betol . Semalam saya tidur awal. Pukul 9.45 mlm saya dah tidur. Iyelah, selain prefer untuk menangis, saya juga suka tidur kalau ada masalah. Tak bleh layan sangat pikir masalah tu. Karang masa tu la kena migrain la hapa la. Pastu dah malas nak keluar bilik untuk iron baju untuk esok. Tengok-tengok macam ada baju yang tak payah iron. Tak nampak komot pun. Ah! boleh la ni pakai.

Sekali dah selesai mekap-mekap tadi pagi terus nak pakai baju. Hadoiiiii punye la komot seribu. Tak sempat nak pegi iron. Dah kul 6.30pg time tu. Kalau saya pegi iron, kompem merah la punch card hari ni.

Ah! gamble la pegi sekolah dengan baju tak iron dan mata bengkak. Sehingga saat ni, bengkak mata sudah surut. Tapi perasaan sedu tu macam masih ada. Rasa macam baru lepas menangis. Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini.

Cheers,
Amysue

2 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

sabar mie aaaa.....

Erina Asmawani said...

huhuu..sabar k mie..ape2 pun ingat Allah always be with u :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...