Tuesday, May 18, 2010

Tengah angau dengan lelaki lain

T_T saya tengah angau dengan mamat yang bernama Shahir. Alah Shahir AF8 laaaaa. Heheheh..tensen incik jamil asek dengar nama ni je 2,3 menjak ni. Kojap yo ni, kang AF dah abes takdelah nak sebut-sebut lagi si Shahir.

Almaklumle, cik amy ni pantang nengok mamat-mamat yang ala-ala pemalu ni, mule la cayor (amboihh dah ke arah perak dah ni..ada harapan.Hahahah!) Haku soka betul dengan mamat-mamat pemalu. Seksi je. Gagagag!

Saya terjebak jatoh centa dengan encik Jamil pun sebab sifat pemalu dia ye. Curik-curik pandang. Ah! macam ai tak tahu. Pastu buat-buat merah muka lepas ajak i pegi rumah terbuka bos (1st time deting beramai-ramai). Huhuhuhuh lap u!

Okey, 2,3 ari ni asek melayan gambar-gambar si shahir ni dan juga habis ku katam lapan puloh kali semua konsert-konsert dia beserta diari dari awal sampai sekarang. Almaklum le, masa awal-awal AF8 dulu macam tak berapa nak layan. Tengok pun main skip-skip. Tapi sejak-sejak si shahir nyanyi lagu ziana zain tu terus tetiba jadi obses dengan AF. Heheh tengok AF sebab nak tengok shahir je. Suka gila kamu nyanyi lagu Anggapanmu itu.

Tak boleh cerita lebih-lebih pasal shahir ni. Menggugat iman. Hahahah!..tapi walaupun saya minat gila dengan shahir, saya nak Adira yang juara nanti.Sebab suara dia best!. Shahir cukup la no 2 ye. Yang lain-lain tu pandai-pandai la korang bahagi-bahagi tempat . Itu saya tak campur. Yang penting shahir ngan adira aje ye.

Layan single terbaru Shahir **sedap wo lagu ni**



Lirik lagu Kebahagiaan dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

1 comment:

Nurul Aima Hj Kaim said...

hoh terjebak..!! ha ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...