Wednesday, June 30, 2010

Cikgu pok pek pok pek

Iye, sejak-sejak jadi cikgu ni kan, saya rasa saya sangat kuat membebel. Pastu kan ade je modal nak buat bebelan. Sampai tahap say sendiri bingit mendengar bebelan diri sendiri. Hahahah! bingiiiitttttt. Tapi ku tetap teruskan jua pot pet pot pet.

Kalau masuk kelas tu..memang asik membebel je. Lagi-lagi kelas saya semua kelas yang dah hujung-hujung ni. Kau faham-faham aje lah kalau dah kelas hujung ni, daripada 80 minit yang ada, 30 minit aje untuk mengawal kelas. So memang harus ada bebelan di situ.

Banyak kali perasan woh mana budak-budak yang baik-baik tu cuba cover line tutup telinga dorang bila haku membebel. Hahahha! tu tak masuk lagi bebudak yang sound direct "cikgu, sakit bah telinga dengar suara cikgu ni. Nyaring betul" siot je.

Tapi, membazir boreh je membebel dengan dorang ni. Tak makan saman pun. Memang banyak tahan geram je dengan bebudak ni. Kau nak belasah tak boleh..so kena latih diri sentiasa bersabar aje la dan juga sentiasa ikhlas dalam mengajar. Itu yang penting tu!..

Tapi kadang-kadang budak-budak ni buat lawak sengal juga. Banyak kali gak lah saya terketawa dengan lawak spastik sorang tu. Nak tahan ketawa, tapi tak boleh. Tapi tengok mood gak. Kalau dah hari tu mood saya macam nak melempang orang je memang tak ku layan. Bagi jelingan maut dan bebelan padu la. Apa lagi.

Sekarang, bila time cikgu Army aje masuk semua dah ready ngan kerja rumah. Sebab, kalau kerja rumah tak siap, memang saya akan suruh dorang siapkan sambil berdiri. Dah siap baru boleh duduk. Pastu sambung lagi kerja yang saya bagi hari tu. So kalau taknak kerja melambak, sila siapkan kerja yang cikgu bagi dengan kadar yang segera. Kalau tak, kang kat rumah lupa nak buat, esok kena berdiri lagi siapkan kerja yang lama..sedangkan kerja yang baru pun sedang menanti.

Kalau tak buat begini, mintak mahap la dorang nak buat latihan. Pastu exam gagal memanjang. Sakit weh bijik mata haku tengok asik penmerah aje. Takmo dah bagi demerit kat dorang. Ada kami kesah cikgu????. Dorang tak kisah pon kalau kau tolak lapan ratus demerit. Huhuhu melampau tu.

Semalam, dorang semua jadi budak baik. Siap wo keja rumah. Pastu haku macam nak tergelak bila semua dah ready dengan pen dan buku nak menulis. Padahal, saya baru sibuk-sibuk menyelak buku RPH nak tengok apa yang perlu di ajar. "weh! gila semangat korang nak menulis. Cikgu tak jumpa pun lagi apa benda nak tulis kat white board" Wakakakka! sejuk hati tengok dorang semua rajin. Dorang tu semua nak cepat siap la tu. So takyah nak bawak balik rumah. Yang penting takde hutang ngan cikgu Army. Kalau tak, jenuh ar berdiri sambil siapkan latihan.

Nak ajar dorang biar berdisiplin sikit. Paling kurang daripada 100% yang kau nak ajar tu ada gaklah dalam 40% yang masuk kat kepala dorang ni. Daripada takda langsung. Huuuu..lagi parahh..

Cikgu ni kalau marah sekejap aje. Pastu dah ok dah.Hahaha! tapi saya pernah merajuk selama seminggu dengan 1 kelas ni. Dan seminggu tu juga dorang senyap aje bila haku masuk mengajar koz takut ngan mukamasamsertakelattidakterhingga haku ni.


Cheers,
Amysue

Tuesday, June 29, 2010

Keliru dengan sex orientation

wah! tajuk berani mati nih!

Saya suka sangat tengok perempuan cantik-cantik...sexy mantop meletop-letop. Dari dulu saya suka perhati perempuan yang cantik-cantik kalau keluar jenjalan. Heheheh sampai pernah saya terfikir "weh! gilakah apa aku nih suka dekat perempuan? adakah aku normal?" wah! skema gitu ayat. Risau gak kut-kut tak perasan sex orientation sendiri. Pergh!!! ngeri-ngeri..

Tapi bila dikaji balik..saya suka tengok je..tapi takdelah suka sampai melibatkan hati dan perasaan. Napsu TATAP pada lelaki badangebutapitakgempal. Hahahha!

Start tahun lepas saya suka tengok muka seorang perempuan ni. Dia sangat cantik. Ntah! macam cantik gila. Pastu diam-diam saya selalu tengok gambar-gambar dia dekat laman web sosial dia. Isk! tenang betul dapat tengok muka dia. 1st time saya nampak perempuan yang sangat cantik.

Saya ngan dia tak kenal pun sebelum ni. T_T sesungguhnya beliau yang cantik itu adalah kekasih kepada bekas kekasih saya. Ah! senang cerita gf kepada ex-bf saya yang yaampunntahbilahakunaklupamamatnidalamhidupaku. Memula nampak kekasih dia ni sentap gak wei. Gila jelita betol awek dia. Terus rasa diri ini cuma secebis daun kering di tepi halaman. Muahahhaha! siot je ayat.

Memula jeles, sebab awek dia cantik gila. Lama-lama haku tengok...pergh! mejik je tetiba sekarang saya tak jeles. Sebab saya minat gila tengok wajah dia tu. Sesuailah..bagai pinang dibelah 2..nasib baik tak kuat jodoh ngan haku.Kalau idak, hemmmmm....agak sukar diramalkan ketidakpadanan fizikal itu.

Lagi sekali saya pegi melayan tengok gambar-gambar perempuan tu. Muahahahha! abihla. Sila jangan tergelincir dari fitrah ye Amy. Isk nauzubillah. Saya masih straight okey!. Lurus mengikut jalan yang benarrrr.



Cheers,
Amysue

Monday, June 28, 2010

Simptom lagiduatahunnakmasuk30.

Senyap aje kan saya 2,3 ari ni? hehhe..kengkonon la bz. Padahal...

Sempat lagi tu no celcom saya terblock dan tak dapat digunakan selama sehari. Hahahah! sehari je la tapi. Tak boleh takde tepon selama berhari-hari. Sehari cukup le. Walaupun tepon saya ni sangat la pemalu nak keluarkan bunyi walau sekali dalam sehari. Susah nau nak berbunyi. Asik2 encik kekasih aje la yang call or sms. Tapi sejak kebelakangan ni kureng skit. Masing2 bz.

Alkisahnye malam tu sebelum tido saya saja nak restart henpon saya ni. Pastu masa henpon ni mintak pin no boleh-boleh terus blur tak tau nak tekan apa?Apakah???? Ah! sudah. Ntah berapa ekor semut itam yang masuk dalam makanan/minuman haku tadi. Blank gile. Last-last..hambek! 3 kali salah terus kena block. Uwaaa!!! apa salahku tetiba malam-malam cenggini nak block no tepon? Betul-betul tak dapat terima kenapa laaaaaa saya boleh lupa pin no yang takpernahdalamsejarahakulupapinnumbertuh! vudus betol.

Mengagau carik balik PUK no. Nasib baik ada. Sekali tu boleh pulak dia kata simcard rejected. Weh! apa nih. Tadi aku cuma nak restart aje laaaa. Ni kenapa sampai nak reject-reject sim bagai??? carik gaduh betol memalam buta camnih.

Dah tak pasal-pasal esoknya selepas abis waktu sekolah memecut ke Celcom KK. Nak ke KK ambik masa 45minit. Sampai celcom, tak sampai 10 minit urusan dah selesai. Kagum gilerrrrr. Mana taknye, kaunter aje dah macam lebih 10 yang bukak. Baru je haku dapat nombor, tak sempat duduk dah naik nombor saya. Wah! ni yang tetiap minggu nak gi Celcom. Muahahah! takdo kojo!

Aduii..tak study Calculus lagi ni. Hari Rabu ni nak ngajar budak-budak diploma. Mampuih haku nak memerah otak.


Cheers,
Amysue

Tuesday, June 22, 2010

Pengguna akaun nan satu yang tegar

Yo yo je saya berusaha menghabiskan marking paper budak hari Ahad yang lepas. Ingatkan datang je sekolah Isnin tu terus bagi markah. Cheh!..sesungguhnya sehingga ke saat ini ramai lagi cikgu-cikgu sedang berhempas pulas marking paper pelajar.

Hahahah! terus rasa macam nak menyebok ke meja dorang sambil tanya eh..belum siap marking lagi? cuti ari tu buat apa? . Rasa macam nak berlagak je sebab saya dah siap tanda..markah semua dah ready. Wakakakka! kompem kena lempang laju-laju.

Dah dua malam wei saya tak tidur nyenyak! sekse guwe. Malam 1st tu takpelah sebab nebes nak turun sekolah. Heheheh takut tak terjaga weh. Cukup-cukup la saya kesiangan masa last day sekolah sebelum cuti ari tu.Terjaga jam 6.30! kelam kabut mandi dan bersiap. Dahlah kelas kul 7.10pg kan???? T_T

Sekali tengok semalam pun tak nyenyak tido. Ape daaa...malam ni saya mesti berusaha tidur nyenyak.

Yiiiihaaa! saya bangga ni dengan diri sendiri.Kenapa? sebab dah ada account simpana kat Public Bank!. Muahahah! sile kagum..sila kagum.. Lama gila berkurun asik plan nak pegi buat. Asik tergendala je dengan kemalasan. Semalam tetibe nekad buat.

Iye kamu nekad sebab duit kamu sudah semakin susut. Huhuhuhu! gamble ah selama ni cuma ada satu sahaja account bank. Kat situ gak duit gaji masuk, kat situ gak bekalan duit nak transper bila membeli belah online. Kat situ gak saya menyimpan..senang kata semua la kat situ.

Skang ni nak buat Public bank tu tempat simpanan la selain ASB dan ASW. CIMB hanya tempat untuk berbelanja. Kalau haku keras gak letak simpanan kat CIMB, sila jangan menyesal bila tak ada simpanan di kala susah ye cik amy.

Hehehe another perubahan ek setelah berkurun lama orang dah buat. Saya kagum..saya kagum

Kagum gileer..laksana.. weh haku ada Iphone 3, 4, 5, 6G!



Cheers, Amysue

Monday, June 21, 2010

Semua akan berubah..itu lumrah

Saya ni buleh la dikategorikan sebagai umakkaihhh lombab cam siput kalau nak buat perubahan atau nak terima perubahan. Tapi saya terima dan cuba hidup dengan perubahan tu.

Maksudnye .. macam orang dah lama buat belit tudung macam wardina yang semat hujung tundung kat atas kepala dan biar ia tergantung-gantung di situsebagai fesyen tapi after 2,3 tahun baru haku excited nak buat. Dah tu perasaan bangga gila sebab dah berubah imej. hahaha padahal kan orang dah nak beralih ke pesen lain dah. Saya baru hegeh-hegeh nak buat perubahan. Gituuuu..skang paham? Itu perubahan yang saya nak buat pada diri la.

Selain tu macam perubahan semasa, walau tak involve sangat dengan benda-benda tu semua tapi saya suka ambil tahu. Kire kalau nak berbual-bual dengan orang takde la nampak macam satu hape pon kau tak tahu. Macam world cup skang ni, ngeeee..maneeee la saya tahu bab-bab main bola semua ni. Tapi tau gak result..tau gak sapa main semalam (err...semalam thailand lawan philipines kan? muahahahahhahaha! gile ke laut kamu amy).Tapi setakat tahu result aje la. Kalau kau dah tanye sape yang score memang haku ke laut lagi sekali la.Muahahahah! koserrrrr haku nak mengingat.

Lagi peristiwa saya lambat nak buat perubahan walau orang dah excited-excited dengan benda tu ialah pakai shawl. Wuuuuuuuuuuuu serius lama gila dah nak pakai shawl. Sejak dari tahun 2003 lagi. Masa tu macam pemes Bienda pakai selendang yang ikat belakang tu. Tapi selagi saya tak konfiden dan yang penting selagi mata ni nampak haku huduh aje pakai macam tu memang kompem saya tak sentuh ah. Tapi beli tau selendang cenggitu.Lepas tu try enambelasribupanratustigapuluhempat kali depan cermin.Last kopek haku buat alas meja aje selendang itu.Hahahah!

Percubaan pertama pakai selendang masa konvo 2004

Tahun lepas time raya barulah start pakai shawl, itu pun sebab saya berjaya mengetahui cara pakai shawl dengan cantik tanpa perlu shawl tersebul melekat ketat kat dahi. Lekat sikit-sikit dah le.At least ade gak sikit hujung terjongket. Pastu konpiden je maka terus sampai skang ah pakai. Janji saya yang rasa lawa, kalau korang rasa tak lawa itu kau punya pasal.Muahahahahha! kesat wo kata-kata.

Nasib baik kali ni takdelah ketinggalan jamansangat ek. Dah ngam-ngam skang pun memang trend shawl.

Then tudung ber'awning' pulak.Kan trend gak sekarang. Sumpah! saya suka tengok orang pakai. Nampak macam kelas aje. Smart gile.Tapi bila haku yang pakai.....MASYAALLAH! .....cantikkknyeee.Hahahahha! tak lawak.

Tak, maksudnye kureng kena la. tapi TATAP ku cuba jua doblasributujuhratustigapuluhempat kali kat rumah. So asik curik-curik cuba mak punye, maka saya pun telah membeli buat kali pertama tudung awning saya sendiri. Tadaaaaa....



Comel kan...comel kan..tudung itu laaa. Awning cotton. Beli dari shawlover nih. Yiihaaaa..pasni boleh continue cuba depan cermin. Iye, pakai depan cermin aje. Heheheh...masi fasa untuk meyakinkan diri nih. Kata nak ambil masa kan? hahaha..chill beb..rileks! malam masih muda.

Lagi? apa lagi yang lombab sangat nak buat perubahan? Ade..ade...satu lagi ialah inner. Ini takdelah haku beriya sangat nak pakai.Tapi iyelah kan macam saya kata tadi, at least saya ambil tahu gak..dan mahu menjadikan ia sebahagian dari koleksi saya juga dalam mevariasikan pemakaian shawl.


Inner ni cotton. Oleh sebab 1st time nampak inner jenis cotton kat Aozorashop merangkap member study saya dulu, maka terbuka hati plak nak beli.Try aje dulu yang 1 tone. Kalau saya rasa selesa, pasni buleh try yang ber'tone-tone'.

Aiseh! tetibe rasa diri ini jelita pulak.Wakakaak! gile mula dah nak perasan. Ni yang nak beli lagi nih.

Okey....last nak citer ni. Satu lagi yang tetiba baru nak buat perubahan ialah nak memakai kebaya nyonya. Ahahahaa! jom gelakkan saya. Berkurun dah amy oiiii, baru la ni kau nak terai??? Suka hati aku okey? pastu tetibe nak emo sambil hentak kerusi. hehe

Tak konpiden weh nak pakai kebaya ni. Punggung kocik cam tak mantap je nak pakai. Hahahahah! haku ketawa sebab nak cover malu. Sile Paham.

Tapi sebab masa saya jalan-jalan masuk gerai kain kat masjid india hari tu semua tokey kedai akan cakap gini "dik..masuk dulu dik tengok kain baru..cantik2..boleh buat kebaya". Dah tu kalau semua ada 14 kedai, 14 kali gak saya dengar perkataan boleh buat kebaya tu.Takde pulak nak kata boleh buat jubah dik..takpun at least cakap boleh buat baju kurung dik ..takde.

Maka saya berfikir..owh, ni petunjuk ni..petunjuk ni..ye saya tahu ini petunjuk! sambil berdiri mengibarkan bendera. Muahahah! poyo je.


Dengan itu, saya sudah memiliki sehelai baju kebaya yang saya beli online. Hooray!!!. Dari Bandung....eceh!




Cheers,
amysue

Sunday, June 20, 2010

Selamat kembali ke sekolah esok!

Alhamdulillah...semuanya semakin baik. Hehehehe..setelah melalui 2 hari yang amat tekanan buat saya.Mix la dengan tekanan yang saya saje buat sendiri dengan tekanan yang macam tetibe je kan nak datang saat-saat dah nak bukak sekolah.

Aduh sempat lagi saya demam. Tapi takdelah demam yang beriya tu. Just panas-panas badan dan ada rasa sejuk sikit.So oleh kerana saya seorang wanita yang kuat (mueheheheh kuat la sangat..Sikit-sikit nak nanges, camno?), walaupun tekanan hati dan perasaan serta demam, saya gigihkan juga marking paper budak-budak ni. Huuuumakkkaiiiiih! phew..nasib baik saya dah start marking ari Jumaat, kalau start semalam memang skang ni haku tengah menangis la ni koz tak sempat habiskan.Banyak gileeeee... naik biol kepala hotak baca jawapan dorang.


Dah tu semua subjektif kan???? adoiiii la.Fadan muka kamu Amy, sapa suruh last menet marking paper.

Banyak marking atas katil la.Kata demam kan?? huuuu haruslah baring sambil marking paper. Akhirnya habis gak haku mark last paper kul 12 tengahari tadi. Key in markah pun udah selesai.

Memula ingat nak habiskan aje semalam. Boleh-boleh pen merah saya habis ink time dah malam. Malas woh nak kuar semata-mata nak pi beli pen merah sebatang. Habis ku korek laci-laci kat bilik ni tengok kalau-kalau ada pen merah lebih. Jumpa la 2 batang, tu pun dua-dua dah nak akhir-akhir hayat dah. Tu yang pepagi subuh lagi dah pegi beli pen merah.

1st time kehabisan pen merah.

Ngee..tapi takdelah awal subuh. Gilos..kau ingat kedai buku tu macam pasar jual sayur nak bukak jam 5,6 pagi?. Paling-paling awal pun jam 8.00 ah. Kire okey la tu.

Sekarang saya dah bersedia untuk kembali ke sekolah esok..bersemangat nih..bersemangat..cuma yang buat saya lemah semangat ni koz esok ari senin..uwa!!!! giliran saya buat jadul guru relief. Bersedialah menerima jelingan maut dari guru-guru yang terpaksa merelief esok. Harap-harap ramai budak practical masuk..bley bagi dorang relief kelas. Huhuhuhuh.



Cheers,
Amysue

Saturday, June 19, 2010

Selemah-lemahnya si Amy

Pic credit to Google


Segala tekanan di sekeliling saya buat saya jatuh sakit.
T_T sakitnya.

Yang sadis bila sakit di saat lagi sehari nak bukak sekolah
................




amysue

Thursday, June 17, 2010

Kerana hati saya telah hancur

Saat ini, akan ku keraskan hati daripada terus mengasihanimu,
Kerana aku tidak mahu melayari hidup tanpa mengetahui destinasinya,
Maaf, terlalu lama aku bersabar menanti masa yang berlalu dengan begitu lambat,

Kamu benar-benar membuang masa saya,
Kamu benar-benar mensia-siakan perasaan saya,
Usah dicari kemesraan saya,
Usah di pinta kasih dan sayang saya lagi selepas ini,

Rasa kasih dan sayang saya hampir hilang bersama juraian airmata
Kamu.....benar-benar menghancurkan hati saya.
Pedih....sakit


~Amysue~

Wednesday, June 16, 2010

i-City yang sesak itu

Lama dah plan nak pegi sini. Asik tengok orang duk tempek gambar kat blog dorang jek. Ngeh! ngeh! gua pun nak gak posing-posing kat pepokok (wah! pepokok ek) yang berwarna warni itu. Maka pada 5 Jun hari tu saya ajak la encik kekasih pegi sana. Malam la elok eh..baru bercahaya nan abadi.

So lepas lepak kat Sunway Pyramid melayan Prince of Persia, melantak ayam penyet juga setelah kekecewaan sebab tak dapat lepak kat Full House sebab memang full house sangat hari tu. T_T baru ingat nak gedik-gedik tangkap gambar kat kafe tu macam si ena buat. Huhuhu! tapi tak dapek laaaa.Ntah le, ari sabtu tu memang semua manusia macam keluar ntah dari mane-mane jek. Konpius haku. Agaknye 1st day cuti sekolah kan, tu yang manusia di mana-mana.

T_T amik gambar kat luar aje la ek

Last kopek pegi makan kat ayam penyet aje. Mantop gak ah, nasib baik.

On the way ke i-City, takleh imagine woh ke'excited'tan saya nak berposing-posingan. Memang malam tu gak nak hapdet kat belog. T_T sekali dah masuk simpang nak ke i-City tu..hah! hambek...punye laaaaa beratur kete panjang tak hengat! Pepokok yang bercahaya-cahaya abadi tu pun saya tak nampak lagi, tapi kete dah panjang gila bersusun.
Mak aiiiiiiii, jem gileeeeer. Dorang semua nak gi sana ke??

T_T nangess wo..nangesssss.. akhirnya encik kekasih bercadang just nak park kat area-area ntah macam kilang-kilang je kat situ. Masa tu mood dah slowly takde. Gila jauh nak menapak!..dah lah kaki melecet sebab tadi pakai kasut baru. Hehehe, sempat beli 2 pasang kasut yang gojes serta comel serta murah serta merta dipakai kat sunway tadi.Gagagag! serius sepasang kasut yang comel dan gojes itu cuma 20 hengget ye. Dah tu memang stok saiz-saiz comel je macam kaki saya yang cinderella ini. Yang penting!!!!!..ye yang penting dapat kotak kasut dan plastik kaler fink!..ahahahah! suke..suke..suke..

Kasut fink, kotak fink, plastik pun fink

Okeh-okeh sambung cerita nak menapak naik ke taman i-City tu. Maka oleh kerana encik kekasih melihat saya begitu excited nak berposing-posing di sana, encik kekasih pun opkos la excited sama. Sanggup aje menapak. Walau JAUH gile hokey!..dia tak tahu haku dah badmood. Kalau kaki sakit, melecet pastu letih pastu kene pulak menapak jauh memang otometik mood nak menyepak orang aje. Takpe..takpe..gigih je.Kut-kut dah sampai ke sana nanti mood tetibe ceria kan? kan? sapa tahu?

Lagi beberapa langkah nak sampai ke pokok pertama yang bercahaya-cahaya tu, haku dah nak pitam. "Ni dari mana mereka semua ni. Ramaiiiiii gila." Semua nak berposing maut macam saya.Abis tu camne saya nak posing golek-golek kalau penuh manusia ni?? Huhuhuhu...dah tu kalau kau amik gambar kan dah jadik macam..dalam gambar kau berbackgroundkan orang amik gambar. Paham? nampak tak permainannya kat situ? Ahahahha! satu pic, kau akan nampak like 4,5 orang tengah berposing amik gambar. Paham? okeh..abaikan kalau tak paham.


Bila dah nampak lautan manusia tu, dengan peluh menjejeh-jejeh dari ketiak memang haku badmood gila-gila. Tak koser nak gedik-gedik amik gambar. Nak amik gambar pun punyelah susah nak menyelit-nyelit kat orang ramai tu. Dah macam nak sambut merdeka ke new year. Tetiba rasa pening..sesak napas..eheheheh sempat juga gaduh kecik-kecik dengan encik kekasih. Dia suruh saya hepi-hepi, kan dah sampai kat tempat idaman hati.Tapi tak dapek la..takde mood.

Lautan manusia


Heheheh..bila kena snap, harus aje ku senyum walau tengah badmood


Yang jalan-jalan ngan baby pun ramai..tak kepanasan ke baby-baby tu?? err ok, dorang duduk dalam stroller je, dorang tak menapak macam kamu amy

Terpaksa bergambar di saat orang lalu lalang.Kalau nak menunggu sekeliling clear baru nak amik pic memang menangis ah.

Muka badmood pura-pura tak badmood

Heheheh..ceria betul. Padahal, dalam hati ada merah membara semangat waja, putihmu bersih budi pekerti. Eh! dah nak merdeka ke hafal lagu nih? haha!

Kojap yo kek atas tu. Agak-agak dah amik pics semampu boleh, saya pun ajak balik. Kesian encik kekasih sebab dia macam excited nak amik pic. Heheheh dah terbalik dah pula. Takpelah, lain kali la kita datang. Kita datang time tak cuti sekolah..pastu datang time weekdays..mebi tak ramai orang.



Cheers,
Amysue

Sunday, June 13, 2010

Apapun i tetap love u

T_T dua, tiga hari ni asik menghitung hari jek. Tinggal seminggu je lagi nak cuti. Aduhaii, terus tertanya-tanya apa la yang aku dah buat sepanjang 2 minggu yang lepas. Macam cepat sangat berlalu. Tak lama lagi dah abis cuti sekolah. Kertas jawapan budak pon haku beru sentuh sikit-sikit. Baru nak start tanda paper, saya dah menguap besar. Baru lepas tanda 4,5 paper haku dah menguap 18 kali. Camno??? Gila tak produktif betul time cuti nih.

Mase dating last week dengan encik kekasih, ada satu hari tu sambil makan saya duk pot pet pot pet kat si dia pasal saya nak jadi isteri yang macamana bila dah kawin nanti. hahahahah! entah ape punye sengal duk mengomel pasal tu kat dia.

Pastu kan, tetiba saya rasa macam susah sangat nak sampaikan apa yang saya maksudkan kat dia. Punya panjang berjela saya terangkan. Pastu dia terhangguk-hangguk..entah paham entah tak. Hahahaha! pastu haku plak gelak sebab saya rasa dia tak dapat tangkap apa yang cuba saya sampaikan. Dah jadi macam Adlin Aman Ramli kat AF dah. Susah untuk disampaikan sesuatu yang dia rasa dalam simple words. Haaaaa! macam tu la saya hari tu. memang betul-betul jadi Adlin.

Saya cuma nak kata, saya nak menjadi isteri macam zaman dulu-dulu..saya mahu suami saya uruskan seeeemuaaaaanya untuk saya. Saya ni macam ikuut aje la. Saya nak macam tu! saya tak mahu sibuk-sibuk pikir pasal benda yang saya tak sepatutnya pikir. Maksudnye, saya nak suami yang betul-betul pegang kuasa. heheheheh

Sebab kan saya rasa sekarang saya sangat berdikari dalam hubungan ni. Everything saya lakukan. Langsung tidak bergantung harap okey dengan encik kekasih. Perbelanjaan kami dating juga tidak pernah saya mintak dia tanggung sepenuhnya. Bukan saya nak kata saya yang tanggung selalu, tapi macamana ek nak cakap. Kira kami memang gilir-gilir la keluar duit. Sama-sama tanggung, Tapi saya lebih suka keluarkan duit sendiri kalau saya yang request nak pergi tempat tu atau makan kat tempat tu. Senang cerita, kalau saya yang ajak, maknenya memang saya yang akan keluarkan belanja. Sebab saya tak mahu menyusahkan dia. Saya tak mahu macam "abang! sayang nak makan kat situ bla..bla.." pastu kau tak tahu pun dia kengkonon tengah takde duit..tapi terpaksa ikut gak sebab gf yang ajak. Sudahnya dia terpaksa cut cost benda yang lain. Haaaa..saya takmau macam tula.

So, hehehehehe dalam banyak-banyak dating memang saya aje yang selalu request nak pegi mana-mana. Encik kekasih macam blur kalau nak suruh dia ajak kita gi jenjalan ke. So, bila saya yang request dulu secara automatik saya yang nak keluarkan belanja. Dan kalau saya nak shopping ke ape ke, memang saya tak pernah nak suruh dia belikan apa-apa atau nak merengek-rengek "abang..abang..nak baju tu..nak kasut tu..nak itu.." selalu saya beli sendiri je. Tak nak menyiksa anak orang. hahahah! sebab tu kalau tetiba dia nak belikan sesuatu terasa macam Ya Allah bahagia bebenor. Heheheh keji wo!

Sebelum saya kapel dia encik kekasih ni, dulu saya dengan tunang saya saaangat bergantung okey. Saya tak perlu pikir kat mana nak pegi deting, tetiba dah sampai kat tempat makan. Haku main iiiiiiiiikut aje. Bla order makanan yang ada udang, haku tak payah susah-susah nak bukak kulit udang. Kulit udang pun dia tolong bukak kan. Sebab tu bila kena tinggal haku terus meraung nak balik sabah. Abis camne, nak makan udang tak reti nak bukak sendiri. Hahahah! patah kaki wo..terus blur tak tau nak buat apa duk sorang-sorang kat kelana Jaya. Hei! tapi sekarang kau bagi aku buaya pun haku reti pisah kulit dengan isi tau. Jangan main-main. Muahahha! sengal.

Masa memula kapel dengan encik kekasih, agak janggal gak koz cara dia lain. Banyak benda saya kena buat sendiri. So last-last saya faham, lain orang lain caranya. Tapi saya sangat bersyukur sebab encik kekasih sangat baik dengan saya walaupun segala plan saya yang buat. Dulu mana reti buat plan. Just main iiiiiiiikut je. Kira sekarang saya yang banyak direct. Encik kekasih cuma follow.

So, nanti dah kawin...saya nak dia pula yang direct. Dia kan ketua keluarga. Saya tak mahu saya yang direct everything. Tak best ah, kalau suami tukang follow je (eceh! padahal takut tak dapat kontrol diri, kang tak pasal-pasal terjebak queen control). Saya nak saya pulak yang tukang follow. Saya nak dia tahu apa sahaja yang terbaik buat kami berdua. Saya cuma akan bagi pendapat sikit-sikit aje. Bukan macam sekarang saya dah la asik mendirect pastu mulut biiiiiiising je memanjang. Hahahah! sian encik kekasih, kalau saya dah start membebel..dia diam je. Saya menyumpah seranah time driving pun dia diam je. Tak masuk campur.

Kalau dah kawin kang, sayang kena la tegur dan bagi nasihat sikit kat i yang asik nak hangeeennn je sepanjang masa. Kalau i tak makan saman bila u tegur, u terus je cakap "kang i jadik que haidar kang.." hehehehe, kompem i senyap. T_T tak mo u jadik que haidar macam dalam citer LBS tu. huhuhu takot!

Tapi jangan pulak langsung tak nak dengar pendapat saya bila dah kawin sok. Heheheh..


Cheers,
Amysue

Saturday, June 12, 2010

Kenapa dorang suka tengok?

@ Syed Bistro SS6 Kelana Jaya: tempat pertemuan kali kedua dengan Encik Jamil dan seterusnya menjadi port deting-detingan kami berdua.

Tahu tak encik Jamil terpikat dengan saya melalui cara saya makan roti telur? Hua! hua! hua! yo yo la kau amy. Takde, saya tipu je. Takde maknanya dia nak jatuh cinta sebab tengok cara saya makan roti telur.

Tapi beliau selalu perhati cara saya makan roti telur masa kami mula-mula nak menyemai benih cinta dulu. Uwekk! nak muntah jap bila tulis ayat-ayat cinta nih. Hahahah! weh!! apasal asik cakap kau makan roti telur je. Apa time deting itu je korang makan? Ngeh! ngeh! takde lah. Ada la juga makan benda lain. Tapi masa mula-mula kapel dulu kitorang selalu jumpa lepas dia abis keje. So selalu jumpa around 6pm camtu la. Haku kan time tu masih study.

Jam-jam macam tu memang haku tak lapar lagi. Jarang la nak makan berat-berat. Dah tu lak HARI-HARI deting, so haku yang baik hati lagi budiman ni takde lah hari-hari nak ngajak makan yang best-best jek. Maka, selalu aje la kitowang makan roti telur sambil borak-borak bermadu kaseh. Tempat yang menjadi port deting adalah syed bistro. Sampai mamak tu dah macam nampak aje muka kitowang dah tau dah nak oder ape.

Okey berbalik pada cerita asal. Bila dah agak lama dia perati last-last dia cakap kat saya yang dia suka tengok cara saya makan roti . Cait!!! penat haku buat-buat muka comel, rupa-rupanya duk perati cara makan. Hua!hua! takde lain ke yang kamu suka tengok sayang? Camne cara saya makan tu? saya tak perasan pun pasal cara saya makan roti ni. Cara saya ialah roti tu akan saya potong dua..pastu satu bahagian tu saya akan kerat 4..pastu setiap 4 bahagian tu saya akan kerat lagi dua..then bubuh kari atas bahagian-bahagian kecik tu, pastu letak kuah dal sikit kemudian bubuh siiikit sambal..then baru Ngap!!

Nampak teratur la konon. Takdelah main koyak-koyak ikut suka pastu celup dalam kuah pastu ngap!. Huhuhuh dah memang cenggitu cara saya makan. Lambat dan sikit-sikit. Pastu memang dah imune dah kalau dia asik tenggggokk je cara saya makan. Heheheh..sampai tersipu-sipu malu saya dibuatnye. Awww

Haku ingat incik kekasih je perhati cara saya makan..baru-baru ni ada lagi orang tegur. Tapi ni cara saya makan mee pulak. Huhuhu ni pun dorang suke tengok. Adoiii la..rasa macam biasa aje. Saya, kalau makan mee ke, mee hoon ke..spagetti ke..bla..bla.. asal aje bentuk muka buminya macam mee tak kira kau masak ape pun memang cara saya makan macam makan spageti. Ala yang kau gulung-gulung spagetti tu kat garpu pastu baru ngap!

Ni member tempat keje la tegur. Kata dah lama tengok saya makan. Best je..nampak teratur..duk belit-belit mee kat garpu kemudian baru makan. Huhuhu! tak sedar pula saya orang duk memerhati cara saya makan selama ni.

Hemmm..terus tetiba terasa nak gugel apa kaitan cara kita makan dengan personaliti. Tak banyak yang saya dapat carik. Memang ada jugaklah..tapi tak berapa nak specific. Tapi saya percaya setiap apa yang kita tonjolkan dalam kehidupan kita seharian ada berkait rapat dengan personaliti kita kan??

So cover sikit cara makan jangan kau ngong! ngong! ngong! pastu pinggan dah licin. Pastu gelak-gelak tanpa rasa segan dan silu ade cili kat celah gigi. Hahahha!


Cheers,
Amysue

Tukar-tukar pasangan

huiiiii apo la asek tukar template nih? huhuhu..ampun mahap di pinta. Semalam datang lain templatenye..ari ni lain pulak..sok sok tau tau laie.Tengok aje laa.

Terpaksa tukar sebab macam tak selesa pulok menengok template yang lepas. Macam tak pueh yo. Sakit mata haku menengoknye. Semak! eh maksud saya cam sesak je. Bukan nak suruh kamu semak sesuatu untuk saya. Huhuhu

Bila dah tukau jadik 2 template ringan sikit mata haku nak memandang. Harap-harap lepas dah tukar template ni mood membelog pun datang lah. Asik ari-ari bangun pagi "yeah! hari ni haku mensti membelog.Semangat berkobar-kobar nih" lepas je mandi sarapan semua, elok aku menempek depan tv. Huuuuiiih la malas bebenor nak menghapdet belog.



Cheers
Amysue

Thursday, June 10, 2010

Entry pendek aje


Aloooo..saya sudah selamat kembali ke pangkuan keluarga. Muahaha! macam baru lepas balik dari Lombok gituuuu.

Macam dah lama je tak update belog. Huhuhu nak buat macamana kecergasan minda agak kureng sedikit di masa cuti-cuti begini. Lepas balik dari KL ari selasa lepas memang kojo den asik tido...tido...tido.. dan tido..Memang macam nak gila raso eh.

Ni update pun macam tak update jek. Belum ada napsu lagi nak mencoret dengan begitu banyak. Dah la kepala skang betul-betul tengah biol. Gila..asik tido je hari ni. Jap lagi nak start membuat kek cawan buah-buahan. Ada orang tempah untuk kenduri kawin. 350 bijik. Esok petang ambik. So malam ni buat sikit..sok buat sikit lagi.



Cheers,
Amysue

Saturday, June 5, 2010

Setan tu kalau tahap letak cicak dalam coke

Ada yang layan movie ni? iye..iye citer Lagenda Budak Setan.. Saya dan encik kekasih dah layan malam tadi kat KLCC. T_T menangisssss. Hahaha! banyak kali weh haku menangis sepanjang cerita ni. Pas nangis gelak-gelak..pastu nangis balik..pastu rilek..pastu nangis lagi. Alah..hampir semua minah-minah yang layan movie ni tadi semua duk sreeet..sreeet..sroooott. Hahah nangis la tu sama cam saya.

So far, puas hati gak lah, Masa sebelum tengok macam risau nau movie ni tak sebest macam kat dalam novel. Nasib baik ok gak. Hehehe dalam sedih-sedih ada gak yang kelakar. Huhuhu sampai si Ayu tu berbalut satu muka pun owang gelak satu panggung. Gagagga! sepatutnya sayu di situ tapi ntah kenapa boleh bantai gelak. Sengal.

Masa part Ayu masih lagi dipegang oleh Lisa Surihani, haku memang feel gila-gila la. Tu yang menjejeh-jejeh air mata saya turun masa si kasyah tu kena pegi masuk pedalaman tu. Wuuuu sedih. Part si Ayu kena bantai ngan Azmi tu pun saya srot sret menahan hingus meleleh. Muahahaha!

Tapi time part Ayu dah dipegang oleh Shiqin tu saya dah mula macam tak berapa nak feel. Huhuhuh antara sebabnye ialah..tetiba dah tukar orang kan..so lambat nak masuk skit. Pastu lagi rasa macam tak dapat feel sebab start di situ jalan cerita dah macam rushing. Tak sempat nak feeling-feeling sedih ke apa ke.

Time Kasyah dah dapat tahu Si emilia tu sebenarnya Ayu dan datang berjumpa emilia pun macam biasa-biasa je. Saya mengharapkan airmata saya menjejeh-jejeh lagi sekali. Sebab yelah dah setaun berpisah, si Kasyah balik nak jumpa Ayu tup-tup Ayu dah lama kawin..pastu keje dengan emilia asik dibayangi Ayu je dengan bau perfume la, cara jalan la,,suara..mata..bla..bla.. so memang harus la macam adegan bertangisan terharu koz akhirnya kasyah dapat tau emilia tu Ayu. Lagi-lagi Ayu yang dia dirindui tu dah bukan Ayu yang dia kenal sebelum ni.

Tapi saya dah dapat feel semula bila ditayang saat-saat bahagia Ayu dan Kasyah menjalani hidup sebagai suami isteri.. pastu menangis lagi saya bila si Ayu tu meninggal selepas lahirkan baby dorang. Wuuuuuu sedih.

Lepas scene Kasyah kat kubur Ayu bersama baby dorang tu, tetiba dah habis. Dan kuar tulisan yang bagitahu dah selesai bahagian satu...huuuu maknanya akan ada sambungan lagi. Adooooiihhh! dah habis ke?? kekeke semua orang macam "eh dah habis??" orang kat dalam cinema macam lambat nak pick up. beberapa saat pastu barulah orang "eh dah habis laaa..jom..jom gerak" haa gituu.

Cepat laaa kuar sambungan cerita tu. Sambungan tu mesti dia guna tajuk novel Katrina gak. Saya tak sabar nak tengok sebab yang jadik Katrina ialah Fazura. Suukkka ngan lakonan Fazura.

Apapun saya tetap puas hati dengan cerita ni. Kalau duration filem ni 5 jam (hahahaha! tak agak-agak) komfem lagi best ceritanye koz tak banyak cerita kat dalam novel yang terpaksa kena skip. Sanggup aje ku tengok walau 5 jam pon. huhuhuh

Jom layan OST Lagenda Budak Setan ni.




Bila cinta kini tak lagi bermakna..yang ku rasa kini hanyalah nestapa,.. ditinggalkan cinta masa lalu..dulu kau tawarkan manisnya janjimu.. kan ku sambut itu dengan segenap hatiku.. hingga engkau pergi tinggalkan ku.. Hilangnya cintamu menusuk hatiku.. hinggaku memilih cinta yang fana. Perginya dirimu.. merobek jantungku.. hingga ku terjatuh dalam harapan.


Cheers,
Amysue

Friday, June 4, 2010

Kita salah kalau mendiskriminasikan mereka..

Sedih bila tengok drama kat TV3 petang tadi pasal stigma masyarakat terhadap orang yang menghidapi HIV/AIDS. T_T tak patut...

Hanya kerana baby tu ada HIV, orang semua pandang dia tak ubah macam daging busuk yang berkuman. Nasib si baby sangat baik bila diambil oleh seorang wanita untuk menjadi anak angkatnya walaupun mengetahui si baby ada HIV. Baby tu tak tahu apa-apa dan patut meneruskan hidupnya dan juga disayangi. Tapi kesian koz keluarga wanita tersebut langsung tak menerima baby tu.

Sampai mak mertuanya tukarkan lampin baby pun bertutup hidung dan mulut, bersarung tangan..pakai apron..tak cukup dengan itu, siap di tutup semua perabot-perabot sekeliling dengan surat khabar. Astaghfirullah..kena sampai macam tu ke???

Lepas tu semua pekerja wanita tersebut nak berhenti kerja hanya kerana si wanita tu ada baby yang ada HIV. Baby selalu datang ofis. Alasan pekerja-pekerja nak berhenti sebab dah tak tahan nak pegi kerja dengan hari-hari kena risau sebab takut dijangkiti. Gosh!!!

Tahukah kamu semua HIV hanya akan berjangkit melalui cara berikut ?
1) Hubungan kelamin yang tidak dilindungi dengan pasangan yang dijangkiti
2) Ibu yang mengandung (ibu yang sudah dijangkiti)kepada anak yang dikandungnya sepanjang proses mengandung, melahirkan serta serta menyusukan melalui susu badan
3) Perkongsian jarum suntikan

Ianya juga juga boleh menjangkit melalui pemindahan darah yang tercemar (HIV) kepada individu lain. Tapi peratusan jangkitan merebak amatkecil memandangkan teknologi kita yang sudah semakin canggih. Bila dah derma darah, jangan kata darah tu ada virus HIV, orang yang menderma tu dapat dikesan hepatitis pun pihak hospital akan dapat tahu. So jangan risau kalau terpaksa guna darah daripada tabung darah kat hospital.

HIV juga bukanlah yang mudah menjangkiti individu lain melalui nteraksi sosial harian. Tidak sama sekali ye. Saya pasti mereka-mereka yang sebaya saya mesti ingat akan iklan HIV/AIDS masa zaman kecik-kecik dulu. Yang mana HIV tidak akan berjangkit melalui:
1) Bersentuhan atau bersalaman
2) Berkongsi pinggan mangkuk dengan orang yang menghidap HIV/AIDS
3) Berkongsi toilet
selain tu ianya langsung tidak akan berjangkit even melalui kissing. So HIV tidak akan berjangkit melalui saliva atau air liur.

Secara umumnya, HIV hanya akan berjangkit melalui DIRECT contact dengan darah atau cecair badan (air mazi..air mani) orang yang dijangkiti. Maksud? contohnye macam perkongsian jarum tu la. Lepas dia yang ada HIV itu suntik diri dia..dah tentu ada sisa darah sikit kat jarum suntikan tu kan..lepas tu yang sorang lagi sambung pakai jarum yang sama..so darah si HIV tu dah masuk dalam darah yang sorang tu. So kemungkinan besar yang sorang tu akan dijangkiti.

Macamana pula kalau ada seorang pompuan jual nasik lemak. Dan perempuan tu pulak ada HIV. Kengkonon masa prepare nasik lemak tu tangan dia luka maka menitis la sedikit darah tu kat nasik lemak tu. So maksudnya nanti sapa-sapa yang makan nasik lemak tu akan berjangkit la???

Oh hoo..jawapannya tentulah tidak. Memang ia melibatkan darah. Yes betul.. pastu korang makan masuk dalam badan so bercampur la pulak dengan darah korang. Tapi ianya bukan DIRECT ye.Virus tu tak dapat hidup lama pun kat luar badan manusia. So tak infected pun.

Susah kan cara dia nak berjangkit. Ha..bukan suka-suka je dia nak hinggap kat orang. Pastu penah ada orang tanya lagi..kalau nyamuk gi hisap darah seseorang yang ada HIV..pastu dia terbang..then gi pulak gigit orang lain. Orang tu tak terjangkit pun. Sebab HIV itu sendiri stands for Human Immunodeficiency Virus. Nampak perkataan 'human' kan?? ha maknanya virus tu hanya ada pada manusia sahaja. Tak daapat pun dia nak hidup dalam badan binatang.

So memang masih ramai lagi di luar sana yang kurang ambil tahu tentang HIV/AIDS ini. Bagi saya..tidak kira siapa pun kamu..kerja apa pun..selagi bernama masyarakat, kita harus ambil tahu tentang ini. Jangan sampai kita telah bertindak salah atau kejam terhadap mereka yang yang ada HIV/AIDS ini hanya kerana kita cetek pengetahuan. Tak pasal-pasal berdosa kan?

Terkejut tak kalau saya katakan statistik terbaru daripada Majlis Aids Malaysia suri rumah adalah antara penghidap tertinggi HIV dengan jumlah 2,865 dan 568 pesakit Aids sehingga Jun 2009. Malah amat mengejutkan apabila jumlah suri rumah yang dijangkiti kedua-dua virus itu jauh lebih tinggi berbanding pekerja seks yang hanya mencecah 551 kes penghidap HIV dan 79 kes Aids (sumber daripada Harian metro 07/05/2010).

Saya terkejut okey. Uiks! kenapakah kalangan suri rumah yang paling banyak dijangkit berbanding pekerja seks yang memang sah-sah kejenya bergelumang dengan seks juga dengan pelbagai pasangan???

Jawapannya hanya kerana ada kesedaran terhadap HIV/AIDS ini. Memang betul mereka adalah pekerja seks tapi kebanyakkan daripada pekerja seks yang ada sekarang ini akan menggunakan kondom untuk mengelakkan diri daripada di jangkiti. Lagi-lagi bila sedar bahawa mereka adalah golongan yang paling berkemungkinan tinggi untuk mendapat jangkitan.

Tapi bila bercakap mengenai penggunaan kondom bagi pasangan yang berkahwin memang menimbulkan perlbagai isu di situ. Sebelum saya berhenti kerja di tempat kerja lama saya, saya sempat terlibat dengan projek yang memerlukan pelbagai reserach mengenai isu kondom ini dari pelbagai pihak.

Secara umumnya kalau dah kawin dah tentulah hidup kau dengan pasangan kau tu sahaja kan? Tak kan nak tukar-tukar pasangan? so tak kan nak mengada-ngada tetiba suruh suami kau pakai kondom time buat hubungan kelamin?? macam tak logik disitu. Maka di situ akan timbul isu kepercayaan antara pasangan suami isteri. Kang tak pasal-pasal suami kau naik angin sebab kau macam curiga kat dia. Sebab tu saya cakap, agak rumit isu dia.

Tapi kenapa golongan suri rumah yang paling ramai infected? ha? camne nak explain tu? well, bagi saya, sebagai isteri kita tentu arif dan faham benar dengan perangai dan keadaan kerja si suami. Bukan untuk mengajar supaya kita sentiasa curiga. Tidak, tapi pandai-pandai la cari inisiatif supaya kita tahu serba sedikit aktiviti suami ketika berada jauh dari kita. Selalunya golongan isteri yang dijangkiti ni adalah suaminya ahli perniagaan (kerap travel sana sini), nelayan pemandu lori dan yang kerap kerja luar.Yang penting walaupun kita suami isteri, kena ada juga perasaan untuk melindungi diri kita. Walaupun kita suri rumah sekali pun tidak semestinya kita kena menjadi naive. Tak rugi untuk ambil tahu perkara ni.

Insya Allah kalau saya sudah kawin pun nanti saya mahu bakal suami saya juga ambil tahu.Paling tidak pun asas mengenai HIV/AIDS, cara menjangkiti dan cara yang tidak menjangkiti orang lain. Saya mahu suami saya nanti menjadi orang yang bertanggungjawab bukan hanya pada diri sendiri tapi pada isteri dan juga anak-anaknya.

Pada saya, kesedaran ini bukan hanya suri rumah atau orang perempuan sahaja perlu tahu. Orang lelaki lagi HARUS ambil tahu. Malah wajib ambil tahu. Kalau mereka faham erti tanggungjawab untuk menjaga keluarganya, tak akan ada perlakuan menyimpang di situ. Tak kan ada sang suami yang pulang dari bertugas di luar sambil membawa 'hadiah' kepada si isteri. Kau bawak balik emas selori takpelah juga. Ni kau bawak balik virus pastu kau passing kat bini kan? nak jadi apa? so..jangan ye. Sayangilah diri, isteri dan anak-anak.

Heheheh..kalau bercerita tentang HIV/AIDS banyak benar nak kongsi. Satu lagi nak kongsi, orang yang ada HIV tidak bermakna dia ada AIDS. Virus ini ambil masa untuk jadi AIDS. Bagi saya mereka yang sudah dijangkit HIV bukanlah terus menemui noktah hidupnya. Dengan teknologi ubat-ubatan dan rawatan yang ada pada masa kini mampu meneruskan hayat lebih daripada 25 tahun. Sesungguhnya ajal maut itu kan di tangan Tuhan. Kadang-kadang kita yang sihat ni pulak yang singkat hayatnya.Kan?

Apapun, saya harap lepas ni sama-sama lah kita jangan mendiskriminasikan mereka-mereka yang sudah dijangkiti. Mereka berhak untuk terus hidup dan mendapat layanan yang baik sama seperti kita. Marilah kita sama-sama kurangkan dan sekaligus singkirkan stigma masyarakat hari ini.



Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...