Sunday, June 13, 2010

Apapun i tetap love u

T_T dua, tiga hari ni asik menghitung hari jek. Tinggal seminggu je lagi nak cuti. Aduhaii, terus tertanya-tanya apa la yang aku dah buat sepanjang 2 minggu yang lepas. Macam cepat sangat berlalu. Tak lama lagi dah abis cuti sekolah. Kertas jawapan budak pon haku beru sentuh sikit-sikit. Baru nak start tanda paper, saya dah menguap besar. Baru lepas tanda 4,5 paper haku dah menguap 18 kali. Camno??? Gila tak produktif betul time cuti nih.

Mase dating last week dengan encik kekasih, ada satu hari tu sambil makan saya duk pot pet pot pet kat si dia pasal saya nak jadi isteri yang macamana bila dah kawin nanti. hahahahah! entah ape punye sengal duk mengomel pasal tu kat dia.

Pastu kan, tetiba saya rasa macam susah sangat nak sampaikan apa yang saya maksudkan kat dia. Punya panjang berjela saya terangkan. Pastu dia terhangguk-hangguk..entah paham entah tak. Hahahaha! pastu haku plak gelak sebab saya rasa dia tak dapat tangkap apa yang cuba saya sampaikan. Dah jadi macam Adlin Aman Ramli kat AF dah. Susah untuk disampaikan sesuatu yang dia rasa dalam simple words. Haaaaa! macam tu la saya hari tu. memang betul-betul jadi Adlin.

Saya cuma nak kata, saya nak menjadi isteri macam zaman dulu-dulu..saya mahu suami saya uruskan seeeemuaaaaanya untuk saya. Saya ni macam ikuut aje la. Saya nak macam tu! saya tak mahu sibuk-sibuk pikir pasal benda yang saya tak sepatutnya pikir. Maksudnye, saya nak suami yang betul-betul pegang kuasa. heheheheh

Sebab kan saya rasa sekarang saya sangat berdikari dalam hubungan ni. Everything saya lakukan. Langsung tidak bergantung harap okey dengan encik kekasih. Perbelanjaan kami dating juga tidak pernah saya mintak dia tanggung sepenuhnya. Bukan saya nak kata saya yang tanggung selalu, tapi macamana ek nak cakap. Kira kami memang gilir-gilir la keluar duit. Sama-sama tanggung, Tapi saya lebih suka keluarkan duit sendiri kalau saya yang request nak pergi tempat tu atau makan kat tempat tu. Senang cerita, kalau saya yang ajak, maknenya memang saya yang akan keluarkan belanja. Sebab saya tak mahu menyusahkan dia. Saya tak mahu macam "abang! sayang nak makan kat situ bla..bla.." pastu kau tak tahu pun dia kengkonon tengah takde duit..tapi terpaksa ikut gak sebab gf yang ajak. Sudahnya dia terpaksa cut cost benda yang lain. Haaaa..saya takmau macam tula.

So, hehehehehe dalam banyak-banyak dating memang saya aje yang selalu request nak pegi mana-mana. Encik kekasih macam blur kalau nak suruh dia ajak kita gi jenjalan ke. So, bila saya yang request dulu secara automatik saya yang nak keluarkan belanja. Dan kalau saya nak shopping ke ape ke, memang saya tak pernah nak suruh dia belikan apa-apa atau nak merengek-rengek "abang..abang..nak baju tu..nak kasut tu..nak itu.." selalu saya beli sendiri je. Tak nak menyiksa anak orang. hahahah! sebab tu kalau tetiba dia nak belikan sesuatu terasa macam Ya Allah bahagia bebenor. Heheheh keji wo!

Sebelum saya kapel dia encik kekasih ni, dulu saya dengan tunang saya saaangat bergantung okey. Saya tak perlu pikir kat mana nak pegi deting, tetiba dah sampai kat tempat makan. Haku main iiiiiiiiikut aje. Bla order makanan yang ada udang, haku tak payah susah-susah nak bukak kulit udang. Kulit udang pun dia tolong bukak kan. Sebab tu bila kena tinggal haku terus meraung nak balik sabah. Abis camne, nak makan udang tak reti nak bukak sendiri. Hahahah! patah kaki wo..terus blur tak tau nak buat apa duk sorang-sorang kat kelana Jaya. Hei! tapi sekarang kau bagi aku buaya pun haku reti pisah kulit dengan isi tau. Jangan main-main. Muahahha! sengal.

Masa memula kapel dengan encik kekasih, agak janggal gak koz cara dia lain. Banyak benda saya kena buat sendiri. So last-last saya faham, lain orang lain caranya. Tapi saya sangat bersyukur sebab encik kekasih sangat baik dengan saya walaupun segala plan saya yang buat. Dulu mana reti buat plan. Just main iiiiiiiikut je. Kira sekarang saya yang banyak direct. Encik kekasih cuma follow.

So, nanti dah kawin...saya nak dia pula yang direct. Dia kan ketua keluarga. Saya tak mahu saya yang direct everything. Tak best ah, kalau suami tukang follow je (eceh! padahal takut tak dapat kontrol diri, kang tak pasal-pasal terjebak queen control). Saya nak saya pulak yang tukang follow. Saya nak dia tahu apa sahaja yang terbaik buat kami berdua. Saya cuma akan bagi pendapat sikit-sikit aje. Bukan macam sekarang saya dah la asik mendirect pastu mulut biiiiiiising je memanjang. Hahahah! sian encik kekasih, kalau saya dah start membebel..dia diam je. Saya menyumpah seranah time driving pun dia diam je. Tak masuk campur.

Kalau dah kawin kang, sayang kena la tegur dan bagi nasihat sikit kat i yang asik nak hangeeennn je sepanjang masa. Kalau i tak makan saman bila u tegur, u terus je cakap "kang i jadik que haidar kang.." hehehehe, kompem i senyap. T_T tak mo u jadik que haidar macam dalam citer LBS tu. huhuhu takot!

Tapi jangan pulak langsung tak nak dengar pendapat saya bila dah kawin sok. Heheheh..


Cheers,
Amysue

3 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

ya lah mostly prmpn mo mcm tu..LETIH kan bila semua kn pikir sendiri :) ble menampakkan kita QUEEN CONTROL..alaa time becinta dia bg chance esok dah kawin insyaallah berubah...tp mmg bini bnyk peranan esp kewangan..bini adalah bendahari, setiausaha etc. seumur hidup

Erina Asmawani said...

lebih kurang same lah kite mie part belanje makan..ena pun cam x selesa bila cintahati selalu banje makan..biarlah byr separuh2 sbb cam xmo membebankan dia..huhu..sbb ena pun mampu, xperlu lah nyusahkan dia..beli baju ke kasut ke..selesa lagi pkai duit sendiri :))

Dayangku Army said...

emma: huuu harap2 gitu la.Tp kalo dah kawin pun aku nda kisah pasal duit-duit ni. Yang penting lepas tanggung jawab dia bagi makan minum tempat tinggal pun suda ok. Selebihnya, kalau aku yang mau lebih i dont mind to get dengan duti sendiri. Hahahahah! sebenarnya dengan harapan supaya dia terasa.Heheheh sot!

Ena: kan ena? tulah, lagi selesa pakai duit sendiri. Kalau nak terus beli.Selagi mampu. Kalau tak mampu tu lain le citer. Dendiam aje la sambil buat pandang menggoda dengan harapan dia belikan.Hahah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...