Wednesday, June 30, 2010

Cikgu pok pek pok pek

Iye, sejak-sejak jadi cikgu ni kan, saya rasa saya sangat kuat membebel. Pastu kan ade je modal nak buat bebelan. Sampai tahap say sendiri bingit mendengar bebelan diri sendiri. Hahahah! bingiiiitttttt. Tapi ku tetap teruskan jua pot pet pot pet.

Kalau masuk kelas tu..memang asik membebel je. Lagi-lagi kelas saya semua kelas yang dah hujung-hujung ni. Kau faham-faham aje lah kalau dah kelas hujung ni, daripada 80 minit yang ada, 30 minit aje untuk mengawal kelas. So memang harus ada bebelan di situ.

Banyak kali perasan woh mana budak-budak yang baik-baik tu cuba cover line tutup telinga dorang bila haku membebel. Hahahha! tu tak masuk lagi bebudak yang sound direct "cikgu, sakit bah telinga dengar suara cikgu ni. Nyaring betul" siot je.

Tapi, membazir boreh je membebel dengan dorang ni. Tak makan saman pun. Memang banyak tahan geram je dengan bebudak ni. Kau nak belasah tak boleh..so kena latih diri sentiasa bersabar aje la dan juga sentiasa ikhlas dalam mengajar. Itu yang penting tu!..

Tapi kadang-kadang budak-budak ni buat lawak sengal juga. Banyak kali gak lah saya terketawa dengan lawak spastik sorang tu. Nak tahan ketawa, tapi tak boleh. Tapi tengok mood gak. Kalau dah hari tu mood saya macam nak melempang orang je memang tak ku layan. Bagi jelingan maut dan bebelan padu la. Apa lagi.

Sekarang, bila time cikgu Army aje masuk semua dah ready ngan kerja rumah. Sebab, kalau kerja rumah tak siap, memang saya akan suruh dorang siapkan sambil berdiri. Dah siap baru boleh duduk. Pastu sambung lagi kerja yang saya bagi hari tu. So kalau taknak kerja melambak, sila siapkan kerja yang cikgu bagi dengan kadar yang segera. Kalau tak, kang kat rumah lupa nak buat, esok kena berdiri lagi siapkan kerja yang lama..sedangkan kerja yang baru pun sedang menanti.

Kalau tak buat begini, mintak mahap la dorang nak buat latihan. Pastu exam gagal memanjang. Sakit weh bijik mata haku tengok asik penmerah aje. Takmo dah bagi demerit kat dorang. Ada kami kesah cikgu????. Dorang tak kisah pon kalau kau tolak lapan ratus demerit. Huhuhu melampau tu.

Semalam, dorang semua jadi budak baik. Siap wo keja rumah. Pastu haku macam nak tergelak bila semua dah ready dengan pen dan buku nak menulis. Padahal, saya baru sibuk-sibuk menyelak buku RPH nak tengok apa yang perlu di ajar. "weh! gila semangat korang nak menulis. Cikgu tak jumpa pun lagi apa benda nak tulis kat white board" Wakakakka! sejuk hati tengok dorang semua rajin. Dorang tu semua nak cepat siap la tu. So takyah nak bawak balik rumah. Yang penting takde hutang ngan cikgu Army. Kalau tak, jenuh ar berdiri sambil siapkan latihan.

Nak ajar dorang biar berdisiplin sikit. Paling kurang daripada 100% yang kau nak ajar tu ada gaklah dalam 40% yang masuk kat kepala dorang ni. Daripada takda langsung. Huuuu..lagi parahh..

Cikgu ni kalau marah sekejap aje. Pastu dah ok dah.Hahaha! tapi saya pernah merajuk selama seminggu dengan 1 kelas ni. Dan seminggu tu juga dorang senyap aje bila haku masuk mengajar koz takut ngan mukamasamsertakelattidakterhingga haku ni.


Cheers,
Amysue

1 comment:

Erina Asmawani said...

ena suka baca cikgu amy pok pek pok pek..best! :) hehe..jadik cikgu mmg kena banyakkkk sabar la kan mie..nak2 ngan perihal student zaman sekarang yg lain macam ni.ishh..besar pahala jadik cikgu nih ;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...