Wednesday, June 16, 2010

i-City yang sesak itu

Lama dah plan nak pegi sini. Asik tengok orang duk tempek gambar kat blog dorang jek. Ngeh! ngeh! gua pun nak gak posing-posing kat pepokok (wah! pepokok ek) yang berwarna warni itu. Maka pada 5 Jun hari tu saya ajak la encik kekasih pegi sana. Malam la elok eh..baru bercahaya nan abadi.

So lepas lepak kat Sunway Pyramid melayan Prince of Persia, melantak ayam penyet juga setelah kekecewaan sebab tak dapat lepak kat Full House sebab memang full house sangat hari tu. T_T baru ingat nak gedik-gedik tangkap gambar kat kafe tu macam si ena buat. Huhuhu! tapi tak dapek laaaa.Ntah le, ari sabtu tu memang semua manusia macam keluar ntah dari mane-mane jek. Konpius haku. Agaknye 1st day cuti sekolah kan, tu yang manusia di mana-mana.

T_T amik gambar kat luar aje la ek

Last kopek pegi makan kat ayam penyet aje. Mantop gak ah, nasib baik.

On the way ke i-City, takleh imagine woh ke'excited'tan saya nak berposing-posingan. Memang malam tu gak nak hapdet kat belog. T_T sekali dah masuk simpang nak ke i-City tu..hah! hambek...punye laaaaa beratur kete panjang tak hengat! Pepokok yang bercahaya-cahaya abadi tu pun saya tak nampak lagi, tapi kete dah panjang gila bersusun.
Mak aiiiiiiii, jem gileeeeer. Dorang semua nak gi sana ke??

T_T nangess wo..nangesssss.. akhirnya encik kekasih bercadang just nak park kat area-area ntah macam kilang-kilang je kat situ. Masa tu mood dah slowly takde. Gila jauh nak menapak!..dah lah kaki melecet sebab tadi pakai kasut baru. Hehehe, sempat beli 2 pasang kasut yang gojes serta comel serta murah serta merta dipakai kat sunway tadi.Gagagag! serius sepasang kasut yang comel dan gojes itu cuma 20 hengget ye. Dah tu memang stok saiz-saiz comel je macam kaki saya yang cinderella ini. Yang penting!!!!!..ye yang penting dapat kotak kasut dan plastik kaler fink!..ahahahah! suke..suke..suke..

Kasut fink, kotak fink, plastik pun fink

Okeh-okeh sambung cerita nak menapak naik ke taman i-City tu. Maka oleh kerana encik kekasih melihat saya begitu excited nak berposing-posing di sana, encik kekasih pun opkos la excited sama. Sanggup aje menapak. Walau JAUH gile hokey!..dia tak tahu haku dah badmood. Kalau kaki sakit, melecet pastu letih pastu kene pulak menapak jauh memang otometik mood nak menyepak orang aje. Takpe..takpe..gigih je.Kut-kut dah sampai ke sana nanti mood tetibe ceria kan? kan? sapa tahu?

Lagi beberapa langkah nak sampai ke pokok pertama yang bercahaya-cahaya tu, haku dah nak pitam. "Ni dari mana mereka semua ni. Ramaiiiiii gila." Semua nak berposing maut macam saya.Abis tu camne saya nak posing golek-golek kalau penuh manusia ni?? Huhuhuhu...dah tu kalau kau amik gambar kan dah jadik macam..dalam gambar kau berbackgroundkan orang amik gambar. Paham? nampak tak permainannya kat situ? Ahahahha! satu pic, kau akan nampak like 4,5 orang tengah berposing amik gambar. Paham? okeh..abaikan kalau tak paham.


Bila dah nampak lautan manusia tu, dengan peluh menjejeh-jejeh dari ketiak memang haku badmood gila-gila. Tak koser nak gedik-gedik amik gambar. Nak amik gambar pun punyelah susah nak menyelit-nyelit kat orang ramai tu. Dah macam nak sambut merdeka ke new year. Tetiba rasa pening..sesak napas..eheheheh sempat juga gaduh kecik-kecik dengan encik kekasih. Dia suruh saya hepi-hepi, kan dah sampai kat tempat idaman hati.Tapi tak dapek la..takde mood.

Lautan manusia


Heheheh..bila kena snap, harus aje ku senyum walau tengah badmood


Yang jalan-jalan ngan baby pun ramai..tak kepanasan ke baby-baby tu?? err ok, dorang duduk dalam stroller je, dorang tak menapak macam kamu amy

Terpaksa bergambar di saat orang lalu lalang.Kalau nak menunggu sekeliling clear baru nak amik pic memang menangis ah.

Muka badmood pura-pura tak badmood

Heheheh..ceria betul. Padahal, dalam hati ada merah membara semangat waja, putihmu bersih budi pekerti. Eh! dah nak merdeka ke hafal lagu nih? haha!

Kojap yo kek atas tu. Agak-agak dah amik pics semampu boleh, saya pun ajak balik. Kesian encik kekasih sebab dia macam excited nak amik pic. Heheheh dah terbalik dah pula. Takpelah, lain kali la kita datang. Kita datang time tak cuti sekolah..pastu datang time weekdays..mebi tak ramai orang.



Cheers,
Amysue

4 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

tempat apa ni mie...nice place to go..tp bermusim ka ni..nnt aku g kl masih ada lg ka ni?T__T

Dayangku Army said...

Sampai bila-bila ada ni ma.Ni macam taman klcc ba ni.But mall di area ni belum siap lagi.Tapi taman ni pun belum 100% siap.

Sesuai tu kalau ko bawa c daniel.Bulih dia men lari2.Hahahah! kalau nda ramai org la.btw ni di shah alam.

Erina Asmawani said...

awww..tantekya kasut fink. I loikeee! ;) heee..cuti sekolah mmglah teramat ramai kat icity tu mie..mcm nak pergi tgk konsert.Kesianla kalo yg dtg dari jauh..kene berasak2..ngan panasnya ye lagi..next time dtg weekdays k, pastu jgn lepas hujan..kalo tak..hazab la lecak2 melekat kat kasut..huhu (T_T)

Dayangku Army said...

heheheh..cumel kan? iye..memang gile2 macam nak pegi konset.Takpe next time pegi time weeksdays.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...