Friday, June 4, 2010

Kita salah kalau mendiskriminasikan mereka..

Sedih bila tengok drama kat TV3 petang tadi pasal stigma masyarakat terhadap orang yang menghidapi HIV/AIDS. T_T tak patut...

Hanya kerana baby tu ada HIV, orang semua pandang dia tak ubah macam daging busuk yang berkuman. Nasib si baby sangat baik bila diambil oleh seorang wanita untuk menjadi anak angkatnya walaupun mengetahui si baby ada HIV. Baby tu tak tahu apa-apa dan patut meneruskan hidupnya dan juga disayangi. Tapi kesian koz keluarga wanita tersebut langsung tak menerima baby tu.

Sampai mak mertuanya tukarkan lampin baby pun bertutup hidung dan mulut, bersarung tangan..pakai apron..tak cukup dengan itu, siap di tutup semua perabot-perabot sekeliling dengan surat khabar. Astaghfirullah..kena sampai macam tu ke???

Lepas tu semua pekerja wanita tersebut nak berhenti kerja hanya kerana si wanita tu ada baby yang ada HIV. Baby selalu datang ofis. Alasan pekerja-pekerja nak berhenti sebab dah tak tahan nak pegi kerja dengan hari-hari kena risau sebab takut dijangkiti. Gosh!!!

Tahukah kamu semua HIV hanya akan berjangkit melalui cara berikut ?
1) Hubungan kelamin yang tidak dilindungi dengan pasangan yang dijangkiti
2) Ibu yang mengandung (ibu yang sudah dijangkiti)kepada anak yang dikandungnya sepanjang proses mengandung, melahirkan serta serta menyusukan melalui susu badan
3) Perkongsian jarum suntikan

Ianya juga juga boleh menjangkit melalui pemindahan darah yang tercemar (HIV) kepada individu lain. Tapi peratusan jangkitan merebak amatkecil memandangkan teknologi kita yang sudah semakin canggih. Bila dah derma darah, jangan kata darah tu ada virus HIV, orang yang menderma tu dapat dikesan hepatitis pun pihak hospital akan dapat tahu. So jangan risau kalau terpaksa guna darah daripada tabung darah kat hospital.

HIV juga bukanlah yang mudah menjangkiti individu lain melalui nteraksi sosial harian. Tidak sama sekali ye. Saya pasti mereka-mereka yang sebaya saya mesti ingat akan iklan HIV/AIDS masa zaman kecik-kecik dulu. Yang mana HIV tidak akan berjangkit melalui:
1) Bersentuhan atau bersalaman
2) Berkongsi pinggan mangkuk dengan orang yang menghidap HIV/AIDS
3) Berkongsi toilet
selain tu ianya langsung tidak akan berjangkit even melalui kissing. So HIV tidak akan berjangkit melalui saliva atau air liur.

Secara umumnya, HIV hanya akan berjangkit melalui DIRECT contact dengan darah atau cecair badan (air mazi..air mani) orang yang dijangkiti. Maksud? contohnye macam perkongsian jarum tu la. Lepas dia yang ada HIV itu suntik diri dia..dah tentu ada sisa darah sikit kat jarum suntikan tu kan..lepas tu yang sorang lagi sambung pakai jarum yang sama..so darah si HIV tu dah masuk dalam darah yang sorang tu. So kemungkinan besar yang sorang tu akan dijangkiti.

Macamana pula kalau ada seorang pompuan jual nasik lemak. Dan perempuan tu pulak ada HIV. Kengkonon masa prepare nasik lemak tu tangan dia luka maka menitis la sedikit darah tu kat nasik lemak tu. So maksudnya nanti sapa-sapa yang makan nasik lemak tu akan berjangkit la???

Oh hoo..jawapannya tentulah tidak. Memang ia melibatkan darah. Yes betul.. pastu korang makan masuk dalam badan so bercampur la pulak dengan darah korang. Tapi ianya bukan DIRECT ye.Virus tu tak dapat hidup lama pun kat luar badan manusia. So tak infected pun.

Susah kan cara dia nak berjangkit. Ha..bukan suka-suka je dia nak hinggap kat orang. Pastu penah ada orang tanya lagi..kalau nyamuk gi hisap darah seseorang yang ada HIV..pastu dia terbang..then gi pulak gigit orang lain. Orang tu tak terjangkit pun. Sebab HIV itu sendiri stands for Human Immunodeficiency Virus. Nampak perkataan 'human' kan?? ha maknanya virus tu hanya ada pada manusia sahaja. Tak daapat pun dia nak hidup dalam badan binatang.

So memang masih ramai lagi di luar sana yang kurang ambil tahu tentang HIV/AIDS ini. Bagi saya..tidak kira siapa pun kamu..kerja apa pun..selagi bernama masyarakat, kita harus ambil tahu tentang ini. Jangan sampai kita telah bertindak salah atau kejam terhadap mereka yang yang ada HIV/AIDS ini hanya kerana kita cetek pengetahuan. Tak pasal-pasal berdosa kan?

Terkejut tak kalau saya katakan statistik terbaru daripada Majlis Aids Malaysia suri rumah adalah antara penghidap tertinggi HIV dengan jumlah 2,865 dan 568 pesakit Aids sehingga Jun 2009. Malah amat mengejutkan apabila jumlah suri rumah yang dijangkiti kedua-dua virus itu jauh lebih tinggi berbanding pekerja seks yang hanya mencecah 551 kes penghidap HIV dan 79 kes Aids (sumber daripada Harian metro 07/05/2010).

Saya terkejut okey. Uiks! kenapakah kalangan suri rumah yang paling banyak dijangkit berbanding pekerja seks yang memang sah-sah kejenya bergelumang dengan seks juga dengan pelbagai pasangan???

Jawapannya hanya kerana ada kesedaran terhadap HIV/AIDS ini. Memang betul mereka adalah pekerja seks tapi kebanyakkan daripada pekerja seks yang ada sekarang ini akan menggunakan kondom untuk mengelakkan diri daripada di jangkiti. Lagi-lagi bila sedar bahawa mereka adalah golongan yang paling berkemungkinan tinggi untuk mendapat jangkitan.

Tapi bila bercakap mengenai penggunaan kondom bagi pasangan yang berkahwin memang menimbulkan perlbagai isu di situ. Sebelum saya berhenti kerja di tempat kerja lama saya, saya sempat terlibat dengan projek yang memerlukan pelbagai reserach mengenai isu kondom ini dari pelbagai pihak.

Secara umumnya kalau dah kawin dah tentulah hidup kau dengan pasangan kau tu sahaja kan? Tak kan nak tukar-tukar pasangan? so tak kan nak mengada-ngada tetiba suruh suami kau pakai kondom time buat hubungan kelamin?? macam tak logik disitu. Maka di situ akan timbul isu kepercayaan antara pasangan suami isteri. Kang tak pasal-pasal suami kau naik angin sebab kau macam curiga kat dia. Sebab tu saya cakap, agak rumit isu dia.

Tapi kenapa golongan suri rumah yang paling ramai infected? ha? camne nak explain tu? well, bagi saya, sebagai isteri kita tentu arif dan faham benar dengan perangai dan keadaan kerja si suami. Bukan untuk mengajar supaya kita sentiasa curiga. Tidak, tapi pandai-pandai la cari inisiatif supaya kita tahu serba sedikit aktiviti suami ketika berada jauh dari kita. Selalunya golongan isteri yang dijangkiti ni adalah suaminya ahli perniagaan (kerap travel sana sini), nelayan pemandu lori dan yang kerap kerja luar.Yang penting walaupun kita suami isteri, kena ada juga perasaan untuk melindungi diri kita. Walaupun kita suri rumah sekali pun tidak semestinya kita kena menjadi naive. Tak rugi untuk ambil tahu perkara ni.

Insya Allah kalau saya sudah kawin pun nanti saya mahu bakal suami saya juga ambil tahu.Paling tidak pun asas mengenai HIV/AIDS, cara menjangkiti dan cara yang tidak menjangkiti orang lain. Saya mahu suami saya nanti menjadi orang yang bertanggungjawab bukan hanya pada diri sendiri tapi pada isteri dan juga anak-anaknya.

Pada saya, kesedaran ini bukan hanya suri rumah atau orang perempuan sahaja perlu tahu. Orang lelaki lagi HARUS ambil tahu. Malah wajib ambil tahu. Kalau mereka faham erti tanggungjawab untuk menjaga keluarganya, tak akan ada perlakuan menyimpang di situ. Tak kan ada sang suami yang pulang dari bertugas di luar sambil membawa 'hadiah' kepada si isteri. Kau bawak balik emas selori takpelah juga. Ni kau bawak balik virus pastu kau passing kat bini kan? nak jadi apa? so..jangan ye. Sayangilah diri, isteri dan anak-anak.

Heheheh..kalau bercerita tentang HIV/AIDS banyak benar nak kongsi. Satu lagi nak kongsi, orang yang ada HIV tidak bermakna dia ada AIDS. Virus ini ambil masa untuk jadi AIDS. Bagi saya mereka yang sudah dijangkit HIV bukanlah terus menemui noktah hidupnya. Dengan teknologi ubat-ubatan dan rawatan yang ada pada masa kini mampu meneruskan hayat lebih daripada 25 tahun. Sesungguhnya ajal maut itu kan di tangan Tuhan. Kadang-kadang kita yang sihat ni pulak yang singkat hayatnya.Kan?

Apapun, saya harap lepas ni sama-sama lah kita jangan mendiskriminasikan mereka-mereka yang sudah dijangkiti. Mereka berhak untuk terus hidup dan mendapat layanan yang baik sama seperti kita. Marilah kita sama-sama kurangkan dan sekaligus singkirkan stigma masyarakat hari ini.



Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...