Wednesday, July 28, 2010

Pengalaman 3: Aku, dia dan toilet.Hahahah!

Tajuk macam cerita novel akukaucekelatnasiklemakroticanaidandia je.

Masa study kat Seremban dulu. Saya memang suka berjalan-jalan pergi ke tempat orang. Ada satu hari tu saya nak ke Perlis..em kalau tak silap la..ker nak pi penang ek? entah lupa dah. Nak gi jumpa member. Dan maka saya adalah sorang-sorang bertolak dari Seremban. Eh jap...haku rasa time tu bukan perjalanan nak ke utara tapi dari utara nak balik ke seremban.

Tak ingat dah saya naik bas apa time tu. So, tetiba bas tu masuk ipoh dan berhenti kat perhentian bas. Actually saya tak sure pun tempat tu memang perhentian bas ipoh ke atau perhentian sementara ka hapa ke. Tak sure. Yang pasti kat ipoh la.

So bas berhenti kejap. Saya pun turun la nak pergi toilet. Pastu tengok kat toilet tu takde toilet asing lelaki dan perempuan. Yang ada toilet tersebut adalah unisex. Alah toilet tu pun..ntah macam toilet sementara ke ntah cemana. Macam tak sempurna je. Memula saya ingat nak carik toilet lain tapi macam takut lambat lalu tertinggal bas. Ah! redah je lah.

Ada satu toilet ni macam takde orang. Tapi pintu tertutup cuma tak rapat. So saya macam teragak-agak nak masuk. Saya try tolak sikit...takde respon. Tolak sikit lagi...takde respon lagi. Ah! ni kompem takde orang. Ape lagi, haku tolak abis la pintu toilet tu.

OOOOOmakkkaiiiihhhh! terkejut gila sebab tetiba nampak ada manusia di dalam tu tengah mencangkung serentak dengan itu suara garau manusia itu menjerit. Wuwuwuwuwu..tak tahu la tengah buat apa. Buang air kecik ke bosar ke ntah. Tapi yang pasti manusia itu adalah seorang lelaki, berambut keriting. panjang dan mengerbang. Ah! senang cerita korang imagine mamat itu adalah seorang mat rock!. Rasenye la macam mamat rocker je. Dan muka adalah style-style ganas. T_T

Aku syak memang mamat tu memang tengah membuang..eh tapi saya tak nampak la apa sebenarnya yang berlaku. Saya lepas je ternampak ada orang kat dalam tu terus la menjerit dan cepat-cepat blah terus naik bas duduk diam-diam macam orang fobia. Takot!!

Kau gila, mana tahu mamat tu tak puas hati lalu beriya-iya nak mencarik perempuan manakah yang telah meredah masuk tadi. Setelah dapat cari saya kemudian dia ugut lalu bagi saya penampar 18 kali cemana? Hahahah! masa tu memang macam-macam dah pikir. Takut gila.

Nasib baik tak lama lepas tu bas pun gerak. Phew! nasib baik juga mamat tu bukan salah seorang daripada penumpang bas kitorang. Kalau tak..harusssss.

Heheheh..itu la sebenarnya first time saya ter'masuk' ke dalam toilet yang ada orang. Nasib baik selepas tu takde dah salah masuk lagi.



Cheers,
Amysue

Tuesday, July 27, 2010

Jawatan kosong. Siapa nak!! tak payah angkat tangan sebab haku tak nampak pun.

Gagagagagag! tajuk macam keretapi 14 gerabak. Tambah lagi 2 gerabak jadi 16 gerabak. Ok, tetiba nak buat matematik kat sini kan? Entry takde kena mengena pun dengan segala gerabak, keratapi kehapantah.Abaikan..

T_T letihnya saya sejak seminggu yang lepas. Macam yang saya cerita lah..dalam 2minggu ni saya buat dua kerja. Letih driving satu hal..pastu nak settle kerja kat tempat lama lagi..kerja kat tempat baru...nak sedia soalan exam untuk budak kat sekolah lagi. T_T saya cuma sempat prepare kertas soalan sahaja, tapi masa exam berjalan saya sudah tiada di sekolah.

Bila dah letih dan terlampau banyak kerja nak di settlekan dalam masa yang singkat, kepala hotak haku memang dah tahap tepu sebab tak tahu mana nak buat dulu sebab semua pun macam urgent nak siap. Dan...keadaan ini menyumbang kepada perasaan tertekan. Memula takde la rasa tekanan, lama-lama...tik, tik, tik airmata pun keluar sebab tak dapat nak pikir. Blank!

Dan saya pulak jenis yang simpan masalah sendiri jek. Bukan takde kawan..tapi susah nak carik kawan yang boleh dengar masalah kita dan yang paling penting bukan senang woo nak carik kawan yang setia mendengar masalah lepas tu dapat bagi kata-kata yang boleh buat kita calm..tenang. Sangat susah!!. Saya pernah suatu ketika dapat sahabat yang begitu. Kalau saya ada masalah tak kire la besar ke kocik ke..lepas saya pok pek pok pek citer kat dia..then dia cakap-cakap something kat saya, terus saya ok dan semangat pun datang balik.

Tapi ye la, zaman muda-muda dulu ok lah.Komitmen pun masing-masing takdelah banyak mana. Sekarang dah masing-masing dengan life sendiri. So susah dah nak buat sesi luahan hati. Hehehe.

Bagi saya, saya bukan sekadar mencarik sahabat yang ada di kala susah dan senang, bukan setakat menjadi pendengar setia..tapi saya lebih memerlukan sahabat yang kalau berkata-kata mampu buat kita menjadi lebih rasional dan tenang.

So! jawatan kosong sebagai Pembantu Sahabat diperlukan SEGERA! Calon-calon yang memiliki semua kriteria di atas adalah dipelawa untuk memohon.Tarik tutup permohonan adalah bila-bila masa sahaja yang aku suka. Har!har!har!..ok tak lawak.

Sile paham, inilah entry orang tengah tekanan tapi gigih juga nak update. T_T



Cheers,
Amysue

Wednesday, July 21, 2010

Pengalaman 2: Kisah amoi dan dot...dot..dot

Haku ni dulu masa sekolah menengah kat sekolah agama. Dari form 1 saaaampailah form 5. Dah tu pulak duduk asrama. Jadi boleh la dikatakan juga pendedahan fesyen-fesyen dan trend terkini amat lambat sampai ke pengetahuan saya.Bila saya baru nak try-try pesen-pesen terbaru rupa-rupanya tu dah pesen zaman firaun. Jadi memang out sikit la pasal trend terkini.

Tapi yang aku pelik betul kan, time-time sekolah dulu sangat tak suka kalau bab-bab baju cam nampak kau ladies sangat. Teruss macam nak kutuk-kutuk "duiiii ba, ladies nya kau" heheheh baca dalam slang sabah ye. Masa tu semua la kengkonon nak berpesen-pesen rap. Baju bosar tak hengat.. Adoiiiiyai. Kenapalah begitu? nasib baik takde tahap gantung CD kat tengkuk. Kalau tak mau tekanan saya tengok. Skang ni pun dah tekanan kalau menatap wajah saya masa zaman sekolah. Punyeeeeee lah tak boleh blah! Tapi takpe..sekarang dah ok-ok la. Huhuhu

Alkisahnye, lepas abis SPM maka ku berhijrah menuntut ilmu di negeri sembilan. Sebelum ni selalu jugak la travel ke semenanjung. Dah makpak haku keje gomen. So memang ada lah tiket free setiap 3 tahun ke ape ntah. Macam tu la. Tapi tak pernah lagi lah saya bermastautin lelama kat semenanjung tu.

Dah lebih kurang 2, 3 bulan saya duduk seremban, macam dah reti la pegi kl sengsorang dan jumpa kengkawan kat sana. So ada satu hari tu, saya dah janji ngan kawan nak jumpa kat KLCC. Ntah lupa la pulak saya nak jumpa sapa kat situ. Then naik la LRT...Macam biasalah...kalau dah hujung minggu memang bapak punya sesak orang kat dalam tu. Berhempet-hempet.

Saya pun...sebagai orang baru di kota besar ni layankan aje lah karenah orang. Ikut aje la bersesak-sesak. Masa bersesak-sesak tu saya berdiri sebelah amoi seksi. Muka memang cun abis ah!. Terus saya terasa kecik bila berdiri di sebelah pompuan cantik dan seksi.

Haku ni ape je la dengan baju ntah hape punye pesen kompem amoi tu pandang slack je kat haku. Masa dalam tren tu macam tak berapa nak stabil jugalah kau berdiri kan..so sengkadang terpaksa pegang kat pemegang yang ada kat atas tu. Bila tren ni macm nak corner sikit, amoi tu pun buat la tindakan refleks lalu terus memegang pemegang kat atas.

Hah! amik kau, maka terhidanglah satu pemandangan yang berjaya membuatkan aku berfikir secara kritis sambil muka berkerut-kerut. Mak aiiiih, panjangnya bulu ketiak amoi nih..kinting-kinting lagi. Haku siap pandang amoi tu atas bawah nam belas kali sebab nak konfemkan mata haku ni bahawasanya ketiak itu adalah milik amoi cantik dan seksi itu.

Sah!..memang orang orang yang sama. Dan saya adalah terus berasa konfius. Nak kata amoi tu lupa cukur...er kadar kepanjangan bulu itu tidak menunjukkan yang si amoi tu maybe terlupa atau tak sempat nak cukur. Macam yang kau sengaja bela sebab ini adalah fesyen terbaru. Hello, kenapa kamu pandang-pandang, ini fesyen baru. Kamu tak tahu meh??? kool kan? kau ada? takdeee

Jadi serentak dengan itu, saya terus membuat kesimpulan berdasarkan tahap keyakinan amoi itu selamba tak cukur bulu ketiak bahawasanya itu adalah fesyen terbaru. Hahahahahah! bunguks betul kenapalah haku boleh ingat itu fesyen terbaru. Nasib baik saya tak ikut. Kalau tak???? wuwuwuuw ngeri nak membayangkan.

Dalam hati saya berkata, wah sekarang memang daring ek trend. Tapi ini benda tak boleh ikut. Sebab kat sekolah dulu ustaz kata kalau bela kuku atau bulu-bulu yang sepatutnya dibuang maka banyak setan bergayut-gayut kat situ.

Huhuhhuhu saya siap terbayang-bayang ada lapan ratos ekor setan tengah main gayut-gayut macam tarzan tu. Hahahah! sengal tul.

Lepas kejadian itu dan setelah set kat kepala saya pasal trend itu..saya cuba observe keadaan sekeliling untuk mengetahu kebenaran teori saya itu. Aikkkk..tak pernah nampak dah lepas tu. Semua pompuan-pompuan yang pakai baju nampak lengan tu bersih aje..takde pon macam amoi kat lrt tu.

Lama-lama baru ku tahu, itu bukan trend la sayang!..itu ape ntah punye kes. Sampai sekarang saya duk berfikir, amoi tu cantik..seksi..trendy punya orang..taaaapiiiii...kenapa ya???

Kalau pun lupa or tak sempat...pakai le pakaian yang berlengan. At least orang tak nampak. Diri sendiri pun takdelah malu. Hehehe tapi ni saya cerita pasal pompuan aje la ye. Kalau lelaki tu saya tak masuk campur. Itu tetiba jadi kurang arif. Heheh


Cheers,
Amysue

Pengalaman 1: kepala tersepit

Saya ni kira memang lama jugak la menggunakan transport awam. Semua dah try..bas, teksi, keretapi, kapalterbang, feri, lrt, komuter..bla..bla..

So mesti banyak gila kenangan-kenangan masa naik kenderaan awam ni. Antara kenangan yang paling saya ingat ialah kejadian kepala kakak ayu tersepit kat pintu komuter, bulu ketiak amoi panjang tak hengat kat lrt and termasuk ke toilet yang tak berkunci dan di dalamnya ada seorang mamat rock tengah 'membuang' masa berenti kat perhentian bas ipoh.

Satu cerita satu per satu la ek. Start dengan kejadian kepala kakak ayu (nama kakak tu bukan Ayu tapi sifat sopan santun kakak tu yang nampak dia sangat ayu). Masa duduk seremban dulu, saya sebenarnya lagi suka naik bas pegi kl. Sebab murah dah cepat sampai. Heheheh.. kalau naik komuter dah la kena menapak lagi dari terminal 1 ke stesen komuter..pastu tambang ada mahal siiiiikit la dari bas. Tapi tu time zaman firaun dulu. hehehe..skang tak tau dah berapa harga tiket seremabn-kl.

Ada satu hari tu saya nak pegi kl sebab nak pegi melawat abang saya kat UIA..eceh! adik pulak eh yang nak pegi melawat si abang. Sesaje je nak jenjalan. Time tu dorang ade karnival ntah apa ntah sempena konvo. So pagi tu naik la komuter.

Bila komuter dah sampai, maka saya dengan tertibnya masuk ke dalam koc dan duduk dengan senyap kat tepi tingkap. Ingat lagi haku time tu saya pakai baju kemeja puteh..tudung puteh dan bergincu merah menyala. Uiihhhh! masa tu saya rasa sangat hot ok pakai gincu merah. Saya sedar tu bahawasanya gincu saya merah menyala yang lagi lapan kilometer pun orang boleh perasan tapi gigih taknak bagi pudar sebab perasan diri sangat hot. Wakakakak! ntahapentahpikirankauniamy!

Pastu cam biasa la kan kalau pintu komuter nak tutup mesti ada bunyik tet..tet..tet..(bunyik lebeh kurang ah) tak lama pastu pintu akan terkatup. Masa pintu komuter dah memekak-mekak nak tutup, nampak dari kejauhan satu geng dak perempuan yang ayu bertudung tengah berlari-lari anak nak masuk ke dalam. Dalam hati aku cakap ah kompem dorang tak sempat nak masuk sebab anytime pintu akan tertutup dah tu dorang lak lari dengan ayu gilaa. Yela..selalu pompuan2 macam dorang ( maksud saya memang jenis perempuan bertudung dan betul-betul menjaga tatasusila..bukan yang bertudung tapi tetap ganas kalau berjalan..kalau berlari apatah lagi..hahahhaah! macam haku la tu.huhu) memang lari dengan bersopan.

Lagi selangkah nak dapat masuk ke pintu beriya-iya juga seorang budak pompuan tu nak masuk. Dan serentak dengan itu juga pintu tertutup. Gedegang!!! eceh, sound effect je lebih. Hahahah!..Tersepit kau kepala budak pompuan tu. Adoiiiiiiii! kompem sakit. Paling koman pun mesti kepala hotak dia bergegar sikit.

Nasib baik pintu tu ada sensor dan terbuka. Kah!kah!kah! senget-senget muka haku tahan ketawa. siot je haku. Tak tahu nak tahan ketawa cemana. Jahat kan???? tapi serius haku betul-betul nak tergelak sambil hempas-hempas badan kat lantai. Lawak gila. Bukan lawak apa..sebab aku tak boleh imagine la muka budak pompuan tu tetap kontrol ayu setelah kepala tersepit dan dengan muka ayu laksana sang pengantin menunggu saat-saat dinikahkan meneruskan langkah untuk masuk ke dalam koc.

Huhuhuhu...tapi nasib baik saya masih ada sifat-sifat berperikemanusiaan dan sedaya upaya untuk buat donno je. Macam tak nampak kejadian berlaku. Dan haku tengok semua pun penumpang buat-buat tengok tempat lain bagi mengelakkan mereka terketawa dan sekali gus mengecikkan hati budak pompuan tu. Hehehehe! macam haku tak tahu kan?

Pas aje dorang dah masuk dengan selamat ke koc, saya dah tak tengok dah. Kesian pun ada, tapi yang selebihnya takut saya menjadi lebih kejam dan ketawa terbahak-bahak. Astaghfirullah..jahat tau kamu amy. Heheheh, eh tapi saya berjaya kawal tau. Tak beik ketawakan orang. :P

Haku rasa mereka-mereka yang tetiap ari naik komuter atau lrt pegi kerja lagi banyak pengalaman lucu atau yang tak best berlaku kan? Saya dengan cerita abang saya lagi sadis..ada yang tersepit kaki lalu kasut tertanggal jatuh ke dalam landasan..ada yang tetibe lrt berhenti kat tengah-tengah landasan sebab rosak maka terpaksa tunggu lrt lain amik dorang..

Ok, akan datang saya sambung lagi yer cerita amoi ngan mamat rock kapak tu ye. Heheh


Cheers,
Amysue

Tuesday, July 20, 2010

Sabar anak-anakku..ibumu pergi mencarik rejeki.

Semalam saya dah start buat dua kerja. Meaning selepas balik dari sekolah ku terus bergegas pula ke kk untuk another job. Hahahahah! tak boley blah langsung perasaan masa bergegas ke KK semalam.

Ntah kenapa ntah tetiba masa drive sedih gila. Macam nak nanges. Saya rasa macam saya adalah seorang ibu yang beranak 8 terpaksa bergegas buat satu lagi kerja untuk mencari sesuap nasik. Then anak haku just tinggal kat umah di jaga oleh anak yang sulong.Wakakakaka! punye touching haku punye perasaan time tu. Padahal haku kena buat dua kerja ni untuk 2 minggu je.

Masuk je bulan ogos kang saya dah full time mengajar kat tempat baru. Yang ni pun tak bleh berenti terus sebab kena notis 1 month. Jadi merasa la kau menjadi ibu yang bekerja keras
untuk sesuap nasik. Sebutir beras umpama setitik peluh petani. Ahahahah! macam tak berkait rapat langsung.

Aduh!..sungguh halus perasaan kamu amy.ngeh! ngeh!


Cheers,
Amysue

Monday, July 12, 2010

Red carper..glamour kejap.

Lepas je ari khamis tu kami bersukan dengan penuh semangat, maka ari Jumaat pulak diadakan majlis rasmi hari guru peringkat sekolah. Tema tahun ni adalah 'glamorous' dan ada red karpet.

Aiseh, ni yang feeling-feeling pergi grammy award ni.. Oleh kerana tema baru dapat tahu sehari sebelum majlis maka saya pun gagal mencarik baju yang glemer-glemer untuk majlis red carpet itu.

Antara yang glamor hari itu

Time tu la masa cikgu-cikgu nak melaram. Yang tak pernah-pernah pakai mekap pun pakai mekap. Yang tak pernah pakai bling-bling pun tetiba pakai..Tapi ada gak cikgu-cikgu yang menten sederhana. Contohnya saya, hahaha..yo la tu.

Sebelum acara bermula, kami kena lalu red carpet dulu. Students semua dah tunggu kat dalam dewan. So bila sampai je kat pintu masuk dewan..kena tandatangan kat board dulu..pastu ramai gila paparazi duk tunggu kat tepi red carpet nak amik gambar. Kecek! kecek! (bunyik kamera) Hhahahah! sekali lagi haku feeling-feeling artis. Eceh!

Tandatangan para guru kat atas red board. Ngeee...

Pastu bila kau berjalan atas kapet tu nak pegi meja semua student nak sorak-sorak kan. Adeh! terus haku rasa bersepah-sepah haku berjalan. Hilang entah kemana cara jalan yang paaaaaling ayu saya tu. Nebes beb..nebess.



Banyak persembahan la yang budak-budak ni sediakan untuk cikgu-cikgu. Tapi banyak menyanyi aje la. Saya syak bebudak ni betul-betul nak lepas gian nyanyi depan pentas. Banyak betul persembahan nyanyian. Dan ada satu persembahan tarian dari Bad Boys. Eceh! nama Bad Boys tu. Hahahah! lucu betol tengok dorang menari sambil miming. Saya rasa lagi meletop kalau dorang betul-betul all out. Ni dorang menari punye ayu. Kalau haku join sekali atas tu rasanya haku la yang paling tak sopan kut menari. Wakakakak! verangannnn!

The bad Boys.. Yiiiiiha!!

Pastu ada sesi bagi hadiah kat guru kelas. So saya dapat gak la hadiah daripada kelas saya. Selain tu dapat hadiah daripada student lain. Heheheh tengkiu ek.

Ketua kelas vs guru kelas

Abis aje acara hari guru, ngeh! ngeh! semua berebut-rebut nak bergambar kat red carpet. Gila feeling artis kau!. Ngeh! ngeh! bila lagi kan????

Ramai betul students nak bergambar ngan mamat nih.
Kena amik nombor tu nak bergambar dengan dia. Huhuhu


Wohye..tahun ni macam tak banyak sangat anugerah untuk cikgu-cikgu. Yang ada tahun ni cuma anugerah cikgu paling popular, cikgu paling sporting, cikgu tegas tapi mesra dan anugerah khas. Itu je. Eh ada satu lagi anugerah baru. Cikgu paling ayu. Kau nak tahu sapa menang??? wuwuwuwuw sila terharu kerana tetiba saya yang dipilih kan??? tepuk..tepuk..

Percubaan untuk kontrol ayu namun gagal dan terbuat senyum tertelan bijik durian

Waakakakak! korang pecaya la sangat haku buat lawak tu. Huhuhu tak ada maknanya haku nak dipilih guru paling ayu. Dan kalau pun ada lalu saya telah dipilih, rasanya satu sekolah meroyan tak boleh terima kenyataan. Hahahahha! tak sesuai..tak sesuai.



Cheers,
Amysue

First time berfutsal

Hari tu saya ada cakap kan yang kengkononnya saya nak main futsal. Hah! dah lepas dah hazab itu. Ape cerrr???

Pertandingan futsal tu sebenarnya bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Gagaggaga! berkurun dah hari guru baru skang ni berkesempatan nak buat. Yelah masa hari guru hari tu sekolah kitorang sibuk dengan exam pertengahan tahun. jadi memang tak dapek la kan??

Sebelum start main futsal, guru-guru kena senamrobik dulu..Lagu waka-waka tuu...huhuhu

So ari khamis lepas diadakan pertandingan futsal dan petangnya pulak ada sukaneka untuk guru. Futsal tu campur-campur guru laki ngan guru perempuan. Maka saya pun geng la dengan PK1 punye team. 3 guru laki dan 2 guru perempuan.

Pemain wanita bagi team PK1

Korang boleh imagine tak bagaimanakah kalau satu team tu ada 2 atau 3 orang guru perempuan yang seumurhidup tak pernah main futsal dan gigih mengontrol ayu ketika menyepak bola campur dengan 3 orang guru lelaki yang kalau menyepak bola beriya-iya macam menyepak orang nak ajak gaduh?????? gila punya dangerous okey untuk guru perempuan bermain bersama guru lelaki. Mana nak pikir kontrol ayu lagi..mana nak pikir takut guru lelaki menyepak bola lalu tersepak kaki kami. Adooiiiiii ngeri weh!

Gila kencang mereka berlari

Makanya, memang haruslah kan haku just berdiri tegak je kat tepi tiang gol. Kengkonon nak strike ah..Wakakakak sekali bola dapat kat haku, bila nak tendang masuk pintu gol bley plak melencong ke arah lain kann???? adoi kaki, wahai kaki..

Saya yang memakai baju hijau itu harus berdiri je tunggu bola datang.Hahaha!

Maka game itu berakhir dengan seri 0-0. Oleh kerana ni perlawanan kalah mati, so memang ada penalti. Saje je tau sepakan penalti bagi kat guru-guru perempuan. Wuuwuwuwuwu..bersemangat juga nak menyepak. Kut-kut la masuk boleh berlagak citer kat orang sebab kau pernah score goal. Sekali saya sepak.....dah lah tak masuk ...paling menyayat hati bila bola tak sampai pun ke pintu gol. Gagagagagag! punye ayu aku sepak bola tu sampai tak masuk. T_T...lagi haru bila rakan sepasukan juga menyepak bola dengan begitu ayu.JUGA tak sampai ke pintu goal. Adoiiii...malu gila.Ramai plak tu students. Maka dengan itu kami pun kalah..huhuhu

Muka dua orang budak yang tendang penalti dengan lemah gemalai
sehingga bola tak sampai ke pintu gol

Takpe..mari kita fikir dari sudut positif. Dari sudut positifnya..ini menunjukkan saya dan rakan sepasukan masih mengamalkan ciri-ciri kelembutan wanita melayu. Masih nampak kelembutan bak sutera itu walaupun tengah bermain futsal. Itu sebabnya tendang pun tak sampai ke pintu gol. Hahahahhaha!

Petangnye saya tak join sukaneka. Tetiba nama takde dalam mana-mana kumpulan. Huhuhu sorgaaaa!! boleh balik. Dengar cerita game sukaneka semua yang macam ala-ala kanak-kanak tadika punya game. Tapi guru-guru memang sporting habis..semua game belasah main. T_T ini la masanya budak-budak tu nak gelak tak hengat tengok aksi-aksi sadis cikgu-cikgu mereka.

*Pics yang tiada watermark saya adalah didapati daripada laman web SMKMP

Cheers,
Amysue

Tuesday, July 6, 2010

Tag bersuka ria

Nasib baik hari ni ada masa free nak buat blogwalking. Tetiba nampak diri ini di tag oleh puan sahabat a.k.a aima. Dah alang-alang free baik haku langsaikan tag ini.Wacha!!! okey, sound effect takde kena mengena langsung.

No. 1: Do you think you are hot right now?

Heheheh..haku sentiasa rasa diri sejuk dan sedingin salju nan memutih. Hahahah! okey, kamu tak menjawab soalan. Sila beri jawapan dengan betul. Mari kita translate soalan kepada bahasa melayu "adakah anda fikir anda panas sekarang?" tidak! kerana ada kipas di belakang saya. Dush! dush! suka buat lawak bhanghanggggg. Er jawapannya..tidak. Tapi saya suka perasan diri chomel. Hahahah! sukatik okey.

No. 2: Upload wallpaper that you are using rite now
Huhuhuh! laptop mahupun telefon bimbit saya adalah tidak berwallpaper. Sebelum ni lappy ada wallpaper.Cantik! wallpaper windows 7.Kejap-kejap pandai tukar sendirik. Tapi sejak-sejak di dapati windows adalah tidak original maka terus gelap gelita duniaku. Hahahah! en.Jamil sila install semula windows 7 ke lappy saya T_T. Saya liat nak letak wall paper sebab memang dari dulu tak suka ada wallpaper.

No. 3: Last time eating pizza?
Emm bila ek..Last month ker last two months.Tak ingat dah. Tu pun gigih pegi sorang-sorang lepas balik dari sekolah. Mengidam punya pasal la. Saya beserta seluruh ahli keluarga memang hantu pizza.

No. 4: Last song that you listen?
Apa ye..owh, soundtrack Lagenda Budak Setan. Dah setiap kali haku buka blog lagu tu je yang akan keluar. Heheh

No. 5: Others things that you are doing right now?
Melantak Mister Potato dan minum soya ros. Huhuhu hobi baru kalau tengah online

No. 6: Other than your name what is other name that you people use to call you?
Cikgu Yuna. Hahahah! tersipu-sipu malu aiii. Hanya kerana haku tetiba pakai selendang pergi sekolah setelah begitu setia dengan tudung bawal yang cuma ada 5 helai dan akan diulang-ulang pakai sehingga lusuh. Tsk! tsk!

No. 7: Tag five person
1. Kamu
2. Kau
3. Saudara
4. Saudari
5. Anda

wakakakka! gila punya senang haku tag. Pepandai la korang rasa korang kategori mana.


Who is no. 1 for you ?
Hah! hambek kau. Terus terperangkap dengan soalan. Kata nak ambil jalan mudah. Sekarang kau nak jawab apa dengan 1.kamu itu?
Rilek..pikir..pikir..itu gunanya otak yang dikurniakan..eeemm... "kau terindah, masih ada yang tercantik...itu kamu!" phew! dapat jawab gak akhirnya. hhuhu

Say something for person no.5
Okay person no.5 saya adalah Anda. Dia adalah seorang yang amat berdedikasi. Wah! tetibe. Done!


no.3 is in relationship with ?
Si saudara berhubungan dengan....er..sudah tentu dengan keluarganya. Tak mungkin salah. Kompem betul. (sambil berlalu ke soalan yang seterusnya dengan muka innocent)

How about no.2 ?
Owh.. no.2 adalah kau.. err haku nak ulang balik lirik lagu "kau terindah...masih ada....yang tercantik..itu kamu" boleh? wakakaka! punya vunguks jawapan kamu amy. ah! sukatikk.

The fact about 5 people that you tag..
..tiada kena mengena samada yang masih hidup ataupun yang telah mati..sekian


Adoiii berpeluh menjawab. Walapun saya memain manjang. Sebab hari ni memang mood memain je. Kalau kena mood macam nak bertanding pidato piala diraja maybe jawapan haku siap ada hujah dan sebagainya.


Cheers,
Amysue

Monday, July 5, 2010

Macamana nak cakap nih!

Saya rasa macam ada benda nak taip..tapi macam tak tahu apa. Wakakakkka! buduss kenapakamuketawaamysebabtakkelakarlangsung.

weh! haku nak main putsal ari khamis nanti. Ntah hape la rupa aku berputsal tu ye? Dapat aje ku membayangkan betapa cacatnya aku bermain. Tapi saya excited tapi takut juga sebab nanti nampak tak ayu depan studenst serta akan diketawakan students. Owh! tak sanggup kelihatan buruk di depan mereka.



Cheers,
Amysue

Saturday, July 3, 2010

Kaki gayut

Asal hujung bulan sahaja, hati saya mesti berdegup kencang. Adakah bakal mencecah RM3oo..atau lebih. Harap-harap tak lah sampai beratus-ratus. Lagipun hari tu cuma beberapa kali je bergayut. Heheheh tapi sekali bergayut lama la dalam 3 jam..T_T mampos la haku..

Itu dilema masa zaman tengah tunggu SPM tu. Hahahah! almaklumle..lama bercuti tambahan pula abis je SPM dah pandai bercintan cintun. Tetibe je dah ada boyfriend kan? Pergh! bf pulak dapat melalui chatting MIRC..dulu-dulu kan pemes chatting IRC..pastu gila nak jadi SOP la..OP..founder la..bla..bla..main dengan script. Kira sapa main IRC memang kool ah. huhuh

Start aje saya dah ada bf, telefon rumah terus jadi tak aman. Haku kalau pandang telefon umah je macam pandang emas. Bersinar-sinar bijik mata. Time tu takde lagi henpon. Bapak haku pun time tu henpon dia macam bekas airmilo.Besar gedabak. Siap ada antena boleh tarik macam tv. huhuh.

Telefon rumah yang sebelum ni macam tak ada sapa pedulik tetiba menjadi bahan yang amat di jaga rapi oleh mak saya. Dan-dan tu juga pasang kunci kat tepon tu. Tau kan kat mana kena kunci? Bubuh macam penutup kat button nombor-nombor tu pastu kunci pakai mangga kecik. Hahahah! adoiiiila tekanan betul bila mak buat macam tu. Rasa macam dunia sudah kiamat.

Maunye mak tak buat macam tu. Tetiap bulan bil tepon mencecah sampai RM600..sebelum ni tak penah pun sampai RM100. Bila haku dah pandai bercinta terus je melambung-lambung bil. Siap kene potong lagi.

Masa tu terasa betapa mak tidak memahami jiwa remaja ku. Memberontak la kengkonon. Mak tak adil la. Menyeksa perasaan haku la. Kepala hotak kamu amy. Kalau haku jadi mak time tu memang ku hempuk terus kepala anak haku tu. Ape??? kau hengat 600 tu tak banyak ke? menangissss mak nak membayar.

Tapi tulah dia. Bila dapat anak yang bijak pandai serta cerdas mindanya seperti saya, heheheh..harus ada kemahiran critical thinking. Ting! saya dapat idea. Alah sonang yo tu. Memula saya dapat tahu kalau nak dail nombor tanpa perlu menekan button nombor, kita perlu tekan bendealah kat tempat letak ganggan tepon tu. Ala, kan kalau kita nak matikan talian kita mesti akan tekan benda tu bagi putus. Tau kan?? ah sila imagine skarang.

Cara nak dail..kalau no satu, kau tekan sekali, kalau no 3 kau tekan tiga kali berturut-turut. So kalau nombor yang kau nak dail tu 2378456..nanti kau akan tekan dua kali berturut-turut pastu gap kejap tekan lagi 3 kali berturut-turut kemudian gap lagi pastu tekan pulak tujuh kali berturut-turut saaaaaaampai la habis nombor tuh. Wakakka! agak gila punya kerja la. Tapi tak kira dah time tu. Janji dapat dail.

Kalau cara di atas tu agak susah sebenarnya nak dapat. Kengkadang je dapat. Bila tension, haku terus pakai dawai selit kat celah-celah penutup kunci tu untuk tekan nombor. Haaa! cara ni memang selalu berjaya la. Pastu sorga la saya bergayut sampai 3 jam. Ntah hapa-hapa je.

Ujung bulan, mak mesti konpius bagaimanakah bil tetap juga melambung-lambung walau sudah dikunci. Heheheeh! jenuh gak saya mendengar mak membebel. Masuk bilik terus hempaskan badan atas katil dan meraung kengkonon sedih sangat laaa sebab mak tak merestui hubungan cinta saya. hahahaahha! tetiba masuk bab merestui la plak. Giloss..kecik-kecik dah pikir bab restu merestu.

Aktiviti bergayut memang berterusan gak lah sampai saya masuk kolej. Time ni bf dah pandai curik line kat public phone. Aiseh! menjeles kengkawan tengok bf tepon i lama gila. Semua bajet bf i anak orang kaya. Wakakakaka! padahal curik line. Saya pulak time tu dapat biasiswa. So agak masyuk la bila biasiswa masuk. Memang keje haku asik beli kupon reload aje. Dah dulu pulak mana ada reload seploh hengget. Semua stok 50 hengget. Gila membazir betul.

Sekarang??? saya nak topup 50 tu memang tak ada dalam sejarah hidup ah. Paling maksimum pun rm30. Tu pun untuk sebulan. Cakap lebih 30 minit haku dah blank tak tau nak borak apa. Kalau bersms apatah lagi. SMS yang ke 3 haku dah blur nak balas apa.

Dulu lain sekarang lain.


Cheers,
Amysue

Friday, July 2, 2010

Aku ada kerjaya sampingan

Mak saya selalu cakap bilik saya ni macam kedai runcit. Hahahha! sebab banyak jajan dan stok makanan yang lain termasuk megi. Saya kalau dah pindah balik duduk rumah sepenuh masa memang suka simpan stok makanan kat dalam bilik saya nih. Banyak reason yang menyumbang kepada penubuhan kedai runcit cik amy ni. Antaranya :

a) Bilik kat tingkat atas..dapur kat bawah. So bila perut lapar-lapar manja or tekak rasa dahaga, kaki amatlah malas nak melangkah turun tangga. Maka, lebih baik simpan stok makanan. Kalau lapar, semuanya ada di sini. Eceh! aku promote kedai runcit aku ke apa nih.

b) Kalau turun bawah nak selongkar carik makanan, sila jangan buat expectation terlalu tinggi untuk berjumpa dengan pelbagai jenis kudapan kerana barujemakbelirotidankeropoktapitaksampaisetengahjamdahlicin. Jadi selalu rasa terkilan dan kempunan. Oleh kerana saya tidak mahu berkelakuan seperti mak si Pekan yang tidak rasional mintak ditelan gua tu, maka saya pun buat stok sendiri. Lagipun kalau nak buat macam omak si Pekan tu tak dapek laie, koz mane de air susu lagi nak letak kat daun buat bekalan.Gagagagag!

c) Suka tengok bilik penuh dengan makanan. Hahahah! pastu bengang sebab banyak megi berlubang kecik kena gigit ngan semut merah. Buduss punya semut.

Sorga woh bila ada stok mamee kecik-kecik ni. Memang haku bantai
beli satu plastik besar isi 80 peket mamee.


Tu la sebabnya saya suka beli stok jajan banyak-banyak. Dan sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi pulak kegemaran saya beronline sambil minum minuman kotak dan mengunyah keropok. Dah letih dengan rasa masin beralih ke rasa manis seperti coklat.

Saya juga pengemar wafersticks

Tapi selalu habit ni terjadi bila online waktu siang je. Malam memang tak sentuh sebab leceh plak kalau sisa kopok or coklat melekat celah gigi.

Lagi habit terbaru, minum air kotak. Asik beli air kotak aje.

Dan..coklat. Sedap woh coklat kat atas ni. Suka sebab ianya adalah Dark chocolate.
Saya penggemar coklat pahit

Dan sebab itu lah anak buah saya selalu ketuk pintu bilik pagi-pagi "ati (aunty)....minta pupuk (keropok)..minta bolet (coklat)" .Haih...Asal nampak muka saya je mesti nak cakap "mana pupuk?mana bolet" sekali aku sound dia "weh kau takde benda lain ke nak cakap kalau jumpa aunty?" Hahahahh!


Cheers,
Amysue

Thursday, July 1, 2010

Pergh!!! dup..dap..dup..dap je rasa

Ngeh..ngeh..tau..tajuk macam nak kasik saspen tapi tak saspen pun.

Tadi pegi jumpa PK 1. Ada lah hal yang nak dibincangkan. Satu hari nanti saya kongsi dengan korang semua apa bendanya tu. So pok pek pok pek..perbincangan pun selesai. Pastu tetiba je masuk urusan luar sekolah. Tanya-tanya pasal insurans la. Saya ada ke tak. Saya ok je nak cerita pasal insuran. Sebab memang plan nak berenti dari amik insuran saya sekarang ni.

Tu ok la. Macam biasa dia terangkan. Pastu dia try la masukkan no IC saya dalam sistem insuran tu kan. Tetiba keluar umur saya sekarang adalah 29! diulangi DUAPULUHSEMBILAN okeyyyy!

uisk! terus macam nak berdiri dari tempat duduk dan terus mahu mempertahankan diri laksana sedang berada di kandang tertuduh. tak boleh terima woh! Pantas aje ku potong cakap dia "eh! baru 28 la cikgu..manada 29" tegas dan keras. Wakakakak! harus tu mempertahankan diri. Sensitip bila umur yang dahsediatua nak dituakan lagi.

"hem..tapi dia kira 29" sambil turut bersimpati dan cuba beberapa kali lagi, takut dia tersalah taip. Keputusan tetap sama. Masih 29. Ah sudah.... tetiba pulak haku rasa "ke....aku yang silap kira? tahun ni memang 2010 kan..aku lahir 1982..ha..patut memang 28" terus muka saya macam konfius. Takut hilang ingatan. Hahahahah! dibuatnya tetiba sekarang rupanya dah 2011 camne?? harus saya meraung sambil hempas-hempas badan kat depan PK tu. huhuhu

Demi untuk menjaga hati dan perasaan saya, eceh!..kami habiskan sahaja perbincangan pasal insurans tu. Kira kalau saya nak, saya akan amik dari dia la. Tak panjang-panjang cerita dah. Haku anggap aje sistem error.Takde niat nak singgung perasaan saya. Hahahha!



Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...