Friday, July 2, 2010

Aku ada kerjaya sampingan

Mak saya selalu cakap bilik saya ni macam kedai runcit. Hahahha! sebab banyak jajan dan stok makanan yang lain termasuk megi. Saya kalau dah pindah balik duduk rumah sepenuh masa memang suka simpan stok makanan kat dalam bilik saya nih. Banyak reason yang menyumbang kepada penubuhan kedai runcit cik amy ni. Antaranya :

a) Bilik kat tingkat atas..dapur kat bawah. So bila perut lapar-lapar manja or tekak rasa dahaga, kaki amatlah malas nak melangkah turun tangga. Maka, lebih baik simpan stok makanan. Kalau lapar, semuanya ada di sini. Eceh! aku promote kedai runcit aku ke apa nih.

b) Kalau turun bawah nak selongkar carik makanan, sila jangan buat expectation terlalu tinggi untuk berjumpa dengan pelbagai jenis kudapan kerana barujemakbelirotidankeropoktapitaksampaisetengahjamdahlicin. Jadi selalu rasa terkilan dan kempunan. Oleh kerana saya tidak mahu berkelakuan seperti mak si Pekan yang tidak rasional mintak ditelan gua tu, maka saya pun buat stok sendiri. Lagipun kalau nak buat macam omak si Pekan tu tak dapek laie, koz mane de air susu lagi nak letak kat daun buat bekalan.Gagagagag!

c) Suka tengok bilik penuh dengan makanan. Hahahah! pastu bengang sebab banyak megi berlubang kecik kena gigit ngan semut merah. Buduss punya semut.

Sorga woh bila ada stok mamee kecik-kecik ni. Memang haku bantai
beli satu plastik besar isi 80 peket mamee.


Tu la sebabnya saya suka beli stok jajan banyak-banyak. Dan sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi pulak kegemaran saya beronline sambil minum minuman kotak dan mengunyah keropok. Dah letih dengan rasa masin beralih ke rasa manis seperti coklat.

Saya juga pengemar wafersticks

Tapi selalu habit ni terjadi bila online waktu siang je. Malam memang tak sentuh sebab leceh plak kalau sisa kopok or coklat melekat celah gigi.

Lagi habit terbaru, minum air kotak. Asik beli air kotak aje.

Dan..coklat. Sedap woh coklat kat atas ni. Suka sebab ianya adalah Dark chocolate.
Saya penggemar coklat pahit

Dan sebab itu lah anak buah saya selalu ketuk pintu bilik pagi-pagi "ati (aunty)....minta pupuk (keropok)..minta bolet (coklat)" .Haih...Asal nampak muka saya je mesti nak cakap "mana pupuk?mana bolet" sekali aku sound dia "weh kau takde benda lain ke nak cakap kalau jumpa aunty?" Hahahahh!


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...