Monday, July 12, 2010

First time berfutsal

Hari tu saya ada cakap kan yang kengkononnya saya nak main futsal. Hah! dah lepas dah hazab itu. Ape cerrr???

Pertandingan futsal tu sebenarnya bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Gagaggaga! berkurun dah hari guru baru skang ni berkesempatan nak buat. Yelah masa hari guru hari tu sekolah kitorang sibuk dengan exam pertengahan tahun. jadi memang tak dapek la kan??

Sebelum start main futsal, guru-guru kena senamrobik dulu..Lagu waka-waka tuu...huhuhu

So ari khamis lepas diadakan pertandingan futsal dan petangnya pulak ada sukaneka untuk guru. Futsal tu campur-campur guru laki ngan guru perempuan. Maka saya pun geng la dengan PK1 punye team. 3 guru laki dan 2 guru perempuan.

Pemain wanita bagi team PK1

Korang boleh imagine tak bagaimanakah kalau satu team tu ada 2 atau 3 orang guru perempuan yang seumurhidup tak pernah main futsal dan gigih mengontrol ayu ketika menyepak bola campur dengan 3 orang guru lelaki yang kalau menyepak bola beriya-iya macam menyepak orang nak ajak gaduh?????? gila punya dangerous okey untuk guru perempuan bermain bersama guru lelaki. Mana nak pikir kontrol ayu lagi..mana nak pikir takut guru lelaki menyepak bola lalu tersepak kaki kami. Adooiiiiii ngeri weh!

Gila kencang mereka berlari

Makanya, memang haruslah kan haku just berdiri tegak je kat tepi tiang gol. Kengkonon nak strike ah..Wakakakak sekali bola dapat kat haku, bila nak tendang masuk pintu gol bley plak melencong ke arah lain kann???? adoi kaki, wahai kaki..

Saya yang memakai baju hijau itu harus berdiri je tunggu bola datang.Hahaha!

Maka game itu berakhir dengan seri 0-0. Oleh kerana ni perlawanan kalah mati, so memang ada penalti. Saje je tau sepakan penalti bagi kat guru-guru perempuan. Wuuwuwuwuwu..bersemangat juga nak menyepak. Kut-kut la masuk boleh berlagak citer kat orang sebab kau pernah score goal. Sekali saya sepak.....dah lah tak masuk ...paling menyayat hati bila bola tak sampai pun ke pintu gol. Gagagagagag! punye ayu aku sepak bola tu sampai tak masuk. T_T...lagi haru bila rakan sepasukan juga menyepak bola dengan begitu ayu.JUGA tak sampai ke pintu goal. Adoiiii...malu gila.Ramai plak tu students. Maka dengan itu kami pun kalah..huhuhu

Muka dua orang budak yang tendang penalti dengan lemah gemalai
sehingga bola tak sampai ke pintu gol

Takpe..mari kita fikir dari sudut positif. Dari sudut positifnya..ini menunjukkan saya dan rakan sepasukan masih mengamalkan ciri-ciri kelembutan wanita melayu. Masih nampak kelembutan bak sutera itu walaupun tengah bermain futsal. Itu sebabnya tendang pun tak sampai ke pintu gol. Hahahahhaha!

Petangnye saya tak join sukaneka. Tetiba nama takde dalam mana-mana kumpulan. Huhuhu sorgaaaa!! boleh balik. Dengar cerita game sukaneka semua yang macam ala-ala kanak-kanak tadika punya game. Tapi guru-guru memang sporting habis..semua game belasah main. T_T ini la masanya budak-budak tu nak gelak tak hengat tengok aksi-aksi sadis cikgu-cikgu mereka.

*Pics yang tiada watermark saya adalah didapati daripada laman web SMKMP

Cheers,
Amysue

1 comment:

Nurul Aima Hj Kaim said...

MAJULAH sukan utk negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...