Tuesday, July 27, 2010

Jawatan kosong. Siapa nak!! tak payah angkat tangan sebab haku tak nampak pun.

Gagagagagag! tajuk macam keretapi 14 gerabak. Tambah lagi 2 gerabak jadi 16 gerabak. Ok, tetiba nak buat matematik kat sini kan? Entry takde kena mengena pun dengan segala gerabak, keratapi kehapantah.Abaikan..

T_T letihnya saya sejak seminggu yang lepas. Macam yang saya cerita lah..dalam 2minggu ni saya buat dua kerja. Letih driving satu hal..pastu nak settle kerja kat tempat lama lagi..kerja kat tempat baru...nak sedia soalan exam untuk budak kat sekolah lagi. T_T saya cuma sempat prepare kertas soalan sahaja, tapi masa exam berjalan saya sudah tiada di sekolah.

Bila dah letih dan terlampau banyak kerja nak di settlekan dalam masa yang singkat, kepala hotak haku memang dah tahap tepu sebab tak tahu mana nak buat dulu sebab semua pun macam urgent nak siap. Dan...keadaan ini menyumbang kepada perasaan tertekan. Memula takde la rasa tekanan, lama-lama...tik, tik, tik airmata pun keluar sebab tak dapat nak pikir. Blank!

Dan saya pulak jenis yang simpan masalah sendiri jek. Bukan takde kawan..tapi susah nak carik kawan yang boleh dengar masalah kita dan yang paling penting bukan senang woo nak carik kawan yang setia mendengar masalah lepas tu dapat bagi kata-kata yang boleh buat kita calm..tenang. Sangat susah!!. Saya pernah suatu ketika dapat sahabat yang begitu. Kalau saya ada masalah tak kire la besar ke kocik ke..lepas saya pok pek pok pek citer kat dia..then dia cakap-cakap something kat saya, terus saya ok dan semangat pun datang balik.

Tapi ye la, zaman muda-muda dulu ok lah.Komitmen pun masing-masing takdelah banyak mana. Sekarang dah masing-masing dengan life sendiri. So susah dah nak buat sesi luahan hati. Hehehe.

Bagi saya, saya bukan sekadar mencarik sahabat yang ada di kala susah dan senang, bukan setakat menjadi pendengar setia..tapi saya lebih memerlukan sahabat yang kalau berkata-kata mampu buat kita menjadi lebih rasional dan tenang.

So! jawatan kosong sebagai Pembantu Sahabat diperlukan SEGERA! Calon-calon yang memiliki semua kriteria di atas adalah dipelawa untuk memohon.Tarik tutup permohonan adalah bila-bila masa sahaja yang aku suka. Har!har!har!..ok tak lawak.

Sile paham, inilah entry orang tengah tekanan tapi gigih juga nak update. T_T



Cheers,
Amysue

6 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

Kamu ble suda join politik kan? nah lg nda membantu kan soklan aku tu T__T..welkom back lama nda baca entry mu ni tau.. abg jamil kan ada? :P adakah cadangan ini membantu? kan best ada roaller coaster d cni..ble jg jerit jerit pastu ilang tensen hmm

Dayangku Army said...

aaa??? join politik? maksud?

hehhe..kewujudan abg jamil lebih efektif sekiranya dia di 'access' anytime yang aku suka. Heheheh atau dengan ringkasnya 'kalau duduk dekat'

Kalau jauh..bila ada masalah, mesti wrong timing..mein bola la..keluar laa..bla..bla.. bila dia available, masalah pula suda dapat diselesaikan. Hahahahah! jadi tiada ulang siaran.

Tiapa-tiapa..iklan masih dibuka ba. Gagagagag!

Nurul Aima Hj Kaim said...

mau duduk dekat kena lah kawin hu hu hu statement yg masih tidak membantu..DG41 sekarang suda ble join politik..maybe sesekali we shud hang out macam dolu-dolu sambil meluahkan permasalahan hati diselang-selikan 'eh ko nda rasa nasi ni mcm keras?' then ko jawab 'enda. sebab aku lapar tadi' adeh our last CURHAT ka tu mie..di restoran nasi ayam[nda payah sebut nama nnt kena banned]..rindu juga time tu kan..

Dayangku Army said...

Wuwuwuwuw..kalau dibenarkan join politik pun aku nda berminat kali ah. Biar mereka yang berpotensi seja yang join.

Hee....kalau kawin pun sama jua jauh. Jauh tul lagi perjalanan nih. Tengah mo kasi pindik-pindik perjalanan ke arah itu la nih.

Hahahah! apapun our last curhat itu aku ingat tapi tidak dapat kasi specific apa the words yang kita cakapkan. Bagus woh memori ko neh. Heeheheh

annfrendly said...

betul.. nak jumpa kawan yang betul2 mendengar masalah susah :(

Nurul Aima Hj Kaim said...

aku ingat kalu psl makan..hu hu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...