Saturday, July 3, 2010

Kaki gayut

Asal hujung bulan sahaja, hati saya mesti berdegup kencang. Adakah bakal mencecah RM3oo..atau lebih. Harap-harap tak lah sampai beratus-ratus. Lagipun hari tu cuma beberapa kali je bergayut. Heheheh tapi sekali bergayut lama la dalam 3 jam..T_T mampos la haku..

Itu dilema masa zaman tengah tunggu SPM tu. Hahahah! almaklumle..lama bercuti tambahan pula abis je SPM dah pandai bercintan cintun. Tetibe je dah ada boyfriend kan? Pergh! bf pulak dapat melalui chatting MIRC..dulu-dulu kan pemes chatting IRC..pastu gila nak jadi SOP la..OP..founder la..bla..bla..main dengan script. Kira sapa main IRC memang kool ah. huhuh

Start aje saya dah ada bf, telefon rumah terus jadi tak aman. Haku kalau pandang telefon umah je macam pandang emas. Bersinar-sinar bijik mata. Time tu takde lagi henpon. Bapak haku pun time tu henpon dia macam bekas airmilo.Besar gedabak. Siap ada antena boleh tarik macam tv. huhuh.

Telefon rumah yang sebelum ni macam tak ada sapa pedulik tetiba menjadi bahan yang amat di jaga rapi oleh mak saya. Dan-dan tu juga pasang kunci kat tepon tu. Tau kan kat mana kena kunci? Bubuh macam penutup kat button nombor-nombor tu pastu kunci pakai mangga kecik. Hahahah! adoiiiila tekanan betul bila mak buat macam tu. Rasa macam dunia sudah kiamat.

Maunye mak tak buat macam tu. Tetiap bulan bil tepon mencecah sampai RM600..sebelum ni tak penah pun sampai RM100. Bila haku dah pandai bercinta terus je melambung-lambung bil. Siap kene potong lagi.

Masa tu terasa betapa mak tidak memahami jiwa remaja ku. Memberontak la kengkonon. Mak tak adil la. Menyeksa perasaan haku la. Kepala hotak kamu amy. Kalau haku jadi mak time tu memang ku hempuk terus kepala anak haku tu. Ape??? kau hengat 600 tu tak banyak ke? menangissss mak nak membayar.

Tapi tulah dia. Bila dapat anak yang bijak pandai serta cerdas mindanya seperti saya, heheheh..harus ada kemahiran critical thinking. Ting! saya dapat idea. Alah sonang yo tu. Memula saya dapat tahu kalau nak dail nombor tanpa perlu menekan button nombor, kita perlu tekan bendealah kat tempat letak ganggan tepon tu. Ala, kan kalau kita nak matikan talian kita mesti akan tekan benda tu bagi putus. Tau kan?? ah sila imagine skarang.

Cara nak dail..kalau no satu, kau tekan sekali, kalau no 3 kau tekan tiga kali berturut-turut. So kalau nombor yang kau nak dail tu 2378456..nanti kau akan tekan dua kali berturut-turut pastu gap kejap tekan lagi 3 kali berturut-turut kemudian gap lagi pastu tekan pulak tujuh kali berturut-turut saaaaaaampai la habis nombor tuh. Wakakka! agak gila punya kerja la. Tapi tak kira dah time tu. Janji dapat dail.

Kalau cara di atas tu agak susah sebenarnya nak dapat. Kengkadang je dapat. Bila tension, haku terus pakai dawai selit kat celah-celah penutup kunci tu untuk tekan nombor. Haaa! cara ni memang selalu berjaya la. Pastu sorga la saya bergayut sampai 3 jam. Ntah hapa-hapa je.

Ujung bulan, mak mesti konpius bagaimanakah bil tetap juga melambung-lambung walau sudah dikunci. Heheheeh! jenuh gak saya mendengar mak membebel. Masuk bilik terus hempaskan badan atas katil dan meraung kengkonon sedih sangat laaa sebab mak tak merestui hubungan cinta saya. hahahaahha! tetiba masuk bab merestui la plak. Giloss..kecik-kecik dah pikir bab restu merestu.

Aktiviti bergayut memang berterusan gak lah sampai saya masuk kolej. Time ni bf dah pandai curik line kat public phone. Aiseh! menjeles kengkawan tengok bf tepon i lama gila. Semua bajet bf i anak orang kaya. Wakakakaka! padahal curik line. Saya pulak time tu dapat biasiswa. So agak masyuk la bila biasiswa masuk. Memang keje haku asik beli kupon reload aje. Dah dulu pulak mana ada reload seploh hengget. Semua stok 50 hengget. Gila membazir betul.

Sekarang??? saya nak topup 50 tu memang tak ada dalam sejarah hidup ah. Paling maksimum pun rm30. Tu pun untuk sebulan. Cakap lebih 30 minit haku dah blank tak tau nak borak apa. Kalau bersms apatah lagi. SMS yang ke 3 haku dah blur nak balas apa.

Dulu lain sekarang lain.


Cheers,
Amysue

2 comments:

Erina Asmawani said...

wahhhhhh! hebattt..memang kaki gayut tegar ni..siap de care nak dial even tepon kena lock..hoho..tula..zaman dulu, kalo tak gayut mmg tak sah kan. Ena pun sampai sanggup tarik wayar tepon tu panjang2 pastu letak dalam bilik. Senang. Memalam bf nak call tak smpai 1 saat ringing dah cepat2 angkat phone. takut kantoi parents dengar.Haha. Pastu gayut smpai tinge panas.Sekarang..tepon rumah pun dah xde.Haha. Semua pakai hp je. Senang & sendirian berhad. kenangan zaman silam betul :)

Mizzy said...

hahaha.. lawak2.. tp betul kaedah tu. tekan2 benda alah tu ikut no.yg kita nak..

tang curik line public fon, mcm2 cara.. ada guna kad tepon letak dawai la..konon2 bg short circuit..pastu sembang la sampai lebam..

aduh..mmg kenangan..

tp dulu2, takde henpon, boleh je hidop..skang nih, tertinggal henpon pon rasa mcm separuh nyawa hilang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...