Wednesday, July 21, 2010

Pengalaman 1: kepala tersepit

Saya ni kira memang lama jugak la menggunakan transport awam. Semua dah try..bas, teksi, keretapi, kapalterbang, feri, lrt, komuter..bla..bla..

So mesti banyak gila kenangan-kenangan masa naik kenderaan awam ni. Antara kenangan yang paling saya ingat ialah kejadian kepala kakak ayu tersepit kat pintu komuter, bulu ketiak amoi panjang tak hengat kat lrt and termasuk ke toilet yang tak berkunci dan di dalamnya ada seorang mamat rock tengah 'membuang' masa berenti kat perhentian bas ipoh.

Satu cerita satu per satu la ek. Start dengan kejadian kepala kakak ayu (nama kakak tu bukan Ayu tapi sifat sopan santun kakak tu yang nampak dia sangat ayu). Masa duduk seremban dulu, saya sebenarnya lagi suka naik bas pegi kl. Sebab murah dah cepat sampai. Heheheh.. kalau naik komuter dah la kena menapak lagi dari terminal 1 ke stesen komuter..pastu tambang ada mahal siiiiikit la dari bas. Tapi tu time zaman firaun dulu. hehehe..skang tak tau dah berapa harga tiket seremabn-kl.

Ada satu hari tu saya nak pegi kl sebab nak pegi melawat abang saya kat UIA..eceh! adik pulak eh yang nak pegi melawat si abang. Sesaje je nak jenjalan. Time tu dorang ade karnival ntah apa ntah sempena konvo. So pagi tu naik la komuter.

Bila komuter dah sampai, maka saya dengan tertibnya masuk ke dalam koc dan duduk dengan senyap kat tepi tingkap. Ingat lagi haku time tu saya pakai baju kemeja puteh..tudung puteh dan bergincu merah menyala. Uiihhhh! masa tu saya rasa sangat hot ok pakai gincu merah. Saya sedar tu bahawasanya gincu saya merah menyala yang lagi lapan kilometer pun orang boleh perasan tapi gigih taknak bagi pudar sebab perasan diri sangat hot. Wakakakak! ntahapentahpikirankauniamy!

Pastu cam biasa la kan kalau pintu komuter nak tutup mesti ada bunyik tet..tet..tet..(bunyik lebeh kurang ah) tak lama pastu pintu akan terkatup. Masa pintu komuter dah memekak-mekak nak tutup, nampak dari kejauhan satu geng dak perempuan yang ayu bertudung tengah berlari-lari anak nak masuk ke dalam. Dalam hati aku cakap ah kompem dorang tak sempat nak masuk sebab anytime pintu akan tertutup dah tu dorang lak lari dengan ayu gilaa. Yela..selalu pompuan2 macam dorang ( maksud saya memang jenis perempuan bertudung dan betul-betul menjaga tatasusila..bukan yang bertudung tapi tetap ganas kalau berjalan..kalau berlari apatah lagi..hahahhaah! macam haku la tu.huhu) memang lari dengan bersopan.

Lagi selangkah nak dapat masuk ke pintu beriya-iya juga seorang budak pompuan tu nak masuk. Dan serentak dengan itu juga pintu tertutup. Gedegang!!! eceh, sound effect je lebih. Hahahah!..Tersepit kau kepala budak pompuan tu. Adoiiiiiiii! kompem sakit. Paling koman pun mesti kepala hotak dia bergegar sikit.

Nasib baik pintu tu ada sensor dan terbuka. Kah!kah!kah! senget-senget muka haku tahan ketawa. siot je haku. Tak tahu nak tahan ketawa cemana. Jahat kan???? tapi serius haku betul-betul nak tergelak sambil hempas-hempas badan kat lantai. Lawak gila. Bukan lawak apa..sebab aku tak boleh imagine la muka budak pompuan tu tetap kontrol ayu setelah kepala tersepit dan dengan muka ayu laksana sang pengantin menunggu saat-saat dinikahkan meneruskan langkah untuk masuk ke dalam koc.

Huhuhuhu...tapi nasib baik saya masih ada sifat-sifat berperikemanusiaan dan sedaya upaya untuk buat donno je. Macam tak nampak kejadian berlaku. Dan haku tengok semua pun penumpang buat-buat tengok tempat lain bagi mengelakkan mereka terketawa dan sekali gus mengecikkan hati budak pompuan tu. Hehehehe! macam haku tak tahu kan?

Pas aje dorang dah masuk dengan selamat ke koc, saya dah tak tengok dah. Kesian pun ada, tapi yang selebihnya takut saya menjadi lebih kejam dan ketawa terbahak-bahak. Astaghfirullah..jahat tau kamu amy. Heheheh, eh tapi saya berjaya kawal tau. Tak beik ketawakan orang. :P

Haku rasa mereka-mereka yang tetiap ari naik komuter atau lrt pegi kerja lagi banyak pengalaman lucu atau yang tak best berlaku kan? Saya dengan cerita abang saya lagi sadis..ada yang tersepit kaki lalu kasut tertanggal jatuh ke dalam landasan..ada yang tetibe lrt berhenti kat tengah-tengah landasan sebab rosak maka terpaksa tunggu lrt lain amik dorang..

Ok, akan datang saya sambung lagi yer cerita amoi ngan mamat rock kapak tu ye. Heheh


Cheers,
Amysue

3 comments:

Mizzy said...

lawak la.. klu i, pg tego dia.. "sakit tak? sbb nmpk awak mcm tenang je.." hehehe

Dayangku Army said...

serius sampai sekarang kalau citer balik kat orang mesti nak gelak gile2.Tak bley lupe betol

annfrendly said...

hehehehe.. naseb baik tak apa-apa perempuan tu..setakat ni belum pernah lagi nampak kejadian macam tu kat depan mata.. perempuan tu mesti malu.. adoii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...