Wednesday, July 28, 2010

Pengalaman 3: Aku, dia dan toilet.Hahahah!

Tajuk macam cerita novel akukaucekelatnasiklemakroticanaidandia je.

Masa study kat Seremban dulu. Saya memang suka berjalan-jalan pergi ke tempat orang. Ada satu hari tu saya nak ke Perlis..em kalau tak silap la..ker nak pi penang ek? entah lupa dah. Nak gi jumpa member. Dan maka saya adalah sorang-sorang bertolak dari Seremban. Eh jap...haku rasa time tu bukan perjalanan nak ke utara tapi dari utara nak balik ke seremban.

Tak ingat dah saya naik bas apa time tu. So, tetiba bas tu masuk ipoh dan berhenti kat perhentian bas. Actually saya tak sure pun tempat tu memang perhentian bas ipoh ke atau perhentian sementara ka hapa ke. Tak sure. Yang pasti kat ipoh la.

So bas berhenti kejap. Saya pun turun la nak pergi toilet. Pastu tengok kat toilet tu takde toilet asing lelaki dan perempuan. Yang ada toilet tersebut adalah unisex. Alah toilet tu pun..ntah macam toilet sementara ke ntah cemana. Macam tak sempurna je. Memula saya ingat nak carik toilet lain tapi macam takut lambat lalu tertinggal bas. Ah! redah je lah.

Ada satu toilet ni macam takde orang. Tapi pintu tertutup cuma tak rapat. So saya macam teragak-agak nak masuk. Saya try tolak sikit...takde respon. Tolak sikit lagi...takde respon lagi. Ah! ni kompem takde orang. Ape lagi, haku tolak abis la pintu toilet tu.

OOOOOmakkkaiiiihhhh! terkejut gila sebab tetiba nampak ada manusia di dalam tu tengah mencangkung serentak dengan itu suara garau manusia itu menjerit. Wuwuwuwuwu..tak tahu la tengah buat apa. Buang air kecik ke bosar ke ntah. Tapi yang pasti manusia itu adalah seorang lelaki, berambut keriting. panjang dan mengerbang. Ah! senang cerita korang imagine mamat itu adalah seorang mat rock!. Rasenye la macam mamat rocker je. Dan muka adalah style-style ganas. T_T

Aku syak memang mamat tu memang tengah membuang..eh tapi saya tak nampak la apa sebenarnya yang berlaku. Saya lepas je ternampak ada orang kat dalam tu terus la menjerit dan cepat-cepat blah terus naik bas duduk diam-diam macam orang fobia. Takot!!

Kau gila, mana tahu mamat tu tak puas hati lalu beriya-iya nak mencarik perempuan manakah yang telah meredah masuk tadi. Setelah dapat cari saya kemudian dia ugut lalu bagi saya penampar 18 kali cemana? Hahahah! masa tu memang macam-macam dah pikir. Takut gila.

Nasib baik tak lama lepas tu bas pun gerak. Phew! nasib baik juga mamat tu bukan salah seorang daripada penumpang bas kitorang. Kalau tak..harusssss.

Heheheh..itu la sebenarnya first time saya ter'masuk' ke dalam toilet yang ada orang. Nasib baik selepas tu takde dah salah masuk lagi.



Cheers,
Amysue

3 comments:

Mizzy said...

hahaha.. ada bau harum tak masa tu ?:P

Dayangku Army said...

HAhaha! tengah membuang kut sebab macam 'feel' sangat je sampai tak perasan kita tolak pintu dia sikit-sikit.Gagagag!

annfrendly said...

seyes.. kelakar sangat..ketawa sakan ann baca entry ni.. sebab ann pun pernah masuk tandas lelaki..

pastu ada orang lelaki tegur.. "lu tak tahu tengok ka ini tandas lelaki?" sambil tunjuk simbol tanda lelaki kat ann..
malunya masa tu... hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...