Thursday, July 1, 2010

Pergh!!! dup..dap..dup..dap je rasa

Ngeh..ngeh..tau..tajuk macam nak kasik saspen tapi tak saspen pun.

Tadi pegi jumpa PK 1. Ada lah hal yang nak dibincangkan. Satu hari nanti saya kongsi dengan korang semua apa bendanya tu. So pok pek pok pek..perbincangan pun selesai. Pastu tetiba je masuk urusan luar sekolah. Tanya-tanya pasal insurans la. Saya ada ke tak. Saya ok je nak cerita pasal insuran. Sebab memang plan nak berenti dari amik insuran saya sekarang ni.

Tu ok la. Macam biasa dia terangkan. Pastu dia try la masukkan no IC saya dalam sistem insuran tu kan. Tetiba keluar umur saya sekarang adalah 29! diulangi DUAPULUHSEMBILAN okeyyyy!

uisk! terus macam nak berdiri dari tempat duduk dan terus mahu mempertahankan diri laksana sedang berada di kandang tertuduh. tak boleh terima woh! Pantas aje ku potong cakap dia "eh! baru 28 la cikgu..manada 29" tegas dan keras. Wakakakak! harus tu mempertahankan diri. Sensitip bila umur yang dahsediatua nak dituakan lagi.

"hem..tapi dia kira 29" sambil turut bersimpati dan cuba beberapa kali lagi, takut dia tersalah taip. Keputusan tetap sama. Masih 29. Ah sudah.... tetiba pulak haku rasa "ke....aku yang silap kira? tahun ni memang 2010 kan..aku lahir 1982..ha..patut memang 28" terus muka saya macam konfius. Takut hilang ingatan. Hahahahah! dibuatnya tetiba sekarang rupanya dah 2011 camne?? harus saya meraung sambil hempas-hempas badan kat depan PK tu. huhuhu

Demi untuk menjaga hati dan perasaan saya, eceh!..kami habiskan sahaja perbincangan pasal insurans tu. Kira kalau saya nak, saya akan amik dari dia la. Tak panjang-panjang cerita dah. Haku anggap aje sistem error.Takde niat nak singgung perasaan saya. Hahahha!



Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...