Monday, July 12, 2010

Red carper..glamour kejap.

Lepas je ari khamis tu kami bersukan dengan penuh semangat, maka ari Jumaat pulak diadakan majlis rasmi hari guru peringkat sekolah. Tema tahun ni adalah 'glamorous' dan ada red karpet.

Aiseh, ni yang feeling-feeling pergi grammy award ni.. Oleh kerana tema baru dapat tahu sehari sebelum majlis maka saya pun gagal mencarik baju yang glemer-glemer untuk majlis red carpet itu.

Antara yang glamor hari itu

Time tu la masa cikgu-cikgu nak melaram. Yang tak pernah-pernah pakai mekap pun pakai mekap. Yang tak pernah pakai bling-bling pun tetiba pakai..Tapi ada gak cikgu-cikgu yang menten sederhana. Contohnya saya, hahaha..yo la tu.

Sebelum acara bermula, kami kena lalu red carpet dulu. Students semua dah tunggu kat dalam dewan. So bila sampai je kat pintu masuk dewan..kena tandatangan kat board dulu..pastu ramai gila paparazi duk tunggu kat tepi red carpet nak amik gambar. Kecek! kecek! (bunyik kamera) Hhahahah! sekali lagi haku feeling-feeling artis. Eceh!

Tandatangan para guru kat atas red board. Ngeee...

Pastu bila kau berjalan atas kapet tu nak pegi meja semua student nak sorak-sorak kan. Adeh! terus haku rasa bersepah-sepah haku berjalan. Hilang entah kemana cara jalan yang paaaaaling ayu saya tu. Nebes beb..nebess.



Banyak persembahan la yang budak-budak ni sediakan untuk cikgu-cikgu. Tapi banyak menyanyi aje la. Saya syak bebudak ni betul-betul nak lepas gian nyanyi depan pentas. Banyak betul persembahan nyanyian. Dan ada satu persembahan tarian dari Bad Boys. Eceh! nama Bad Boys tu. Hahahah! lucu betol tengok dorang menari sambil miming. Saya rasa lagi meletop kalau dorang betul-betul all out. Ni dorang menari punye ayu. Kalau haku join sekali atas tu rasanya haku la yang paling tak sopan kut menari. Wakakakak! verangannnn!

The bad Boys.. Yiiiiiha!!

Pastu ada sesi bagi hadiah kat guru kelas. So saya dapat gak la hadiah daripada kelas saya. Selain tu dapat hadiah daripada student lain. Heheheh tengkiu ek.

Ketua kelas vs guru kelas

Abis aje acara hari guru, ngeh! ngeh! semua berebut-rebut nak bergambar kat red carpet. Gila feeling artis kau!. Ngeh! ngeh! bila lagi kan????

Ramai betul students nak bergambar ngan mamat nih.
Kena amik nombor tu nak bergambar dengan dia. Huhuhu


Wohye..tahun ni macam tak banyak sangat anugerah untuk cikgu-cikgu. Yang ada tahun ni cuma anugerah cikgu paling popular, cikgu paling sporting, cikgu tegas tapi mesra dan anugerah khas. Itu je. Eh ada satu lagi anugerah baru. Cikgu paling ayu. Kau nak tahu sapa menang??? wuwuwuwuw sila terharu kerana tetiba saya yang dipilih kan??? tepuk..tepuk..

Percubaan untuk kontrol ayu namun gagal dan terbuat senyum tertelan bijik durian

Waakakakak! korang pecaya la sangat haku buat lawak tu. Huhuhu tak ada maknanya haku nak dipilih guru paling ayu. Dan kalau pun ada lalu saya telah dipilih, rasanya satu sekolah meroyan tak boleh terima kenyataan. Hahahahha! tak sesuai..tak sesuai.



Cheers,
Amysue

1 comment:

Nurul Aima Hj Kaim said...

ha ha ha tp best apa skool mcm tu..kalu lah ada ms kita skolah dulu mest BEST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...